Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2013/03/30

Terkini Kakitangan Pos Malaysia Dapat Imbuhan RM500

As-salam,

Berita gembira buat warga Pos Malaysia. Kerajaan mengumumkan bahawa 16,191 warga kerja Pos Malaysia Berhad di seluruh negara akan mendapat 'hadiah istimewa' atas jasa bakti dan kerja keras kakitangan pos berkhidmat selama ini. 


Antaranya, imbuhan berikut:
  • menerima pelan perlindungan insurans untuk diri sendiri dan keluarga 
  • imbuhan istimewa RM500 yang akan dibayar bersama gaji bulan April 2013.
Pelan insurans itu menjadi perlindungan jika kakitangan syarikat dan anggota keluarga mereka menghadapi kecemasan.

Tahniah kepada semua warga pos malaysia, semoga terus dedikasi dan cemerlang dalam bertugas.






30 Website Paling Berpengaruh Di Malaysia

As-salam,

Mana satukah korang rasa website di Malaysia ni yang paling 'power'? Pengaruhnya terhadap masyarakat Malaysia begitu tinggi. Mungkinkah anda selalu menggunakannya ataupun tak boleh lelap jika tak dapat mengunjunginya? 

Berikut saya senaraikan 30 website paling berpengaruh di Malaysia yang di ambil dari Alexa.Com iaitu website popular yang menyenaraikan ranking blog-blog dan website di dunia.


Alexa Internet
  1. Facebook
  2. Google.com.my
  3. Google
  4. YouTube
  5. Blogspot.com
  6. Yahoo!
  7. Wikipedia
  8. Blogger.com
  9. Maybank2u.com.my
  10. Mudah.my
  11. Windows Live
  12. Twitter
  13. Malaysiakini.com
  14. WordPress.com
  15. Lelong.com.my
  16. Cari Malaysia
  17. Lowyat.NET
  18. bp.blogspot.com
  19. googleusercontent.com
  20. The Star Online
  21. Utusan Online
  22. Amazon.com
  23. cimbclicks.com.my
  24. LinkedIn
  25. Suara Cakna Komuniti Anda
  26. CariGold.com
  27. Baidu.com
  28. adf.ly - let your links take flight
  29. instagram.com
  30. 302 Found

Daripada senarai di atas setakat 30/3/2013, Maybank2u tempat saya melepak hari-hari berada di tangga ke 9...bukan duit masuk, tetapi tempat duit keluar bayar bil-bil berkala...mudah-mudahan lepas ini banyak pula yang masuk kat maybank2u saya..hihi

Kenapa agaknya Facebook paling popular? Bukan kerana saya ya...

Selamat bersantai, sekadar info...

Panduan Menjadi Pekerja Cemerlang

As-salam,

Pekerja cemerlang disayangi oleh semua orang. Kita pun patut bercita-cita menjadi pekerja yang cemerlang kepada majikan kita dan buat satu visi dan misi dalam titik perubahan kepada kerjaya kita. Tetapi ingatlah, jadilah pekerja cemerlang yang rendah hati agar rakan-rakan di sekeliling kita berterusan menyayangi kita.

Panduan Jadi Pekerja Cemerlang


1. Pasang niat Untuk jadi cemerlang

Untuk jadi cemerlang haruslah disertakan dengan niat yang betul dan ada hala tuju. Bila kita sudah memulakan langkah dengan aturan yang betul, Insya Allah semua langkah seterusnya menjadi cantik dan teratur. Setelah dipasang niat untuk jadi pekerja cemerlang, haruslah disertai dengan doa yang bersungguh-sungguh.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Sayidina Umar al-Khattab) 

 2. Bersihkan hati dan bersabar

Untuk mencapai kecemerlangan kita harus bersabar dan bersihkan hati. Setiap umat islam harus memiliki sifat warak dan istiqamah dalam mendaki kecemerlangan kerjaya dan kehidupan. Kejayaan tidak mungkin berhasil semalaman. Cuba bayangkan bagaimana Ibn Hajar mengarang kitab Fath al-Bari dan Muqaddimah dalam tempoh 32 tahun dan Abu Ubaid pula mengarang kitab al-Gharib dalam masa 40 tahun!

3. Berani berubah dengan segera

Menjadi pekerja yang cemerlang bukannya boleh dicapai dalam sekelip mata. Yang paling penting kena berubah dari pemalas kepada rajin, tinggalkan sikap berlengah-lengah. Paling tidak, kita kena memiliki pengalaman jatuh bangun, berjaya dan gagal silih berganti. Setelah kita lalui kesusahan lampau, insya Allah mudah bagi kita mengikut jalan yang telah ditempuh oleh tokoh yang telah berjaya. Contohi mereka yang telah berjaya. Berubah sekarang! Cuba teliti sejarah dan biografi hidup mereka yang cemerlang. Ibn Sina sendiri membaca buku al-Farabi sebanyak 40 kali sebelum menghasilkan karya agungnya.



Untuk berjaya kita juga harus bekerja dengan lebih keras dan komited. Jangan cepat menyerah kalah. Gunakan masa pada tahap optimum. Setiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan istiqamah iaitu kerja yang berterusan (consistence).

4. Jangan melawan fitrah

Maksudnya, don't against the nature. Oleh kerana hendak mendapat title pekerja cemerlang, kita mengampu majikan, menggunakan jalan salah untuk disayangi oleh semua orang terlibat dengan rasuah, mencuri dan tidak menghargai masa. Buat sesuatu mengikut aturan yang Allah telah aturkan dan dengan jalan yang lurus.

Untuk menjadi pekerja yang cemerlang haruslah juga cemerlang dalam kerja berpasukan. Orang yang berjaya biasanya melakukan kerja secara berpasukan (team work). Semangat berjemaah mereka tinggi. Mereka memiliki semangat kekeluargaan dalam organisasi. Apabila melakukan sesuatu tugasan mereka melaksanakan semangat perbincangan (syura atau consultation) yang harmoni dan berkesan.

5. Muhasabah diri selalu

Selalu berbisik kepada diri sendiri bahawa masalah dan keburukan yang berlaku disebabkan khilaf diri sendiri. Pekerja yang cemerlang tidak menunding kepada orang lain sebaliknya merungkai setiap masalah dengan berhemah dan mengatasinya dengan bertawakal kepada Yang Esa.

6. Yakin dan berdoa

Rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya rahsia Tuhan. Kita hanya pengembara sementara di muka bumi yang luas ini. Sebagaimana orang lain adalah pinjaman dari Allah, kita juga adalah pinjaman juga. Jadi, kejayaan dan kecemerlangan kita hari ini pun adalah pinjaman semata-mata. Jangan sombong jika berjaya dengan cemerlang dan mengeluh jika gagal. 

Yakin dan berdoalah untuk yang baik-baik untuk diri kita dan masyarakat islam amnya agar hidup kita menjalani hari yang penuh keindahan dan kecemerlangan.   

Ibarat sebuah empangan, apabila semua anak-anak sungai dari hulu atau gunung mengalirkan air ke dalamnya, lama-kelamaan empangan itu akan penuh. Maksudnya jika kita menghiasi hidup kita dengan sifat-sifat orang cemerlang seperti yang disebutkan dalam artikel di atas, sudah tentu diri kita akan menjadi cemerlang tanpa kita sentiasa berasa bimbang takut-takut diri kita tidak cemerlang.

Semoga kita semua di dalam golongan hamba-hambaNya yang cemerlang....

Komisen Pertama Dari Job Di Rumah JDR

As-salam,

Saya ada berita gembira untuk diceritakan kepada pembaca semua. Saya dah dapat bayaran komisen pertama sebab tolong promosikan JOB DI RUMAH. Memang jumlah komisen tidak banyak iaitu RM20.00 untuk satu jualan, tetapi ia cukup beri keyakinan kepada saya untuk lebih rajin lagi. Sebab apa saya bersemangat 'jual' produk JDR ni, adalah kerana dalam masa tak sampai sebulan, ia telah membuahkan hasil.

