Enter your keyword

20 March, 2017

Rahsia Mengawal Emosi Dan Amarah Dengan Ayat Al Quran

Rahsia Mengawal Emosi Dan Amarah Dengan Ayat Al Quran. Amarah amat bahaya. Emosi yang tak stabil juga tak bagus, samada untuk mental dan badan kita. Oleh itu, sentiasa kawal emosi dan amarah anda agar ia tidak menganggu perjalanan kehidupan harian anda.

Marah dan panas baran selalu ada kaitan, orang kata lah.., tapi jika tengok kajian memang ada benarnya. Yang dikatakan panas baran itu adalah apabila seseorang itu mudah rasa marah dan berulang kali pula melakukan perkara tersebut. Kadang kala perkara kecil juga boleh menimbulkan kemarahan pada mereka.

Jika marah itu berlaku sesekali dan bertempat, maka itu bukanlah dikatakan panas baran.

Rahsia Mengawal Emosi Dan Amarah Dengan Ayat Al Quran

Rahsia Mengawal Emosi Dan Amarah Dengan Ayat Al Quran


Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengawal emosi dan amarah. Cara dan rahsia mengawal amarah yang didapati dari al Quran pun ada banyak. Begitu juga ajaran nabi dan contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat nabi.

1. Mengambil wuduk dan ucapkanlah "a'uzubillahi minassyaitho nirrajiim, ertinya aku berlindung daripada syaitan yang direjam". Ini cara mudah nak menjauhkan rasa marah, sebab marah ni datangnya dari hasutan syaitan. Bila kita rasa panas, hati berdebar-debar, terutamanya ketika mendapat khabar yang tak menyenangkan.. ucapkanlah ucapan di atas.

2. Dari Ibnu 'Abbas dari Nabi SAW baginda bersabda: Apabila seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam. (HR Ahmad). Ini pun bagus juga, bila diam boleh menyelematkan keadaan, boleh menyelamatkan nyawa pun ada... semoga Allah bersama kita selalu..

3. Bacalah doa berikut untuk mengawal kemarahan..



4. Ingatlah ayat al Quran Surah At-Taghabun ayat 14, jika rasa marah dan emosi tak terkawal. Rasulullah SAW menjanjikan balasan yang baik di akhirat kepada sesiapa yang berjaya menahan marahnya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Baginda bersabda; “Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah SWT akan memanggilnya dari kalangan makhluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga.”

وَإِن تَعْفُوا۟ وَتَصْفَحُوا۟ وَتَغْفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ 

“Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah At-Taghabun ayat 14).

Semoga perkongsian di atas membawa manfaat yang banyak kepada kita semua. Sesungguhnya Allah tempat kita memohon ketenangan, Allah yang melimpahkan ketenangan kepada kita. Mohon lah banyak-banyak kesabaran kepada Allah, kerana Dia Maha Kaya. Semoga ada limpahan kasih sayang Allah kepada kita semua.

Insyaa Allah. ~ sebarkan bahagia#

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.