Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2012/07/31

SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+

My dear friends...
Bismillah...

Dalam bulan yg mulia ni, sekali lagi saya nak tambah kenalan dan follower blog. Al-maklum, follower saya baru 340 orang (setakat 31/7/2012) dan ada niat nak jadikan 1000+ (macam segmen ni...), ada berani??? Insya'allah...mari kawan2 kita join segmen ramai2...

Oh ya, saya tag dia orang ni,...special, Mrs Valentine, Churippu Farah, Azwa, Si Lebah Comel, Fafaeha, Yumida

Klik Banner,

 


Anak rusa main tali
Main tali dengan tangan
Meh ramai ramai kita sertai
banyak blogwalking luas pandangan

hidup bukan nak cari musuh,
**aynora nur**

2012/07/27

Lirik Lagu Sesungguhnya Nyanyian Raihan

Selamat sejahtera,
Bismillah...
kredit


Melewati hari-hari bernama Ramadhan, aku sesekali terlalai. Dalam langkah yang semakin pendek, aku tak terdaya melawan arus hari yang semakin laju. Sedangkan baru nak bermula, Ramadhan telah menjengah hari ke hari. Semakin lama semakin dekat dengan garis penamat, tetapi masih belum berkesempatan pun memanjat kata kudus buat bekalan diri di kemudian hari. Sedangkan janji ALLAH itu pasti...doa orang yang berpuasa amat mustajab. Sudahkah kalian mendahuluiku ataupun, sama denganku. Sibuk berkejaran dengan masa yang sememangnya amat cemburukan kita...    


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah


Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu


Mengingati ramadhan, sehening dan selembut datangnya bulan suci ini, bulan seribu bintang...aku terkenangkan sesuatu. Tentang perkongsian sebuah cerita, yang sederhana sifatnya tetapi penuh terapi jiwa. Cerpen pembangunan jiwa...


**aynora nur**

2012/07/24

Cerita Para Sahabat Nabi Tentang Puasa

Selamat sejahtera,

Bismillah...

“Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjadikan pemisah berupa sebuah parit antara dia dengan api neraka yang jarak parit tersebut antara langit dan bumi” (HR. Turmudzi dan Thabrani)



Rauh Ibnu Zamba, seorang Amir pada Dinasti Umawiy mengadakan perjalanan Umrah (ke Mekkah) dengan membawa bekal makanan yang banyak dan sangat lazat, melihat seorang pemuda yang setiap saat  pergi berwuduk, lalu solat 2 rakaat, kemudian dia berkata, 

"Wahai lelaki, Aku ingin kamu menjadi tamu kami dan makan makanan yang sangat lazat bersama-sama yang lainnya”,

Lelaki itu berkata, 

“Aku telah diundang oleh yang lebih mulia dari engkau”.

Lalu Ibnu Zamba bertanya, 

“Siapakah yang lebih mulia dari pada aku, padahal dipedalaman ini tidak ada lelaki kecuali aku sendiri??”

Lelaki itu berkata,

"Aku telah diundang oleh Tuhan Semesta Alam untuk berbuka di sisiNya malam ini.”

Kata Ibnu Zamba, 

"Apakah Kamu berpuasa di Bulan Ramadhan ini?" Berbukalah kamu hari ini (dalam perjalanan)  dan esok kamu berpuasa.”

Lelaki itu kembali berkata, 

“Apakah Kamu dapat menjamin bahwa Aku masih hidup esok hari??”

Ibnu Zamba menjawab “Tidak”,

Selanjutnya kata lelaki itu,

"Demi Allah, kalau begitu aku tidak buka hari ini, kerana aku takut bila esok akan mati."

Daripada kisah para sahabat, kita boleh membuat kesimpulan bahawa lelaki yang kukuh imannya tidak mudah terpedaya dengan pujukan dan hidangan maha lazat yang mahu diberikan kepadanya. Kisah di atas menunjukkan kita satu keyakinan bahawa soal ajal dan maut tidak ada sesiapapun yang tahu kecuali Tuhan Semesta Alam. Bahkan, lelaki itu tidak mahu membatalkan puasanya hanya kerana takut jika esok lusa dia tidak dapat berpuasa lagi. 

Wallahhua'lam...    

Sesungguhnya daripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali,
aynora nur   

2012/07/22

Segmen : Jom Blogwalking Ramadhan

Selamat sejahtera,

Bismillah...

Satu lagi segmen saya join sbb di tag oleh abiwan. T/kasih abiwan sbb tag saya. Sesiapa yang nak join jom lawat blog Qaseh Cinta.



Syarat2 pun tak susah, just follow dan like fanpage dia. Finish!!

Selamat berblogging...
aynora nur

2012/07/21

Segmen Blogwalking & Tambah Follower by Farah

Selamat sejahtera,
selamat berpuasa,
dan selamat blogwalking semua,

Bismillah..

