Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Rendang Limpa

Resepi Rendang Limpa. Resepi rendang yang tak kurang sedapnya yang korang semua kena cuba. Kalau tak cuba, tak boleh nak kata sedap atau tak, kan? Tapi bagi anda yang tidak makan limpa, sorry ya.. tak boleh eden nak tolong..

Resepi Rendang Limpa
Sumber: Google
Tak tahu rupa limpa? Limpa tu adalah isi bahagian dalam lembu. Rupa dia seperti kemerah-merahan. Meh saya belanja gambarnya..


Limpa yang masih baru nampak segar dan kemerah-merahan gelap. Ia tidak berbau dan menganjal bila disentuh. Perkara pertama yang mesti dilakukan adalah memotong nipis mengikut bentuknya. Hasil potongan sepatutnya berbentuk tiga segi. Seluruh tepi limpa adalah kulit nipisnya. Dengan adanya kulit ini semasa limpa dimasak, isinya tidak akan hancur.

Resepi Rendang Limpa 

(Sumber: Norzailina)


Bahan-bahan:

1 kg limpa – dipotong 16
1 keping asam gelugur
3 camca besar serbuk ketumbar
2 camca besar serbuk jintan manis
1 batang serai, dititik
1.4 liter santan (2 biji kelapa)
150 gm kerisik
Gula, garam secukupnya

Bahan kisar 

12-15 tangkai cili kering, direndam
1 labu bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
4 cm lengkuas
1 batang serai

Cara-cara menyediakan Rendang Limpa Pedas


1. Panaskan limpa dengan bahan kisar, asam gelugur, ketumbar, jintan manis, asam, serai dan santan.
2. Masak atas api perlahan hingga mendidih.
3. Bila kuah tinggal separuh, masukkan kerisik, garam dan gula.
4. Kacau sekali-sekala hingga kering dan naik minyak.
5. Rendang limpa pedas siap untuk dihidangkan.

Kalau nak lebih pedas, tambah 5 biji cili padi yang diketuk dan masukkan ketika rendang limpa sudah hampir kering.

Selamat mencuba resepi rendang limpa yang saya kongsikan di atas. Bila belum masak, semua orang tak nak makan. Emm... bila dah jadi rendang, sedap pulak. Haha..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close