Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kembali Terjalin...

Salam & Selamat tengahari,

Sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Memang lama. Mungkin lebih lama dari umur anak sulungku. Dia...seseorang yang aku jadikan idola. Dia, yang aku hormati pendiriannya. Dia yang lemah lembut. Dia yang cantik. Dia anggun bergaya. Dia amat bijak. Walaupun dia lepasan luar negara, tidk lokek dengan ilmu. Aku sungguh kagum dengannya.



Lama...aku hampir lupa. Cuma kadangkala ada angin rindu datang menyapa. Rindukan senyum dan gurauan itu. Aku dengan dunia yang dicipta antara rakan2 baru dan kau hilang entah di mana. Tetap aku lewati ruang gambar dalam simpanan, imbau kisah lama yang meraup ruang kosong ini. Cuma, bila bilah rindu hampir terpecah, kau muncul kembali.

Saat tangan menyambut salammu. Aku terpaku. Benar, kau tetap kau! Tidak ada yang berubah melainkan aku katamu...bertambah dewasa. Hilang penat sudah sebuah penantian. Yang sebenarnya memori itu tak boleh padam sekalipun. Kalau tak muncul wajahmu di ruang maya realiti ini, pun aku masih mampu mengingati seraut wajah kesayangan hamba...

salam berbaur memori,
aynora nur      


aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. siapalah agaknya tu...memang di rindu

    ReplyDelete
  2. yang dirindu adalah seseorang bekas ketua jabatan
    dlm bidang perbankan dahulu...
    baru2 ni berjumpa semula
    sangat touched!

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close