Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2013/04/29

Jualan Mi Segera 100 Billion Di Seluruh Dunia

Jualan Mi Segera 100 Billion Di Seluruh Dunia! | Mi segera memang makanan kegemaran masyarakat di seluruh dunia. Daripada bancian yang dibuat, sepanjang tahun lepas sahaja masyarakat dunia telah membeli 100 billion mi segera. Mengikut rekod, China adalah negara terbesar dengan mencatatkan 44 billion jualan, diikuti Indonesia sebanyak 14.1 billion, Jepun 5.4 billion dan Vietnam sebanyak 5.1 billion hidangan mi segera yang dimakan.

Ini menunjukkan bahawa mi segera menjadi hidangan yang menepati standard global dan jumlahnya akan terus meningkat kususnya di kalangan negara membangun.

Dan, makanan kesukaan hero saya di asrama adalah mi segera! Tak ada makanan lain yang lebih sedap ke? Ada-ada saja...

Mi segera mengemukkan, tetapi sesekali pekena cukup dengan bahan-bahannya...amat menyelerakan!

Kontes Panduan Blogger By HasrulHassan.Com

Kontes Panduan Blogger By HasrulHassan boleh dilayari dan disertai sekarang sebelum terlambat dan penghantaran borang jawapan akan tamat pada 30 April 2013. Pendaftaran untuk penyertaan telahpun tamat pada 25 April 2013. Jadi, apa lagi kepada para blogger yang berminat di luar sana. Syaratnya anda haruslah telah mendaftar dan cepat hantarkan jawapan anda yang paling tepat, padat dan bernas kepada hasrulhassan.com!



Hadiah untuk Kontes Panduan Blogger By HasrulHassan


1 x Hadiah Pertama - RM200 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
1 x Hadiah Kedua - RM150 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
2 x Hadiah Ketiga - RM50 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif 

Segala syarat dan peraturan dan pelbagai maklumat lain yang berkaitan dengan Kontes Panduan Blogger boleh dilayari di http://www.hasrulhassan.com

Selamat maju jaya kepada semua peserta! Anggaplah ianya sebagai satu assignment anda sebagai seorang blogger untuk melangkah jauh dengan memiliki ilmu berblog yang penuh didada dan bukannya blogger tanpa ilmu! Fikirkanlah!
**Saya bukanlah peserta sebaliknya sokongan diberikan tanda memeriahkan lagi kontes yang dijalankan.

Penghantaran Borang Online BE Di Lanjutkan Hingga 15 Mei 2013

Penghantaran Borang Online BE Di Lanjutkan Hingga 15 Mei 2013 | Makluman kepada pembayar-pembayar cukai bukan perniagaan (Borang BE), tarikh akhir untuk mengembalikanborang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei 2013 ini. 


LHDN berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat.

Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada 30 April 2013 (Selasa) dan mereka digalakkan menghantar melalui pos di mana borang-borang itu akan diterima LHDN selewat-lewatnya 3 Mei.

LHDN sentiasa menggalakkan pembayar cukai mengisi borang melalui e-Filing kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah memastikan keselamatan data sampai terus ke LHDN serta dapat memelihara alam sekitar dengan kurangnya penggunaan kertas.

- Bernama

Siapakah Yang Layak Memohon PR1MA?

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai langkah mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan PM adalah untuk mengimbangi semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar.


 


Sehubungan dengan itu, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00

Syarat-syarat Kelayakan Memohon PR1MA:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  3. Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  5. Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Cara-Cara Memohon PR1MA 

  1. Daftar dengan PR1MA, klik di sini
  2. Semakan dokumen-dokumen yang diperlukan, klik di sini
PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

Nota:

- Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

2013/04/27

Template Thesis For Blogspot Yang Berbeza

Template Thesis For Blogspot Yang Berbeza! | Saya menggunakan template Thesis For Blogspot volume 2.0 (TFBV2) sebagaimana kebanyakan rakan blogger medium blogspot juga menggunakannya. Pada asasnya ciri-ciri TFB yang asal adalah seperti berikut:

Ciri-ciri template Thesis For Blogspot yang asal:


Blog Ciklaili.com - bentuk asal template Thesis For Blogspot

  1. Warna asas didominasi oleh warna putih
  2. Bentuk border blog empat segi
  3. Header wrapper yang ringkas dan ada dua kolum, dan juga satu kolum (boleh pilih)
  4. Tiada image butang readmore 
  5. Related post yang berbeza
  6. Butang komen yang normal
  7. Ciri-ciri SEOnya yang mantap!


Template Thesis For Blogspot yang telah di ubahsuai oleh aynora nur:



  1. Warna asas didominasi oleh warna dark pink
  2. Bentuk border blog melengkung
  3. Border blog ada pembayang (shadow)
  4. Butang readmore yang jelas
  5. Pasang related post gaya anastasyea.com
  6. Dipasang dengan threaded comment berbentuk border melengkung
  7. Bahagian footer saya tambahkan 4 kolum

     8.   Bahagian ruang bawah post, saya tambahkan 2 column lagi menjadi seperti layout magazine  (majalah).
     9.   Dan banyak lagi yang saya telah ubahsuai seperti kod warna untuk link, header sidebar, kedudukan image pada homepage dsb...
    10.  Mantap dan mesra SEO!
 

Ada yang bertanya mudah tak nak buat ubahsuai tersebut? Memang susah pada mulanya, kemudian menjadi mudah sedikit dan kini boleh ubahsuai anytime ikut mood saya! Pokok pangkalnya, hendak seribu daya tak hendak beribu dalih! 

Selamat bersantai di hari sabtu, happy reading!

2013/04/26

Drama Korea Dan Sinopsis All About My Romance

Drama Korea All About My Romance atau juga dikenali dengan nama lainnya All About My Date dijangka akan di tayangkan di saluran ONE HD pada awal Mei 2013. Drama romantik komedi ini bakal menggantikan That Winter The Wind Blows yang hampir menuju episod akhir.  


