Header Ads

Presiden Singapura Ke 8 Halimah Yacob Presiden Wanita Pertama Singapura


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Presiden Singapura Ke 8 Halimah Yacob Presiden Wanita Pertama Singapura
Halimah Yacob Presiden Wanita Pertama Singapura. Halimah Yacob lahir pada tanggal 23 Ogos 1954 (63 tahun). Halimah Yacob adalah anggota aktif di Parti Aksi Rakyat (PAR). Halimah Yacob adalah Ketua Parlimen Singapura kesembilan.

Halimah Yacob juga menjadi wanita pertama yang menjawat jawatan sebagai parlimen Singapura. Beliau menjawat sebagai ketua Parlimen Singapura sejak 14 Januari 2013.

Siaran berita dari Harian Metro Online. Bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob bakal diumumkan sebagai presiden negara itu yang baru selepas tiada calon lain layak merebut jawatan yang dikhaskan untuk orang Melayu itu.

Sejak merdeka pada tahun 1965, Singapura telah dipimpin oleh 7 presiden. Presiden pertama Singapura adalah Yusof Ishak yang menjawat sejak tahun 1965-1970. Presiden Singapura ke-2 adalah Benjamin Sheares (1971-1981). Presiden Singapura ke-3 bernama C.V. Devan Nair masa jawatan 1981-1985.

Presiden Singapura ke-4 adalah Wee Kim Wee tempoh masa jawatannya tahun 1985-1993. Presiden Singapura ke-5 bernama Ong Teng Cheong menjabat sejak 1993-1999. Presiden Singapura ke-6 bernama Sellapan Ramanathan yang menjawat sejak 1999-2011.

Presiden Singapura ke-7 bernama Tony Tan Keng Yam yang menjawat selama 6 tahun iaitu sejak 2011-2017. Presiden Singapura ke-8 sekaligus presiden muslim dan wanita pertama Singapura bernama Halimah Yacob yang akan dilantik pada Rabu, 13 September 2017.

Presiden Singapura Ke 8 Halimah Yacob Presiden Wanita Pertama Singapura


Presiden Singapura Ke 8 Halimah Yacob Presiden Wanita Pertama Singapura

Dia juga bakal menjadi presiden wanita pertama Singapura. Farid dan Salleh tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat iaitu menerajui syarikat dengan ekuiti pemegang saham berjumlah S$500 juta (RM1.56 bilion) untuk tempoh tiga tahun terakhir.

Halimah dalam sidang media hari ini, meminta semua rakyat bekerjasama dengannya untuk menjadikan Singapura lebih kuat.

Akhbar Straits Times melaporkan, Halimah satu-satunya calon yang mendapat sijil kelayakan bertanding dikeluarkan Jawatan Kuasa Pemilihan Presiden.

Pengerusi firma perkapalan, Farid Khan, 61, dan ketua eksekutif syarikat hartanah, Salleh Marican, 67, tidak layak bertanding.

Halimah bakal diumumkan menang tanpa bertanding sekali gus menjadi presiden kelapan selepas tempoh penamaan calon ditutup tengah hari, esok (13/9/2017).

“Ada pilihan raya atau tidak, keazaman dan komitmen saya untuk berkhidmat untuk rakyat Singapura masih sama,” jelasnya. - Agensi

No comments

Please comment with courtesy..

Powered by Blogger.