Berminat join segmen macam saya? Meh ramai2 meriahkan dunia blog.

  

Follow her blog and others, ok??

Finish blogwalking,
aynora nur

2012/07/20

Salam Ramadan

Dengan Bismillah...



Selamat menyambut ramadan al-mubarak 1433H untuk para bloggers semalaya. Semoga puasa kita adalah puasa yang ikhlas dan mendapat keberkatan di sisiNya, Amin...

Kepada pembaca yang follow atau tidak blog ini, saya memohon kemaafan andai ada terkasar atau khilaf bahasa digunakan hingga menyinggung perasaan. Kita tidak sempurna dan hanya cuba menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Insya'allah orang di sekeliling beroleh kebaikan daripada sikap tersebut.


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (al-Baqarah : 183)

Selamat berpuasa,
aynora nur
 

2012/07/17

Segmen : Saya Sedia Follow Back

Selamat sejahtera,
Bismillah...

Kali ini saya nak join segmen dari Zatie, yang blognya cute aje dan putih bersih. Hmm...saya suka blog yang bersih, senang nak baca. Segmen yang saya join ini senang aje, follow blog Zatie dan follow balik blog kekawan yang join.

Klik banner untuk keterangan lanjut.



Terima kasih,
aynora nur

Korean Time! : Woman In The Sun

Selamat sejahtera,
Bismillah...


Banner Woman In the Sun

Shin Do Young adalah pengacara yang memiliki penampilan yang unggul, berkebolehan, dan latarbelakang yang hebat. Kerana kelebihan tersebut dia dicemburui oleh orang di sekelilingnya. Tetapi Do Young  sebenarnya menyimpan satu rahsia hitam. Dia sebenarnya ditinggalkan di rumah anak yatim ketika dia masih kecil tetapi bernasib baik kerana dia telah dijadikan anak angkat oleh pasangan yang baik. Pasangan itu tidak mempunyai anak sendiri tetapi agak terkejut apabila anak kandung mereka dilahirkan. Do Young berasa bimbang, takut bahawa ibu bapanya tidak lagi menyayangi dia lagi dengan kehadiran orang baru, telah meninggalkan adiknya yang berusia 5 tahun, Ji Young, di stesen keretapi. Tahun telah berlalu dan Do Young bertemu dengan seorang gadis riang, Sa Wol, yang menjadi penasihat beli belahnya. Apakah yang berlaku apabila perbuatan jahat Do Young terbongkar dan bahawa Sa Wol adalah sebenarnya adik yang ditinggalkan di stesen keretapi beberapa tahun lalu?

Dua orang pelakon utama
Pengiktirafan:
  • 2008 KBS Drama Awards: Top Excellence Award - Actress (Kim Ji Soo)
  • 2008 KBS Drama Awards: Excellence Award, Mini Series - Actress (Lee Ha Na)
  • 2008 KBS Drama Awards: Best New Actor Award (Jung Gyu Woon)
  • 2008 KBS Drama Awards: Best Young Actress Award (Shim Eun Kyung

Sekarang drama Woman In The Sun sedang ditayangkan di saluran 391 Astro HD pada pukul 9.00 malam. Saya pun teruja untuk mengetahui cerita selanjutnya kerana dalam episod sekarang Do Young sedang menyorokkan kebenaran bahawa adiknya sudah ditemui. Pada mulanya nampak Do Young pelembut dan begitu meraih simpati. Kekasihnya juga amat menyayangi Do Young. Tetapi agak terperanjat bila segala rahsia tidak diceritakan kepada teman lelakinya itu. Itu yang menyebabkan beliau berasa pelik. Seterusnya...sama2lah kita tunggukan episod demi episod, ok.

Korean drama lover,
aynora nur    
 

2012/07/16

Kawan Baik @ Kawan Biasa?

Selamat sejahtera,
dngan Bismillah...

Satu hari saya didatangi oleh seorang kawan baik yang biasa sahaja, yang dah lama tak berchit chat dan bergossip! Bukan gossip murahan ye...gossip biasa2 saja demi membuang masa lapangnya di masa cuti.

Bukanlah saya tak sibuk, kerja pun banyak, meja penuh dengan fail dan surat2 yang perlu di jawab. Tetapi mengenang dia sahabat dan kawan yang hanya kadang2 terjumpa, saya pun layanlah cerita2 gosipnya.

"Akak nak tau, si A ada skandal kat tempat kerja. Dia kena buang kerja. Bukannya berhenti. Ada ke patut buat projek kat tempat kerja. Bini kat rumah tengah mengandung tua. Anak ke tiga...kasihan bini dia."