Sinopsis Drama All About My Romance

Kim Soo-Young (lakonan Shin Ha-Kyun) adalah ahli baru yang dipilih dalam perhimpunan kebangsaan. Beliau adalah salah seorang ahli dari parti konservatif dikenali sebagai New Korea Party. Sebelum pilihanraya, Kim Soo-Young bekerja sebagai hakim, tetapi oleh kerana tekanan yang banyak daripada pihak atasan tertinggi, dia mengambil keputusan untuk memasuki dunia politik. Kini, Kim Soo-Young terlibat dengan keadaan yang dipanggil 'situasi yang kusut' dengan ahli perhimpunan kebangsaan No Min-Young, yang memasuki dunia politik selepas kematian kakaknya. Kakak No Min-Young adalah seorang calon presiden. No Min-Young juga merupakan ahli Parti Buruh Progresif, yang hanya mempunyai dua anggota dalam perhimpunan kebangsaan.

Kim Soo-Young dan No Min-Young kemudian mula menyimpan perasaan antara satu sama lain dan bermulalah insiden romantis antara mereka. 

Dapatkah dua pasangan yang berbeza parti politik dan ideologi ini mencari cinta sebenar? Drama Korea All About My Romance ini dibintangi oleh Lee Min Jung (Midas), Shin Ha Kyun & Han Chae Ah (My Ex & The Neighbour)

Dijangka ditayangkan pada 8 May 2013, Setiap Rabu & Khamis pukul 8.55pm!


TRIVIA
  1. Pemenang KPOP STAR 2, Akdong Musician, akan mencipta lagu latar bagi All About My Romance. 
  2. Anak sedara Shin Ha Kyun’s yang bernama Park Eun Young adalah ketua kumpulan K-pop terkenal ‘Brave Girls’.
  3. Oleh kerana Shin Ha Kyun jarang menggunakan internet, dia tak perasan pun yang dirinya sedang meniti populariti yang luar biasa. 
  4. Bila diusik tentang teman lelakinya yang bernama Lee Byung Hun yang juga seorang pelakon, Lee Min Jung membalas bahawa dia jarang bertemu dengan Lee Byung Hun kerana lelaki itu sedang membuat promosi di luar negara. 
Selamat menonton ya!

Kisah Nabi Adam A.S. & Hawa Serta Pengajarannya

As-salam,

Memang sedia maklum bahawa kesempurnaan manusia tidak akan terwujud kecuali dengan pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat mengenal Sang Pencipta, dan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam. Jika manusia berhasil di satu sisi, namun gagal di sisi yang lain maka ia laksana burung yang terbang dengan satu sayap di mana setiap kali ia terbang sayap yang lain akan menghalangnya.

Saya akan kongsikan kisah Nabi Adam yang dikeluarkan dari syurga gara-gara kesepiannya. Ketika di syurga Nabi Adam di ajarkan banyak benda dan mengetahui semua nama-nama dan kadangkala ia berbicara bersama para malaikat, namun para malaikat terlalu sibuk dengan ibadah kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, Adam merasa kesepian. Kemudian Adam tidur dan tatkala ia bangun ia mendapati seorang perempuan yang memiliki mata yang indah, dan tampak penuh dengan kasih sayang.

Kemudian terjadilah dialog di antara mereka:

Adam berkata: "Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur." 
Perempuan itu menjawab: "Ya."
Adam berkata: "Kalau begitu, kamu datang di tengah-tengah tidurku?"
Ia menjawab: 'Ya." 
Adam bertanya: "Dari mana kamu datang?" 
Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu. Allah SWT menciptakan aku darimu saat kamu tidur." 
Adam bertanya: "Mengapa Allah menciptakan kamu?" 
Ia menjawab: "Agar engkau merasa tenteram denganku." 
Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku memang merasakan kesepian."

Para malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam menjawab: "Namanya Hawa." Mereka bertanya: "Mengapa engkau menamakannya Hawa, wahai Adam?" Adam berkata: "kerana ia diciptakan dariku saat aku dalam keadaan hidup."

Nabi Adam adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia berkongsi pengetahuannya kepada Hawa, di mana ia menceritakan apa yang diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga Hawa mencintainya. Allah SWT berfirman:

"Dan Kami berfirman: 'Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al- Baqarah: 35)

Kita tidak mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan tempatnya, dan para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu. Sebahagian mereka berkata: "Itu adalah syurga yang bakal dihuni oleh manusia (jannah al-Ma'wa) dan tempatnya di langit." Namun sebahagian lagi menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah al-Ma'wa maka iblis tidak dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan di dalamnya. Sebahagian lagi mengatakan: "Ia adalah syurga yang lain, yang Allah ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa." Bahkan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi yang terletak di tempat yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain menganjurkan agar kita menerima ayat tersebut apa adanya dan menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami sendiri sependapat dengan hal ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan dengan penentuan tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang dapat kita ambil dari apa yang terjadi di dalamnya.




Nabi Adam dam Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua merasakan kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana mereka juga mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan Nabi Adam dan Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tak terbatas. Dan Nabi Adam mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan pada saat ia berada di syurga bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami kesepian. Ia banyak menjalin komunikasi dengan Hawa. Mereka menikmati nyanyian makhluk, tasbih sungai-sungai, dan muzik alam sebelum ia mengenal bahawa alam akan disertai dengan penderitaan dan kesedihan. Allah SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk mendekati segala sesuatu dan menikmati segala sesuatu selain satu pohon, yang barangkali ia adalah pohon penderitaan atau pohon pengetahuan. Allah SWT berkata kepada mereka sebelum memasuki syurga:

"Dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)

1) Setiap larangan Allah ada sebabnya. Nabi Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu dari pohon ini, namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan sebagai manusia ia lupa dan hatinya berbolak-balik serta tekadnya melemah. Maka iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi Adam dan mengumpulkan segala kedengkiannya yang disembunyikan dalam dadanya. Iblis terus berusaha membangkitkan waswas dalam diri Nabi Adam.

Apakah aku akan menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan kekuasaan yang tidak akan sirna? Nabi Adam bertanya-tanya dalam dirinya. Apa yang akan terjadi seandainya ia memakan buah tersebut, barangkali itu benar-benar pohon keabadian. Nabi Adam memang memimpikan untuk kekal dalam kenikmatan dan kebebasan yang dirasakannya dalam syurga.