Ada sesetengah syarikat pengiklanan tidak memberikan kita apa-apa pun, satu sen pun tak ada!

 

Jika anda semua berminat jadi ejen affiliate macam saya, mulakan langkah awal dengan modal RM50-00 dan kemudian hanya buat promosi dengan ikhlas. Tiada paksaan tau, hanya untuk yang kuat dan yakin berjaya sahaja! Hihi..


Mari menuju kejayaan...

2013/03/29

Tutorial Random Post Dengan Label Untuk Blogspot

As-salam,

Saya mahu kongsikan lagi satu widget yang sangat simple dan berguna untuk menaikkan bacaan para pengunjung blog terhadap sesuatu artikel. Jika kita buat recent post, hanya beberapa post/artikel terkini yang boleh dibaca. Tetapi kebaikan random post by label/kategori ini banyak, antaranya:

1) Artikel di pusing-pusing/rotate setiap kali kita klik lain-lain link
2) Bagi peluang pengunjung blog baca entri-entri lama berdasarkan kategori/label
3) Meningkatkan trafik blog
4) Sidebar nampak kemas atau letakkan dimana anda suka!
5) Pemasangan kod widget yang mudah



Okey, ikuti langkah berikut dengan beberapa step/langkah mudah.

  1. Log in ke DASHBOARD
  2. Tekan Layout
  3. Klik Add Gadget >> Cari HTML/JAVASCRIPT
  4. Tambahkan kod berikut ke dalam kotak Content


<script type="text/javascript">
var randarray = new Array();var l=0;var flag;
var numofpost=10;function randomposts(json){
var total = parseInt(json.feed.openSearch$totalResults.$t,10);
for(i=0;i < numofpost;){flag=0;randarray.length=numofpost;l=Math.floor(Math.random()*total);for(j in randarray){if(l==randarray[j]){ flag=1;}}
if(flag==0&&l!=0){randarray[i++]=l;}}document.write('<ul>');
for(n in randarray){ var p=randarray[n];var entry=json.feed.entry[p-1];
for(k=0; k < entry.link.length; k++){if(entry.link[k].rel=='alternate'){var item = "<li>" + "<a href=" + entry.link[k].href + ">" + entry.title.$t + "</a> </li>";
document.write(item);}}
}document.write('</ul>');}
</script><script src="/feeds/posts/default/-/Panduan Pelajar Dan Ibubapa?alt=json-in-script&amp;start-index=1&amp;max-results=300&amp;callback=randomposts" type="text/javascript"></script> 

Nota:

  • 10 = tukar kepada jumlah entri yang anda suka
  • Panduan Pelajar Dan Ibubapa = tukar kepada nama label/kategori yang anda suka.

Senang kan?

Selamat berjaya!

Merawat Dosa Dengan Menangis

As-salam,

Kehidupan adalah perjalanan panjang menuju ke satu destinasi. Setiap insan di muka bumi ini mempunyai matlamat akhir perjalanan hidup masing-masing. Dan, dalam mengharungi perjalanan itu siapakah yang tidak berdosa? Kita semua hamba yang berdosa. Namun jangan pula lupa, Tuhan tidak mengubah nasib seseorang melainkan kita sendiri yang mencorakkan dan mengubahnya! 

Dan mari kita jadikan kata-kata Imam Ghazali sebagai azimat dan motivasi, "Siapa yang lebih baik hari ini dari sebelumnya maka beruntunglah dia. Dan siapa yang hari ini sama seperti yang sebelumnya rugilah dia. Dan siapa yang hari ini lebih teruk dari sebelumnya celakalah dia”.

Bagaimana Merawat Dosa-Dosa Semalam


Dosa silam sering menghantui lagi-lagi ketika kita sedang mengatur langkah menuju titik perubahan. Dosa kecl dan dosa besar yang silih berganti kita lakukan terutamanya pada usia remaja baru mengenal dunia dahulu. Pada kita, ah! lama lagi hidupku ini di muka bumi, esok lusa bila dah tua-tua bolehlah bertaubat...

1) Menangislah! Dan menangis lagi...itulah amalan terbaik untuk kita merawat dosa-dosa semalam.

Dari Uqbah bin Amir dia bertanya kepada Nabi SAW: "Apakah amal unutk selamat?Jawab baginda:”Jagalah lidah dan menangislah selalu terhadap dosa-dosamu”.

Menangis kerana menginsafi segala dosa yang dilakukan adalah bagus kerana dengan tangisan ini boleh menimbulkan rasa hendak menebus dosa lalu, dan segera ingin bertaubat. Dalam masa yang sama kita ingin selalu melakukan kerja-kerja kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin.



2) Apabila sudah malam dan semua orang pergi tidur, maka kita harus sedar barangkali itulah pembaringan kita yang terakhir tidak bangkit lagi esok harinya, atau mungkin sudah sampai di situlah tempoh kita di dunia. Umur yang sudah digunakan kepada perkara-perkara dosa dan tidak berfaedah, ketika hendak tidur itu, hendaklah meminta ampun kepada ALLAH dengan hati yang sungguh-sungguh dan perasaan amat menyesal. Kemudian bacalah ma’uzataian, surah al-ikhlas, al-kafirun dan zikir2 yang warid dari Nabi saw.

Sesungguhnya setiap kali Rasulullah saw hendak tidur, baginda berdoa:

Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kami makan dan minum yang memberi kecukupan dan menidurkan kami, kerana ramai manusia yang tidak pernah merasa cukup dan tidak pula mempunyai tempat berteduh (tempat untuk tidur selesa).
Selain daripada di atas, ada banyak lagi cara-cara merawat dosa silam yang kelam. Ini adalah sebahagian perkongsian untuk kita, untuk hati-hati yang menangisi dosa semalam. 

Yang baik-baik datangnya dariMu Ya Allah..

Selamat membaca, sebarkan dan amal. 

2013/03/28

Segmen : 300 Bloggers

As-salam,

Setelah agak lama tidak menjoinkan diri dengan segmen, kali ini saya berminat menyertai segmen Blog Paly. Segmen 300 bloggers ini bersempena Paly nak tambah senarai bloglistnya. Sesiapa yang join dapat masuk bloglist Paly.

Jom! Klik banner please..



Semoga berjaya Paly...

Iklan Kekosongan Jawatan Job Di Rumah

As-salam,

Peringatan ya rakan-rakan semua, pekerjaan di rumah ini hanya untuk mereka yang rajin, komited, kuat berusaha dan tidak mengenal putus asa. Oleh kerana ia adalah Kerja Di Rumah, jadi pastikan anda ada 3 - 4 jam sehari masa yang lapang dan khas diperuntukkan untuk pekerjaan ini.

Subject: Pekerja Sambilan Dirumah DiperlukanPekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:


2013/03/27

Dosa Kecil Jangan Di Pandang Ringan

As-salam,

Apakah dosa kecil? Apa yang kita tahu dosa besar mudah dikenalpasti tetapi sebaliknya ramai antara kita kurang memahami perkara-perkara yang menyebabkan dosa kecil. Dosa Kecil adalah amalan yang dilakukan yang dilarang oleh Allah tetapi tidak disertai ugutan dan ancaman dari Allah.



Contoh dosa-dosa kecil:

1. Membazir
2. Membuang Masa
3. Membuang sampah merata-rata
4. Melihat perkara-perkara yang maksiat
5. Mendengar perkara atau lagu-lagu yang melalaikan

Hadith Riwayat Bukhari:

Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami di zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar).”

Huraian Hadith:

Memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil menunjukkan seseorang itu kurang takut kepada Allah dan lebih-lebih lagi memandang ringan pada dosa besar. Dalam hal ini menunjukkan yang kita lalai dan ambil mudah semua perkara sedangkan semua yang kita ada seperti mata, telinga, mulut dan sebagainya hanyalah pinjaman.

Orang yang paling mengenal Allah selepas nabi dan rasul adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW kerana pengetahuan mereka luas iaitu tidak menganggap remeh kepada sesuatu perkara. Para sahabat begitu perihatin akan sesuatu perkara dan tidak pernah ia menganggap ringan. 

