Header Ads

Bounce Rate Blog Sudah Dibawah 25% Apakah Puncanya?


Advertisement
Bounce Rate Blog Sudah Dibawah 25%. Bulan lepas saya ada menulis tentang berapakah nilai bounce rate yang bagus untuk blog. Bounce rate yang bagus adalah di bawah 25%. Itu dah kira terbaik lah tu..

Pada penghujung November saya cuba check bounce rate di Google Analytics. Alhamdulillah..., bounce rate aynorablogs dah turun mengecil kepada 20.85%

Apa perasaan saya? Mestilah suka. Setelah bertahun berusaha, setelah gagal dan gagal berulang kali, akhirnya Allah berikan saya rezeki yang luas melalui blog. Income dari blog pun tak putus-putus.

Bounce Rate Blog Sudah Dibawah 25%


Bounce rate blog ini adalah 40% sebelum ini iaitu sekitar awal tahun 2016 hingga bulan Oktober. Itu pun dah kira bersyukur, ada juga orang yang nak singgah lama sikit di blog kita..hihi

Bounce Rate Blog Sudah Dibawah 25% Apakah Puncanya?

Apakah punca bounce rate boleh mengecil?


Bagi pengalaman saya sendiri, menulis blog adalah seperti menulis cerita kehidupan yang serba serbi saling berkait.

Jadi, demi mengecilkan bounce rate blog yang pada asalnya berada pada kadar 70% hingga 80%, saya buat teknik penceritaan santai dalam setiap post dan ditambah dengan selingan pautan antara entri lain dalam blog yang bersesuaian dengan tajuk yang sedang dibincangkan..

Dengan cara ini pembaca akan selak halaman demi halaman untuk cari info yang kita kaitkan. Lagi satu, jika anda ada akaun Google Adsense, sila pasang matched content dia orang. Matched content GA berperanan untuk lebihkan engagement pembaca di blog anda.

Paatikan anda selalu update entri agar pembaca tahu yang anda masih aktif dan ada informasi segar untuk dikongsikan. Jika pembaca datang ke blog tetapi last entri anda adalah 6 bulan yang lepas, apakah anda fikir mereka akan cari anda di lain waktu?

Jangan harap, okay!

Pembaca sekarang ramai yang lebih updated daripada kita. Mereka membaca blog adalah untuk kelainan. Sesuatu yang unik, segar, terkini dan content yang berkualiti. Itulah sebenarnya trend blog masakini.

So, selamat berblog kepada blogger di luar sana, jangan cepat sangat berputus asa.

Terima kasih kepada pembaca yang selalu singgah di blog ini.

Saya hanyalah blogger yang suka menulis, anda tak kenal saya tak apa. Tetapi yang penting anda kenal tulisan saya.
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.