Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Rawatan Kanser Dengan Ayat Al Quran

Cara Rawatan Kanser Dengan Ayat Al Quran. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut. Semua sakit datangnya dari Allah, dan sihat juga pemberian rezeki dari Allah. Oleh itu, kita yang sihat dan masih dipanjangkan usia hari ini, bersyukurlah.

Di bawah ini adalah perkongsian dalam grup Whatsapp dan disiarkan semula sebagai panduan dan pedoman kepada mereka di luar sana yang sedang bertarung dengan penyakit terutamanya kanser.

Cara Rawatan Kanser Dengan Ayat Al Quran

Dalam keluarga saya pun ada yang terkena kanser dan saya tahu sakitnya melalui tempoh selepas pembedahan iaitu kimoterapi. Tak sanggup nak menanggungnya...

Cara Rawatan Kanser Dengan Ayat Al Quran 


Jom kita hayati dan pelajari cara rawatan kanser dengan ayat-ayat al Quran daripada surah tertentu. Ada 8 surah dan lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya, maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Subhanallah..
Alhamdulillah..

Syukur kepada hamba Allah yang berkongsikan cara rawatan kanser dengan kaedah ayat suci al Quran. Ingatlah bahawa, Allah yang mendatangkan dugaan penyakit kepada kita maka, Allah jua yang berkuasa untuk memberikan kesembuhan.

Insyaa Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close