Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pageview Blog Dah Lebih 23 Juta

Pageview Blog Dah Lebih 23 Juta. Tak sangka dalam tak berapa aktif bulan ni, PV masih maintain dan hasilnya dalam bulan Februari 2017 PV blog dah cecah 23 juta. Alhamdulillah.. dah jadi jutawan jugak gamaknya ambo ni.. ahaha

Jika angka 23 juta PV dijadikan ukuran pendapatan sebagai seorang blogger, dah lama saya berhenti kerja makan gaji. Tetapi malangnya.. ia bukanlah semudah disangka. Tetapi ia tetap jadi pemangkin semangat bahawa blog ini ada yang baca. Terima kasih kerana menjadikan blog ini antara blog yang mendapat perhatian penbaca di luar sana.

Pageview Blog Dah Lebih 23 Juta



Sumber di atas adalah dari blogger.com. Alangkah gembiranya tak terkata apabila usaha gigih dari tahun 2011 secara serius berblog membuahkan hasil. Dari tiada apa-apa ketika awal pembabitan sebagai part time blogger sehingga kini di mana blog telah mencapai beberapa kejayaan..., kini aynorablogs masih wujud. Jumlah PV kini dah cecah 23 juta. Alhamdulilah..

Blog ini secara purata menerima 35K hingga 55k sehari. Ia bergantung kepada waktu-waktu tertentu blog akan dihujani trafik yang banyak. Biasanya pada waktu tengahari, pukul 3 hingga 5 petang dan 8 hingga 10 malam.

Macam biasa, yang jadi daya tarikan utama blog ini adalah koleksi resepi mudah yang dikongsikan. Selain itu, entri berkaitan petua dan himpunan doa juga menjadi antara penyumbang terbesar kepada yrafik bloh yang dah mencecah 23 juta.

Sekali lagi, terima kasih kepada pembaca blog aynorablogs. Tanpa anda siapalah saya!!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close