Berlalulah waktu di mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon itu. Kemudian pada suatu hari mereka menetapkan untuk memakan pohon itu. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya. Mereka lupa bahawa iblis adalah musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan tangannya ke pohon itu dan memetik salah satu buahnya dan kemudian memberikannya kepada Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan buah terlarang itu.

Allah SWT berfirman:

"Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (QS. Thaha: 121)

Tidak benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa menggoda Nabi Adam yang kerananya ia bertanggungjawab terhadap pemakanan buah itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa, namun ia menyebut Nabi Adam sebagai orang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Demikianlah setan disalahkan dan Nabi Adam juga disalahkan kerana kesombongan. Salah seorang dari mereka menghina manusia, dan yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal kekekalan.

Belum selesai Nabi Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan penderitaan, kesedihan, dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarnya dan berhentilah muzik indah yang memancar dari dalam dirinya. Ia mengetahui bahawa ia tak berpakaian, demikian juga isterinya. Akhirnya, ia mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan bahawa isterinya seorang wanita. Ia dan isterinya mulai memetik daun-daun pohon untuk menutup tubuh mereka yang terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah agar mereka turun dari syurga.

2) Taubat yang bersungguh-sungguh akan dimakbulkan Allah. Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis. Kerana ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahukan kepada mereka bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli, di mana mereka akan hidup di dalamnya, mati di atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan. Allah SWT berfirman:

"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25)

Kemudian Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang diperoleh Nabi Adam selama keberadaannya di syurga dan setelah keluarnya ia darinya dan turunnya ia ke bumi.

Allah SWT berfirman:

"Dan Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka mereka sujud kecuali Iblis. la membangkang. Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak pula akan di timpa panas matahari di dalamnya.' Kemudian setan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?' Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: 'Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'" (QS. Thaha: 115-123)

Sebahagian orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga kerana kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar kerana Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam di mana Dia berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Dan Dia tidak mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya aku akan menjadikan khalifah di syurga."

Tidaklah turunnya Nabi Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan tetapi ia merupakan penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi. Allah SWT mengetahui bahawa Nabi Adam dan Hawa akan memakan buah itu, dan selanjutnya mereka akan turun ke bumi. Allah SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas kebebasan mereka. Pengalaman merupakan dasar penting dari proses menjadi khalifah di muka bumi agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga keturunan mereka - bahawa setan telah mengusir kedua orang tua mereka dari syurga, dan bahawa jalan menuju syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT dan permusuhan pada setan.

Apakah dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa, dan bahawa Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan sehingga ia keluar dari syurga dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya anggapan ini tidak kalah bodohnya dari anggapan pertama. Sebab, Nabi Adam merasakan kebebasan sepenuhnya, yang kerananya ia mengembang tanggung jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan memakan buah tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari syurga. Maksiat yang dilakukannya tidak berlawanan dengan kebebasannya, bahkan keberadaannya yang asli bersandar kepada kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu. Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi, tetapi Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT memberikan kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang demikian itu berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam memakmurkan bumi dan mengangkat khalifah di dalamnya.

3) Iblis adalah musuh manusia selama-lamanya. Secara pasti ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab ia kehilangan nikmat dan penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa Allah SWT akan menyeksa seseorang jika ia berbuat maksiat, dan bahawa jalan menuju ke syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ia memahami bahawa Allah SWT menerima taubat, memaafkan, menyayangi, dan memilih. Allah SWT mengajari mereka agar beristighfar dan mengucapkan:

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al- A'raf: 23)

Allah SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi. Nabi Adam adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi Adam di bumi. Ia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian ia menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya dari kalangan nabi. Sehingga setiap nabi memulai dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari negerinya atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar (hijrah) setelah pengangkatan kenabian mereka.

Nabi Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar dari syurga. Di bumi ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di mana ia harus menanggung kesulitan agar dapat makan, dan ia harus melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata, serta melindungi isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang hidup di bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar dari syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya dan kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim. Pertempuran antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak akan pernah berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk Allah SWT, ia tidak akan merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang siapa yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api, iblis, maka ia akan bersamanya di neraka.

Nabi Adam mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan menyertai kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat meringankan kesedihannya adalah, bahawa ia menjadi penguasa di bumi, yang kerananya ia harus menundukkannya, memakmurkannya, dan membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih baik. Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang perempuan, dan pada perut berikutnya seorang lelaki dan seorang perempuan, maka dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut pertama dengan anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi Adam menjadi besar dan menikah serta memenuhi bumi dengan keturunannya.

Demikianlah Kisah Nabi Adam bertemu dengan Hawa hinggalah akhirnya disebabkan peristiwa yang diceritakan  di atas tadi, ia terpaksa dikeluarkan dari syurga.

Tazkirah untuk semua, baca, dan sharing...

2013/04/25

Kecoh Bila Kereta Kemenangan ABPBH Sahiezy Sam Hilang

Kecoh Bila Kereta Kemenangan Shahiezy Sam Hilang! | Ini semua gimik ke? Bukanlah...memang betul-betul hilang dan sudah dijumpai semula. Mungkin ada orang yang boleh bercerita dengan saya bagaimanakah kereta Sport Nissan itu boleh hilang? Pelik bin ajaib atau pun pihak bengkel itu buat test drive hingga ke Johor? Macam-macam ada...


Shaheizy Sam


INDUSTRI hiburan kecoh apabila kereta kemenangan Shaheizy Sam, pelakon yang dinobatkan Anugerah Bintang Paling Popular di majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH2012) telah dilaporkan ‘hilang’ dari sebuah bengkel di Kepong, Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lalu.

Namun begitu, sehari selepas insiden itu berlaku, kereta berkenaan dilaporkan telah berjaya dijumpai semula di sebuah kawasan di Johor.

Kini, Shaheizy sudah boleh berbangga dengan kereta sport Nissan 370Z Coupe tajaan Edaran Tan Chong Motors selepas majlis penyampaian hadiah ABPBH2012 diadakan bagi meraikan pemenang anugerah berkenaan di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor kelmarin. Shaheizy turut menerima barangan kemas tajaan Habib Jewels Sdn Bhd sebagai hadiah sampingan lain.
Dalam gambar di atas pelakon filem ’Songlap’ itu kelihatan ceria sewaktu diminta untuk bergambar dengan kereta barunya selepas majlis penyampaian hadiah berakhir.

