Lifestyle, Resepi, Keluarga Dan Informasi Terbaik

(Video) dan (Gambar) Banjir Terburuk dalam Sejarah di Thailand (2011)

Agensi-agensi bantuan memberi amaran kemungkinan krisis kemanusiaan di kawasan berpenduduk padat di  Thai kerana dibanjiri dengan air banjir selepas bendungan sementara yang dibina di tebing Sungai Chao Phraya untuk mengekang banjir gagal berfungsi sebaiknya.


Buddhist monks carry food as they wade through a flooded street in Bangkok

*** Gambar sami membawa bekalan makanan sambil mengharungi banjir di Bangkok 

Berpuluh-puluh ribu penduduk yang tinggal di lapan daerah daripada 50 daerah yang ada di Bangkok telah hidup di dalam air banjir yg sedalam 5 kaki selama beberapa hari, telah menimbulkan kebimbangan penyakit berjangkit bawaan air dan wabak cirit-birit.

Bendungan sementara telah dibina oleh 50.000 tentera dan tentera sukarelawan di kawasan yang dilanda banjir yang teruk. Tentera laut juga telah meletakkan bot keselamatan di atas lebuhraya empat lorong yang dipenuhi air untuk langkah berjaga-jaga. Perdana Menteri Thai Yingluck Shinawatra yakin banjir akan bertambah baik menjelang minggu akan datang. Selama tiga bulan hujan monsun yang sangat lebat melanda Thailand terutamanya Bangkok telah menyebabkan 381 kematian dan kehidupan 2.2 juta orang terjejas teruk.



*** Video banjir besar di Thailand

***kredit to The Telegraph

Post a Comment

0 Comments

close