Selamat membaca, happy reading!

2013/03/26

Ditembak dan DiTetak | Kisah Cemas Insp. Mohamad Hasnal

As-salam,

Setelah hampir sebulan berlalu, akhirnya wira negara yang ditembak dan ditetak oleh pengganas Sulu hampir pulih dari kecederaan. Insp. Mohamad Hasnal berkata beliau sanggup bertugas semula setelah kecederaannya pulih nanti. Dalam temuramah dengan Buletin Utama TV3 sebentar tadi, beliau terkilan dengan sesetengah pihak yang menganggap perjuangan anggota keselamatan di Lahad Datu sekadar main-main. 

Sepatutnya semua masyarakat mempunyai fikiran yang terbuka dan bijak memberikan pandangan agar tidak mengguris hati pejuang dan wira negara.  

**Sumber

PUTRAJAYA: Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan hari ini, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.

"Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.

"Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri," katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira 'Operasi Daulat' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.


Mohamad Hasnal, 31, berkata, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira jam 7.30 malam, 2 Mac lalu.

"Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

"Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran," katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.
"Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan," katanya.

Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.

Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.

"Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.

"Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh," katanya.

Bantuan tiba kira-kira jam 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan.

Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.

Anak kelahiran, FELDA Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.

- BERNAMA

2013/03/25

Usah Sombong Kepada Allah!

As-salam,

Mengapa terlalu ramai orang disekeliling kita berkata angkuh, seolah-olah hidup ini akan kekal selama-lamanya? Salah siapakah ini semua terjadi? Apakah silap didikan, pergaulan, perhubungan, persahabatan ataupun kealpaan pada tanggungjawab diri sendiri?




Usah Sombong Kepada Allah! 

Renungkan diri kita setiap kali teringat, setiap kali kesempatan mendatang. Kita datang ke dunia ini hanya sebagai pengembara yang mencari setitis kebenaran di sebalik banyaknya penipuan. Seharusnya bekalan di dada dipenuhkan agar kita dapat berbahagia di negeri akhirat nanti. Insyaa Allah...

Kesombongan hanya merosakkan kehidupan dan masyarakat. Kerana pada akhirnya nanti kita hanya ditemani oleh kain putih sebagai pembalut tubuh! Walau ketika hayat di kandung badan, kita berbangga menjaja seluruh dunia dengan kehebatan kita. Angkuh dan sombong dengan manusia pun sudah mendapat balasan di dunia, inikan pula bila kita sombong dengan sang Pencipta kita! Subhanallah...  

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah al-Qasas, ayat 83)

Ini mengingatkan kita tiada kehidupan yang baik buat orang sombong dan takbur di akhirat kelak, melainkan hamba-Nya yang bertakwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)
Kita adalah umat islam, sudah tentu keutamaan kita adalah ALLAH yang Esa. Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa! 

**Sumber Facebook
Wallahua'lam...

Selamat membaca, happy reading!

Solat Dhuha Dan Doa Selepas Solat Dhuha

As-salam,

Ketika entri ini ditulis, jam menunjukkan pukul 9:59 pagi. Sudahkah anda mengerjakan solat Dhuha? Apakah anda tahu apakah solat dhuha?

Solat Sunat Dhuha


Dhuha bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Waktu Afdal Solat Sunat Dhuha

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Jadi, daripada penerangan di atas solat sunat dhuha mudah dilaksanakan dan boleh dibuat dengan kesempatan masa yang ada samada di tempat kerja ataupun di rumah. Lakukanlah perkara yang wajib dahulu.

Bacaan Surah Dalam Solat Sunat Dhuha


Solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain sebagaimana tertulis dalam kitab-kitab Nabi, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha


Berikut adalah doa yang biasa dibaca selepas solat dhuha,



Saya petik daripada gambar di atas,

Abu Hurairah pernah berkata,

"Rasulullah s.a.w pernah berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan tinggalkan puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan witir sebelum tidur."


Selamat beribadah dan happy reading!

Dari Negara Mana Mereka Datang?

As-salam,

Update ringkas daripada blog aynoranur.com. Siapakah pelawat/pengunjung blog ini sebentar tadi. Saya printscreen untuk rekod.




Just for fun!

Selamat melihat...

2013/03/23

Cara Penjagaan Kulit Sihat Dan Berseri

As-salam,

Memiliki kulit yang sihat dan berseri adalah idaman semua wanita. Tidak kisah apa warna kulit kita, hitam, coklat, putih atau kuning langsat, yang penting adalah ianya sihat dan tidak alami alahan. Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik, sihat dan berseri seperti yang di kongsikan di bawah.

Tips+Kesihatan

Cara Penjagaan Kulit Sihat Dan Berseri

  1. Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  2. Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  3. Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  4. Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  5. Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  6. Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  7. Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika.
  8. Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  9. Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  10. Berhenti pengambilan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  11. Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  12. Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.

Diharapkan tip ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik. Namun perlu diingatkan, kecantikan harus seiring dengan amalan kehidupan yang sihat juga. Secara semulajadi, hidup penuh ikhlas dan jalani dengan tenang.

Selamat membaca, mencuba dan happy reading!

Info Asrama Bagi Pelajar MRSM | Panduan Ibubapa

As-salam,

Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang sedang mengikuti pelajaran di MRSM, tentu ada perkara-perkara yang anda kurang jelas tentang apa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ibu bapa dan pelajar itu sendiri ketika berada di asrama. 


Saya kongsikan beberapa jenis soalan yang sering kita tanyakan tetapi tidak tahu jawapannya. Semoga ianya dapat menjadi panduan kepada semua ibubapa di luar sana.
    
SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Berapakah jumlah bayaran pendaftaran yang dikenakan ?

Jumlah bayaran ialah RM 270.00. Jumlah ini ditetapkan oleh pihak BPM (Bahagian Pendidikan Menengah) MARA.

2. Berapakah jumlah yuran tahunan yang perlu dibayar ?
Jumlah keseluruhan ialah RM 720.00 setahun dan boleh dibayar secara bulanan iaitu RM 60.00 sebulan dan ianya dikenali sebagai wang caruman.

3. Untuk sementara, bolehkah anak saya memakai uniform sekolah lama? 

Dibolehkan sehingga pelajar memperoleh uniform MRSM sebelum bermula semester ke dua. Pakaian sekolah boleh diperolehi di Koperasi Maktab.

4. Bolehkah anak saya menggunakan dan menyimpan telefon bimbit (handphone) di asrama? 
Kemudahan telefon awam disediakan di kawasan sekolah untuk kemudahan pelajar. Penggunaan telefon bimbit adalah DILARANG sama sekali.

UPDATES!! Ada sesetengah MRSM telah membenarkan pelajar membawa handphone ke asrama dengan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi mulai tahun 2012.

5. Adakah buli/ragging berlaku di asrama/maktab? 

Tidak. Jika ada kes seperti ini TINDAKAN KERAS akan diambil.

6. Bolehkah anak saya tukar bilik Asrama?
Tidak. Penempatan adalah berdasarkan kepentingan menyeluruh.

7. Bolehkah ibu bapa pergi melawat ke bilik anaknya?

Tidak. Keluarga pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan asrama .

8. Selamatkah anak saya tinggal di asrama?
Keselamatan pelajar terjamin dibawah pengawasan pengawal (rondaan dilakukan setiap 2 jam) / warden dan 14 orang guru asrama. Asrama juga berpagar dan berkunci.

9. Bagaimanakah anak saya boleh mendapat rawatan kesihatan?

Pihak maktab menyediakan perkhidmatan van untuk ke hospital iaitu; 9.30 pagi dan 3.30 petang Bagi kes-kes kecemasan pelajar akan dihantar serta- merta dengan van/kereta guru. ( Ibu bapa akan diberitahu.) Bagi rawatan pergigian: dilakukan dengan lawatan berkala oleh pihak Hospital.