Saya pun minat dengan Sam yang humble orangnya dan berkarakter. Ingat satu ketika dahulu sewaktu dia berlakon dengan arwah M Rajoli dan Norlia Ramli. Tetapi saya dah lupa tajuk telemovie tersebut. Walaupun watak Sam hanya muncul pada babak akhir, ia tetap memberi kesan. Itulah penangan orang yang ikhlas bekerja...

Selamat membaca, selalu tersenyum!

Terkini Harga Emas Di Kedai Emas Dan Ar-Rahnu Terpilih

Terkini Harga emas di kedai emas Dan Ar-Rahnu Terpilih!Emas oh! Emas! Barang hiasan kegemaran wanita. Tidak sah jika wanita tidak memakai emas di badan walaupun sekadar sebesar hama...




Hari sabtu lepas saya ada singgah di Kedai Emas Poh Kong, orang punyalah ramai. Ingatkan ada promosi, tetapi tak ada pun banner atau risalah tentang promosi atau jualan besar-besaran. Rupa-rupanya harga emas turun pada hari itu, iaitu berharga RM155 sahaja untuk 1 gram emas! Murah tu. Kali terakhir saya beli emas pada harga sekita RM124.00. Itu pun empat tahun atau 6 tahun yang lalu.

Projek Manager kami pun asyik suruh orang perempuan serbu kedai emas, beli sekarang atau harganya akan naik esok lusa. Tetapi yang kita ni nak beli dengan apa? Lainlah kalau boleh petik duit kat pokok...hihi


HARGA EMAS TERKINI DAN AR-RAHNU TERPILIH **Sumber




Semalam pula terbaca kat Yahoo News! - Mengikut pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng, sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua pihak membeli emas dengan harga yang masih rendah selepas kejatuhan terbesarnya pada 15 April 2013 yang lepas.

Menurut beliau lagi dengan harga yang merudum, ia menjadikan emas lebih mampu milik untuk semua, terutamanya pembeli baharu, yang mahu menyimpan emas untuk perlindungan harta.

Pada 15 April, harga emas susut US$140 kepada US$1,395 satu auns, satu kejatuhan terbesar semenjak 1993, mengejutkan ramai pelabur veteran. Semenjak itu, harga telah memulih sedikit, dan semalam ia ditutup pada US$1,408 satu auns, susut US$16.50.

Pada masa sekarang, adalah dinasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli emas sebagai simpanan masa depan sebelum harga meningkat semula.
-- BERNAMA

2013/04/24

PRU13: Selebriti Bertanding Dalam Pilihanraya

Selebriri Bertanding Dalam Pilihanraya! | Jika dilihat senerio sekarang, dan bahang pilihanraya yang semakin hampir, ramai rakan artis yang menyuarakan minat untuk membantu kempen sesetengah parti politik samada menjadi duta ataupun sekadar membantu secara sukarela. Menurut bacaan saya, antara yang menjadi jurucakap sesetengah parti politik termasuklah Hairi Othman, Yassin Sulaiman, Zed Zaidi dan beberapa nama lagi.

Ada juga beberapa orang selebriti yang terang-terang bertanding dalam pilihanraya mewakili parti politik. Selebriti yang sudah mengesahkan untuk bertanding adalah Wan Aishah mewakili parti PAS, Dayangku Intan mewakili PKR dan Herman Tino dengan tiket Bebas. 

Dayangku Intan
Wan Aishah
Herman Tino
Herman Tino
 
Semoga selebriri yang bertanding dapat memperjuangkan cetusan masalah-masalah rakyat dan bukan sekadar bertanding dengan 'melepaskan batuk di tangga'. Tanggungjawab yang digalas amatlah besar, ianya bukan sekadar meraih populariti semata tetapi harus disertai dengan usaha membantu dan menyelesaikan masalah secara berterusan.

Selamat berjuang! Jatuh bangun dunia politik sudah menjadi sangat biasa...

Senyum Tersenyum #1



** Bukan senyuman kosong tau!!

2013/04/23

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Membangun Potensi Pelajar

Pentaksiran Berasaskan Sekolah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan mulai 1 Januari 2011 bagi murid tahun satu. Mengapakah PBS diwujudkan dan diperkenalkan? Ia adalah disebabkan aspirasi falsafah pendidikan negara tidak tercapai dengan kurangnya penekanan terhadap jasmani, emosi, rohani dan intelek sebelum ini.

Selain daripada itu, dalam sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan, penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum sangatlah kurang.

Pengiktirafan keterlaluan terhadap pencapaian akademik semata-mata di mana memberi tekanan kepada murid, guru dan ibubapa.

Sebelum ini, kita lebih fokus menilai hasil akhir, berbanding proses pembelajaran itu sendiri. Ini mengakibatkan pengabaian pembentukan modal insan yang cemerlang.

Apakah Konsep PBS? 

PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek koignitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang akan dinilai dalam PBS?  



Definisi Setiap Jenis Pentaksiran

Sebagai makluman, 

PP = Pentaksiran Pusat
PS = Pentaksiran Sekolah
PPsi = Pentaksiran Psikometrik
PAJSK = Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kesihatan
                                   


Definisi setiap jenis pentaksiran:

a) Pentaksiran Pusat
Dilaksanakan di sekolah dengan menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Disini, tempoh masa penilaian bagi satu-satu instrumen agak singkat.

b) Pentaksiran Sekolah
Dilaksanakan di sekolah sepenuhnya dengan berpandukan deskriptor standard prestasi yang ditetapkan oleh kementerian bagi setiap matapelajaran teras dan matapelajaran elektif (pilihan).

c) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kesihatan
Dilaksanakan di sekolah sepenuhnya, di mana segala aktiviti ko-kurikulum, tahap kecergasan diri dan tahap kesihatan pelajar akan dinilai serta direkodkan.

d) Pentaksiran Psikometrik
Dilaksanakan di sekolah sepenuhnya oleh guru kaunseling. Ujian aptitud dicadangkan kepada semua pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan, kekuatan, kelemahan, minat serta bakat pelajar. Manakala inventori personaliti tidak wajib bagi pelajar di mana ia bertujuan mengenalpasti ciri-ciri perilaku pelajar.      


