Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2012/02/29

Sisipan Nasihat Untuk Blogger Se Malaya [...dengan harapan tiada yang ambil hati]

Dengan Bismillah,
Salam mesra blogger semalaya...

Saya baru habis blogwalking, jejalan baca 'negeri' orang dan sambil tu menyelam minum air. Eh! Apa yang saya buat ek? Saya baca segala benda samada bahan hiburan, cerita lawak dari blog2 lawak, saya juga jenguk2 blog politik. Hrmm...ada sesetengah blogger sangat bijak mengajak bicara jadi orang bijak juga, ada sesetengahnya pula merapu entah apa2, pun saya ikuti juga bahan cerita mereka.



Tahukah korang? Bahawa isu2 yang kita bicarakan dlm laman2 blog adalah gambaran sebenar samada yang tuan punya blog itu ada membuat 'kerja lebih masa @ homework' sebelum menulis entri atau sebaliknya. Atau apakah dia orang [termasuk diri sendiri?] seorang yang membabi buta...[membuta tuli??]

Saya cuba jejaki blog2 yang ada isi, antaranya;

1. Hasrulhassan.com
2. Anastasyea.com
3. Cikmatahariku
4. Hanis Zalikha
5. Dapur Tanpa Sempadan

Yang di atas itu saya katakan, antaranya...jadi ada blog2 glamour yang saya tak senaraikan sebab mereka dah terkenal satu Malaya. Senang nak cari...

Mengapa kita mesti membuat atau menulis entri berdasarkan rujukan? Sebabnya, satu hari nanti kita akan disoal jawab. Siapa yang kena soal dan siapa yang kena jawab? Dua dua sekali, yang menulis dan membaca pun kena jawab oleh Yang Maha Bijaksana. Jadi, saya nak kita sama2 mengutip pendapat ini sebagai satu dorongan agar satu hari nanti kita pun jadi bijak macam orang2 yang bijak di sekeliling kita. Okey!

Natijahnya, mari sama2 berubah...mulakan sekarang kawan2 eh...

keep in touch and smile,
aynora nur

[W.W] #8: Umpama Hati Yang Marah...

Dengan Bismillah,
...Hati yang marah disimbahi air hujan!


keep smile!
aynora nur,

Aynora Nur adalah seorang penulis bebas yang bekerja sepenuh masa dalam bidang hartanah dan perkhidmatan. Masa lapangnya dihabiskan dengan menulis blog, e-novel dan tips-tips kerjaya. Seorang lulusan MBA. http://aynoranur.com/ http://mykarya.net/

[W.W] #7: Leap Year - Tahun Lompat [Video]

Dengan Bismillah,
Wordless Wednesday? What is it? Please check here for more understanding...kali ini my WW will be in video.



Selamat menonton.
aynora nur


Aynora Nur adalah seorang penulis bebas yang bekerja sepenuh masa dalam bidang hartanah dan perkhidmatan. Masa lapangnya dihabiskan dengan menulis blog, e-novel dan tips-tips kerjaya. Seorang lulusan MBA.




http://aynoranur.com/
http://mykarya.net/

2012/02/24

Apakah Rahsia Hati?

Dengan Bismillah...
Hati ibarat ketua dalam diri anda manakala anggota tubuh adalah pekerjanya. Jika kuat ketuanya, maka pekerjanya juga akan kuat. Begitu juga apabila ketuanya positif dan berwawasan maka pekerjanya juga positif dan aktif bergerak merealisasikan wawasan ketua.

Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah hati yang suci murni. Namun jika hati tidak diurus dan dijaga dengan bersungguh-sungguh, ianya secara semulajadinya amat mudah dikotori dan dicemari. Namun, bagaimanakah caranya menguruskan dan membersihkan hati? Berikut adalah cara terbaik yang dianjurkan untuk membantu kita menyucikan kembali hati yang kurang jernih.






Sebagaimana hadis Riwayat Muslim:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu”.




Jaga Hati, Rawat Hati 


1. Banyak meluangkan masa untuk muhasabah diri.

Waktu terbaik untuk muhasabah diri adalah selepas selesai solat fardhu. Ambillah sedikit masa untuk duduk diam seketika selepas selesai solat dengan melihat dan merenung kembali kekurangan dan kelemahan yang wujud dalam diri. Mengingati kekurangan dan kelemahan bukanlah untuk disesali tetapi untuk diperbaiki.

