Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bagaimana Boleh Dapat 1000 Pahala Sehari?

Bagaimana Boleh Dapat 1000 Pahala Sehari? Ini adalah artikel nasihat menasihati. Pesan memesan kepada kebenaran. Walau kadangkala pesanan yang diberi terasa pahit ditelan, terkena pada batang hidung sendiri.

Ibn Abi Zi'b sangat pandai menundukkan nafsu sehingga emosinya menuruti perintah akalnya, mengapa? Ini kerana para solihin tidak pernah berasa cukup dengan nasihat yang mereka dengar. Semakin gembira hati mereka, malah bagi mereka nasihat merupakan tanda cinta yang di persembahkan seseorang saudara kepada saudaranya. @ Isu No 48 Solusi.

Terimalah segala nasihat yang baik sebagai baja kepada iman kita, makin banyak dengar nasihat dan terima nasihat, insyaa Allah iman dalam hati semakin subur.

Bagaimana Boleh Dapat 1000 Pahala Sehari? 



Bagaimana Boleh Dapat 1000 Pahala Sehari?


Sayyidina Sa'ad r.hu berkata bahawa kami berada bersama Rasulullah s.a.w lalu Baginda s.a.w bersabda;

"Adakah sesiapa daripada kamu yang tidak mampu mendapatkan 1000 pahala setiapa hari?" Salah seorang daripada orang-orang yang duduk di situ bertanya, "Bagaimana seseorang itu boleh mendapatkan 1000 pahala?"

Baginda s.a.w bersabda; "Ucapkanlah SUBHAANALLAH seratus kali,  maka akan dituliskan seribu pahala dan diampunkan seribu dosa." (Muslim)

Begitulah hebatnya ucapan SUBHANALLAH, ucapan yang ringkas, mudah dan boleh di baca dimana-mana saja tetapi sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Kenapa?

Dari riwayat lain melalui Abu Dzar al-Ghifari, Nabi Muhammad bertanya kepadanya, “Apakah kamu mahu kuberitahu ucapan yang paling disukai Allah Ta’ala?” Secara pantas, Abu Dzar menjawab, “Ya Rasulullah, beritahu aku ucapan yang paling dicintai Allah Ta’ala.”

Jelas Rasulullah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, “Ucapan yang paling disukai Allah Ta’ala adalah Subhanallahi wa bihamdih.”

Itulah kalimat tasbih, tahmid, tahlil dan takbir. Kalimat yang dalam riwayat lain akan diganjari setara dengan satu pohon di syurga. Kalimat tasbih tersebut juga disebutkan oleh Nabi sebagai salah satu penebus dosa, sebanyak apa pun jumlahnya; ketika kalimat itu diucapkan dengan ikhlas seraya mengharapkan ampunan dari Allah Ta’ala.

Abu Umamah meriwayatkan, bahwa kalimat ini lebih agung dari emas yang diinfaqkan di jalan Allah Ta’ala. Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang ditakuti malam sehingga disusahkan, atau rasa bakhil untuk berinfaq, atau rasa takut kepada musuh,” sambung Rasulullah, “hendaklah memperbanyak mengucapkan subhanallahi wa bihamdih.”

Sebab, “Hal itu lebih dicintai Allah Ta’ala dari gunung emas yang diinfaqkan di jalan-Nya.”

Wallahu 'alam. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close