Definisi setiap tahap (band) yang digunakan dalam pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah.

***Semakin tinggi tahap (band) yang dicapai oleh pelajar makan semakin berkualiti seorang pelajar



Tentu ramai di antara kita tak berapa ambil tahu atau faham tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kita menyerahkan bulat-bulat tugas mengaplikasikan PBS kepada guru-guru semata-mata. Tahukah anda, setelah saya baca brocure/risalah khas berkaitan PBS, sebenarnya PBS memerlukan campurtangan kita yang sama banyak dengan tugas guru.

Apakah kita mahu anak kita berada pada BAND 1 sahaja ataupun paling tidak berada di BAND 4? Fikir dan renungkan bersama-sama!

Masa depan anak-anak kita adalah di tangan semua pihak yang saling bekerjasama demi menghasilkan generasi seimbang akademik dan holistik.

Selamat membaca, ambil tahu dan happy selalu!  

Segmen: Salam Perkenalan By Miss Banu

As-salam,

Saya teringin pulak join satu segmen yang dianjurkan oleh Miss Banu. Since tajuknya pun salam perkenalan, jadi saya pun ingin menghulurkan salam perkenalan kepada para pengunjung dan pembaca blog saya.

Segmen yang bertajuk "Segmen: Salam Perkenalan By Miss Banu" boleh dikunjungi dengan klik pada bannernya.

 


Selamat datang dan salam perkenalan kepada para pembaca yg tersayang, dihormati dan selalu datang kembali ke aynoranur.com! Semoga silaturrahim alam maya antara kita berterusan.  

Segmen ini akan tamat pada 3 Mei 2013. Jom bersegmen!

2013/04/22

Mulakan Perniagaan Online Percuma Dengan Exabytes!


OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Mulakan Perniagaan Online Percuma Dengan Exabytes! | Exabytes dengan sukacitanya memperkenalkan kempen pemasaran terkini, OnlineLahTauke!

Kempen OnlineLahTauke bertujuan untuk menggalakkan ahli perniagaan offline untuk mengembangkan perniagaan mereka secara online dengan percuma *, dengan menuntut  semula RM1,000 geran perniagaan di bawah GMBO 2.0 (Get Malaysian Business Online 2.0), satu inisiatif oleh kerajaan untuk membantu perniagaan mikro untuk memulakan perniagaan internet mereka.

Kami di Exabytes akan mereka bentuk satu laman web 4-halaman untuk mana-mana perniagaan dengan hanya untuk RM999, Bagaimanapun, mereka boleh menuntut balik RM1,000 daripada GMBO 2.0!

Dan bagi anda dan blogger-blogger di luar sana yang mahu menjana pendapatan melalui komisen jualan, inilah masanya! Bagi setiap rujukan yang berjaya membawa kepada InstantWebsite (GMBO 2.0) kepada Exabytes, anda akan mendapat RM100 komisen.

Terma dan syarat2 untuk mendapat GMBO:

  1. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
  5. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM200,000 setahun.

Jika nak tahu lebih lanjut tentang GMBO ini, anda boleh login di sini untuk mendapatkan dan memuat naik ke blog / laman web anda.

Mari cuba nasib, happy business!

2013/04/21

Cara Merawat Rambut Gugur

As-salam,

Kulit kepala yang selalu gatal mungkin disebabkan kelemumur ataupun kulit kepala kering. Jika selalu sangat berkeadaan begini, kita pasti rasa tidak selesa. Ini juga boleh menyebabkan rambut gugur kerana kurang virtamin untuk kesihatan rambut.



Cara Merawat Rambut Gugur


1) Terdapat beberapa herba yang boleh digunakan seperti eclipta prostrate, lobak merah, badam dan butea frondosa. Semua kategori herba ini kaya dengan pelbagai nutrisi termasuk antioksidan dan antibakteria bagi menguatkan serta menggalakkan lagi pertumbuhan rambut.

2) Anda juga yang boleh melakukan transplan rambut untuk jalan paling mudah dan cepat. Namun sebaiknya, ia menjadi pilihan rawatan terakhir selagi kita boleh berusaha dengan cara lain. Ini kerana, walaupun melakukan rawatan transplan rambut, ia tetap tidak bertahan dan masalah sama akan berulang kembali.

3) Rawat rambut gugur dengan kulit buah tembikai - Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya. Gunakanlah bahagian kulit tembikai itu dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih. Kalau nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya rambut tak rosak ketika tidur. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu sahaja. 

4) Cuci Rambut 3 kali seminggu - Cucilah rambut anda sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Lebih afdhal, cucilah rambut anda pada waktu petang, sebaik sahaja anda pulang dari kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

5) Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut - Pilihlah fabrik lembut untuk tudung anda. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut anda. Dengan cara memilih kain tudung yang bersesuaian, anda dapat mengurangkan keguguran rambut.

6) Sentiasa Merawat Rambut - Jika boleh sebulan sekali rawatlah rambut anda, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat.

7) Jangan kerap bertukar syampu - Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan maklumat yang betul dan tepat mengenai cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan setakat mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak. 

Namun begitu, berhati-hati menjaga rambut anda. Rambut memang mahkota wanita. Sepatutnya mahkota itu dijaga untuk yang berhak dan bersihkan rambut untuk kepuasan diri sendiri. Jangan kerap mewarna rambut kerana dibimbangi apabila tua nanti rambut sudah tidak berfungsi sebagai mahkota anda lagi!

Selamat membaca, happy reading & keep health!   


2013/04/20

Sinopsis Drama Korea Cheongdam-dong Alice

Drama Korea Cheongdam-dong Alice! | Tajuk lain bagi drama korea ini adalah Alice in Cheongdam-dong. Salah satu drama Korea yang sedang menghiasi kaca Tv anda. Drama Korea bertajuk Cheongdam-dong Alice ini sudah mula ditayangkan di saluran ONE HD 393 pada 17 April yang lalu.


