Doa Harian Dan Doa Dhuha Amalan Pembuka Rezeki Setiap Pagi

Doa Harian Dan Doa Dhuha Amalan Pembuka Rezeki. Salam hari minggu kepada semua pembaca blog yang disayangi. Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan bernafas lagi di pagi ini dan insyaa Allah sehingga sepanjang hari. Semoga Allah SWT masih berikan kita kesihatan yang baik dan diberikan kesempatan bertaubat sebelum nafas terhenti. Insyaa Allah..

Mulakan pagi anda dengan doa-doa indah dan amalan murah rezeki, tak kira bidang apa atau kerjaya yang bagaimana yang anda ceburi. Contohnya, niat saya berblog adalah untuk berkongsi apa saja berita gembira. Sebarkan bahagia. Jadikan berblog satu kerjaya yang boleh mendatangkan rezeki. Jadi, pasang niat dan angkat tangan berdoa minta Allah lapangkan rezeki dalam berblog hari ini.

Doa Harian Dan Doa Dhuha Amalan Pembuka Rezeki Setiap Pagi


Doa Harian Dan Doa Dhuha Amalan Pembuka Rezeki Setiap Pagi
Doa Dhuha dalam bahasa melayu

Antara doa harian yang biasa saya amalkan dan selalu baca bila buka dan buat kerja untuk blog kesayangan ini, adalah seperti doa berikut.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Doa Harian Dan Doa Dhuha Amalan Pembuka Rezeki Setiap Pagi

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Aamiin.. aamiin.. aamiin Yarobbal'alamiin..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.