Bersyukur Dan Bersabar Ketika Diuji Tanda Orang Yang Bertaqwa

loading...
Bersyukur Dan Bersabar Ketika Diuji Tanda Orang Yang Bertaqwa. Tak penat saya nak menulis, menekankan betapa untungnya orang yang sabar ketika diuji. Dah lah bersabar kemudian dia bersyukur pulak. Tengoklah betapa kuatnya penggantungan dia kepada Allah SWT. Mengapa kita diuji? Mengapa saya diuji dan diduga? Dan, mengapa anda juga di beri cabaran dan halangan dalam perjalanan hidup? Ada banyak sebab mengapa Allah menguji hambaNya. Jika anda baca buku motivasi, buku agama dan pelajaran daripada ustaz ustazah, pasti anda biasa dengar kisah Rasulullah SAW yang diduga, diuji daripada dirunya sendiri, kepada anak isteri, sahabat handai.. semua nya ditanggung dengan sabar dan syukur.


Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka. Ingat tu.. bersabarlah ya! Allah tahu anda kuat, Allah tahu anda mampu!

Orang yang sabar dan ikhlas akan menyelusuri setiap relung masalah untuk mencari segala bentuk hikmah disebalik ujian sebagai tanda renungan dan muhasabah diri.

Bersyukur Dan Bersabar Ketika Diuji Tanda Orang Yang Bertaqwa


Bersyukur dan bersabar adalah sifat orang yang beriman.

Orang yang bersabar ketika diuji itulah orang yang memperoleh keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Allah.

"Dan sungguh akan Kamu berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Inna Lillahi wainna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNYA kami kembali).. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk..." (Surah al-Baqarah ayat 155)

Ketika kamu diuji dan sesuatu musibah menimpa, teruskanlah berjalan.. teguhkan langkahmu.. Allah pasti telah menggantikan sesuatu di hadapan nanti. Mungkin sebuah kehidupan yang lebih baik dan indah. Yang lepas biarkanlah. 

Bersabar dan seterusnya bersyukur ketika diuji merupakan satu langkah pendewasaan diri. Dengan masalah kamu tahu menyelesaikan.. dengan musibah kamu akan lebih matang dan dewasa menangani sesuatu situasi. Orang yang berjaya dan berada di atas bukanlah mereka memiliki magik yang membolehkan mereka terbang ke langit... melainkan mereka juga macam kita melepasi rintangan demi rintangan dengan sabar sehingga berjaya.

Akhir kata, bersabarlah ketika diuji. Nasihat ini juga buat penulis ini.. yang kadang-kadang ada turun naiknya bermacam rasa bila diuji. Lantas.. teringat kata Firman Allah SWT dalam al Quran,
Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita untuk memikirkan jalan keluar hingga penat, Allah hanya meminta kita sabar dan solat. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.