Header Ads

Koleksi Doa Untuk Kebahagiaan Suami, Isteri Dan Keluarga


Advertisement
Koleksi Doa Untuk Kebahagiaan Suami, Isteri Dan Keluarga. Doa adalah senjata. Doa adalah harapan. Semua orang selalu berdoa kerana berharap sesuatu yang lebih baik. Berdoa untuk kesihatan, kekayaan, kebahagiaan, ketenangan dan sebagainya.

Doa adalah senjata orang mukmin. Semua orang Islam pun tahu itu...

Bila kita dalam keadaan tidak terdaya, kita pun selalu meminta penuh harap agar Allah memakbulkan doa-doa kita. Memang begitu seharusnya, setiap doa harus diungkapkan dengan penuh rayuan, harapan dan keyakinan hanya kepada Allah yang mampu memakbulkan doa-doa kita itu.

Koleksi Doa Untuk Kebahagiaan Suami, Isteri Dan Keluarga


Dalam artikel ini saya kongsikan kokeksi doa-doa untuk suami isteri dan keluarga. Doa-doa kebahagiaan yang boleh memenuhi harapan untuk hidup lebih baik pada masa depan.

Pada awal perkahwinan, pasangan belum serasi, sedang belajar sikap masing-masing dan kadang-kadang mudah tidak sefahaman. Amalkan doa di bawah untuk mendekatkan pasangan dan dapatkan keserasian masing-masing.

Koleksi Doa Untuk Kebahagiaan Suami, Isteri Dan Keluarga

Seterusnya, bila perkahwinan bergerak ke tempoh yang agak lama, melebihi lima hingga 10 tahun, amalkan selalu doa di bawah untuk membawa perkahwinan itu ke arah kebaikan. Suami isteri mesti berubah jadi baik dan lebih baik dari pelbagai sudut terutamanya akhlak dan imannya kepada Allah.

Doa Ke arah kebaikan suami isteri

Kasih sayang terus dipupuk dalam sebuah keluarga, kekalkan keharmonian. Ikatlah hubungan dengan kasih sayang yang ikhlas. Terima pasangan seadanya.

Doa kasih sayang suami isteri

Amalan doa adalah satu usaha yang sangat bagus dalam membina dan mengekalkan keluarga yang sakinah, mawaddah, warahhmah... amalkanlah doa pengikat kasih sayang suami isteri sambil lakukan usaha seperti selalu berhubungan, saling membantu dalam urusan rumahtangga dan beri layanan yang baik kepada pasangan. Hormati pasangan anda.
Doa pengikat kasih suami isteri

Akhir sekali, keluarga yang bahagia datangnya dari nakhoda atau imam rumahtangga yang bijaksana. Bijak dalam hal mentadbir kapalnya dengan taqwa dan iman. Jangan lupa juga nilai kesabaran yang tinggi itu amat penting untuk menghasilkan keluarga bahagia.

Doa keluarga bahagia

Cara mengamalkan doa-doa kebahagiaan suami isteri dan keluarga bahagia

1. Amalkan selepas solat fardhu atau sunat
2. Sedekah al Fatihah kepada sesiapa yang kita sayang - 1 kali
3. Selawat kepada Nabi dan sahabat - 3 kali
4. Baca, pilihan Surah Yusuf ayat 4, bersama Surah Ali Imran ayat 31, atau Surah Yusuf ayat 4 bersama dengan Surah Yasin ayat 36 dengan Surah Taha ayat 39.
5. Baca doa keluarga bahagia, Surah al Furqan ayat 74

Saya berharap koleksi doa untuk kebahagiaan suami, isteri dan keluarga dapat memberikan anda peluang memperbaiki hubungan sesama insan. Pertamanya, jaga hubungan dengan Allah, seterusnya dengan ibu bapa dan sekaligus hubungan sesama pasangan. Hargailah insan yang anda sayang dengan doa, kerana doa tak akan hilang selama-lamanya. Ia kekal tercatat di langit ke tujuh. Berdoalah dalam keadaan apa pun, senang atau susah, gembira tau sedih. Kerana... doa adalah harapan. Doa adalah sebuah motivasi kehidupan yang tak mati walau kita telah tiada nanti.
Tudung kanak-kanak

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.