Waktu yang terbaik juga untuk muhasabah diri adalah beberapa ketika sebelum terlelap pada waktu malam. Soalan yang harus ditanyakan dalam diri ialah “ Apa yang sudah saya lakukan sepanjang hari ini?”

2. Terima hakikat tiada kejayaan sebenar di dunia ini.
Terimalah hakikat bahawa kejayaan di dunia ini bukanlah ukuran kejayaan yang hakiki, sebaliknya kejayaan sebenar adalah apabila kita bertemu dengan Allah SWT, kita dikurniakan syurga. Kejayaan yang dikecapi di dunia adalah subjektif, dan ianya berbeza mengikut individu. Hati akan mudah terubat apabila kita membisikkan “ tidak ada yang sempurna di dunia ini,” apabila menemui kegagalan di dalam sesuatu usaha.

3. Berusaha mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri
Ramai yang tidak percaya akan kewujudan dan kepekaan pancaindera yang keenam iaitu “pandangan mata hati”. Namun begitu, ilmu berkaitan dengan diri sendiri mudah diperoleh jika kita menggunakan pancaindera ini, dan dengannya juga kita mampu melihat dan menilai segala kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri. Namun bagaimanapun pancaindera ini akan lebih efektif sekiranya diri kita selalu dekat dengan Allah dan patuh kepada setiap perintah-Nya.

4. Belajar daripada orang lain.
Belajar daripada orang lain adalah sebahagian daripada proses kehidupan dan perkembangan seseorang manusia. Proses pembelajaran ini akan lebih berkesan dengan melihat setiap perkara yang berlaku di sekeliling dengan kaca mata seorang pelajar dan digabungkan dengan pandangan mata hati hendak belajar. Melalui proses inilah segala yang buruk dapat dijadikan pengajaran untuk dihindari manakala perkara baik yang ditemui, tempuhilah sebagai pedoman untuk terus memperbaiki diri. Ingatlah, orang yang bijaksana menjadikan semua perkara di sekelilingnya sebagai tempat belajar dan sentiasa memperbaiki kualiti hatinya.

Coretan di atas saya ambil dari halaman ini, dimana saya rasa artikel ini sangat menarik untuk dikongsikan. Saya bersetuju bahawa hati adalah ketua segala tubuh kita. Tempatnya memang tersembunyi dan tidak dapat dilihat serta merta (kecuali kita sakit dan keluarkan hati untuk dirawat), ianya tetap terpendam dalam diam. 

Hanya tuan punya badan yang tahu apa kata hati dan Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Sebab itu kita kena bersangka baik kerana insya'allah orang akan bersangka baik juga pada kita.

Cebisan rasa dari hati,
aynora nur


2012/02/23

Kejayaan Tak Pernah Datang Percuma

Salam mesra,
salam blogger 1 Malaysia...

Kejayaan tak datang bergolek. Kita perlu usaha, kita mesti berani merentas cabaran kemudian bila sudah berjaya, mesti rasanya amat manis sekali. Cuba sesekali kau pandang ke belakang, merenung sejenak. Masihkah kau ingat tapak-tapak kesusahan yang pernah dipijak?


Kejayaan Tak Pernah Datang Percuma

Aku pun sama seperti engkau dan mereka. Jarang sekali aku mendapat kejayaan dengan percuma. Ada saja setitis air mata dan keringat yang tumpah. Juga terkadang kekecewaan datang bertukar ganti. Tetapi mesti ingat, inilah buah yang kita sedang tuai hasilnya. 

Pepatah Melayu ada mengatakan, usaha tangga kejayaan. Cuba kau bayangkan, jika kita mendaki tangga, bukan satu atau dua...mungkin beratus anak tangga. Apa yang kita tempuhi sepanjang pendakian itu? Aku yakin dan pasti, disebalik ada penat dan lelah kita sebenarnya menuai sebuah hasil yang tak ternilai bernama pengalaman. 

Ingatlah teman, jangan berhenti berusaha.
aynora nur

Ayat-ayat Mutiara...

