Header Ads

Daftar Pemilih Mengundi Boleh Dilakukan Di Pejabat Pos


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Daftar Pemilih Mengundi Boleh Dilakukan Di Pejabat Pos
Daftar Pemilih Mengundi Boleh Dilakukan Di Pejabat Pos. Anda telah layak mengundi? Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia? Jika belum, anda boleh berbuat demikian dan memdaftar di beberapa pusat pendaftaran yang dilantik oleh Pesuruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Bilakah PRU14 akan diadakan? Ramai juga yang meramalkan 2017 sebagai tahun pilihan raya umum, meskipun tempoh Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) sekarang hanya akan berakhir pada Jun 2018. Namun, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) boleh diheret 60 hari kemudian iaitu hingga Ogos 2018 andai Parlimen tidak dibubar pada tarikh yang sepatutnya.

Daftar Pemilih Mengundi Boleh Dilakukan Di Pejabat Pos

Begitu pun, sejarah politik negara tidak pernah menyaksikan Parlimen tidak dibubar dan sejarah juga tidak pernah menyaksikan pilihan raya umum diadakan terlalu dekat dengan tarikh luputnya.

Oleh itu, pelbagai congakan dibuat... ada yang kata PRU-14 akan diadakan pada Mac atau April 2017 dan tidak kurang juga meramalkannya pada September atau Oktober 2017. Kita tunggu dan lihat saja.. hanya PM Dato' Seri Najib yang tahu bilakah PRU14 akan berlaku.

Daftar Pemilih Mengundi Boleh Dilakukan Di Pejabat Pos


Cara-cara nak daftar pemilih di pejabat pos adalah seperti berikut dibawah.

Cara mendaftar melalui pejabat pos cukup mudah, tak sampai 10 minit dah siap. Caranya:

1) Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap "saya nak daftar sebagai pengundi".
2) Hulurkan IC anda
3) Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in ke dalam komputer oleh staf yang bertugas di kaunter.
4) Lepas borang siap diisi kemudian dicetak, anda hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
5) Siap! 

Lakukanlah hak anda sebagai seorang warganegara dan daftarlah sebagai pengundi, dan jangan lupa turun padang masa mengundi! 

Mengundi adalah hak anda! Satu undi amatlah bermakna!

1 comment:

Please comment with courtesy..

Powered by Blogger.