5 Tips Untuk Turunkan Bacaan Gula Penghidap Kencing Manis

loading...
5 Tips Untuk Turunkan Bacaan Gula Penghidap Kencing Manis. Kencing manis disebut juga diabetis merupakan penyakit 3 serangkai yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Apakah 2 lagi penyakit yang saling berkaitan itu? Ia adalah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Pengarah Perubatan Ajwa Cor­poration, Dr. Leny Marlina Muskimin berkata, peningkatan jumlah pengidap diabetes dan tekanan darah tinggi merupakan penyumbang utama kes sera­ngan jantung melibatkan golongan mu­da di negara ini dengan peratusan yang semakin membimbangkan. (Sumber Utusan).

Tambahnya, diabetes menyebabkan komplikasi pada buah pinggang, mata dan jantung ma­nakala tekanan darah tinggi pula menyebabkan gangguan pa­da pembuluh darah yang merosakkan sistem badan terutama pada bahagian jantung dan otak.

Dalam tulisan di bawah ada 5 tips yang perlu dilalukan bila bacaan gula cecah 15 mmol. Bacaan gula yang tinggi ini amatlah merbahaya kepada penghidapnya.

5 Tips Untuk Turunkan Bacaan Gula Penghidap Kencing Manis

5 Tips Untuk Turunkan Bacaan Gula Penghidap Kencing Manis 


1. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur sayuran, seperti sawi, brokoli dan sebagainya
2. Hentikan pengambilan gula putih dan susu pekat, ambil gula stevia pun bagus..
3. Amalkan puasa sunat setiap isnin dan khamis, insyaa Allah memang amat bagus kesannya
4. Bersenam 2-3 kali seminggu
5. Elakkan makanan berkarbohidrat di proses seperti roti, biskut dan sebagainya.

Apa agaknya gejala kencing manis? Jom tengok senarai di bawah tentang tanda dan gejala kencing manis tersebut..

5 Tips Untuk Turunkan Bacaan Gula Penghidap Kencing Manis

1. Kerap membuang air kecil
2. Kerap dahaga
3. Kerap lapar
4. Urin mengandungi paras gula yang tinggi
5. Berat badan turun mendadak
6. Cepat penat dan lemah sepanjang masa
7. Penglihatan kabur
8. Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan dan kaki
9. Luka lambat sembuh
10. Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit

Itulah gejala kencing manis; ada lebih kurang 10 tanda-tandanya. Bila anda mengalami salah satu tanda di atas, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan agar penyakit berbahaya dapat dicegah dari awal sebelum terlambat. Susah tau bila nak kawal kencing manis, kerana orang terdekat kami ada mengalaminya. Banyak pantang larangnya.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.