SINOPSIS DRAMA KOREA CHEONGDAM-DONG ALICE

Drama ceria seolah-olah kisah dongeng ini, Cheongdam-dong Alice adalah cerita seorang pereka yang bersemangat tinggi bernama Han Se Kyung (Moon Guen Young), yang mencemburui kejayaan musuhnya. Han sangat teruja dan bersemangat bila dia ditawarkan kerjaya impiannya di sebuah butik berprestij bernama GN Fashion, dan hidupnya berubah bila dia bertemu dengan seorang CEO muda yang hebat.

Apakah yang terjadi seterusnya kepada Han? Apakah dia terpaksa menyamar atau berlakon untuk memenangi hati jejaka CEO tersebut? Sama-sama kita ikuti jalan ceritanya.

Dibintangi oleh Moon Geun Young, Park Si Hoo, So Yi Hyun & Kim Ji Suk.

Mula ditayangkan pada 17 Apr 2013, Setiap Isnin - Khamis pada 7.40pm! Drama ini bersiran sebanyak 16 episod.

TRIVIA:

- Cheongdam-dong adalah satu daerah di Gangnam, Seoul dan terkenal sebagai pusat membeli belah ternama dan mewah.

- Moon membuat penampilan pertamanya dalam sebuah filem seram bertajuk A Tale of Two Sisters pada tahun 2003, merupakan filem seram korea pertama yang di buat di AS.

- Di dalam salah satu episod ‘Strong Heart’, Kim Ji Suk mengakui bahawa dia kelihatan seperti Running Man’s HaHa, terutamanya setelah menunjukkan dia membuat rap dalam salah satu show.
Jadual Tayangan Cheongdam-dong Minggu Ini:

Ahad, April 21, 2013
10:15am Cheongdam-dong Alice EPISODE 1
11:30am Cheongdam-dong Alice EPISODE 2

Isnin, April 22, 2013
19:40pm Cheongdam-dong Alice EPISODE 3
02:45am Cheongdam-dong Alice EPISODE 3

Selasa, April 23, 2013
07:15am Cheongdam-dong Alice EPISODE 3
14:20pm Cheongdam-dong Alice EPISODE 3
19:40pm Cheongdam-dong Alice EPISODE 4
02:45am Cheongdam-dong Alice EPISODE 4 

Selamat menonton dan happy reading! - Strive For Your Dream To Succeed!!

Korean Drama That Winter, The Wind Blows

As-salam,

Bagi peminat drama korea, jangan lepaskan peluang menonton drama korea terbaru berjudul 'That Winter, The Wind Blows' yang akan disiarkan di ONE TV Saluran 393. Drama ini bakal ditayangkan mulai 13 Mac 2013 pada setiap hari Rabu & Khamis pukul 8:55 malam.

Sinopsis Drama Korea That Winter, The Wind Blows



Drama ini mengisahkan seorang anak yatim, bernama Oh Soo (dibawakan oleh Jo In-Sung), yang hidup dalam dunia perjudian selepas kehilangan cinta pertamanya, yang seterusnya membawa karekternya menjadi seorang yang jahat. Kerana takdir, dia terjebak dengan seorang pewaris perniagaan bernama Oh Young (lakonan Song Hye-kyo) yang kehilangan keluarga dan penglihatannya akibat kemalangan ngeri. Apakah Oh Soo yang prejudis akan berubah setelah bertemu dengan Oh Young? Mungkinkah kemalangan keluarganya ada perancangan dari musuh perniagaan keluarganya? Apakah akhirnya Oh Young terpaksa mengahwini Pengarah Lee demi menyelamatkan abang palsunya, Oh Soo? Semuanya penuh persoalan...

Tema Drama Korea That Winter The Wind Blows

1) Watak lelaki utama dan watak wanita dalam drama ini tidak boleh menjalani kehidupan yang indah kerana masing-masing ada sejarah silam cinta yang kecundang, mengalami perceraian ibu bapanya dan perpisahan dengan abangnya.

2) Kehidupan adalah hanya satu tempat untuk Oh Soo melepaskan rasa sepi dan letih mengharungi kekecewaan selama ini.

3) Walau bagaimanapun, pertemuan Oh Soo dan Oh Young membuatkan kehidupan mereka berubah dengan penuh harapan.

4) Dalam dunia mereka di mana cinta hanya gurauan, mereka cuba mencari erti sebenar cinta yang tidak pudar meskipun masa berlalu dan penuh inspirasi serta kegembiraan.

Antara pelakon yang membintangi Drama Korea That Winter The Wind Blows adalah Jo In Sung sebagai Oh Soo, Lee Tae Woo sebagai Oh Soo kecil, Song Hye Kyo sebagai Oh Young, Kim Bum sebagai Park Jin Sung, Jung Eun Ji sebagai Moon Hee Sun.

Ulasan Episod 1 - 9:

Drama Korea That Winter The Wind Blows adalah salah sebuah melodrama korea yang amat saya kagumi. Mengapa saya katakan begitu? Kerana...jalan ceritanya yang sungguh suspen, sedih menyayat hati, kasih sayang seorang abang yang menyamar kepada adik palsunya, latarbelakang lokasi yang meruntun perasaan.

That winter...suasana musim sejuk dengan salji dan pokok bergoyang di tiup angin begitu menyedihkan. Iringan muzik latar yang syahdu juga membuatkan kita ikut merasai penderitaan Oh Young yang buta matanya.

Ulasan Episod 10 - 11

Oh Soo sedang disiasat oleh Lawyer Jang & Setiausaha Wang kerana meragui latarbelakang abang 'palsu' Oh Young.

Oh Young mula menyukai Oh Soo sebagai seorang lelaki dan bukan sebagai abangnya. Kedua beradik palsu itu saling cemburu antara satu sama lain.


Sama-sama kita tunggukan update terbaru, ok.

Berikan Cinta Pada Anakmu!

Berikan Cinta Pada Anakmu! | Walau setinggi mana kita mengangkat anak kita, esok lusa belum tentu mereka hargai penghargaan itu. Kerana banyak pendapat bijak pandai menganggap bahawa memberi material kepada anak-anak, mereka belajar mencintai dunia!

Ajari anak-anak kita mencintai dan menghargai perasaan, kelak mereka membesar sebagai insan!


