Telah kering air mata menatap berita itu. Hari hari yang dilalui terpaksa mendengar keluh kesah yang tak bertepi. Mana peri kemanusiaanmu! Mana? Tegarnya kau melakukan sedemikian rupa. Apa salah dan dosanya yang hadir tanpa dipinta. Kau tidak takutkah dengan balasan yang menanti, jangan lupa itu! Hari ini kau buat, esok lusa datang kesan dan pembalasan. Baru tahu langit itu tinggi atau rendah!
Kalau kau tak mahu kenapa kau campak begitu saja, paling tidakpun kau hargai sedikit hadirnya mereka, berikan kepada tangan lain yang sanggup mencurah kasih dan sayangnya. Bukan kau biarkan sahaja di mamah agas atau pun binatang buas. Sedarlah wahai wanita, secara azali wanita berhati lembut, tapi tidak kau? Mengapa begitu zalim? Tahukah kau wahai lelaki, apa yang telah kau lakukan kepada wanita tersayangmu itu. Bertanggungjawblah, agar tiada lagi kezaliman di muka bumi ini.Sejukkanlah hatimu wahai wanita yang telah begitu zalim membuang zuriatmu, hentikanlah airmata-airmata duka kami tatkala engkau berkelakuan demikian,
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku untuk tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepadaMu."selebat hujan yang turun, mencurah membasahi bumi
tidak selebat hujan, di dalam jiwaku...

##Aynora Nur : jika semua manusia di dunia kita yang indah ini saling berkasih sayang, maka ALLAH pun akan memandang kita dengan kasih sayang.
4 Comments
mereka juga berhak hidup!
ReplyDeleteBetul tu, jangan tambah dosa yg ada...
ReplyDeleteSalam kenal,
ReplyDeleteKalau tak nak jaga kerana malu dengan dosa yang dibuat, beri pada orang yang sudi menjaganya.
Kenapa mesti ditamatkan riwayat insan yang tak berdosa ini.
takutlah dengan dosa yang kita lakukan...
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.