Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jangan Makan Sampai Kenyang Dan Baca Kesannya

Jangan makan sampai kenyang.. | Kenapa pula? Bukankah selalu ibubapa kita pesan makan sampai kenyang. Haha.. apa kena mengena dengan tajuk saya di atas? Jangan makan sampai kenyang. Ada sebabnya. Bacalah..

Jangan Makan Sampai Kenyang Dan Baca Kesannya
Jangan makan sampai kenyang.. berpada padalah

"Tidak ada bekas yang lebih buruk yang dipenuhi oleh seorang manusia selain perutnya. Dia sebenarnya hanya memerlukan beberapa suap untuk meneruskan hidupnya. Oleh sebab itu, perlu dibahagikan kepada tiga bahagian; sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk udara." {HR Tirmizi-Hasan sahih}

Jangan Makan Sampai Kenyang Dan Baca Kesannya


Baiklah.

Jom tengok kesan kepada kita jika makan sampai kenyang, melantak tak ingat dunia.. hihi

1. Gangguan pencernaan - makanan yang tidak cerna sempurna menyebabkan fermentasi, salah cerna dan mengeluarkan gas. Kesannya kembung, muntah, cirit birit dan buasir.

2. Makan berlebihan akan meningkatkan kadar gula darah. Ia akan menyebabkan secara automatik badan mengeluarkan insulin dengan banyak untuk menurunkan kadar gula darah dan akan mendorong tubuh menyimpan lemak.

3. Kekenyangan menyebabkan lesu. Kerana saluran pencernaan akan bekerja lebih keras. Kadar gula darah tinggi, insulin dirembeskan lebih banyak dan merangsang asid amino ke otak yang menyebabkan mengantuk.

4. Sesak nafas. Makan banyak kaborhidrat akan menyebabkan badan mengeluarkan karbon dioksida dari makanan. Kesannya tubuh berlebihan karbon diaoksida dan kekurangan oksigen untuk bernafas.

5. Tubuh menyimpan tenaga dalam bentuk lemak. Kesannya adalah obesiti, penyakit jantung dan pelbagai penyakit bahaya lain.

Bagaimana? Dah tahu kan kesannya bila makan terlebih kenyang. Rasulullah pun ada pesan, berhenti makan sebelum kenyang. Nak dekat ramadhan ni, berhati-hatilah ya.. jangan makan sampai kenyang. Berpada-padalah. Sambil makan ingat orang yang tak mampu. Ketika shopping juadah berbuka puasa, fikirlah orang miskin yang mungkin berlaukkan telur dengan kicap je...

Fikirlah sama-sama ya...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close