Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri Terbaik Untuk Insan Tersayang

Koleksi Ucapan Hari Raya Terbaik Dan Mencuit Hati Untuk Insan Tersayang. Jom kongsikan ucapan-ucapan hari raya melalui facebook, twitter, google plus, whatsapp, wechat dan banyak lagi. Saya kumpulkan dari berbagai sumber agar memudahkan anda semua menghantar ucapan aidil fitri kepada saudara mara, sahabat handai dan sebagainya.

Ada ucapan hari raya yang syahdu, ada pula yang lucu mencuit hati dan ada juga yang sedih berjauhan dengan keluarga tersayang. Saling mengucapkan selamat hari raya aidilfitri adalah salah satu cara akrab dan luahan kerinduan kepada mereka yang kita sayang. Aidilfitri adalah hari kemenangan kepada umat islan setelah berjuang selama sebulan berpuasa di bulan ramadhan.

Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri Terbaik Untuk Yang Tersayang

Koleksi Ucapan Hari Raya Terbaik Untuk Insan Tersayang  


Anda digalakkan menghantar seberapa banyak ucapan kepada yang tersayang demi mengeratkan silaturrahim.

1. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Saya menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan.

2. Tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah puasa, tiada hari seindah Jumaat, tiada bulan seindah Ramadhan. Untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertangkup memohon maaf untuk lisan yg terlanjur, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan semua sikap yang menyakitkan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. 

3. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Berlalu ramadhan mengusik jiwa,
Datangnya syawal mengundang bahagia
Hari kemenangan disambut ria
Tanda kebesaran yang Maha Esa

4. Tangan tak mampu berjabat malah wajah tak mampu bertatap. Hanya bibir terniat untuk berucap.. Salam aidilfitri. Maaf zahir § batin dari hujung rambut higga hujung kaki, dari tangan hingga ke hati...

5. Tanam serai bersama halia,
Untuk jualan di pinggir kota,
hari raya hari yang mulia,
tangan dihulur maaf dipinta.. SELAMAT HARI RAYA.

6. Pelita diletak diatas para,
Hendak dinyalakan di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidilfitri..
SALAM LEBARAN DARI KAMI SEKELUARGA..

7. Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata.
Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa.
Harap dimaafi segala-segalanya.
"Selamat Hari Raya"Maaf Zahir Batin,
Semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T sepanjang masa.

8. Biär renggäng di fänä duniä, biär hinä dimätä mänusia, biär semängät semäkin tuä, biär härtä semakin tiädä, biär äkäl semäkin berusia; biär jäuh kedudukän kitä biär juräng pängkät kitä. Jangan tergädäi siläturähim äntärä kitä... SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Koleksi Ucapan Hari Raya Aidilfitri Terbaik Untuk Yang Tersayang

9. Ramadan ini ,
Menuntut kecekalan, kesungguhan,
Setiap usaha adalah
Khazanah ibadah,
Mengapai keredaan,
Mematangkn keyakinan
dalam memanjat kesyukuran.
Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

10. Kawan bukan satu tapi beribu, bukan sementara tapi selamanya, bukan untuk dimusuhi tapi disayangi, bukan untuk dilupai tapi diingati, bukan hanya disini tapi dimana-mana. Bukan setakat ini tapi hingga ke akhir hayat. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN -

11. Sempurna berpuasa dibulan mulia, berkat kesabaran dan iman didada, syawal menjelma disambut gembira, mohon kemaafan dari kami sekeluarga.

12. Salam, Walau Langkah Tak Bertemu, tangan Tak Berjabat, Ucap Tak Terdengar, Mata Tak Bertatap,Tapi Izinkan Hati Memohon Maaf, Zahir & Batin."SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI".

13. RuMaH DiHiAs BaGai IsTaNa, BuAt P'sIApAn D HaRi RaYa, JaRi Ku SuSuN MaAf Ku PiNtA, SmS Ku HaNtAr PeNgGaNtI KaD RaYa. "SeLàMàT HàRì RàYà,MàAf ZàHìR & BàTìN

14. Salam.. Bunga di petik indah berseri, menjadi hìasan di aidilfitri, sms dhantar pengganti diri, tanda ingatan tak layu dhati... Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jari di susun maaf dipinta.. pada bicara & perbuatan yang tak dsedari. Maaf Zahir & Batin.

15. Mengimbas kembali kata yg diucap... Mengingat kembali janji yang dikata... Mengimbau kembali masa yang berlalu... Merenung kembali hati yg terguris... Menyingkap kembali amanah yang dipikul... Izinkan saya memohon maaf... kiranya ada lisan yang tak terjaga, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan sikap yang pernah menyakiti. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

16. Secebis " KASIH " membuat kita " SAYANG ", seucap " JANJI " membuat kita " PERCAYA ", sekecil " LUKA " membuat kita " KECEWA " , tapi sebuah " ke MAAF an " lebih " MULIA "........... SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI, MOHON MAAF ZAHIR & BATIN.


17. Di beningnya hati ada keruhnya prasangka.. disantunnya sapa ada celanya kata.. Mohon Maaf Lahir Bathin bila itu pernah terasa.. Selamat Hari Raya AidilFitri..

18.ASSALAMUALAIKUM, SEMPENA HARI LEBARAN INI, SAYA MEMOHON SEJUTA KEMAAFAN ANDAI ADA KETERLANJURAN BICARA, TERGURIS HATI, TERLUKA PERASAAN SEMOGA KETIBAAN SYAWAL MENJERNIHKAN SUASANA ANTARA KITA DAN DOA SAYA SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH SELAMAMYA, SALAM AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

Akhir kata, nukilan koleksi ucapan indah aidil fitri untuk yang tersayang ini moga dimanfaatkan buat meneguhkan silaturrahim. 

Semoga aidil fitri yang disambut menambahkan kebaikan dan hidup lebih dirahmati.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.