Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2013/05/30

Jawatan Kosong Di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Bagi pencari kerja ataupun para lepasan universiti yang sedang mencari-cari pekerjaan yang sesuai, ini ada jawatan kosong di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), di Negeri Johor.



Untuk keterangan lanjut anda semua boleh terus ke official portal jawatan kosong UTHM dan membuat permohonan secara online di website tersebut. 

Untuk kekosongan bahagian AKADEMIK, tiada tarikh tutup permohonan. Ia terbuka sampai bila-bila sehinggalah diberitahu kelak.



p/s: Bagi anda yng minat dengan dunia pendidikan, inilah masanya untuk mencabar keupayaan diri sendiri dan bersaing dengan warga ilmuwan di salah sebuah universiti yang terbaik de negara kita.

2013/05/29

UPU - Permohonan Kemasukan Ke IPTA, POLITEKNIK & ILKA

UPU telahpun membuka pautan kepada pemohon di luar sana untuk menyemak keputusan permohonan masing-masing mulai sekarang. 




SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN 
KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL/METrO & ILKA 
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF DAN SKM
AMBILAN 2013/2014 [KLIK DI SINI] 


Semakan boleh dibuat mengikut saluran-saluran berikut:

Tarikh-tarikh Penting Kemasukan Pelajar Baharu Ke IPTA/Politeknik

Permohonan e-RAYUAN Kemasukan Ke IPTA/ Politeknik Premier DIBUKA [KLIK DI SINI] mulai dari 24 Mei hingga 2 Jun 2013. 

Pendaftaran Pelajar Baharu Program Pengajian Asasi di IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014 telahpun dilaksanakan pada 26 Mei 2013 yang lepas.

Pendaftaran Pelajar Baharu Program Pengajian Diploma di IPTA/Politeknik bagi Sesi Akademik 2013/2014 bermula pada 1/6/2013 hingga 2/6/2013.

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA (FASA 2) bagi Lepasan Matrikulasi/Asasi DIBUKA untuk capaian mulai jam 12.00 tengahhari pada 3/6/2013 hingga 9/6/2013. 

Kisah Yusuf Islam Memeluk Islam

Kisah Yusuf Islam Memeluk Islam | Kisah ini menjadi sumber inspirasi bagi saudara baru yang berminat terhadap agama Islam. Semoga perkongsian perjalanan awal seorang Cats Steven (Yusuf Islam) merentasi cabaran untuk menganut Islam menjadi pedoman kita bersama.


Kisah Yusuf Islam Mengenali Islam  

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Cahaya Hidayah


Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Hendak tahu kisah selanjutnya? Sila klik pautan berikut:

Jambatan Millau Jambatan Kabel Tertinggi Di Dunia


Jambatan Millau Jambatan Kabel Tertinggi Di Dunia | MENYUSURI jambatan Millau ibarat terbang di angkasa! Itulah perumpamaan ramai pengguna jambatan kabel tertinggi di dunia itu. Jambatan yang lebih tinggi berbanding Menara Eiffel dan hanya kira-kira 40 meter lebih rendah berbanding Bangunan Empire State di New York, Amerika Syarikat. Ia dirasmikan pada 14 Disember 2004 dan dibuka untuk lalu lintas dua hari selepas itu.

Jambatan yang dibina dengan kos AS$524 juta (RM1.68 bilion) itu adalah sebuah jambatan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn, Millau yang terletak di selatan Perancis. Projek pembinaan jambatan ini direka oleh seorang juruteknik jambatan Perancis, Michel Virlogeux dengan kerjasama arkitek Britain, Lord Foster.

Ia memakan masa tiga tahun untuk disiapkan. Keistimewaannya bukanlah semata-mata ketinggiannya, tetapi pemandangan indah yang ditawarkan di lembah di bawahnya. Malah, ketika awan terbentuk, jambatan itu ibarat 'membelah' hamparan dan kepulan-kepulan putih.

Jambatan yang menghubungkan Paris dan Barcelona itu mempunyai tujuh puncak menara dengan masing-masing setinggi 89 meter. Keseluruhan berat binaan tersebut adalah 36,000 tan dan merupakan lebuh raya bertol sepanjang 2.6 kilometer.

Projek Jambatan Millau dibuat untuk menyambut 100 tahun kejuruteraan dan seni bina Perancis selepas kejayaan Menara Eiffel oleh Gustav Eiffel.

Lebih penting, ia dibina untuk memendekkan perjalanan melintasi Sepanyol, Perancis dan Jerman tanpa melalui ibu kota Paris.

Masalah trafik telah lama membelenggu laluan dari Paris ke Sepanyol melalui lembah berdekatan Millau, terutamanya pada musim panas apabila jalan raya sesak dengan orang ramai yang sedang bercuti.
Menurut jurutera projek, jambatan tersebut turut mempunyai jangka hayatnya. Dia menyatakan jambatan itu boleh bertahan selama 120 tahun. Jambatan Millau juga dilengkapi dengan kaca telus yang aerodinamik di mana ia berfungsi melindungi kereta-kereta daripada tiupan angin.