10. Dimanakah anak saya boleh mendapatkan khidmat kaunseling?

Unit Kaunseling sekolah menyediakan khidmat kaunseling dalam segala hal berkaitan. Sesi kaunseling adalah pada setiap hari persekolahan iaitu 8.00 a.m – 12.45 p.m dan 3.00 p.m – 5.00 p.m.

11. Bilakah saya boleh melawat anak saya di maktab?
Ibubapa dibenarkan untuk melawat pada hari-hari yang telah ditetapkan iaitu; Sabtu dan Ahad (10.00 pagi-6.00 petang)

12. Bilakah anak saya dibenarkan untuk pulang bermalam? 
Pelajar dibolehkan untuk pulang bermalam sekali sebulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak maktab.

13. Bolehkah anak saya balik bermalam apabila ada kecemasan? 
Pelajar dibolehkan untuk pulang bermalam sekiranya berlaku kecemasan bagi saudara terdekat sahaja dan mestilah dengan kebenaran TPHEP. Bagi alasan dan sebab yang tidak munasabah, permohonan pulang bermalam akan ditolak.

14. Bolehkah anak saya balik bermalam bersama keluarga lain? 

Dibolehkan tetapi mestilah dengan kebenaran bertulis dari ibubapa.

15. Bolehkah anak saya balik awal daripada tarikh pulang bermalam? 

Tidak

16. Bolehkah anak saya pulang lewat ke maktab?

Tidak dan akan dikira sebagai kes ponteng kelas. Ibubapa akan dimaklumkan dan sesalinan laporan akan ke Bahagian Pendidikan Menegah MARA

17. Adakah pihak maktab menyediakan pengangkutan bagi pelajar pulang sewaktu cuti semester? 
Pihak maktab ada menyediakan perkhidmatan bas maktab ke stesen transit terpilih. Pihak Badan Wakil Pelajar (BWP) juga menyewa bas dari maktab ke destinasi tertentu. Manakala bagi pulang bermlam sebulan sekali pengangkutan adalah di atas urusan pelajar sendiri.

18. Bolehkah anak saya memohon keluar daripada sistem MRSM? 

Boleh. Ibu bapa hendaklah menulis surat permohonan keluar kepada Pengetua Maktab.

19. Bolehkah anak saya menuntut wang EMR jika beliau berhenti sekolah?

Tidak. Wang EMR dikira hangus.

20. Adakah pihak yang memberi perhatian khas kepada anak saya? 
Ada. Guru homeroom bagi setiap pelajar memberikan perhatian kepada pelajar dibawah tanggungjawabnya dan memberi bimbingan dan nasihat mengenai perkembangan akademik dan sahsiah pelajar.

21. Di manakah saya boleh menyimpan wang untuk anak saya?

Pelajar boleh menyimpan wang dengan selamat di Bank Koperasi, pada Guru Homeroom /warden (dapatkan bukti simpanan) dan juga di Bank-bank Perdagangan yang ada di sekitar bandar Muadzam Shah.

22. Adalah saham koperasi akan dikembalikan selepas anak saya tamat persekolahan? 
Ya. Jika tiada tanggungan hutang dan akan dikembalikan beserta dividen.

Selamat membaca, happy reading.

2013/03/22

Petua Hilangkan Bau Badan

As-salam,

Badan yang berbau selalu menganggu tugas harian kita terutamanya yang bekerja dalam bidang perkhidmatan ataupun bersemuka dengan pelanggan. Kadangkala rakan-rakan pun lari bila ternampak kelibat kita. Kalau anda ada masalah seperti itu, jangan risau. Cuba cara berikut.




Petua Hilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Insya'Allah badan yang berbau lama kelamaan akan hilang. Sebaliknya tubuh berasa segar. 

Selain itu, untuk badan lebih segar dan bertenaga, minumlah air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Kesemua bahan yang telah direbus hingga mendidih, biarkan seketika. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam, insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. 

Selamat mencuba, happy reading.


Pengganas Sulu Pakai Ilmu Hitam

As-salam,

Pelik! Mayat baru terkorban dalam tempoh satu jam tetapi sudah berulat dan berbau busuk. Mungkin itu salah satu tanda pennganas Sulu mengamalkan ilmu kebatinan. Bagi umat islam yang yakin dan percaya kepada Qada dan Qadar dan rukun islam yang lain, menuntut ilmu hitam dan ajaran sesat adalah haram hukumnya. 


LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan berunsur syirik.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas mati ditembak memakai tangkal dan ada tatu ayat al-Quran di badan.

“Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka. Peliknya, pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiar lebih daripada dua atau tiga hari,” katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah, Mejar Anuar Mat Zin berkata, Islam melarang guna ilmu kebatinan yang boleh sekutukan ALLAH kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh merosakkan akidah, sekali gus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

Pengganas yang didakwa guna ilmu batin untuk kebal turut pakai tangkal dan kad ramal hari, iaitu ilmu Kutika dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan ia disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Itu mungkin kepercayaan mereka,” katanya kepada pemberita kelmarin. - Bernama

Mencari Keredhaan Allah

As-salam,

Hidup kita sentiasa di uji. Kemana pun langkah di atur samada besar atau kecil ujian, ia tetap datang tanpa diundang ataupun kita jangkakan. Itulah sebabnya kita yang memiliki akal dikehendaki berfikir ke mana arah tujuan perjalanan di muka bumi ini. Adakah arah tuju kita sesuai dengan kehendak fitrah kejadian manusia yang akan menemui mati? Atau, kita memilih keangkuhan lalu mengatakan akan hidup selama-lamanya? Hanya ALLAH Maha Mengetahui...


Mencari Keredhaan Allah 


Pernahkah anda dengar tentang hadis ini,

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa..

Maksud daripada hadis di atas adalah jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya.

Namun perlu diingat bahawa keredhaan daripada ibu bapa haruslah dalam perkara yang tidak mengajak kepada kemaksiatan dan menyengutukan Allah.

Dan hadis berikut memperkuatkan lagi tentang pentingnya keredhaan Allah bagi mencapai sesuatu tujuan hidup.

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak." (HR Abu Daud dan Ibn Majah

Itulah sebabnya keidupan sebagai umat Islam amat indah dan tersusun. Tambahan pula jika dilihat dari sudut menuntut ilmu ataupun mengejar kejayaan. Kita sebagai umat islam yang mengucap dua kalimah syadah berbanding orang bukan islam, maka ilmu itu sebenarnya membawa kita menuju kepada keredhaan Allah swt. Biarlah ilmu apa pun; ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu astronomi dan bermacam-macam lagi; belajarlah apa pun, tujuannya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah. Inilah niat yang mesti diletakkan pada minda setiap orang yang mengaku sebagai orang Islam.

Antara lain cara mencari keredhaan Allah adalah dengan bermaaf-maafan sesama saudara seislam dan memperbetulkan kesilapan seseorang sahabat dengan cara yang berhemah dan tertib.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka danpohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159]

Betapa indahnya hidup kita, semuanya sudah tersedia...landasan yang kukuh telah menanti. Maka marilah bersama-sama kita meneguhkan lagi fahaman dan kepercayaan kita kepada yang Maha Bijaksana, Pengasih dan Penyayang.

Wallahua'lam.

Selamat membaca, happy reading!

2013/03/21

Semakan Keputusan SPM 2012 | Cerita Kejayaan 9A+ Sebagai Motivasi

As-salam,

Kejayaan tidak datang bergolek Tentu ada susah, senang, kepayahan dan airmata yang pernah menitis demi menggenggam kejayaan tersebut. Betulkah? Berikut adalah cerita motivasi yang patut kita contohi...



Untuk semakan nkeputusan secara SMS atau online, rujuk artikel ini:

http://www.aynoranur.com/2013/02/semakan-keputusan-sijil-pelajaran.html

CYBERJAYA: "Saya hadiahkan keputusan cemerlang ini istimewa untuk ibu saya." Itulah kata-kata pertama yang keluar daripada calon SPM, Asma Amirah Baharudin yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+.