Salam mesra,



Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.


semoga kebahagiaan hidupku berkekalan...
aynora nur 


 Aynora Nur adalah seorang penulis bebas yang bekerja sepenuh masa dalam bidang hartanah dan perkhidmatan. Masa lapangnya dihabiskan dengan menulis blog, e-novel dan tips-tips kerjaya. Seorang lulusan MBA.
http://aynoranur.com/
http://mykarya.net/



Tutorial Untuk 'Disable Right Click Pada Blog @ Website'

Salam sejahtera,

Kerapkali blog yang mengandungi gambar peribadi ataupun gambar2 artis akan jadi mangsa copy cat dari orang lain yang tidak bertanggungjawab. Adakah anda tidak suka orang lain mengambil apa sahaja kandungan dalam blog anda? Terutamanya pada blog2 yang mengendalikan ruangan e-novel, ataupun penulisan yang sudah tentu perlukan tuan punya blog memerah otak...

Kenapa Perlu Disable Right Click?
Kebiasaannya,seseorang pemilik blog akan menggunakan fungsi ini untuk megelakkan orang lain mengambil apa yang ada dalam blog mereka. Samada tidak senang ayat mereka ditiru bulat² (copy paste), ataupun untuk mengelakkan bandwidth habis digunakan. Kebiasaan alasan yang aku selalu baca adalah kerana ada orang yang copy entri mereka bulat².

Berikut adalah contoh msg yang akan keluar apabila anda aktifkan disable right click
Disable Right Click dalam blog



Berikut adalah cara yang mudah untuk menggunakan fungsi ini.


1. Copy kod ini.

<script language=JavaScript>
<!--

//edit by unwanted


var message="Masukkan Mesej Anda Disini";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>


2. Paste pada "HTML/javascript" dalam blog anda.
Dashboard >Layout>Add a Page element >html/javascript. Kalau masih kurang jelas, klik sini.


Apabila sudah siap, save dan lihat kesannya pada blog anda.:)

Apa citer? Senang kan? Tapi jika korang tak kisah ataupun sekadar nak kongsikan info yang baik kepada pembaca blog, tak payah disable right click pun tak apa. Tepuk dada tanya knowledge yang ada...

Smile,
aynora nur



 Aynora Nur adalah seorang penulis bebas yang bekerja sepenuh masa dalam bidang hartanah dan perkhidmatan. Masa lapangnya dihabiskan dengan menulis blog, e-novel dan tips-tips kerjaya. Seorang lulusan MBA.
http://aynoranur.com/, http://mykarya.net/

2012/02/22

[W.W] #6 : Ibarat Dedaun Hijau Sebelum Ia Kering...

2012/02/17

Kisah Nafsu Yang Degil Dengan Perintah Allah

Salam hormat,

Nafsu yang degil dengan perintah Allah. Dalam perjalanan yang mungkin sedang menuju titik akhir, kita seharusnya sedaya upaya menjadi baik dari sebelum  ini. Macam biasa, saya nak kongsikan apa yang saya temui dalam pengembaraan menuntut ilmu...



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Jadi, kenapa Allah memasukkan nafsu dan akal ke dalam manusia? Mesti ada sebab musababnya. Kerana, nafsu adalah ujian untuk akal, manusia kan sering kalah dengan nafsu, jadi puasa ibarat air yang memadamkan amarah nafsu. Sebab itu kita amat tidak digalakkan atau dengan kata lain dilarang sama sekali berkata seperti ini, Kau, kau...dan aku...aku...maknanya kubur masing2.


Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. dan Sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?
(QS Al A'raf (7) : 169)

Semoga kita semua mendapat sedikit daripada pengajaran cerita di atas. Sampaikanlah walau sepotong ayat...

Smile,
aynora nur



aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

2012/02/15

Ayat-ayat Mutiara...

Salam mesra,

Sebaris ayat-ayat mutiara,
jika jatuh berderai tetap datangnya cahaya...


Ayat-ayat Mutiara...


Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).


aynora nur,
smile!!

aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

[W.W] #5: Bermula Dengan Indah...

Salam sayang,
Wordless wednesday...



aynora nur,
mungkinkah berakhir dengan indah juga?

aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

2012/02/13

Follow My Friends That I Follow

Salam blogger,
salam mesra,

Saya suka blogwalking and at the same time become a follower to any blog that I have been stop by. But, somehow...to be a loyal follower, it's the hardest part, (I think but maybe...)

Macam mana saya monitor every blog/website yang saya dah follow. Saya seorang yang minat membaca, membaca dan membaca. Daripada apa yang saya baca, saya akan tulis dan rangkumkan jadikan ia sebuah pengembaraan pengalaman...


