Header Ads

Adab Ketika Temuduga


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Adab Ketika Temuduga
Adab Ketika Temuduga | Bagi anda yang akan menghadiri temuduga, di sini admin kongsikan adab-adab ketika menghadiri temuduga.


Adab Pada Awal Temuduga

  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
  • Bersikap tenang dan tidak gementar;
  • Jangan menguasai sesi temuduga;
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;
  • Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberioleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
  • Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
  • Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga;

Adab Pada Akhir Temuduga

  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;
  • Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
  • Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
  • Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal. 

Selamat maju jaya dalam temuduga anda!

No comments

Please comment with courtesy..

Powered by Blogger.