Lifestyle, Resepi, Keluarga Dan Informasi Terbaik

Menjelang Lebaran...

Dengan Bismillah...

Mungkin sekarang ini ramai yang sedang sibuk membuat persiapan terakhir sebelum menjelangnya 1 syawal 1433H yang dijangka jatuh pada hari Ahad bersamaan 26 Ogos 2012. Mana yang belum lengkap, eloklah di buat senarai checklist, kut2 pada saat2 akhir ini, ada yang masih sempat dibeli. Bagi kanak2, tentulah mereka yang brsemangat raya sakan padahal puasanya pun tidak cukup separuh hari...
Menjelang lebaran ini, seperti biasa saya telah bersedia. Semuanya sudah siap, hanya menunggu pagi raya menghadap juadah air tangan ibunda tercinta. Tiada apa lagi yang tertinggal, senarai panjang yang berjelanya boleh dibuat langsir telah saya langsaikan. Minggu Ahad lepas sempat juga kami beranak anak dengan bapanya sekali berbelanja di Jusco yang sekarang namanya dah jadi AEON. Habis juga wang berwarna warni masuk ke poket Jusco, tetapi demi anak dan bapa si anak boleh tersenyum tersengih, maka rasa penat dan 'kehilangan wang' di Juso tidaklah terasa sangat. Tetapi yang pasti, dan berulang setiap tahun, menjelang syawal banyak/ramai yang terbelanja lebih walaupun niat di hati kita nak berjimat dan ikat tangan...

Bila tiba bab kuih muih raya, saya sendiri memborong 3 bekas kuih aje, tetapi bila di susun kat rumah, boleh jadi 6 balang, kemudian tiba hari ini, dah hampir 11 macam kuih yang saya ada. Mana saya dapat sebanyak itu, ek?

Sebenarnya saya dapat 3 balang kuih yang sedap2 (dah test dah) dari customer yang beli rumah sebab katanya amat berpuas hati dengan service kami (terima kasih dik!), ada dapat hamper kuih raya dari RHB Bank, juga dapat hamper raya dari lawyer (panel lawyer larh...mana lagi) dan saya terbeli kerepek pisang dari jiran kawan satu pejabat. Hmm...ingatkan puasa 30 hari, kuih pun nak 30 jenis ke? Oh tidak! Cukuplah apa yang ada, saya tak nak beli apa2 lagi...syawal dah dekat ni, nanti duit tak ada nak balik kampung...

Panjang nya cerita menjelang lebaran saya? Anda semua bagaimana? Ada tak experience kalut macam saya ni? Whatever pun, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI YANG MULIA, LEPAS ITU KITA PUASA SUNAT ENAM SAMA-SAMA...INSYA'ALLAH.    

Salam sayang,
Bebelan dari bukan mak nenek...
aynora nur
     

Post a Comment

9 Comments

  1. salam aidilfitri ya..maaf zahir batin..:)

    ReplyDelete
  2. terbeli kerepek ye????hihi

    selamat hari raya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah la...kemudian saya beli 2 bungkus batang buruk, si abang pulak terbeli 3...semuanya 5 bungkus, haha

      Delete
  3. nak kuih sikit..hihi..salam aidilfitri dear..maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  4. tq yang...nak kuih boleeh..no prob, nnt kita raya2 & mkn sama2, ok...

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya ;) maaf zahir dan batin. salam balas kunjungan ;)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close