Beliau yang berasal dari Nilai itu berkata, kejayaan yang diraihnya adalah berkat doa serta dorongan berterusan dari ibunya yang tidak pernah serik untuk membesarkan beliau dalam keluarga yang serba kekurangan.

Ibunya, Zuraidah Bahri, berkata walaupun bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pejabat swasta, masa dan wang ringgit yang diperolehi banyak dihabiskan untuk masa depan anak-anak.

"Dengan anak jangan sesekali berkira. Biar kita kurang serba serbi tetapi ilmu untuk anak-anak itulah yang paling penting," katanya ketika ditemui BH Online pada Majlis Pengumuman, Penyampaian Keputusan dan Tinjauan SPM 2012 di Sekolah Seri Puteri di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, calon cemerlang SPM, Fathin Kamaruzzaman, 18, berkata untuk memperoleh keputusan cemerlang, jangan sesekali mengulang kaji pada saat akhir dan melawan kata-kata guru.

"Selain itu, kita juga jangan terputus hubungan dengan Allah SWT kerana dengan izinNya, apa yang kita hajati, InsyaAllah akan dimakbulkan," katanya yang turut memperoleh 9A+. 

** Sumber

Semoga kejayaan akan terus mengiringi kehidupan adik Fathin...

Selamat membaca, happy reading!

7 Cara Mengecilkan Bounce Rate Di Blog/Blogspot

As-salam,

Mengapakah penting untuk mendapat bounce rate yang kecil? Apakah maksud bounce rate kepada prestasi blog kita? Jom kita baca dan fahami apa itu bounce rate?

Cara kira bounce rate

Bounce rate adalah kadar lantunan atau lompatan pelawat yang singgah di blog atau website kita. Kalau pelawat suka lompat-lompat, singgah sekadar sambil lalu saja ini bermakna dia tak suka dan tak minat pada blog kita. Kalau pelawat singgah dan pergi dari satu page ke satu page yang lain, ini bermakna mereka berminat dengan website kita dan menjadikan bounce rate turun. Sekarang anda sudah faham kan, maksud bounce rate?

Mengurangkan kadar lompatan pada muka surat yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi dan daripada sumber link yang bermutu bermakna lebih pelawat yang singgah di blog kita. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, blog kita akan mencapai kejayaan dan menerima ramai pelawat.



7 Cara Mengecilkan Bounce Rate Di Blog

1. Elakkan Kotak Pop-up 

Iklan Pop-up memang menyusahkan pengunjung. Oleh itu jika boleh buangkan segala macam iklan pop-up yang boleh menganggu pembacaan pengunjung blog/website kita.

2. Gunakan Navigation Bar atau Menu Bar Untuk Item Penting

Jangan membuat pelawat berasa sesat dalam blog kita. Sediakan menu bar untuk item-item penting. Ini kerana jika pengunjung kecewa tidak tahu mahu mencari artikel yang dikehendaki, mereka akan segera angkat kaki. Tak percaya, cuba blogwalking ke blog-blog yang tiada apa-apa petunjuk arah. Apa perasaan korang? Bosan? Ini pun salah satu sebab bounce rate melonjak...hihi

3. Rekabentuk Blog Yang Menarik

Selain daripada artikel yang menarik, bentuk template juga penting bagi sesebuah blog untuk menarik pengunjung untuk singgah dengan lebih lama. Tidak perlu template yang complicated tetapi cukup jika ia mengandungi tiga warna asas seperti gabungan merah, kuning dan biru. Jika terlalu plain ataupun putih sahaja, pengunjung pun boring...

4. Kelajuan

Ini yang paling banyak diperkatakan orang dan memang cukup mempengaruhi kedatangan pengunjung ke sesebuah blog/website. Contohnya, jika masa loading 10 saat, anda akan tunggu atau cabut??

Cepat atau lambat loading time sesebuah website/blog boleh memberi kesan negatif kepada kedudukan carian anda, dan memusnahkan kadar tukaran link dengan blog lain.

5. Boleh diakses dengan mobile phone

Pastikan blog anda boleh diakses oleh handphone ataupun mesra mobile. Jika ada blog yang mesra mobile lebih bagus dan mudah digunakan oleh pengguna masakini. Website atau blog masih boleh dikunjungi selagi kandungan boleh diakses dan digunakan daripada peranti mudah alih atau tablet dari mana dan dimana saja!

6. Rekabentuk halaman utama 

Faktor di atas juga jelas menentukan bounce rate tinggi ataupun rendah. Jika kandungan halaman utama memaparkan bentuk artikel yang boleh dan mudah dicapai, maka pengunjung akan terus 'melekat' di blog kita dan lebih explore tentang sesuatu entri yang menarik minat mereka. Pernah dengar 'first look impression make the second look?', cuba praktikkan.

7. Optimumkan Penggunaan Kata kunci atau Keywords

Ini antara cara yang popular untuk menarik pengunjung singgah dan explore website kita. Jika keywords yang kita gunakan memang tepat dan dicari oleh pengguna, maka kadar bounce rate boleh mengecil. Pastikan maklumat yang kita bekalkan di website/blog adalah maklumat yang berkualiti.

Jadi, saya berharap dengan sedikit perkongsian di atas dapat membantu kita menilai website/blog kita untuk lebih menyajikan kandungan yang berkualiti dan jujur.

Hrmm...kita cuba sama-sama, ok!

Selamat membaca, happy reading!

Beckham Jadi Duta Bolasepak China

As-salam,

Bintang bolasepak terkenal dunia David Beckham secara rasminya telah menjadi duta bolasepak China. Menurut Beckham dengan menerima perlantikan tersebut beliau boleh meningkatkan imej permainan sukan tersebut di China. Tambahnya lagi, tumpuan beliau adalah untuk membangunkan sukan di peringkat akar umbi.


Perlantikan bekas pemain antarabangsa England itu dilihat sebagai usaha yang bersungguh-sungguh oleh Liga Super China untuk pulih dari tahun yang penuh rasuah dan penetapan perlawanan.

David Beckham 

Baca berita penuh daripada,  http://news.abnxcess.com/bm/2013/03/peranan-baru-beckham-di-china/

BEIJING – Bekas kapten England, David Beckham dinamakan sebagai duta bola sepak pertama China sebagai usaha negara itu memulihkan imej sukan bola sepak dari gejala penetapan perlawanan dan penghijrahan keluar pemain bertaraf antarabangsa dari liga domestik mereka.

Peranan terkini Beckham yang baru menyertai kelab Perancis, Paris Saint Germain Januari lalu adalah untuk mebangunkan Liga Super China (CSL) ke peringkat tertinggi dunia dan mempromosikan bola sepak di negara dengan populasi penduduk paling ramai di dunia itu.

“Saya sangat berbesar hati diminta untuk memainkan peranan penting dalam sejarah bola sepak China bagi tempoh ini,” Beckham dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh IMG.

“Saya teruja prospek mempromosikan permainan terhebat dunia kepada peminat sukan di China kerana saya telah melihat secara langsung kepentingan kepentingan bola sepak di sana.

“Ini adalah sukan yang memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia, jadi saya menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan lebih ramai peminat kepada sukan ini.”

China meraih perhatian dunia apabila pemain ternama seperti Nicolas Anelka dan Didier Drogba serta jurulatih berprofil tinggi termasuk Marcello Lippi memilih kelab berbelanja besar CSL sebagai destinasi untuk mereka meneruskan karier.

Bagaimanapun selepas semusim, masing-masing Drogba dan Anelka menamatkan persinggahan mereka di China, memilih beraksi di peringkat lebih tinggi yang dilihat lebih penting buat mereka.
 Tamparan terbesar hadir awal bulan ini apabila Persatuan Bola sepak China (CFA) menghukum 58 orang keseluruhan, termasuk dua pemimpin bola sepak, dengan sekurang-kurangnya tiga tahun penggantungan bagi membersihkan gejala rasuah bola sepak.

