Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan e-Filing Borang BE Cukai Pendapatan Tahun 2012

As-salam,

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa LHDNM sudah mengeluarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi kategori E, BE, B, M, P, TP, TF dan TJ untuk Tahun Taksiran 2012 kepada pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan dan/atau pendapatan selain perniagaan.

Bagi Borang BE Tahun 2012, tarikh akhir penyerahan borang adalah pada 30 April 2013. Jadi, mulakan kemaskini dan masukkan maklumat anda ke dalam e-Filing pada pautan berikut:


Lanjutan tarikh hantar borang BE online : klik sini


dan ikuti arahan selanjutnya seperti gambar di bawah,


Tanggungjawab Pembayar Cukai


Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Tanggungjawab pembayar cukai adalah seperti berikut:

1) Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi tanpa dokumen pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;


Jabatan Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Aras 10-18, Menara C
Persiaran MPAJ
Jalan Pandan UtamaPandan Indah
55100 Kuala Lumpur

2) Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.

3) Mengira cukai pendapatan.

4) Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.

5) Membayar cukai untuk diri sendiri.

6) Menyimpan Rekod

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen-dokumen berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen berikut ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

Borang EA/EC, Baucer dividen, Resit premium insurans, Resit pembelian buku, Resit perubatan, Resit derma, Resit pembayaran zakat, Sijil kelahiran anak, Sijil nikah, Dokumen-dokumen sokongan lain.

Dokumen yang disebut di atas perlu di simpan untuk tempoh 7 tahun dan pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula daripada akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan. Tempoh 7 tahun diperlukan supaya jika ada sebarang tuntutan ataupun penjelasan diperlukan, dokumen tersebut amat berguna sebagai bukti sokongan.

Sudahkah anda failkan Borang BE anda? Lakukan sekarang, jangan tunggu saat-saat akhir kerana biasanya sistem e-filing akan tergendala pada saat-saat akhir. Ini disebabkan keadaan sistem e-filing yang sibuk luar biasa pada tarikh-tarikh akhir.

Selamat membayar cukai pendapatan, happy reading! 

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. nasib baik tak kena bayar cukai pendapatan lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestlah tak kena. Saya kena ribu-ribu, tapi gaji kita sebenarnya ciput aje...

      Delete
  2. In Sha Allah esok baru nak buat e-filling....TQ

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close