Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aneka Resepi Dessert Yang Mudah Kegemaran Ramai

Aneka Resepi Dessert Yang Mudah Kegemaran Ramai. Dessert atau pencuci mulut adalah masakan ringan dan manis yang dibuat sebagai hidangan tambahan selepas makan masakan berat. Dalam majlis istimewa ada disediakan dessert kepada tetamu. Contoh dessert adalah bubur kacang, puding berkuah, agar-agar, dan banyak lagi.

Resepi dessert yang saya kongsikan adalah antara koleksi dessert yang mudah dan popular dan senang diikuti. Kebanyakan dessert mengandungi jumlah gula yang tinggi, jadi anda dinasihatikan mengambil dessert dalam jumlah yang sedikit. Lebihkan minum air masak selepas mengambil dessert bagi menyeimbangkan kandungan gula dalam badan.

Tapi sekali sekala apa salahnya, kan..


Aneka Resepi Dessert Yang Mudah Kegemaran Ramai


Silakan anda semua yang ingin mencuba resepi dessert yang dikongsikan, saya sertakan bahan-bahan dan cara menytediakannya dengan cara seringkas yang boleh.

1. Agar-agar Santan Gula Melaka 

Agar agar santan gula melaka
Gambar sumber Yatie Memories
Bahan-bahan:

10 gram serbuk agar-agar
1/2 liter air (2 cawan)
250 ml santan pekat
1 biji telur - masukkan dlm santan dan pukul sebati
Secubit garam

Bahan air gula :

1/2 liter air (2 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) - dipotong kecil
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul 


Cara menyediakan agar-agar santan gula melaka


1. Masak gula melaka, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.

2. Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan kacau sentiasa sehingga mendidih.

4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga mendidih atas api sederhana.

5. Biarkan adunan mendidih selama 1 minit , pastikan adunan sentiasa dikacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

6. Basahkan loyang dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.

7. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

2. Resepi Puding Kastard Berkuah


Bahan Puding:

1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Bahan untuk kuah puding:

1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail (buah campur dalam tin)
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila (pilihan)

Cara menyediakan puding kastard berkuah


Cara buat pudingnya:


1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kembudian masukkan tepung kastard.

2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.

3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).

4. Biarkan sejuk sedikit dan masukkan dalam peti sejuk.


Cara-cara membuat kuah puding:

1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.

2. Dengan api yang kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).

3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.

4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.

3. Resepi Sagu Mata Ikan Berkuah

Gambar dari Sajian Dapur Bonda
Bahan A:

1/2 kg sagu mata ikan (jenis kecil) - sagu warna merah lebih cantik
Bahan B:

Susu cair 1 tin (boleh juga guna santan..)
1/2 kilo gula merah (dimasak dengan air yang sedikit.. biar agak likat)

Cara menyediakan bahan A


1. Basuh dan rendam sagu dalam penapis selama 3-5 minit
2. Rebus air sehingga mengelegak dan masukkan sagu tadi.
3. Tunggu sehingga sagu tersebut gelegak sedikit dan kacau perlahan-lahan (pastikan api kecil)
4. Sekiranya sagu tersebut putih, letakkan sedikit pewarna seperti warna merah atau untuk lagi sedap, blendkan air daun pandan (warna hijau)
5. Kalau air agak kering, masukkan air kosong dalam 1 gelas pastu tutupkan periuk dengan tudung periuk tapi pastikan api perlahan..
6. Kacau sekali-sekala dan kalau kering ulangkan langkah untuk masukkan air lagi tapi jangan banyak sangat
7. Sagu yang menjadi cantek adalah sagu yang tiada titik putih di dalamnyer..
8. Tutup api. Masukkan ke dalam bekas
9. Sejukkan dan bila dah tak panas, masukkan dalam peti ais.

Cara makan:-
Masukkan susu cair bersama gula merah (untuk manis lebih, letakkan banyak air gula merah) ke dalam sagu tadi..
***Pastikan baru keluar dari peti ais.. makan sejuk-sejuk 


4. Dessert Kacang Merah Dengan Aiskrim 


Dessert Kacang Merah Dengan Aiskrim

Dessert atau pemanis mulut yang satu ini merupakan campuran agar-agar dari susu, dengan rebusan kacang merah, serta potongan beberapa buah. Antaranya buah laici, strawberry, kiwi, dan juga pisang. Warnanya merah kecokelatan lantaran disiram dengan kuah dibuat dari gula melaka. Untuk tambah sedap rasanya, tambahkan satu sudu ais krim green tea. Yummy..


5. Resepi Taufufah Ringkas

Resepi taufufah ringkas

Bahan-bahan:

1/3 agar2 tali (8gm)
2 liter air kotak kacang soya
1 cawan air
sehelai daun pandan

air gula:


2 cawan air
1 cawan gula

Untuk membuat air gula,didihkan gula + air..... jika tak suka manis, kurangkan gula. kalau nak buat gula merah pun boleh..

Cara buat Taufufah Mudah


1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut kesemuanya...

2. Kecilkan api, masukkan air kacang soya + daun pandan. Kacau rata selama 5 minit.Tutup api.

3. Tapis (untuk menghaluskan tekstur dan mengelakkan ketul-ketul) dan masukkan bancuhan tadi ke dalam acuan/ bekas yang sesuai. Buang dengan berhati-hati bubble yang terdapat di permukaan. Biarkan ianya mengeras pada suhu bilik. kemudian sejukkan di dalam fridge kalau boleh semalaman untuk rasa yang lebih sedap.

Cara makan/ hidangan: 

sudukan taufufa tadi ke dalam bekas yang disukai.

Boleh dihidangkan dengan air gula merah atau air gula putih.. rasa insyallah lebih kurang sama dengan taufufa original recipe yang menggunakan serbuk sekko... =) cuma taufufa asli tu lebih lembut daripada yang ni... selamat mencuba.


6. Resepi Kek Tiramisu Yang Mudah

Kek tiramisu ringkas
Gambar hiasan
Bahan-bahan:

1 biji sponge kek atau apa-apa kek 
250 ml whipping cream 
200gram cream cheese 
1/2 cawan gula halus 
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) 
1 sudu makan serbuk nescafe 
serbuk koko untuk hiasan 

Cara-cara buat kek tiramisu ringkas


1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi 
2. Satukan gula, cheese dan cream 
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu 
4. Potong kek pada 3 bahagian 
5. Susun 1 bahagian dalam bekas 
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek 
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek 
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya 
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar... 10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Aneka resepi dessert atau pencuci mulut di atas adalah sebagai rujukan kepada saya pada masa akan datang jika hendak menyediakannya. Jika anda suka dengan koleksi aneka dessert ini, kongsikan kepada rakan yang lain. Selain itu, anda juga boleh mencuba aneka resepi masakan dalam blog ini dengan klik pada pautan ini, RESEPI

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close