Tampil salah seorang pemain bola sepak terkemuka serata dunia, Beckham 37 tahun, pernah berkhidmat selaku duta khas kepada temasya Olimpik London 2012. Justeru pegawai China menjangkakan populariti dan pengaruh beliau mampu memulihkan kredibiliti sukan terutama bola sepak di negara itu.
 “2013 menandakan ulangtahun ke 20 bola sepak profesional di China dan perlantikkan duta khas David Beckham bakal menarik perhatian dunia terhadap bola sepak di China dan CSL,” seorang pegawai CFA dipetik berkata dalam satu kenyataan.

“Ketika di China, beliau akan menghadiri perlawanan CSL dan melawat kelab-kelab bagi mendapatkan gambaran lebih mendalam tentang bola sepak di China.
“Beliau juga akan membantu kami untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada ramai kanak-kanak supaya terlibat dengan sukan hebat ini.”

Sepak mula kalendar musim baru Liga Super China (CSL) dijadual berlangsung Jumaat ini. – Reuters


Selamat membaca, happy reading!

2013/03/20

Pilihanraya Umum Kali Ke 13 | Sejarah SPR

As-salam,

Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini iaitu 20/3/2013, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan.

Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali. So, tunggu saja berita rasminya dalam masa terdekat, kita paksa-paksa pun tak boleh. Hanya menunggu penuh sabar.


PRU+13


Sejarah Pilihanraya Malaysia



Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli.

Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Election Commission of Malaysia ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia.

Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan.

  • Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi. 
  • Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak. Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.

Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Aras 5-8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-

1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.

Sebagai warganegara Malaysia yang merdeka, kita bebas membuat pilihan. Siapakah yang kita pilih dan apakah pilihan kita adalah rahsia. Tetapi apabila suara majoriti telah memilih, secara tidak langsung terserlah segala pilihan yang kita rahsiakan.

Tunggu penuh sabar penghujung dan penamat PRU ke 13. Apakah pilihan yang kita ada? Biar akal yang tenang, bijak dan berwawasan membuat pilihan tersebut bila tiba masnya...

Selamat membaca, happy reading!

PRU KE 13 | Syarat-Syarat Undi Pos Di Luar Negara

As-salam,

Rakyat Malaysia ramai yang tinggal, belajar dan bekerja di luar negara. Walaupun mencari rezeki di negara orang, mereka masih memegang taraf kewarganegaraan Malaysia. Itu maknanya jati diri masih kukuh! Syabas buat mereka...

 

Untuk kemudahan mereka yang berada di seberang lautan ataupun benua, saya kongsikan syarat-syarat pengundian pos di luar negara.



Syarat-Syarat Undi Pos Di Luar Negara


Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Pemilih berdaftar

c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia

d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

Anda perlu menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut;

a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau

b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau

c) melalui pos ke alamat;


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7,
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)


Anda perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.

Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1B

Sila lihat Panduan Untuk Mengisi Borang 1B

Sila lihat Soalan lazim (Q&A) berhubung dengan pengundian pos dari luar negara.

Selamat membaca, happy reading!

Daftar SAYS Percuma | Jana Pendapatan di Laman Sosial

As-salam,

Oleh kerana terbaca iklan SAYS dari blog blogger-blogger terkenal, saya pun terminat sama dengan apa yang diperkatakan orang - its all about trending!! Trendy when follow people richs to become richest!!

Contohnya sekarang orang sibuk dengan income mudah, free dan menarik...sambil membaca berita semasa atau perkembangan semasa, dapat duit masuk, maka SAYS memang bertepatan dengan minat saya.

S.A.Y.S - kata apa saja asalkan ianya satu berita yang diperbualkan! Again, its all about trending, past, current or future...you choose it!

Jom bersama-sama dengan saya kita daftar Says, and say it!

Cara-cara daftar SAYS.my:


1) Login ke : http://says.com/my atau KLIK SINI LEBIH MUDAH 

2) Klik pada butang SIGNUP NOW! 

3) Masukkan username (pilih yang santai), email yang aktif dan password dan lain-lain maklumat seperti diperlukan.(Seperti gambar di bawah).

Kemudian tekan butang CREATE MY ACCOUNT

 

4) Dah siap daftar, check email yang di daftarkan di atas tadi untuk verify link tersebut. Klik link pada email untuk pengesahan email korang.

Dah selesai. boleh Log in dengan gunakan email yang telah didaftarkan tadi.

SELAMAT BER-SAYS dengan saya...


Selamat membaca, happy reading!

2013/03/19

Panduan Merancang Masa Cuti Bersama Anak

As-salam,

Cuti persekolahan semester pertama akan bermula pada 22 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013 iaitu selama hampir 9 hari. Untuk tempoh percutian ini tentu anak-anak mengharapkan kita sebagai ibu bapa mereka sentiasa meluangkan masa dan membuat aktiviti bersama-sama.


Aktiviti memancing bersama anak-anak


Apakah plan anda? Apakah yang kita rancangkan itu mendapat 'approval' daripada anak-anak? Ini penting demi menjadikan cuti sekolah mereka penuh manfaat. 

Tip merancang percutian:


1. Merancang cuti lebih awal
Jadualkan di dalam kalendar keluarga dan umumkan kepada anak-anak tentang rancangan percutian anda. Ini akan memberikan masa untuk kita mencari penginapan terbaik dengan harga berpatutan sebelum terlambat. Jangan lupa untuk membabitkan anak-anak dalam memilih lokasi dan aktiviti.

2. Membuat tabung percutian dan merancang bajet
Pastikan anak juga tahu akan perkara ini dan jika mereka meminta untuk membeli sesuatu akan mengakibatkan percutian keluarga tertunda sedikit. Membuat tabung percutian juga dapat menjamin keseronokan yang maksimum kerana ibu bapa tidak perlu menanggung hutang kad kredit selepas kembali daripada bercuti nanti.

3. Biarkan anak berdikari 
Latih anak-anak menyediakan dan membawa bagasi masing-masing. Ibu bapa hanya perlu memberitahu jumlah dan jenis pakaian (pakaian bersantai, berjalan-jalan atau tidur) yang perlu dibawa.

4. Buat senarai semak barangan yang perlu dibawa
Buat senarai barangan yang perlu dibawa seminggu sebelum tarikh bertolak. Ini akan memastikan barangan penting tidak tertinggal. Dengan cara ini percutian akan menjanjikan keseronokan kerana tiada halangan yang timbul.

5. Kemaskan rumah sebelum pergi. Ini penting kerana apabila balik nanti, keluarga akan merasa tenang melihat keadaan rumah yang kemas dan tersusun.

Tip merancang aktiviti bersama anak-anak


1. Kemas rumah. Sekiranya hari biasa anak-anak anda kepenatan dengan jadual sekolah yang padat, cuti sekolah bahagi-bahagikan tugas kepada mereka untuk mop lantai, mengemas bilik dan ruang tamu atau mengganti langsir baru.

2. Berikan tugasan sama rata
Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Beri tugas sama rata. Jika ibubapa membezakan anak perempuan dan lelaki, apabila dewasa, anak-anak anda akan ingat tindakan anda yang pilih kasih. Atau umpamanya, anak yang kecil diberikan tugasan yang sesuai dengan usianya dan begitulah sebaliknya.

3. Aktiviti menghias rumah
Aktiviti berfaedah tidak semestinya ke kem-kem cuti sekolah atau pun seminar pendidikan ibubapa. Anda boleh merancang aktiviti sekeluarga walaupun tidak perlu keluar rumah. Aktiviti ini tidak perlu menunggu musim hari raya. Contohnya membantu ayah mengecat ruang tamu pada hujung minggu.

4. Sediakan makanan dan hidangan yang istimewa
Ibu pula menyediakan hidangan lazat selepas penat bekerja. Sesekali berikan mereka makanan yang istimewa dan berbelanja lebih sedikit untuk memenuhi keinginan resepi kegemaran anak-anak.

5. Aktiviti memasak.
Bukan hanya masak kek atau puding yang sesuai dijadikan aktiviti keluarga pada hujung minggu tetapi juga masakan lain. Anda juga boleh merancang majlis barbeku sekeluarga. Jika masa terhad, biarkan anak membantu menjayakannya.