Dalam pada itu, seni bina itu telah memecahkan beberapa rekod pembinaan. Antaranya, adalah rekod menara tertinggi di dunia iaitu setinggi 343 meter dan dek jambatan tertinggi di Eropah setinggi 270 meter di atas Sungai Tarn.

Ia hampir dua kali ganda ketinggi Jambatan Europabrucke di Austria iaitu 267 meter di atas New River.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_03.htm#ixzz2UX1qfE8D 

2013/05/28

Menara Eiffel Lambang Kejayaan Gustave Eiffel

Menara Eiffel Lambang Kejayaan Gustave Eiffel  | Dinamakan sempena nama perancangnya Gustave Eiffel , menara Eiffel dalam sebutan Perancisnya "La Tour Eiffel" dan mempuyai gelaranya La dame de fer yang terletak di Champ de Mars , Paris ialah sebuah menara yang diperbuat daripada daripada komposit besi. Menara ini direka bentuk dengan kekisi bersilang untuk meminimumkan rintangan terhadap angin. Menara ini masih berdiri teguh sehingga sekarang walaupun kerja-kerja pembinaanya bermula pada tahun 1887 dan siap sepenuhnya pada tahun 1889 .

Dibina pada ketiggian 324 meter (1,063 kaki) bersamaan 81 bangunan berkembar yang dijadikan sebagai menara pemerhati dan penyiaran radio ini terkenal sebagai salah sebuah destinasi tempat pelancongan yang menjana ekonomi negara Perancis.



Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis.

Fakta Menarik tentang Menara Eiffel;

  1. Kejayaan Eiffel mereka dan mendirikan Menara Eiffel manyebabkan beliau dikenali sebagai "ahli silap mata besi".
  2. Proses pembinaan menara ini dilakukan secara berperingkat-peringkat.
  3. Pembinaanya dibuat secara pasang siap, dianggarkan tujuh lubang ditebuk pada galang untuk menempatkan rivet bagi menyambungkan antara galang.
  4. Lif memang diperlukan untuk bangunan setinggi ini untuk mengangkut pelawat ke atas dan ke bawah. Tahukah anda semua lif Menara Eiffel ini jika dihitung jumlah kegunaan tahunannya adalah bersamaan dengan 2 setengah kali mengelilingi dunia atau lebih daripada 103,000 km.
  5. Menara ini bergoyang sedikit apabila hari berangin.Tetapi pada tahun 1999, kejadian ribut telah menyebabkan ia bergerak 13 sm dari kedudukan asalnya. Malah matahari juga boleh menyebabkan menara ini condong sehingga 18 sm.
  6. Menara besi ini juga diperlukan belaian. Ia dicat semula setiap 7 tahun, tetapi bukanlah sebarang cat yang digunakan. Selepas menjalani sesi perbincangan yang serius, warna tembaga dengan variasi 3 tona telah dipilih kerana kombinasi 3 warna yang berbeza ini dianggap berpadanan dengan warna lagit Paris.
  7. Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, juruteranya "Gustave Eiffel" mendaki semua 1,710 anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis.

Drama Kisah Cinta Di Slot Lestary TV3

Drama Kisah Cinta Di Slot Lestary TV3 | Bagi peminat Shahiezy Sam dan Fazura, jangan lupa saksikan drama hebat gandingan pelakon ini di Slot Lestary TV3 yang sudahpun ditayangkan sebanyak 4 episod setakat ini. Kisah Cinta bukan cerita sembarangan sebaliknya saya berpendapat penulis dan pengarahnya berjaya menghasilkan jalan cerita sebuah drama yang lain daripada kebiasaan. Apabila menonton episod 1 beberapa minggu lepas, saya dapat lihat lakonan pelakonnya yang bersahaja dan tulen. Memang Shahiezy sam dan Fazura adalah gandingan hebat dan serasi di drama Kisah Cinta ini.

Sinopsis Drama Kisah Cinta Slot Lestary Di TV3

Kisah Cinta bermula apabila Azalea (Fazura) anak pemilik hotel terkenal, secara tak sengaja bertemu dengan Shah( Sam) dalam satu kemalangan yang membabitkan kereta antara ibu Shah dan bapa Azalea.Bermula dari detik itu, perhubungan mereka manjadi rapat dan timbul rasa cinta, tetapi persoalan yang timbul ialah mengenai hubungan ibu Shah dan juga bapa Azalea yang cuba menyembunyikan sesuatu. Sehingga konflik dan pertelingkahan antara kedua orang tua mereka telah menyebabkan hubungan mereka dilanda masalah.





Sinopsis Episod 1

31st Dec 2012, ketika ramai orang lain sedang bersuka ria menyambut tahun baru, Shah dan Azalea mendapat panggilan dan kejutan tan tidak disangka-sangka. Kedua-dua mereka pergi ke balai polis dan mendapat tahu yang ibu dan ayah mereka terbunuh dalam satu kemalangan. Tetapi apa yang mereka tidak faham adalah, bagaimana ibu Shah (Zaharah) dan ayah Azalea (Zainal) boleh berada dalam kereta yang sama. Tragedi malam itu menimbulkan satu rasa kesal yang amat besar. Konflik mula timbul antara mereka berdua. Shah dan Azalea mula menyalahkan satu sama lain di atas apa yang terjadi. Shah yang mengamuk di rumah kerana kesal dengan apa yang berlaku, terbaling sesuatu di almari sehingga terjatuh satu kotak lama. Shah tak perasan kan kotak itu. 