Berikan Cinta Pada Anakmu!


Berikut rangkuman kata-kata cendikiawan tentang anak-anak kita...

1. Ajar anakmu menjaga lidah, kelak mereka akan cepat belajar bagaimana hendak bercakap. - Benjamin Franklin

2. Anak-anak perlukan model, bukannya kritikan. - Joseph Joubert
3. Apa itu pejalan kaki? Ia adalah seorang lelaki yang mempunyai dua buah kereta- sebuah dipandu oleh isteri, sebuah lagi oleh anaknya. - Robert Bradbury
4. Kita fikir ibu bapa kita bodoh, lalu kita membesar dengan menganggap kita bijak. Tetapi anak kita lebih bijak, jadi jangan hairanlah kalau mereka juga berfikiran seperti kita dulu. - Alexander Pope
5. Akan sampai masanya nanti ibu bapa tidak bermakna sama sekali kecuali menjadi manusia yang digigit jarinya selepas memberi makan kepada anak-anak. - Peter de Vries
6. Barangkali engkau telah memberikan cinta kepada anak-anakmu tapi bukan pemikiranmu, kerana mereka mempunyai pemikiran mereka sendiri. Barangkali engkau telah menempatkan tubuh anak-anakmu di dalam rumah, tetapi bukan jiwa mereka, kerana jiwa mereka tinggal di dalam rumah yang dibina pada hari esok, yang engkau tidak akan dapat menziarahinya, sekalipun di alam mimpi. Barangkali engkau mahu menjadi seperti mereka, tapi engkau melakukan sesuatu yang menyebabkan mereka tidak menyukaimu, kerana hidup bukan berundur dan bukan juga menanti hari semalam. Engkau adalah busur manakala anakmu adalah anak panah yang engkau luncurkan. - Khalil Gibran
Sambil membaca, simpul ia di hati kerana terlalu banyak pengajaran daripada kata-kata di atas.

Selamat membaca, happy reading!

2013/04/18

Apakah Punca Keguguran?

As-salam,

Apakah Punca Keguguran |  Tentu ramai antara kita mendengar kisah rakan-rakan atau ahli keluarga yang keguguran. Bukan rambut yang keguguran tetapi keguguran kandungan. Keguguran adalah proses keluarnya janin dari rahim yang terjadi akibat persalinan pramatang sebelum bayi mampu untuk hidup dan biasanya terjadi pada usia kehamilan sekitar 20 minggu. 

Bagaimana terjadinya keguguran? Dari data yang tersedia menyimpulkan bahawa antara 50 hingga 70 peratus keguguran yang terjadi pada trimester pertama disebabkan oleh kelainan kromosom yang terjadi semasa proses pembenihan. Hal ini biasanya sering terjadi disebabkan telur atau sperma yang masuk memiliki jumlah kromosom yang salah, akibatnya telur atau embrio yang dihasilkan tidak dapat berkembang dengan normal.

Makanan untuk wanita hamil


Walaupun setiap wanita hamil memiliki risiko keguguran, tetapi risiko tersebut akan lebih besar peratusnya kepada seseorang yang memiliki kencenderungan seperti berikut:

1. Masalah rahim atau serviks - memiliki kelainan tertentu pada rahim, keadaan rahim yang parah atau rahim yang lemah atau tidak normal (dikenal sebagai insufisiensi serviks) adalah berpeluang untuk keguguran. Hubungan antara fibroid rahim dan keguguran masih di anggap kontroversial, namun kebanyakan fibroid tidak menimbulkan masalah.

2. Penyakit kronik seperti diabetes tidak terkawal dan kelainan darah tertentu yang diwarisi

3. Usia seorang wanita yang lebih tua berisiko mengandung bayi dengan kelainan kromosom dan besar kemungkinannya untuk keguguran. Wanita yang hamil ketika usia 40 tahun ke atas berisiko keguguran dua kali ganda berbanding dengan wanita berusia 20-an.

4. Sejarah keguguran yang lampau - wanita yang memiliki dua atau lebih sejarah keguguran secara berturut-turut berkemungkinan mengalaminya sekali lagi.

5. Sejarah cacat lahir atau masalah genetik - jika anda, pasangan atau anggota keluarga memiliki kelainan genetik, pernah diidentifikasikan mempunyai masalah genetik pada kehamilan sebelumnya, atau pernah melahirkan anak dengan cacat lahir, anda akan berisiko lebih tinggi untuk keguguran pada kehamilan seterusnya.

6. Radiasi atau situasi persekitaran yang beracun - Faktor lain yang dapat menyebabkan seseorang berisiko keguguran adalah racun yang berada di persekitarannya. Beberapa bahan kimia seperti formaldehid, benzena, dan etilen oksida, atau bahan radiasi dianggap berbahaya untuk orang yang mengandung.

7. Merokok, minum alkohol, dan menggunakan dadah sepanjang kehamilan boleh meningkatkan risiko keguguran.

Wanita hamil jangan merokok


8. Ubat-ubatan - terdapat beberapa ubat yang jika digunakan dapat meningkatkan risiko keguguran. Penting bagi kita untuk meminta penjelasan kepada doktor jika diberikan beberapa ubat untuk diminum ketika hamil. Contohnya aspirin.

9. Risiko keguguran juga akan tinggi jika kita hamil kembali dalam waktu tiga bulan setelah melahirkan.

12. Obesiti - beberapa kajian menunjukkan adanya hubungan antara obesiti dan keguguran.

Sebagaimana disenaraikan di atas, perkara-perkara yang menyebabkan keguguran kehamilan adalah disebabkan faktor pemakanan, kesihatan dan juga persekitaran. Namun, kita hanya mampu merancang. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Doa adalah ubat duka yang paling berkesan. 

Sekadar perkongsian umum untuk semua, jaga diri dan kesihatan masing-masing. Happy reading!


Panduan Asas SEO Yang Paling Berkesan

As-salam,

Panduan Asas SEO Yang Paling Berkesan! | Saya tahu memang ada banyak ebook, laman keahlian dan juga kursus yang menjanjikan anda tempat #1 di Google dalam masa 24 jam. Secara peribadi, memang saya nak percaya yang kenyataan ini benar tetapi saya rasa ianya tidak akan berlaku.