6. Rapatkan hubungan kekeluargaan
Ambillah hati anak anda pada waktu cuti sekolah ini. Mungkin selama ini hubungan anda dan anak agak jauh kerana kesibukan masing-masing, gunalah cuti sekolah untuk merapatkannya kembali.

7. Menghadiri kelas pengajian agama
Bawa anak ke kelas pengajian agama di masjid atau surau. Dengar pengajian agama bersama-sama sama ada kuliah siang mahupun malam. Ajak mereka untuk menghadiri kenduri saudara mara jika berkesempatan demi merapatkan hubungan kekeluargaan.

8. Riadah
Jogging bersama-sama di taman beberapa jam pada waktu petang atau pagi pada hujung minggu sangat menyeronokkan. Bawa bekalan makanan dan selepas itu berkelah bersama-sama. Ajak anak-anak pergi memancing pun bagus juga bagi memberikan pendedahan kepada mereka.



Dengan senarai semakan yang tertera di atas dapatlah kita mengisi masa cuti sekolah anak-anak dengan sesuatu yang bermanfaat dan merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Rancangan cuti sekolah tidak semestinya kena berjalan jauh dengan kos yang tinggi, cukup sekiranya mengajak anak-anak bersantai dan menonton wayang bersama. Sesekali ajak anak-anak berjemaah dan mengaji bersama-sama terutamanya jika kita hanya bertemu anak sebulan sekali.

Inilah masanya kita menghabiskan masa secara berhemah...

Selamat membaca, happy reading...  

2013/03/18

Petua Jika Terlekat Tulang

As-salam,

Selesai sudah makan malam dengan menu nasi ayam dengan beras Mongul Faeza Herba Poni Taj Mahal, nama pun ada mahal...beras yang berkhasiat ni pun memang mahal..haha

Tika sibuk sedang makan tadi, ada pulak terkeluar isu kalau tercekik tulang. Jadi terbaca dari Majalah Wanita Mac 2013, ada kongsikan petua jika tercekik tulang. Rupanya mudah sahaja untuk mengatasi masalah tercekik atau terlekat tulang nih...



Petua Jika Terlekat Tulang   

Celupkan jari ke dalam madu lebah dan berselawatlah sebanyak tiga kali. Masukkan jari yang dicelup tadi ke dalam mulut dan hisaplah perlahan-lahan. Insya-Allah tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudahnya.

Amacam, mudah kan? Yang penting sentiasa standby madu lebah kat rumah anda!

Selamat mencuba, happy reading!

3 Cara Mengurus Stress Yang Betul

As-salam,

Isnin hari kegemaran semua? Betul ke? Ataupun apabila disebut Isnin @ Monday, semua orang muka pun tak happy. Kenapa agaknya? Anda stress ke setelah melalui hari yang penat pada hujung minggu? Jom kita uruskan stress tersebut...

1) Tukar 'mind setting' tentang stress

Kalau kita menghadapi stress yang tidak merbahaya, dan stress tersebut bukan akibat masalah kesihatan sepatutnya stress itu membawa satu motivasi kepada diri kita dan orang sekeliling. Jadi, mulai sekarang tukar minda fikir kita bahawa stress adalah pendorong motivasi...



2) Audit diri sendiri

Buat audit pada diri sendiri. Bukan setakat audit kewangan ya...audit perasaan dan sikap pun perlu juga. Cari apa sebab kita stress memanjang? Mungkin lupa cium tangan suami waktu pergi kerja tadi? So, jangan risau, jangan stress...sabar ya!



3) Cergaskan diri

Apabila stress cepat-cepat buat senaman. Kalau terasa tengahari buta nak main raghbi, pergi la main kat padang tu, yang penting stress hilang. Boleh gitu? Kita kena cergas untuk hadapi stress yang datangnya tidak menentu.


So kawan-kawan, hadapi hari mendatang dengan sabar dan tenang. Setiap orang ada masalah masing-masing dan penyelesaian kepada masalah setiap orang pun berbeza-beza. Tetapi asasnya tetap sama...

Selamat membaca, happy reading...

2013/03/16

Kronologi Kemalangan Maut Di Jalan Lipis - Merapoh

As-salam,

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana samada kepada orang yang berhati-hati ataupun sebaliknya. Sesungguhnya kita kena percaya bahawa jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Begitu juga kemalangan maut yang berlaku beberapa hari lepas di Jalan Lipis - Merapoh. Dalam bulan ini saja ada 2 kemalangan maut yang berlaku di kawasan tersebut. Tida siapa mahu terlibat dalam kemalangan ngeri begitu tetapi Allah Maha Mengetahui!

Apakah sebabnya? Adakah sikap lalai, mengantuk, ingin cepat sampai ataupun ada faktor lain yang menyumbang kepada tingginya jumlah kemalangan di jalan tersebut. Mari sama-sama kita fikirkan sejenak. Dan, jangan lupa hadiahkan Al-Fatihah kepada kesemua mangsa yang pernah terlibat di dalam kemalangan di jalan Lipis - Merapoh ini.

Ehsan daripada Utusan

Kronologi Kemalangan Di Jalan Lipis - Merapoh Yang Perlu Kita Renungi

15 Mac 2013

Seorang bayi antara empat yang maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspress dan kereta di KM 17, Jalan Lipis-Merapoh pukul 12:40 pagi.    

7 Mac 2013

Seorang lelaki putus kaki kanan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian apabila lori minyak diesel yang dipandunya terbabas dan terbalik di KM 59, Jalan Lipis-Merapoh, Bukit Tujuh kira-kira jam 9:45 pagi.

25 Oktober 2012

Dua sahabat pulang untuk menyambut perayaan Aidiladha maut selepas Perodua Kancil yang dinaiki bertembung dengan kenderaan Pegawai Penyiasat Polis dari Tanah Merah Kelantan di KM 7, Jalan Lipis-Merapoh di Kampung Sungai Yu.

10 Januari 2012

Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala ibu, bapa dan abangnya cedera parah selepas Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas di KM 98, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.

30 November 2011

Sepasang suami isteri maut apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah van di KM 9, Jalan Lipis-Merapoh berhampiran dengan Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan.

2 November 2011

Tiga sekeluarga terbunuh selepas kereta dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di KM 81, Jalan Lipis-Merapoh berdekatan dengan Kampung Kubang Rusa.

7 April 2011

Dua wanita maut manakala dua lagi parah apabila kenderaan Perodua viva yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam nahas di KM 24, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Ladang Selbourne, Lipis.

6 November 2010

Hajat dua bersaudara mahu mengambil motorsikal berakhir tragedi apabila mereka terbunuh selepas Mitsubishi Storm dinaiki bertembung dengan lori di KM 67, Jalan Lipis-Merapoh.

23 September 2010

Dua terbunuh dan empat parah dalam nahas di KM 9, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Maktab Perguruan Lipis.

Info di atas adalah sekadar renungan kita bersama dan pihak yang sepatutnya. Kajian sepatutnya diambil bagi meneliti mengapa jumlah kemalangan kian bertambah di jalan tersebut.

** Sumber

Selamat membaca...happy reading!    

Gambar Sekitar Ops Daulat Di Lahad Datu Sabah

As-salam,

Setelah lebih 12 hari Ops Daulat dilancarkan, pelbagai gambaran dan berita disiarkan di kebanyakan akhbar dan blog-blog tempatan.


 
 

 










 Jasa perwira sentiasa dikenang! Semoga perjuangan kamu mempertahankan kedaulatan negara terus dirahmati.

Adik Sultan Sulu Sudah Bolos

As-salam,

Lagi perkembangan semasa tentang Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram yang juga adik Sultan Sulu, dipercayai melarikan diri ke selatan Filipina dan meninggalkan pengganas lain untuk berdepan pasukan keselamatan di kawasan operasi Ops Daulat.

