Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Siapa Fattah Amin Yang Popular Dalam Suri Hati Mr Pilot?

Biodata Fattah Amin - Setelah tamat drama bersiri Suri Hati Mr Pilot di Astro, saya mula meminati watak hero utama iaitu Ejaz Fakhri yang dibawakan oleh Fattah Amin. Selain memiliki wajah menarik dan manis, saya dapat rasakan dia bukan sebarangan pelakon. Maksud saya, he must be have an "x factor" yang boleh buat orang rasa aura kehadirannya.

Siapakah Fattah Amin? Adakah dia seorang peguam? Seorang guru? Atau adakah dia Mr Pilot yang sebenar??? Baca sampai habis hingga anda dapat jawapannya.

Fattah Amin pernah digosipkan dengan Sherry Ibrahim tetapi hubungan itu tidak bertahan lama. Dah tak ada jodoh, ya tak?

Siapa Fattah Amin? 


Siapa Fattah Amin Yang Popular Dalam Suri Hati Mr Pilot?
Biodata profile Fattah Amin

Dari sejak dia hadir dengan drama pertamanya yang hit di TV3 bertajuk Playboy Itu Suami Aku namanya terus meniti di bibir peminatnya. Namun dramanya yang pertama itu membuatkan dia dikritik teruk kerana mutu lakonan yang kurang memuaskan.

Dia banyak dilabel sebagai mengambil kesempatan atas aset wajah dan ketrampilan sahaja. 

Kini namanya semakin popular dan bakal menjadi pengganti hero malaya masakini seperti Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Zul Ariffin dan banyak lagi.

Biodata Profile Fattah Amin


Bagi yang baru hendak mengenali pelakon “Playboy itu Suami Aku” ini, Fattah Amin merupakan salah seorang finalis hero remaja bagi tahun 2012 dan beliau turut membintangi beberapa buah drama sebelum ini.

Fattah Amin

Nama Penuh: Abdul Fattah Bin Mohd Amin
Nama Popular: Fattah Amin
Umur: 26 Tahun (2016)
Tarikh Lahir: 14 September 1990
Asal: Setiawangsa, Kuala Lumpur
Pendidikan: Mahasiswa Bidang Seni di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Status: Pelajar Sepenuh Masa (kini dah habis belajar kut)
Pekerjaan: Model dan Pelakon
Laman web:
http://myfastyle.com/fattah-amin-album/
https://www.instagram.com/fattahaminz/
Lakonan: Kerana Sarah’ (slot Azalea TV3) dan ‘Memberku Hawa’ (Astro Ria), Playboy Itu Suami Aku,

Klik pautan untuk membaca Sinopsis Suri Hati Mr Pilot

Jika anda mahu kenal lebih lanjut dengan Fattsh Amin, anda boleh layari laman web rasmi seperti yang tertera di atas. Ternyata, Fattah Amin bukan sahaja memiliki personaliti menarik, tetapi beliau juga antara pelakon Malaysia yang berpendidikan tinggi.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close