Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aneka Resepi Daging Yang Paling Di Sukai

Aneka Resepi Daging Yang Paling Di Sukai. Paling saya suka daging goreng kunyit dengan kacang panjang. Kemudian saya suka daging masak kari. Itulah kebolehan saya memasak kedua-dua resepi tersebut hinggakan menjadi menu kegemaran keluarga. Tetapi dalam keluarga kami amat jarang makan daging kerana anak-anak dan encik suami kurang suka.. jimat lah sikit penat nak fikir menu atau resepi daging.. hihi😆😆

Bagi anda yang menghadapi masalah cari resepi yang sesuai untuk daging, jom saya kongsikan resepi-resepi yang disukai bila berasaskan daging samada daging kambing atau lembu.

Aneka Resepi Daging Yang Paling Di Sukai 


Jom kongsikan resepi-resepi daging yang menarik, sedap dan lazat, yang saya rangkumkan daripada blog-blog masakan terkenal. Namun ada resepi yang saya ubahsuai sedikit agar sesuai dengan cara saya memasak.

1. Resepi Daging Masak Lada Hitam 


Resepi Daging masak lada hitam

Bahan-bahan:
Sumber = Blogwana 

300 g daging lembu ( dibersihkan dan di potong kecil-kecil)
1 labu bawang besar (di potong bulat)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 inci halia ( dihiris)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
4-8 biji cili padi
daun ketumbar ( dihiris)
daun bawang ( di potong )
sepotong karot ( potong memanjang)
1 biji buah tomato ( di potong)
2 sudu besar kicap manis
2 sudubesar sos cili
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam & serbuk kunyit


Cara membuat daging masak lada hitam


1. Gaulkan daging dengan garam dan serbuk kunyit. Masak dalam kuali untuk keringkan airnya.
2. Apabila daging agak kering masukkan sedikit minyak dan goreng sedikit.
3. Masukkan halia, bawang putih, bawang merah, cili padi, lada hitam yang telah di tumbuk. Goreng seketika bersama daging tadi. Masukkan karot.
4. Masukkan sos cili, kicap,sos tiram dan sedikit air.
5. sesuaikan rasa dan last sekali masukkan daun ketumbar, daun bawang dan buah tomato.
6. Kacau, angkat dan hidangkan.


2. Resepi Daging Masak Lemak Cili Api 

Resepi Daging Masak Lemak Cili Api
Gambar sumber Google
Bahan-bahan:
Sumber = Dorina's Delight

300-400gm daging lembu
6 ulas bawang merah (di kisar)*
3 ulas bawang putih (di kisar)*
10 biji cili padi (di kisar - nak pedas menyengat sila lah tambah cili.)*
2 inci Halia (di kisar)*
Sehelai daun kunyit*
2 batang serai (di titik)*
1 sudu kecil serbuk kunyit (kalau pucat tambah lagi serbuk kunyit)
1 1/2 sudu kecil garam
2 cawan santan
2 biji kentang (di potong empat setiap biji)
5 sudu besar minyak masak
Bahan Perasa & Air secukupnya

Cara-cara menyediakan daging masak lemak cili api


1. Ambil daging, di cuci dan di rebus bersama sedikit garam tanpa potong terlebih dahulu. Rebus hingga masak atau sedikit empuk.

2. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan yang bertanda * sehingga wangi serta naik minyak atau kekuningan. Setelah kekuningan, masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.

3. Setelah daging tadi masak, tapiskan dan setelah daging tersebut sejuk potong daging nipis-nipis. Masukkan hirisan daging, garam, serbuk perasa dan juga serbuk kunyit ke dalam bahan tumisan dan gaul rata. Jika terlalu kering, masukkan air dan masak selama 15-20 minit.

4. Setelah daging empuk, masukkan potongan kentang dan masak hingga lembut. Kemudian masukkan santan, kacau rata dan biarkan selama 10 minit atau hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidang.

Nota:

1. Bagi mendapatkan hirisan daging yang cantik seperti hirisan daging salai dan daging tidak kecut bila di masak, anda harus lah rebus ketulan daging dahulu dan kemudian baru hiris nipis-nipis. Kalau daging hiris nipis-nipis dulu sebelum masak, anda takkan dapat hirisan daging yang cantik. Daging tersebut akan kecut apabila di masak.