Disebabkan saya suka baca, saya akan blogwalking dengan search some keywords kat internet. Bila dapat singgah kat blog yang menarik, maka saya akan follow. Cara untuk saya keep track terhadap blog2 tersebut senang aje. Saya bina list/bloglist, dan dari situ siapa yang kerap update, maka saya keraplah dtg blog tersebut. Hrmm...senang aje nak dapat experience, kan? 
Sebenarnya tak rugi kita follow orang walaupun orang tersebut tak follow kita balik. Orang kata bila memberi, jangan harapkan balasan. Easy kan? Hati pun tak sakit. Jangan sakit hati pada orang yang sudah berjaya tetapi sakit hati kenapa kita gagal berusaha untuk jadi seperti itu.

Lagi satu, kena ingat. Ada sesetengah blog yang mengandungi kandungan yang boleh merosakkan mata, hati dan juga fikiran. Jadi, jangan sesuka hati follow blog tanpa mengetahui isi kandungan blog tersebut. Waspada sebelum kena, mana tahu daripada blog yang kita follow boleh kena virus. Macam2 virus ada dlm dunia ini, so...beringatlah selalu, ok!!


salam hormat,
(kekadang hati kembang kuncup bila ada pembaca setia...)
aynora nur

aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

2012/02/10

Erti Doa Seorang Sahabat...

Salam,

Friendship Friday! Dari sahabat untuk sahabat...

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Maka, mari kita ambil manfaat dari cerita berikut:


Terdapat seorang pemuda bersama sahabatnya yang menaiki sebuah kapal yang sama… menuju ke suatu tempat. Dengan taqdir Allah, kapal yang dinaiki telah terbocor, lalu mula karam sedikit demi sedikit… Alhamdulillah, lalu kedua-dua mereka berenang dan terus berenang untuk menyelamatkan diri, hinggalah tiba di sebuah pulau yang sunyi lagi kosong…Ternyata, pulau tersebut tiada berpenghuni, malah kering kontang tiada sebarang pohon dan wadi… Mereka terus saja bersama, berdoa dan berdoa kepada Allah mudah-mudahan diberi jalan keluar, atau paling tidak diberi makan dan minum untuk meneruskan hidup…Namun, setelah sekian lama, sepertinya doa mereka masih belum dimakbulkan Tuhan… Sehinggalah suatu hari pemuda tersebut berasa hampir putus asa…Lalu mencadangkan kepada sahabatnya agar mereka memisahkan tanah pulau tersebut kepada dua daerah, dan mereka tinggal di daerah masing-masing… Pada fikirannya, mungkin salah seorang daripada mereka orang yang jauh dengan Tuhan, lalu kerana itulah doa mereka belum dimakbulkanNya…Sahabatnya hanya mengangguk bersetuju tanpa membantah… Bermulalah kehidupan mereka secara berasingan…Si pemuda mula berdoa kembali kepada Tuhan… memohon agar diberikan minuman kepadanya… Di taqdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan beberapa pancutan air mata air dari tanah… Alangkah gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan dilihat tanah di situ masih kering kontang tanpa setitis airpun…. Pemuda itu terus lagi berdoa kepada Allah, kali ini dia memohon semoga Allah memberikannya makanan pula…Dengan izin Allah, beberapa pohon buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya… Sekali lagi dia menjeguk ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon pun yang berdiri di situ..Masih sama kering kontang dan lapang seperti hari pertama mereka tiba di situ… Sekarang, dia mula yakin bahawa doa-doanya kini memang dimakbulkan Allah….dan sebaliknya doa-doa sahabatnya itulah yang tidak dimakbulkan Allah…Dan tahulah dia mengapa semasa mereka tinggal bersama, doa-doa mereka tidak dimakbulkan Allah… “Pasti kerana dia itu seorang yang jauh dengan Tuhan…kerana itulah doanya tidak dimakbulkan…” Lalu, pemuda itu dengan keyakinan bahawa doanya sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai lagi…Hinggalah kemuncaknya, pemuda itu memohon kepada Allah agar dapat keluar dari pulau itu dan kembali ke perkampungannya… Dengan taqdir Allah, tiba-tiba  dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan menghampiri pulau tersebut…Dengan perasaan gembira yang amat sangat, dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu… Setibanya di kampung halaman, dia bertembung dengan seorang tua yang sangat terkenal alim dan warak di kampungnya itu…Orang tua itu memandangnya dengan penuh kehairanan… Lalu orang tua itu menegur, “Mana sahabatmu yang seorang lagi???” Pemuda itu jadi kaget, tapi berusaha untuk berlagak biasa, lalu bertanya kembali kepada orang tua itu… “Sahabat yang mana satu?” “Sahabatmu yang di pulau itu..” Terkejutlah pemuda itu pabila mendengarkan jawapan orang tua tersebut….Lalu pemuda itu menceritakan kepada orang tua itu kisah dari mula dia sampai hinggalah hari dia mendapatkan perahu yang membawanya pulang ke kampung…. “Lalu, apakah saya harus menolong membawa pulang sahabat saya itu, sedangkan Allah sendiri tidak memakbulkan doanya?!” kata pemuda itu lagi. Lantas orang tua tersebut pun menjawab… “Tahukah engkau, sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau itu, dan satu-satunya doa beliau telah pun di makbulkan kesemuanya oleh Allah…” “Apa doanya?” pemuda bertanya sedikit teruja.. “Sesungguhnya, sepanjang waktu, dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua doa-doamu yang sedang di dalam kesusahan dan kegelisahan…Dan sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telahpun diperkenankan oleh Allah…” Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan…. Subhanallah… masyaAllah… Allahu Akbar…. Bertuahnya pemuda itu mempunyai seorang sahabat yang semulia itu…alangkah bertuahnya … alangkah bertuahnya.. alangkah bertuahnya dia… Maka, Saya akhiri kisah hidup pemuda itu dengan satu pertanyaan…. “Apakah tuan yang mulia sudi menjadi sahabat saya…dan sudi memberikan saya peluang menumpang barakah tuan…?”

