Header Ads

'Tahun ni saya hairan Raja Zarith ikut saya sepanjang jalan' - Sultan Johor


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. 'Tahun ni saya hairan Raja Zarith ikut saya sepanjang jalan' - Sultan Johor
"Tahun ni saya hairan Raja Zarith ikut saya sepanjang jalan." Begitu titah Sultan Johor apabila Raja Zarith Sofiah sanggup menemainya memandu kereta beroda tiga Morgan itu ketika program KMJ., berdua-duaan. Baginda ditemani anakanda-anakanda baginda sepanjang 3 hari program KMJ tersebut.

Di kongsikan semula dari Berita Harian Online tentang Kembara Mahkota Johor Edisi Ke 20. Allah Peliharakan Sultan.

INI MUNGKIN KEMBARA TERAKHIR SAYA - SULTAN JOHOR


KLUANG: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, hari ini bertitah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20 yang sedang berlangsung mungkin yang terakhir untuk baginda.

Ehsan Johor Southern Tigers 

Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu menyerahkan tanggungjawab (pelaksanaan) program tahunan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Kalau TMJ yang buat best jugak tetapi bukankah beliau sudah penuh dan sibuk jadualnya sebagai pemilik kelab JDT dan juga Presiden FAM?

"Saya rasa tahun ini tahun terakhir saya. Saya nak serah pada Tunku Mahkota. Saya nak tengok macam mana beliau (Tunku Ismail) menerajui Kembara Mahkota.

"Saya sudah didik dia (Tunku Ismail) dah cukup dan saya akan datang sebagai tamu (tetamu) je. Kalau dijemput," titah baginda sambil berseloroh kepada BH ketika ditemui di Kem Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam di sini, pagi tadi.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu membuat pengumuman mengenai pembabitannya yang terakhir dalam KMJ tetapi tidak sampai hati berbuat demikian.

"Tapi saya nak buat announcement (pengumuman) itu tetapi saya tak sampai hati. Jadi selagi ada keringat saya teruskanlah (KMJ)," titah baginda dalam nada sebak.

Selain itu Sultan Ibrahim bertitah langkah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah mengikutnya dan menemani memandu kereta pada KMJ kali ini diibaratkan seperti temujanji baginda berdua.

Katanya, pada mulanya baginda berasa hairan Permaisuri Johor mahu mengikutnya sepanjang program KMJ.

"Tahun ni saya hairan Raja Zarith ikut saya sepanjang jalan. Saya cakap dengan dia pergi naik kereta, esok demam. Dia tak nak. Macam dating (temujanji) la berdua je dalam kereta. Tapi dia tahan (ikut sepanjang program)," titah Tuanku.

Semoga Allah panjangkan usia tuanku sekeluarga dan selalu di dalam lindungan Allah SWT. Salam Kembara Johor 2017.

No comments

Please comment with courtesy..

Powered by Blogger.