Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Ghafuur

Tudung kanak-kanak
Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-Ghafuur. Al-Ghafuur maksudnya Dialah Dzat Yang Maha Pengampun. Yang memberi ampun kepada hambaNya yang mahu bertaubat. Dengan sebenar-benar taubat, walaupun mereka itu mempunyai dosa yang bertimbun.

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Ghafuur

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al-Ghafuur


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Haliim
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Ghafuuru = sebanyak yang mampu 


Ertinya : Yang Maha Pengampun – Yang memberi ampun kepada hambaNya yang mahu bertaubat. Dengan sebenar-benar taubat, walaupun mereka itu mempunyai dosa yang bertimbun atau sebanyak buih dilautan.

a) Orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyak membaca "Yaa Ghafuuru" dengan mengakui perbuatan dosa-dosanya untuk tidak mengulangi perbuatannya itu. Tentu Allah akan menerima taubatnya.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Haliim


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.