Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kelebihan Baca La Haw Lawala Quwwataillaa Billah

Kelebihan Baca La Haw Lawala Quwwataillaa billah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah SWT. Ada banyak kelebihan membaca kalimah yang disebut sebagai hauqalah ini. Seperti admin yang membaca kalimah ini selepas solat 5 waktu. Atau ketika berasa down sangat kerana sesuatu sebab personal atau kerja, kalimah inilah yang jadi pemangkin semangat. Serahkan segalanya kepada Allah agar Dia memberikan kita kekuatan. Hanya daripada Allah saja boleh datang magik dan keyakinan setelah puas kita tersungkur.


Ada banyak pendapat yang memperkatakan kelebihan membaca kalimah, "laa hawlawalaa quwwata illa billah..." dan kebanyakannya mendororg kepada kekuatan dan semangat meneruskan kehidupan dengan balasan yang baik dan setimpal dari Allah SWT.

Kelebihan Baca La Haw Lawala Quwwataillaa billah 


Bacalah. Amalkan membaca kalimah hauqalah seperti disarankan kerana kalimah tersebut banyak kelebihannya:

1. Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Maksudnya, sesukar mana pun penyakit dapat disembuhkan dengan tawadduk dan khusyuk berzikir dengan kalimah tersebut. Apatah jika dalam kerisauan, bacalah kalimah Hauqalah tersebut dengan seyakin yakinnya, hanya Allah yang menyelesaikan sesuatu.

2. Rasa tenang sebab serahkan semuanya kepada Allah SWT. Ditegaskan bahawa bacaan, La Haula Wala Quwwata Illa Billah’. Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT. Kalimah ini disebut Hauqalah.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. 

3. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

4. Perbendaharaan Syurga - Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

5. Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

6. Hubaib bin Salamah rahimmullah sangat suka saat menghadapi musuh atau mengepung sebuah benteng memperbanyakkan ucapan

لاَØ­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلاَ قوَّØ©َ Ø¥ِلاَّ بِاللهِ 
(Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)

Diceritakan bahawa suatu hari ia mengepung sebuah benteng milik bangsa Romawi sehingga ia putus asa, lalu tentera kaum mislimin membaca zikir tersebut sambil bertakbir, akhirnya benteng tersebut hancur.

Rujukan:
1. ahmadsanusihusain.com
2.  Blog hambali abdullah 


Penutup

Kalimah laa hawlawalaa quwwata illa billah ternyata mengandungi banyak kelebihan dan kekuatan bagi seorang hamba mengaharungi cabaran hidup di dunia. Tiada daya dan kekuatan selain daripada pertolongan Allah semata-mata.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close