Oh, mungkin ianya boleh berlaku – untuk katakunci (keyword) yang tiada orang cari di internet – hasilnya, tiada orang akan lawati laman web anda juga.

Akhirnya, usaha dan masa anda juga sia-sia.

Kebanyakan produk SEO sebegini sebenarnya banyak menerangkan bagaimana enjin carian berfungsi dan perkara karut lain yang tak berkaitan dengan penyenaraian tempat tertinggi untuk katakunci yang banyak dicari oleh orang ramai.

Mereka cipta produk sebegini dengan sebab tersendiri. Jadi, jangan buang masa untuk benda yang terbukti kewujudannya dan yang pasti ia amat mudah!


Sekiranya anda masih ingin cuba untuk belajar cara mudah untuk berjaya di dalam penyenaraian laman web anda di enjin carian dan miliki trafik PERCUMA ini, berikut ialah beberapa tip penting untuk anda pertimbangkan bila anda beli produk panduan SEO anda seterusnya…

1) CUMA beli daripada Pakar SEO yang sebenar! Dapatkan maklumat dari orang yang benar-benar tahu apa yang mereka katakan! Maklumat yang saya berikan di dalam Panduan Asas SEO adalah kukuh. BUKAN hanya teori semata-mata!

2) CUMA beli maklumat yang telah terbukti berkesan kepada orang lain! Algorithma enjian carian sentiasa bertukar. Sekiranya anda lihat sesuatu cara terkini mendapat hasil yang bagus, ikuti cara tersebut!

3) PASTIKAN anda praktikkan strategi yang tidak akan dibantah (ban) oleh enjin carian. Sesetengah kursus mengajar anda menggunakan taktik yang akan merugikan anda dalam jangka masa panjang. Sesetengah taktik boleh menyebabkan anda disenarai hitamkan dan anda berpotensi untuk tidak mendapat sebarang trafik ke laman web anda langsung. ITU sudah tidak bagus!

4) KADANG-KADANG bagus untuk cuba sesuatu yang baru! Jangan ambil pusing sebarang cakap orang lain pada sesetengah teknik yang anda praktikkan. Anda sendiri mesti mencubanya sendiri!

Inilah faktor-faktor penting jika anda ingin beli produk berkenaan optimasi enjin carian.

Mulakan sekarang seperti saya, happy blogging! 

2013/04/17

Helikopter AS Terhempas Di Korea Selatan

Daripada Kosmo online! saya kongsikan berita terkini perkembangan terbaru keadaan di Korea Selatan.

SEOUL - Sebuah helikopter milik tentera Amerika Syarikat (AS), Sikorsky CH-53 terhempas semasa mendarat di sebuah pangkalan tentera Korea Selatan semalam, kata polis dan beberapa pegawai tentera.

Helikopter pengangkut itu mendarat di padang sasar di pangkalan tentera tersebut yang terletak di Cheorwon, 88 kilometer ke utara Seoul.

Menurut agensi berita Yonhap News Agency, helikopter tersebut mendarat selepas ia menyertai satu latihan ketenteraan selama tiga jam. Lima buah lagi helikopter turut terlibat dalam latihan itu.

Helikopter tersebut kemudian terbakar selepas ia terhempas. Semua 21 askar AS yang menaiki helikopter itu terselamat. Seramai 15 daripada 21 askar itu telah dibenarkan keluar dari hospital selepas mereka menerima rawatan. Enam lagi askar tersebut yang masih dirawat dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi

Dalam perkembangan lain, Korea Utara sekali lagi mengancam mahu menyerang Korea Selatan. Kita berharap janganlah krisis di dua negara bersekutu ini berterusan. Yang menjadi mangsa adalah rakyat yang tidak berdosa!

Selamat membaca info di atas, happy reading! 

2013/04/16

Bayaran Balik Pinjaman MARA Secara Online

As-salam,

Bayaran Balik Pinjaman MARA Secara Online! |  Pada masakini bayaran balik pinjaman pelajaran amat mudah untuk dilaksanakan. Tak perlu bersusah payah beratur panjang atau habiskan minyak kereta untuk pergi ke sesebuah institusi pemberi pinjaman. Begitu juga dengan MARA. Perkhidmatan bayar balik hutang pendidikan dengan MARA boleh dilakukan secara online.

Bayaran balik pinjaman dan sewaan MARA boleh dibuat secara elektronik seperti perbankan internet, mesin ATM, SMS dan Mobile 3G serta melalui kaunter bank. Kemudahan ini disediakan melalui pakatan bestari bersama beberapa bank. Bank yang terlibat adalah seperti berikut:-
  1. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  2. Malayan Banking Berhad (MBB)
  3. CIMB Bank Berhad (CIMB)
  4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM)
  5. AmBank (M) Berhad (Ambank)
  6. Public Bank Berhad (PBB)
  7. RHB Bank Berhad (RHB)
  8. Affin Bank Berhad (Affin Bank)
  9. Bank Simpanan Nasional (BSN) 
Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan/Sewaan MARA boleh dibuat melalui kemudahan bank-bank berikut :-

BILBANK/POSINSTRUMEN PEMBAYARAN
PANDUAN BAYARAN INTERNETKAUNTERATMSMSMOBILE 3GCAJ BANK
1
 www.bankislam.biz RM1.00
2
www.maybank2u.com.my RM1.00
3
www.cimbclick.com.myRM0.50
4
Bank Rakyat
 www.irakyat.com.my RM0.50
5ambank.amonline.com.my/RM1.00
6
Public Bank
www.pbebank.com.myRM1.00
7
www.rhbbank.com.myRM1.00
8
Affin Bank
www.affinbank.com.my PERCUMA
9
Affin Bank
- TIADA -RM1.00
10
Affin Bank
- TIADA -PERCUMA
Semoga dengan sedikit penerangan di atas, kita mendapat gambaran cara dan tempat bayaran secara online boleh dibuat. Bukan sahaja mudah, tetapi dengan usaha kita membayar balik pinjaman yang telah digunakan itu, ia berterusan dapat memberi kemudahan pinjaman kepada orang lain yang amat memerlukan. 

Selamat menyelesaikan hutang kita dan happy reading!