Campuran Madu Dan Lemon Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

Tudung kanak-kanak
Tips sihat hari ini akan berkongsi tentang khasiat madu dengan lemon. Tahukah anda Campuran Madu Dan Lemon Boleh Hilangkan Bintik Hitam Di Muka. Kosnya yang digunakan pun murah dan selamat. Tak ada bahan kimia yang terlibat, okay..

Kelebihan Lemon: Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.

Manakala madu memiliki kandungan yang mampu mengikat zat air sehingga dapat melembabkan kulit wajah dari dalam. Cara penggunaannya adalah dengan menyapu madu pada seluruh bahagian wajah, untuk mendapatkan hasil maksima tambahkan 2 sudu susu. Biarkan selama 10 minit. Bersihkan dengan air hangat kemudian keringkan dengan kain lembut.

Campuran Madu Dan Lemon Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

Campuran Madu Dan Lemon Hilangkan Bintik Hitam Di Muka
Campuran Madu Dan Lemon Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

Selain itu, campuran madu dan lemon boleh melambatkan kemunculan garis-garis halus dan melawan kedutan. Jom tengok cara-cara melakukannya...

Bahan-bahan:

Lemon dan madu saja.

Caranya:

1. Potong separuh buah lemon.
2. Letakkan 3 atau 4 titik madu ke buah lemon tersebut
3. Gosokkan ke muka anda.
4. Biarkan campuran selama 5 minit sebelum membasuh muka anda dengan air sejuk.

Air perahan buah lemon turut membantu mengurangkan tanda-tanda di muka manakala madu pula adalah pelembap semulajadi yang berkesan. 

Selamat mencuba ya...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.