Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kerabu Tauge Yang Ringkas

Resepi Kerabu Tauge Yang Ringkas. Bagi admin kerabu dah jadi macam makanan harian, lebih-lebih lagi bila dapat nasi kerabu. Mintak tauge dan timun banyak-banyak, kacang panjang pun mintak lebih.. makan sayur je pun kenyang. Dan yang penting sihat..

Admin nak kongsi resepi kerabu tauge pula hari ini. Kerabu ada macam-macam jenis, ada berasaskan sayuran, ada seafood iaitu kerabu sotong dan udang, ada berasaskan ayam dan banyak lagi. Admin mula pandai makan kerabu sejak berkawan dengan budak asal Kelantan. Mula-mula dulu agak kekok juga tetapi bila dah biasa, jadi suka pula.

Resepi Kerabu Tauge Yang Ringkas
Bahan bahan asas resepi kerabu tauge

Resepi Kerabu Tauge Yang Ringkas


Bahan A:

300 gm tauge ( dibasuh dan toskan)
1/2 batang lobak merah (diparut)
1/2 cawan kelapa goreng (ditumbuk)
1 labu bawang besar (dihiris)
6 biji limau kasturi (diambil jus)
1 sudu makan sos ikan (kalau suka)
1 sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa

Bahan B (sambal)

5 biji cili merah
6 biji cili padi
1 inci belacan
2 sudu makan kering
1 sudu makan air asam jawa
**semuanya dikisar

Cara Menyediakan Kerabu Tauge Yang Ringkas


1. Buang akar tauge. Kemudian basuh dan toskan.

2. Gaulkan semua bahan untuk sambal dan sayur

3. Rasakan masin dan masamnya

4. Sedia dihidangkan.

Resepi kerabu tauge yang amat ringkas telahpun siap untuk perkongsian dengan anda semua. Kalau tak ada lobak, bole ganti dengan timun atau sayuran lain yang sesuai. Boleh buat ulam sekali, jika tak ada idea nak masak sayur apa untuk hari tu..

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close