"A yang mana satu? Kawan kita dulu kan ramai namanya A." saya setakat menjawab ala kadar.

"Ala...suami si Z."

"Hmm...kenalah dari A sampai Z. Kelentong betul." saya ketawa.

"Serius kak. Kawan satu ofis dia bagitahu."

"Habis tu? Awak cerita pasal suami dia pada Z lah?"

"Tak lah kak. Kasihan Z...dah lah tak kerja. Suami pulak pergi kerja sebab nak buat skandal."

"Skandal teruk sangat?"

Kawan saya itu membulatkan matanya yang memang sediakala bulat. "Dah kes serius. Touch n go!!"

"Masya'Allah!!"

Sampai situ ceritanya habis dan tak sempat dihabiskan sebab saya menerima kedatangan pelanggan. Kawan saya tadi pun balik dan terus ke pejabat pos. Masukkan duit buat suaminya. Sayang suami rupanya...

Untuk pengetahuan semua, kawan saya tadi adalah kawan baik kepada Z iaitu isteri kepada A. Mereka pernah makan bersuap, tidur sebantal dan tempat mengadu susah dan senang. Tetapi kini, saya pelik. sudahlah dia mengata kawan baik sendiri, siap bergosip skandal touch n go lagi! Terfikir sejenak...apa pulak dia jual cerita pasal saya? Hanya TUHAN yang tahu.

Mesti kita tak lupa, atau kalau dah lupa mari kita saling mengingatkan,

Pesanan Rasalullah S.A.W:

Siapa menutup aib seseorang islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis Riwayat at-Tairmidzi). 

Semoga kawan saya tadi sedar, menghebahkan keburukan orang adalah tidak elok. Jangan bercerita jika kita bukan saksi kepada kejadian tersebut sebaliknya sekadar dengar dari mulut ke mulut.

Wassalam,

aynora nur           

2012/07/13

Apakah Kawan Kita Sayangkan Kita?

 

"Kalau kita kawan baik, berhentilah mengata di belakang saya. Awak boleh simpan apa yang awak nak kata bila saya dah ada. Kita boleh sama-sama berbincang mana yang tak kena di hati dan mengelak daripada berbuat dosa. Harap awak faham maksud saya!"

Ikhlas,
aynora nur 

2012/07/07

Segmen : Jom tingkatkan follower by Hanis

Selamat sejahtera,
Bismillah...

Kepada adik Hanis, selamat berjuang demi masa depanmu, UPSR tak lama lagi...chaiyok! cahiyok! Semoga berkat dalam pelajaran dan jadi insan berguna...(sekadar nasihat daripada me myself...seorang nobody...)

Ok, dengan ikhlasnya akak join segmen adik ya, semoga juga berjaya dengan segmen yang sedang dijalankan ini.

Untuk sesiapa yg minat nak join, silakan. Tolong klik pada banner dia, tq.

 

Pada blogger cum pelajar yang lain, yg nak hadapi big exam this year, good luck to you all jugak.

Ingatan dari jauh,
aynora nur

Tentang 'Kerana Kamu'

Selamat sejahtera readers...

Selamat kembali wahai Adam Bahrain...hm...siapa ek Adam Bahrain?? Siapa lagi, hero malaya saya yang terbaru (tetapi taklah baru sangat pun...), saya baru paksa dia balik ke bumi Malaysia untuk temankan Rara yang sedang kesedihan. Eh! Kenapa melalut pasal hero malaya ni...

Inilah sambungan terbaru e-novel saya 'Kerana Kamu' untuk edisi yang ke 12. Episod 12...dalam bab ini Rara semakin tertekan sebab Didi tak endahkan dia lagi sebab sudah ada pengganti yang lebih seksi!! Inilah lelaki...pantang ditinggal sekejap, cepat2 cari lain...haha!!


Nah!! Layanlah gambar Kerana Kamu...dan kalau nak baca whole episodes, please klik kat gambar di atas tu...hihi..

Mari pergi baca karya saya @ mykarya.net untuk cerita2 yang lain. Selamat berkongsi rasa, oh pembaca blogku...

kerana kamu dekat dihati,
aynora nur
  

2012/07/06

Tutorial : Hilangkan 'cache' daripada komputer

Selamat sejahtera,

Hari ini saya ada terbaca info yang amat berguna buat diri saya dan bidang pengkomputeran ini. Dan, saya juga nak share kat semua orang tentang benda ni. Sebab, kadangkala internet ikon pada komputer kita berfungsi sebaliknya, maksudnya ada benda2 yang kita boleh buat dengan Google Chrome, tapi ada pulak hanya boleh buat di Mozilla Firefox.


 


Harap dengan paparan info di atas kita dapat gambaran jelas step by step untuk clear cache pada sistem komputer kita. 

Selamat berkomputer!
aynora nur