Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

3 Cara Tukar Kad Debit Maybank Pantas Dan Mudah

Pemegang Kad Debit Maybank Sila Perbaharui Kad Anda Sebelum 18 Disember 2016. Panjang lebar intro entri saya kali ini supaya senang orang baca terus faham tentang pentingnya tukar kad debit anda sekarang. Jangan tunggu last minute ya, nanti kad habis anda yang ternganga...

Sebenarnya anda boleh lewat perbaharui TETAPI KENA INGAT bahawa ada bayaran pemprosesan jika anda perbaharui kad debit selepas 31 Disember 2016.

3 Cara Tukar Kad Debit Maybank Pantas Dan Mudah


Pesanan dari Maybank - Pemegang Kad Debit Maybank Sila Perbaharui Kad Anda Sebelum 18 Disember 2016

3 Cara Tukar Kad Debit Maybank Pantas Dan Mudah

Ada 3 cara yang boleh digunakan oleh pemegang kad debit maybank untuk menukar/memperbaharui kad tersebut.

Cara pertama:
Nampak tu pesanan daripada pihak Maybank. Jika anda ada maybank2u, lagi mudah. Hanya login ke akaun maybank2u anda dan cari ikon tukar kad debit tu. Isikan no kad anda, alamat pengeposan kad. Dalam masa 14 hari bekerja terus dapat, insyaa Allah.

Cara kedua:
Kiosk tukar kad debit, terdapat di beberapa lokasi. Sila rujuk maybank2u atau cawangan bank terdekat anda untuk buat penukaran kad secepat 1 minit saja.

[Hubungi/ layari]http://www.maybank2u.com.my/WebBank/MOS-kiosk.pdf

Cara ketiga:
Melalui semua cawangan Maybank di seluruh Malaysia dengan waktu yang dilanjutkan. Kebanyakan cawangan Maybank di seluruh Malaysia dibuka pada hari sabtu iaitu dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Semoga pesanan daripada Maybank ini yang saya kongsikan kepada anda semua dapat memberi maklumat lanjut tentang cara-cara menukar kad debit di Maybank.

Ianya mudah, pantas dan selamat. Sila sampaikan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan ingatan kepada kita juga.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close