Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Mudah Tambah Income Dari Rumah Buat Bisnes Online

Cara Mudah Tambah Income Dari Rumah Buat Bisnes Online. Bila cerita tambah income semua orang suka sebab dengan adanya income extra, macam-macam boleh dapat buat. Benda kemahuan fikiran pun boleh dijelmakan jadi realiti. Oleh kerana tak ada income extra, kita hanya bergantung kepada income hakiki setiap bulan. So, hanya dapat beli barang keperluan saja seperti makan, minum, rumah sebagai tempat tinggal dan pendidikan serta kesihatan. Sedangkan kalau nak realisasikan kemahuan perasaan kena ada income yang berlebihan. Ya tak?

Bisnes online dah jadi semacam trend perniagaan yang disukai oleh golongan masakini. Dimana-mana perniagaan pun pasti ada sudut jual beli secara online, jika tidak perniagaan mungkin boleh merosot. Nak beli buku ke MPH, Popular, semua pun boleh dibeli secara online. Kalau nak beli offline.. boleh je bersesak dalam jammed terutamanya pada hujung minggu. Nak beli sayur pun boleh beli online..

Macam saya contohnya.. kalau lapar malam-malam, saya akan belek food delivery group bertanyakan sesiapa ada buat penghantaran tentang sesuatu makanan. Order.. dalam setengah jam makanan sampai. Sediakan duit secukupnya. Itu namanya bisnes atas talian dan kita jadi pembelinya. Inilah namanya mereka bisnes dari rumah dan menguruskan jual beli secara online.

Cara Mudah Tambah Income Dari Rumah Buat Bisnes Online


Ada banyak kerja sambilan yang boleh datangkan income dengan mudah. Antara kerja sambilan yang saya buat termasuklah affiliate marketer, percuma je.. , ada juga ambil tempahan advertorial di blog, buat promosi di media sosial untuk produk pakaian muslimah dan banyak lagi.

Tambah income dari rumah mudah saja, tak mesti ada blog. Yang penting anda ada akaun media sosial dengan smart phone. Palling mudah dan popular tentulah Facebook. Daftar percuma kemudian pilih produk yang anda hendak iklankan. Anda promosi sikit, ada orang beli dari link produk anda.. anda akan dibayar. Nampak senang.. dan memang senang pun. Hihi..

Bila dah pandai main facebook, dah ramai friends.. anda belajar sikit buat teknik copy writing jual produk secara atas talian atau secara online. Kita boleh dapat income tambahan tanpa belajar teknik menjual pun TETAPI income anda akan berganda-ganda jika anda buat kerja dengan ilmu. Ada modal sikit, tambah ilmu. Tentu hasilnya berkali ganda.

Dah boleh mulakan langkah pertama anda. Sekarang!

Usah bertangguh. Anda kata "nanti dulu.. " orang lain dah sampai ke bulan!

Begitulah contohnya!

Kalau anda seorang surirumah, cuba join mana-mana group bisnes online macam jual produk Shaklee, agen Hai-O Marketing, jual karipap segera, kek cheese leleh yang jadi viral sekarang dan macam-macam lagi. Kini, orang berniaga macam tu pun guna online, dari promosi sampailah ambil order hingga hantar barang atau produk tersebut.. pun secara online.

Bisnes online dari rumah bukan setakat jadi affiliate marketer, bukan setakat pasang iklan kat blog, produk review saja.. sebaliknya ada beribu produk yang boleh dipilih untuk buat bisnes dari rumah sebagai income part time atau tambahan.

Mudah kan bisnes dari rumah secara online?

Semoga anda ada fikiran yang luas dan tidak malas berusaha untuk mencuba pelbagai cara yang halal untuk menambah pendapatan keluarga. Usaha tanpa jemu pasti akan membuahkan hasil yang bersesuaian.

Selamat menceburi bisnes online dari rumah sebagai usaha tambah income anda!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close