Header Ads

Roti Canai Sedap Dan Rangup Di Restoran Selasih


Advertisement
Roti Canai Sedap Dan Rangup Di Restoran Selasih. Alahai...tak sangka pula saya dapat makan di sini, selama ni kalau ada function kat Persada Johor tak tergerak pulak nak makan atau breakfast kat situ. Ni namanya dah jodoh rezeki dia orang berniaga. Kan?

Restoran Selasih terletak di sebelah bangunan Persada Johor. Restoran ini menyediakan sarapan pagi dan tengahari dengan menu yang sedap sedap belaka. Harga makanan pun berpatutan. Dan yang penting, sedap.


Alamat premis:

Jalan Abdullah Ibrahim, 
Bandar Johor Bahru, 
80730 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu operasi: setiap hari, 6:30AM–10:30PM

Roti Canai Sedap Dan Rangup Di Restoran Selasih 


Macam mana saya boleh terjebak makan kat Selasih ni? Ceritanya macam ni..., saya ada function kat Persada tu tapi pepagi tak sempat breakfast kat rumah. On the way nak pergi Persada satu kedai jual kuih muih yang ditemui.., maka kelaparan lah eden. Hihi



Bila sampai kat Persada ada ternampak restoran Selasih dah buka. Lepas tu hidungku terbau roti canai yang sedap menusuk lubang hidung. Alahaiii.., sedapnya.

Terus pergi restoran yang berkenaan dan tanya, ada roti canai ke? Mestilah ada, jawab pelayan perempuan itu dalam senyuman manis.

Apa lagi? Order 2 keping roti canai kosong. Sambil itu sempat melayan 2 ketul bingka puding jagung. Sedap jugak tu...(nampak sangat lapar kan?)

Bila roti canai sampai, wow..inilah citarasaku! Roti canai rangup dan sedap pulak tu. Saya memang gemar roti canai yang rangup. Tak boring bila makan.., kuah dhal dia pun sedap. Semua sedap la, set yang lengkap untuk mengisi perutku yang lapar di pagi hari.


Dah lah sedap, saiznya besar pulak.., makan dua orang pun boleh.

Ketika bayar kat kaunter saya siap puji keenakan roti canai dia orang kepada cashier. Senyum aje cik cashier tu.

Alhamdulillah. Permudahkan urusan ku ya Allah.

Jom teruskan bekerja. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.