Rezeki Allah Luas, Publisher & Affiliate Marketer Pun Lubuk Rezeki

Rezeki Allah Luas, Usahkan Sempitkan Harapan Anda. Tak mati dek keji dan tak hidup dek puji! Jangan harapkan kata yang tulus mulus saja untuk berkayuh mencari rezeki di muka bumi Allah ini. Tak boleh cara A, kita cuba cara Z. Gunakan semua cara yang halal untuk mencari rezeki bagi diri dan keluarga anda. Fikiran tepu tak tahu dari mana nak cari rezeki? Mulakanlah dari mana aje, asalkan anda tahu asasnya. Hihi...

Nak jadi affiliate marketer? Boleh tu, lubuk rezeki juga. Atau nak jadi publisher, daftarlah kat mana-mana advertising company yang ada offer benda tu..

Contoh Publisher seperti Adsense, Adnow, Mgid Promoted Content, Mobicow, dan banyak lagi.

Contoh Affiliate program seperti Involveasia, Lazada, Klikjer, Agoda dan banyak lagi.

Apa benda tu publisher dan affiliate marketer? Google je la dik, banyak dah blogger tulis benda ni. Saya tak akan explain lagi. Nak rezeki luas kan? Buang sifat malas tu. Cari apa yang dikatakan publisher dan afffiliate marketer.

Rezeki Allah Luas, Publisher & Affiliate Marketer Pun Lubuk Rezeki 


Rezeki Allah Luas, Publisher & Affiliate Marketer Pun Lubuk Rezeki

Cerita tentang rezeki dari online media.. macam instagram, facebook, twitter, blog dan banyak lagi. Asalkan online.. mana-mana media sosial boleh aje cari rezeki.

Lain orang lain caranya. Ikut kemampuan sendiri dalam menggali lubuk rezeki di muka bumi Allah ini. Bersusah-susah dahulu tak mengapa, pasti akan mudah pada akhirnya.

Allah SWT pun ada berfirman, "Setiap kesusahan pasti ada kemudahan pada akhirnya." Surah al insyirah.

Berbalik kepada cari rezeki dengan media sosial, saya lebih kepada blog dan Google plus. Kalau saya ada produk laris seperti buat bisnes dengan air balang, saya promosikan di blog. Lagipun blog satu medium yang luas dan santai untuk kita tulis tentang sesuatu produk.

Kalau rajin lagi, saya promote produk dalam Google Adsense supaya lebih banyak lagi iklan-iklan terbaik daripada advertiser yang masuk kat blog ini. Kita bagi dia orang tapak dalam blog kita, jadi kita kena sediakan perkhidmatan yang baik. Tak gitu? Bisnes mereka laku macam pisang goreng panas, kita pun dapat bayaran yang tinggi.

Bukan itu saja. Ada lagi lubuk rezeki saya dalam media sosial. Kadang-kadang saya jual ebook. Jomlah support ebook yang saya jual iaitu 123 tips jimat cermat dan menabung RM1,000 sebulan.

Kemudian, cara anda promosi pun kena betul dan ada strategi. Contohnya ebook yang laris kat Klikjer, anda promosi kat mana-mana yang anda suka dan sempat. Promosi kat group FB, Whatsapp, Telegram.. untung sabut timbul. Jangan harapkan hasil dapat dituai esok lusa. Ada rezeki sebulan dua bulan, ada yang klik link tersebut dan beli ebook yang dipromosikan. Maknanya, kena sabar kalau jual produk bukan fizikal ya.. ia digital atau buku elektronik, susah sikit orang nak yakin.

Haha.. lagipun orang sekarang lebih suka tengok youtube dari baca ebook. Senang cerita, malas..

Tak mengapa.

Kita bukan orang yang malas, jadi jom download ebook di bawah untuk buktikannya!


1 comment:

  1. Tq for the tips.. will explore ur blog more..

    Saya budak blogger br belajar.. kalau salah tolong tunjukkan

    Shidotdotcom.blogspot.com

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.