Semoga kita memperoleh sahabat yang seumpamanya...AMIN!!aynora nur


aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

Siapakah Sahabat Sejati?

Salam sayang,

Rasulullah s.a.w pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.



Siapakah Sahabat Sejati?

Siapakah sahabat sejati? Apakah ciri-ciri sahabat sejati yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan: BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu: TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu: SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu : “SAHABAT”.

Sahabat sejati? Memang ramai orang mengaku merekalah sahabat sejati, merekalah sahabat terbaik kita.

Tetapi, cuba korang uji sedikit dengan kesusahan dalam bentuk wang, siapakah yang tinggal? Zaman ini sahabat ramainya pada poket kita yang penuh. Jika kita miskin dan tiada apa2, para sahabat yang mengaku dirinya sahabat, hilang lesap entah ke mana...jadi, fikir-fikirkanlah!

akukah sahabatmu? - aynora nur


aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

2012/02/08

[W.W] # 4: Worldless Gardens?

 

dalam hati ada taman hijau...
aynora nur

aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

2012/02/02

Sifat Rendah Diri | Sorotan Sebuah Pengalaman...

Salam semua,

Jarang benar saya lihat budak2 zaman sekarang yang bersifat rendah diri dan menghormati orang lain. Benar...sifat ini susah untuk di amalkan oleh semua orang sebab masing2 rasa diri mereka hebat. Hebatkah kita? Terhebat...jawab Boboi Boy...{sekadar gurauan).



Sifat Rendah Diri

Sewaktu buat MBA dulu, saya merasa menimba experience dan knowledge sharing dengan seorang professor hebat. Kenapa dia hebat pada pandangan mata saya? Juga hebat pada pandangan mata orang lain hinggakan bangsa-bangsa lain dlm kelas saya (...dari Iran, India, Pakistan, China, India...) juga sama pendapat dengan saya. Setiap kali dia memberikan lecture, kami semua akan terlopong mulut, bagaikan masa bergerak sangat pantas. 8 jam rasanya macam dua jam aje, begitu hebat knowledge sharing yang diberikannya!

Saya dapat rumuskan bahawa professor tersebut sangat rendah diri walaupun dirinya seorang jutawan. Dia hanya memakai baju kemeja putih dan berseluar slack. Makan semeja dengan kami dan segala persoalan dijawab dengan pantas dan bernas.

Dan yang paling menyentuh hati, jam tangannya berharga puluhan ribu tetapi setiap kali waktu solat, alarm pada jam tangan itu berbunyi. Pada permulaan kelas, kami sangkakan ada bom dalam kelas, tetapi rupa2nya alarm tanda masuk waktu solat berbunyi dari jam tangan mahalnya!

Berikut saya lampirkan pembacaan saya berkaitan sifat rendah diri. 


 

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.{Luqman:18-19}

2012/02/01

[W.W] # 3 : Keangkuhan?


Smile!!
aynora nur


aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

[W.W] # 2 : Doakan Aku...


Smile!
aynora nur



aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA