Apakah Beza Cincin Batu Permata Emas 916 Dengan Emas 750?

loading...
Apakah Beza Cincin Emas 916 Dengan Emas 750? Hah.. saya nak kongsi ilmu emas dan batu permata dengan anda semua. Iya lah.. nak dekat raya ni sibuk orang nak beli barang kemas samada sebagai perhiasan diri sendiri atau untuk majlis istimewa.

Info yang saya nak kongsikan adalah tentang CINCIN BATU PERMATA @ DIAMOND EMAS 916 dan Emas 750. Ingat lagi pengalaman bertunang dulu.. beli emas 750 untuk cincin setelah dinasihatkan oleh agen jualan di Habib Jewels. Lagipun emas 750 ada banyak rekaan yang menawan berbanding emas 916. Kenapa agaknya jadi begitu?
Apakah Beza Cincin Batu Permata Emas 916 Dengan Emas 750?
Cincin emas 750

Apakah Beza Cincin Batu Permata Emas 916 Dengan Emas 750?


Ramai yang bertanya, Apa beza sis 916 dan 750 tu?

Emas 916 atau 750 adalah Standard Gred Emas yang digunapakai utk mengetahui Gred sesuatu emas itu. Namun bagi cincin permata atau diamond ada Pro dan Contra bagi kedua-dua gred tersebut.

EMAS 916


Emas 916

- Gred Emas yang bernilai tinggi, namun bagi cincin permata, batunya mudah tertanggal kerana bila emas gred tinggi ianya semakin lembut kerana emas bersifat lembut.

EMAS 750

- Gred Emas yang rendah sedikit, namun kukuh untuk mengikat permata. Batu Permata tidak mudah tertanggal.

KESIMPULAN

Bagi cincin permata yang kebiasaannya diguna untuk cincin merisik atau perkahwinan semestinya ia mempunyai "Sentimental Value"..๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Sumber: Kedai Emas Sri Temasek

Jadi, sekarang kita dah tahu kenapa mutiara dan batu permata banyak diikat dengan emas 750 berbanding dengan emas 916? Pilihlah ikut kesukaan dan bajet masing-masing. Ya tak?

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.