Resepi Kuih Bingka Labu Yang Sedap

loading...
Resepi Bingka Labu Yang Sedap. Bingka labu memang sedap dan berkasiat pulak tu. Kalau saya nak makan bingka labu, saya akan minta mak mertua masakkan. Mak mertua memang pakar memasak apa jua jenis bingka. Siap ambil tempahan lagi.. dah memang kepakarannya memasak. Tak macam saya, kepakaran saya adalah makan.. haha๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚, sebelum kita tengok resepi kuih bingka labu, kita tengok dulu apakah khasiat buah atau sayuran berwarna oren ini. Bentuk luaran macam keras tapi isi dalamnya amatlah lembut bila di masak sempurna.

Labu banyak khasiatnya. Buah labu merupakan sejenis sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia. Jika seseorang itu mengalami rabun terutamanya pada waktu malam, atau ketidakseimbangan gula dalam darah, maka labu merah adalah menu yang sesuai untuk diet bagi tubuh. Ini kerana pakar diet pemakanan mendedahkan vitamin A dan C adalah vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.
Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosfurus, zat besi, beta karotin dan serat. Di katakan sumber serat atau fibre dalam labu mampu mengawal nafsu makan.
Resepi Kuih Bingka Labu Yang Sedap


Resepi Bingka Labu Yang Sedap


Bahan-bahan:

2 biji telur
2 cawan santan (boleh guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir halus
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cawan labu- yang telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan untuk tabur di atas permukaan kuih

Resepi Kuih Bingka Labu Yang Sedap

Cara Buat Bingka Labu Yang Sedap


1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .

2. Satukan bahan-bahan diatas kecuali labu yang di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.

3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yang telah di lecek, kacau hingga rata.

4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.

Nota:
Kalau tak nak blender labu pun tak apa. Sebab, nampak cantik tengok jalur-jalur labu yang tak hancur sangat masa kuih di potong.

Selamat mencuba resepi kuih bingka labu yang sedap. Lagipun sekarang ni bingka labu dah banyak dikomersialkan dan banyak di jual di kafe terkenal. Harganya pun melambung naik. Kalau nak makan puas-puas, buatlah sendiri. Buat labu kukus dan makan macam tu aje pun sedap, lagi berkhasiat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.