Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda

Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda. Tahukah anda mulai 28 Jun 2017, ASB sudah tidak menggunakan buku untuk urusan semakan baki, unit dan sebagainya. Semua urusan menggunakan IC/ Mykad dan penyata baki boleh disemak melalui portal myasnb.com.my. Jika anda ada kelapangan, buatlah pendaftaran segera di portal tersebut secara online.

So, segala urusan urusniaga ASB sekarang ini tiada buku.! Semua pakai IC/ Mykad. Kalau nak tengok balance atau statement, all in portal. Silalah register myasnb portal supaya tak pening nak tau unit ada berapa available jika anda nak menambah simpanan..

Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda
Sumber: asnb.com.my
Tambahan info, untuk urusan deposit ke akaun orang lain, contohnya tolong masukkan duit kawan-kawan, anak, adik beradik.. pun kena guna IC/ Mykad. Maknanya, nak tolong masukkan kena tuan badan sendiri, apatah lagi urusan keluar duit. Cap jari mesti sama dengan IC dan IC mestilah boleh dibaca dengan sistem/mesin pengimbas IC di bank atau pejabat pos. (Kalau 1st time, tak tahu nak kena bawak IC nak deposit, pihak bank atau pejabat pos mungkin benarkan atas budi bicara.)

Senang citer, macam nak buat urusan Tabung Haji jugak..

Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda


1. Login ke >>>>> www.myasnb.com.my >

Cara dia sama juga mcm nak register maybank2u. WAJIB untuk update no telefon pintar ok., iaitu kemaskini dan daftarkan dahulu nombor telefon anda di bank, pejabat pos atau pejabat ASNB berhampiran anda. Kemudian baru boleh masuk portal myasnb tu...

2. Semak nombor akaun 12 digit anda mulai 28 Jun 2017 di cawangan agen atau cawangan ASNB terdekat.

Baca maklumat di bawah dari FB Amanah Saham Nasional Berhad..

Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda
Klik pada link >>> MARI DAFTAR PORTAL MYASNB SEKARANG! Macam dalam gambar di bawah,
Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda

Lengkapkan Pendaftaran Portal anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mula melanggani perkhidmatan kami.

Langkah 1 - Maklumat Pemegang Unit

Langkah 2 - Pengesahan melalui pesanan ringkas/SMS

Langkah 3 – Hantar maklumat dan butiran peribadi pemegang unit.

Langkah 4 - Mencipta ID Pengguna portal, frasa rahsia dan soalan keselamatan.

Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan dipaparkan . Sila cetak / simpan laporan pendaftaran untuk rujukan masa depan.

SILA PASTIKAN KATA LALUAN SEMENTARA ANDA DI SIMPAN DENGAN SELAMAT UNTUK MELAKUKAN LOG MASUK KALI PERTAMA SELEPAS PROSES PENGAKTIFAN.


Kemudian, LOG MASUK KALI PERTAMA dengan ID Pengguna anda dan gunakan kata laluan sementara anda.

Ikut arahan untuk tukar kata laluan anda.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

14 Comments

  1. Tak boleh2 daftar myasbn nie...pasal apa nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tukar no akaun ASB anda kpd 12 digit ke? Update sekali no telefon anda di cawangan agen ASB. Baru boleh daftar online..

      Delete
    2. assalamualaikum.. sy dah dapat no akaun asb yg baru..tp still x boleh dftr myasnb. no tel tu dorg akn update serta merta atau kita kne tunggu sela masa beberapa lama?

      Delete
  2. Kat bank pn boleh daftar jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemaskini maklumat spt no telefon dan alamat serta dapatkan no akaun ASB 12 digit dari mana2 cawangan agen ASB. Kemudian baru daftar online. Daftar sendiri..

      Delete
  3. macam menyusahkan jerrrrrrr...apesal kena tukar nombor akuan 12 digit plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak boleh ke buat online. Kata nak menyenangkan rakyat.... Hmmmmmmmmmmm :-(

      Delete
  4. Kena pegi asb ke?? Klau call asnb hotline je boleh x?

    ReplyDelete
  5. Klu akaun anak, bole ke daftar myasnb ni?

    ReplyDelete
  6. Sendiri tk da akaun, ada akaun tuk anak jer. Bole ke daftar myasnb ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh, sebab anak di bawah umur. Cuba check di cawangan ASB berdekatan di post office..

      Delete
  7. waduh.. tak rajin nya nak ke bank...
    btw, pi bank jumpa kat kaunter atau bole je guna atm?

    ReplyDelete
  8. mendaftar butir-butir peribadi di dalam talian, risiko kehilangan wang dalam akaun boleh berlaku..
    Apa jaminan asb sekiranyanya itu terjadi?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close