Cara Mengajar Anak Kecil Agar Berfikiran Luas

Tudung kanak-kanak
Cara Mengajar Anak Kecil Agar Berfikiran Luas. Tugas ibu bapa zaman sekarang amat mencabar. Orang kata zaman kini anak-anak ibarat buah strawberry.. cantik di luar tapi rapuh di dalam. Di mana silapnya? Kitakah yang silap atau masa dan zaman yang tak memihak kepada kita.

Adakah cara dan didikan yang diterapkan kurang berkesan lantaran tidak ada asas yang kukuh. Pening kepala dibuatnya bila anak-anak kecil dah minta itu ini seperti orang dewasa. Tetapi, bokehkah kita benarkan anak-anak kita dewasa sebelum masanya? Tentu saja boleh tetapi kita mesti pandai memilih kedewasaan yang macam mana anak-anak kecil perlu didedahkan.

Ajari anak-anak kecil berfikiran luas bukanlah bermakna memaksa mereka jadi dewasa.. sebaliknya mengajar mereka melihat sesuatu perkara dari sudut positif. Latih anak-anak kecil melihat kehidupan dari sudut terbaik dan menghasilkan kejayaan.

Cara Mengajar Anak Kecil Agar Berfikiran Luas

Cara Mengajar Anak Kecil Agar Berfikiran Luas
Lukisan anak kecil saya yang nampak abstrak..
Setiap ibu bapa ada cara berbeza dalam membesarkan anak-anak mereka. Begitu juga saya dan anda semua, mencorakkan anak yang lahir bak kain putih amatlah sukar. Tersilap sikit mencorak, kita juga yang akan menanggung kesannya pada tahun-tahun seterusnya. Kalau boleh setiap ibu bapa mahukan kecemerlangan untuk anak-anaknya. Tetapi kita manusia yang tak sempurna, pasti ada silap dan khilaf dalam proses mencorakkan "kain putih" tersebut.

Bagaimana caranya mengajar anak agar berfikiran luas. Hidup penuh positif. Cuba kita renungkan cara di bawah, adakah ia sesuai dengan anak anda?

1. Pupuk kasih sayang seikhlasnya
2. Lakukan aktiviti bersama .. seperti mengaji, melukis, membuat kerja rumah dan sebagainya.
3. Sentiasa beri contoh dan jawapan positif jika timbul pertanyaan tentang sesuatu situasi (kanak-kanak suka bertanya).
4. Ajar menabung bersama.. jika pinjam duitnya, tunjukkan yang anda pulangkan.. wang yang dipinjam, ajar rasa tanggungjawab
5. Ajari bersedekah dari kecil, agar dia melihat kesusahan dari sudut positif
6. Berikan galakan jika anak kecil anda menghasilkan sesuatu yang baik seperti membantu membasuh pinggan, menyediakan minuman kita.. terima lah seadanya walau tak sedap😎😎
7. Sentiasa terapkan anak-anak kecil anda agar membesar nanti menjadi ketua bukan sekadar penambah ahli yang ada... maksudnya sentiasa bersedia memikul tanggungjawab.

Itulah antara cara-cara yang saya terapkan kepada anak kecil saya. Alhamdulillah.. dalam usianya 10 tahun, dia sudah pandai buat air panas untuk saya dan ayahnya, mengaji selepas maghrib walau kita tak suruh, sebelum tidur check semua tingkap dan pintu berkunci, mula bersedekah belanja sekolah (jika dia berpuasa), menyimpan duit untuk membeli komputer, menggunakan duit simpanan jika mahu membeli mainan yang disukai dan banyak lagi.

Dalam tak sedar, kita sebenarnya mengajarnya bersabar dalam kehidupan. Perlahan-lahan dia belajar membuat keputusan yang mudah dan banyak lagi.

Lain orang lain caranya. Jika anda ada cara yang terbaik, boleh kongsikan di ruangan komen.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.