2. Kalau nak dapat daging yang cepat empuk, mestilah potong daging melintang dengan urat daging tersebut.

3. Resepi Daging Masak Kari 


Daging masak kari

Bahan-bahan:

1 kilo daging - dipotong kecil dan nipis
2 bungkus kecil rempah kari - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 biji kentang - dibelah empat
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
Sedikit air asam jawa
1 kotak santan @ 2 cawan santan daripada 1 biji kelapa parut
1 tangkai daun kari untuk hiasan.


Cara menyediakan daging masak kari


1. Rebus daging hingga empuk. Kalau nak cepat empuk boleh guna press cooker. Masa diperlukan adalah 1/2 jam. Jika rebus guna periuk biasa anggaran masa merebus adalah 45 minit hingga 1 jam.

2. Dengan menggunakan kuali, tumis semua bahan yang dikisar iaitu rempah kari, bawang besar, bawang putih, dan halia bersama-sama bunga lawang dan kayu manis hingga naik baunya atau hingga terbit minyak. Masukkan 2 cawan air rebusan daging tadi. Jangan lupa masukkan juga air asam jawa.

3. Kemudian masukkan kentang yang dibelah empat. Masukkan juga daging yang telah direbus tadi. Biarkan kentang empuk seketika.

4. Masukkan santan. Kecilkan api. Biarkan mendidih. (Anda boleh tambah air jika suka kari daging yang agak cair.)

5. Perasakan dengan garam, serbuk perasa (jika suka) dan sedikit gula.

6. Kari daging ringkas siap untuk dihidang dengan nasi putih atau dimakan dengan roti jala. Hihi...

4. Resepi Daging Goreng Berlada 


Resepi daging goreng berlada

Bahan-bahan:
Sumber = Mykuali

500g daging - rebus empuk dan hiris nipis
serbuk kunyit dan garam
*5-6 tangkai lada merah - boleh campur lada kering
*4 biji cili padi merah - ikut kepedasan masing-masing
*4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih - >> semua bahan * kisar@tumbuk agak kasar
1 inci halia ketuk
sedikit jus limau atau air asam jawa
garam dan sedikit gula@perisa (suka hati)
(boleh tambah hiasan dengan potongan capsicum)

Cara-cara menyediakan daging goreng berlada


1. Gaul daging dengan garam dan juga serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng deep fry hingga garing. Kalau nak goreng basah pon boleh.. tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.

2. Toskan minyak tinggalkan dalam 2-3 sudu besar.. Masukkan bahan kisar @ tumbuk dan juga halia... tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa @ jus limau.. Kacau.. Perasakan dengan garam dan juga gula @ perisa.

4. Akhir sekali masukkan daging goreng dan kacau rata. Matikan api.

5. Hidangkan dengan nasi putih hangat.

5. Resepi Daging Masak Asam Ketumbar 



Bahan-bahan:
**Sumber

1 kg daging batang pinang - dihiris nipis dengan halia dan rebus hingga empuk. Gaul dengan kunyit dan garam, ketepikan.
2 biji bawang besar - dihiris bulat
cili padi ikut suka -  pedas atau tidak..
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
3 biji bawang merah - ditumbuk
sedikit serbuk jintan manis dan jintan putih
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air asam secukupnya
garam dan serbuk perasa, jika suka


Cara menyediakan daging masak asam ketumbar


1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging ke dalam kuali dan goreng hingga sedikit garing. Ketepikan.

2. Goreng pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan bahan hiris (bawang besar..) dan gaul rata.

3. Masukkan air asam jawa. Kalau nak ada kuah, tambahkan sedikit air. Masukkan daging goreng tadi.

4. Masukkan garam dan perasa. Gaul sebati.

Amacam? Sedap-sedap kan aneka resepi daging yang saya kongsikan di atas. Daripada koleksi di atas, saya dapat satu rahsia memasak daging agar bentuknya cantik, nipis dan sedap. Iaitu.. rebus daging dulu sebelum dipotong atau dihiris untuk sebarang resepi masakan berasaskan daging. Insyaa Allah resepi daging anda akan kelihatan menarik.

Cuba lah.. lama kelamaan anda akan pandai memasak jika selalu praktis di rumah. Selamat mencuba.  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close