Peristiwa+Ceroboh+Lahad+Datu+Sabah

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata adik Jamallul Kiram III itu tidak mungkin berada di kawasan operasi pembersihan dalam gugusan Labian di Tungku, kerana pasukan keselamatan tidak menemui sebarang petanda kehadirannya.

Berdasarkan maklumat dan risikan diperoleh menerusi sumber, pihak ATM berpendapat dan berkeyakinan besar Agbimuddin sudah meninggalkan pengikutnya yang berada di kawasan Ops Daulat.

Selain itu, banyak lagi kubur yang ditemui selepas pihak anggota keselamatan menggempur kawasan utama kumpulan pengganas bersembunyi. Ada mayat yang sudah reput dan berbau dan terdapat juga kunur yang baru digali.

Dalam tempoh pencerobohan  dan Ops Daulat dilancarkan, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala sembilan anggota pasukan keselamatan cedera.
Semoga pasukan keselamatan kita terus berhati-hati dalam menjalankan tugas.

2013/03/15

Kronologi Pencerobohan Tentera Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah

As-salam,

Perkembangan terkini di Lahad Datu Sabah. PM sahkan bahawa dua anggota polis mati dan tiga cedera dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu, sabah pagi tadi.

Perdana Menteri memberi kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk ambil tindakan sehingga kumpulan penceroboh Sulu ditumpaskan. Mari sama-sama kita doakan agar tentera dan polis yang terlibat dengan usaha keamanan di Lahad Datu Sabah memperoleh kejayaan dan mengusir penceroboh yang tidak diundang itu keluar dari negara kita. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH!!



Kronologi Kejadian Ceroboh Tentera Sultan Sulu di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah

12 Februari 2013

1) Kumpulan bersenjata warga Filipina telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu. 

2) Kumpulan terbabit memiliki seramai lebnih kurang 200 anggota dan antaranya terdapat lima orang wanita

3) Namun keadaan terkawal dan dikatakan tiada kekasaran dilakukan ataupun menganggu penduduk kampung.  

4) Penceroboh-penceroboh itu telah menyusup berlindung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kedatangan mereka dikatakan menyebabkan ramai penduduk kampung itu keluar melarikan diri menuju ke Tanjung Labian di Lahad Datu untuk berlindung.

5) Kesemua penceroboh lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjatakan senjata api seperti M14, M16 dan .45mm dan juga beberapa senjata tajam.

 
15 Februari 2013

1) PDRM telah selesai berunding dengan ketua kumpulan bersenjata warga Filipina yang telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu pada 12 Februari 2013 yang lalu. 

2) Sumber polis berkata sekitar jam 5 petang Khamis (14/2/2013), satu rundingan telah diadakan diantara Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, ACP Zulkifli Abd Aziz dengan ketua kumpulan bersenjata itu yang dikenali sebagai Datu Agbimudin Datu Kiram yang didakwa sebagai Raja Muda Sultan Sulu.

3) Hasil perbincangan akan diumumkan kemudian.

18 Februari 2013

1) Kumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

2) Kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal dan permintaan mereka sedang diusahakan. 

3) Pihak polis Sabah rahsiakan siapakah gerangan personaliti rahsia terbabit tetapi berkata Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini (Sabah).

Siapakah personaliti terbabit???

22 Februari 2013

1) Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.

2) Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, Lahad Datu, Sabah


3) Kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.

4) Filipina akan membantu sekiranya ada konflik tetapi tidak dapat menolong mereka.

5) Kira-kira 100 ahli kumpulan Sulu masih lagi berkeras untuk tinggal di Tanduo walaupun hari Jumaat merupakan tarikh akhir mereka sepatutnya dihantar pulang.

6) Pihak keselamatan Malaysia, telah melebarkan kepungan mereka di darat dan laut sekitar kumpulan berkenaan.

7) Mereka dilaporkan dalam keadaan siapsiaga untuk menghantar pulang kumpulan berkenaan namun mereka masih menunggu agar rundingan dapat diselesaikan tanpa sebarang pertumpuhan darah.

8) Dalam pada itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara aman.

9) Aquino turut menyatakan bahawa pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

10) Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.

1 Mac 2013

1) Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina juga turut terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. Takziah kepada anggota keselamatan kita yang terkorban demi menyelamatkan negara. ANDA SEMUA WIRA BANGSA, PENYELAMAT MARUAH NEGARA MALAYSIA!

2) Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi. Juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

3) Pihak polis juga merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.

4) Tiada perintah berkurung dilaksanakan di Lahad Datu kerana keadaan adalah terkawal.

5) Semua pihak dinasihatkan berjaga-jaga agar pertempuran sengit antara tentera kita dan polis dengan para penceroboh tentera sultan Sulu ini tidak melibatkan pertumpahan darah seterusnya. Pelajar-pelajar di UMS juga dalam keadaan yang terkawal dan selamat.

6) 2 anggota keselamatan yang terbunuh ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.

7) Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

2 Mac 2013

1) Melalui website Berita Harian, dilaporkan bahawa tepat jam 12.30 tengah hari tadi, pesawat Charlie 130 yang membawa dua jenazah anggota komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia dari Lahad Datu selamat sampai di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang.

2) Jenazah kedua-dua anggota keselamatan yang terbunuh itu akan dimakamkan sebagaimana wira-wira negara yang pernah tumpas sebelum ini.  

3 Mac 2013

1) Daripada risikan tentera mendapati kumpulan penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat sini mempunyai pengalaman perang dan mahir dalam teknik gerila.

2) Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata kedudukan kumpulan terbabit juga menempatkan penembak hendap bagi menyukarkan pasukan keselamatan negara ini bertindak. Namun pihak anggota keselamatan sudah mempunyai rancangan dan mengepung mereka serta membuat pemantauan rapi oleh unit khas tentera.

3) Sementara itu, di Semporna Sabah yang terletak beberapa kilometer dari Lahad Datu, 5 orang anggota polis kita terkorban ketika membuat penyiasatan tentang terdapat penceroboh bersenjata di kampung tersebut. Manakala, 2 orang penceroboh yang terkorban.

4) Nama 6 lagi anggota keselamatan yang terkorban setakat 3 Mac 2013 adalah:

  • Superintendent (SP) Ibrahim Lebar - SB Bukit Aman
  • Assistent SP (ASP) Michael - KCKD Semporna
  • Sarjan Ibrahim - SB
  • Sarjan Aziz - PGA Semporna
  • Koperal Salam - SB Tawau
  • Lans Koperal (L/Kpl) Azrul - PGA Semporna

   
5) Malam tadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis berjaya menyelesaikan kes serangan hendap terhadap anggotanya di Kampung Seri Simunul, Semporna kira-kira jam 7 petang tadi.

6) Pasukan anngota keselamatan berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota yang terkorban kepada enam orang.

7) Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah pihak musuh. Mengikut sumber beberapa akhbar, jumlah pihak musuh yang terkorban setakat ini adalah seramai 21 orang. 

8) Serama 352 anggota termasuk pegawai dan lain-lain pangkat 21RAMD berpangkalan di Pengkalan Chepa diterbangkan terus dari Kota Bharu ke Tawau menggunakan pesawat sewa khas AirAsia bagi membantu operasi di Lahad Datu.

9) 20 orang penduduk kampung Sri Jaya, Semporna membunuh lelaki sulu yang menawan mereka dan dijadikan tebusan selama beberapa jam.

4 Mac 2013

1) Selepas ATM mengetuai situasi krisis di Lahad Datu, Sabah. Kini Zon Merah telah diistihar di kawasan terbabit membabitkan Tanjung Labian dan Tanjung Batu.


2) Datuk Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) dalam twitternya menegaskan ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau.


"Takziah kepada para pejuang negara kita. Kepada para anggota keselamatan yang sedang di perbatasan, terima kasih dengan jasa-jasa anda!"

Untuk perkembangan terkini, sila rujuk artikel berikut:
http://www.aynoranur.com/2013/03/berita-terkini-krisis-pencerobohan-di.html



Selamat membaca...