Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apakah Gejala Mencuri Entri Orang Lain Dengan Auto Feed Post Merosakkan Dunia Blog?

Apakah Gejala Mencuri Entri Orang Lain Dengan Auto Feed Post Merosakkan Dunia Blog? Trafik Blog juga merosot Gara-Gara Pencuri Entri Orang Lain Dengan Auto Feed Post ini. Inilah trend blogger sekarang yang PEMALAS dan nak cepat dapat trafik tapi dengan menjahanamkan blog orang lain dengan cara terang-terangan. Segelintir orang macam ni memang kena "banned" aje dari industri penulisan online. Apakah pelaku auto feed post ni orang yang kenal di sekeliling kita? Siapakah mereka ini? Jika benar mereka orang yang ada adab dan faham etika penulisan online.. mengapa mereka masih buat copy paste entry orang lain secara terang-terangan.

Bila berlaku auto feed post, sedikit sebanyak perjalanan blog terganggu dan secara tak langsung menjatuhkan semangat blogger untuk berblog. Mereka yang terlibat ni tak ada idea ke? Then, jika anda tak ada ilmu dan ilham menulis, cari lah kerja lain yang anda pakar!! Betul tak?

Trafik Blog Merosot Gara-Gara Pencuri Entri Orang Lain Dengan Auto Feed Post 


Ada blogger yang inform saya bahawa entri blog mereka disiarkan secara auto di blog tertentu yang tak diketahui siapa pemiliknya. Macam blog scam pun ada. Orang nak berblog dia pun nak tapi pemalas! Tau nak mudah aje. Buat 3 hingga 4 blog kemudian curi artikel orang lain bulat-bulat. Akibatnya Google akan sangka artikel kita adalah tak original, scam dan macam-macam lagi.

Apakah Gejala Mencuri Entri Orang Lain Dengan Auto Feed Post Merosakkan Dunia Blog?

Saya pun terkena. Ada banyak dah saya nampak artikel saya kena rompak bulat-bulat. Ada yang tinggalkan link dan ada yang sesuka hati tepek entri kita tanpa rasa bersalah langsung.

Memang saya ada buat report kepada pihak Google sebelum ni, tapi blog berkenaan akan cepat-cepat hilang dari alam siber. Timbul pula blog yang lain.. sama modus operandinya. Tak taulah dia orang ni pengamal media dari negara kita atau Indonesia. Sebab, saya perasan mereka guna patern template blog yang sama semua.. kebanyakan template dari blogger Indonesia. Tapi.. iyalah.. template kan banyak yang free, sesiapa boleh buat blog dan delete keesokannya. Kan, sekarang ni ibarat dunia tanpa sempadan.

Oh ya, berkaitan trafik blog yang merosot disebabkan kes macam ni, saya pun terkena kesannya. Dulu nak dapat PV 50K sehari senang-senang je. Sekarang ni, dapat 22K je sehari. Separuh PV jatuh menjunam.. dan begitu juga income blog. Adsense, Adnow, Mobicow, Adsterra.. semua jatuh mendadak.

Bukan saya je yang terasa kesan yang amat membimbangkan.. blogger sepenuh masa lagi lah haru..

Jadi, apakah tindakan kita sebagai blogger yang jadi mangsa auto feed post ni? Nak buat laporan kat mana? Ada yang kata report kat Google. Supaya blog tersebut kena banned. Tapi berhasilkah kita mengekang kegiatan tak bermoral mereka itu?

Setelah diteliti, saya dapati kesan daripada report yang kita buat kepada pihak yang berkenaan seperti tidak berhasil. Orang kalau dah biasa merompak dan mencuri, mereka tetap akan mengulang lagi benda yang sama dan menggunakan pengenalan yang berbeza pula.

Apakah Gejala Mencuri Entri Orang Lain Dengan Auto Feed Post Merosakkan Dunia Blog?

Natijahnya.. walau kita berjaga-jaga dengan entri yang kita tulis. Bila telah berusaha untuk mengekang gejala auto feed post ini tetapi masih menjadi mangsa.. jawapannya adalah REDHA. Mudah-mudahan artikel yang kita tulis itu boleh memberikan manfaat yang lebih luas lagi. Tak dapat untung dunia tak apa.. anggap itu (tulisan yang bermanfaat) sebagai bekalan kita di akhirat nanti.

Teruskan menulis yang bermanfaat kerana anda minat menulis dan kerana Allah Taala. Hilang sikit rasa sakit hati bila mampu melihat entry kita di auto feed post kan...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close