Info Drama Kisah Cinta TV3:

Waktu siaran: 9:00 malam setiap Selasa
Genre: Komedi romantik
Jumlah Episod: ?
Pelakon: Shaheizy Sam (Shah), Nur Fazura (Azalea),Nadia Aqilah (Julie),Ungku Ismail (Huzir),Nazim Othman (Azhari),Fazlina Ahmad Daud (Marina), Arash Mohd (Zainal), Kuza (Zaharah) 

Selamat menonton bersama keluarga!
 

Kelantan Layak Ke Akhir Piala FA 2013



Kelantan Layak Ke Akhir FA 2013 | Kelantan layak ke final Piala FA 2013 walaupun kalah 4-2 kepada Terengganu pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, hari ini. Kelantan layak dengan agregat 6-5 selepas mereka mencatatkan kemenangan 4-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Sabtu lepas.

Satu lagi perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) akan berlangsung di Stadium Darulmakmur, Kuantan, pada pukul 8.45 malam ini.

Johor DT menang 1-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lepas.

- BERNAMA

Kerajaan Janji Harga Kereta Turun Secara Berperingkat

Kerajaan Janji Harga Kereta Turun Secara Berperingkat | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat. Apakah pendapat anda? Adakah anda bersetuju jika harga kereta diturunkan? Berapakah harga terendah yang sepatutnya bagi sebuah kereta nasional? 



PM menyatakan demikian melalui akaun twitternya sambil menyatakan bahawa seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-Allah, saya akan pastikan setiap janji ditepati.

Dalam Aku Janji pilihan raya umum ke-13 lepas, Barisan Nasional berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara. - BERNAMA 

Diharap apabila janji yang dibuat ditunaikan, dapat membuka mata rakyat tentang kesungguhan kerajaan menepati akujanji pilihanraya mereka. Dengan cara ini, ia memberi peluang rakyat yang berpendapatan sederhana memiliki kereta untuk kegunaan dan kemudahan masing-masing. ~ aynora.nur

   

2013/05/27

Jawatan Kosong Terkini Di Blog

Senarai Blog Jawatan Kosong Terkini | Jika diluar sana ramai pencari pekerjaan yang sedang mencari website atau blog yang menyiarkan jawatan kosong terkini, di sini saya senaraikan blog-blog ataupun portal yang menyiarkan carian jawatan kosong terkini bagi kemudahan para pencari kerja.


Senarai Blog Yang Memuatkan Jawatan Kosong Terkini


  1. Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2013 - 2014
  2. Jawatan Kini 
  3. Iklan Jawatan Kosong 2013 | Kerja Kosong Kerajaan dan Swasta 
  4. JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2013 
  5. Jobs 1Malaysia: Jawatan Kosong 
  6. Portal Iklan Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia 
  7. Info Kerjaya | Jawatan Kosong 2013 
  8. Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta 
  9. MY ADHA | Sumber Maklumat Kerjaya & Pendidikan 
  10. Jawatan Kosong 2013


Semoga maklumat di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat perubahan ke arah kehidupan lebih bermakna dengan kerjaya pilihan.


Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 | Jadual Pelarasan Dan Gred Gaji Anggota ATM & PDRM Di Setarakan

Berita terkini kenaikan gaji kakitangan awam 2013 begitu dinanti-nantikan oleh semua warga kakitangan awam di Malaysia. Setelah menanti dari penghujung tahun lepas, akhirnya kenaikan gaji kakitangan awam menjadi kenyataan. Tahniah buat semua penjawat awam di negara kita.


Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. PM berkata, ia mencakupi skop tugas, struktur pangkat dan kelayakan ATM dan PDRM.



1) Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

2) Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam: PM

3) Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.

4) Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri.

5) Datuk Seri Najib berkata lagi, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. 

Contoh gaji Gred DG52 Tahun 2012

Untuk bacaan cadangan tangga gaji polis :  http://www.aynoranur.com/2013/03/cadangan-jadual-gaji-baru-pdrm-2013.html

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman percaya bahawa keserataan pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan perkhidmatan awam am akan menarik minat lebih ramai menyertai pasukan keselamatan.

Keserataan gred jawatan dan gaji ini adalah satu lonjakan drastik untuk ATM serta PDRM dan kerajaan amat menghormati peranan mereka. Dengan itu, inisiatif untuk kakitangan awam am lain juga berupaya menggerakkan mereka supaya lebih produktif.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Dipercepatkan Ke 1 Julai 2013

Oleh itu, kenaikan gaji penjawat awam di awalkan pada 1 Julai 2013 dan masing-masing mendapat faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT). Ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320. 

Perbelanjaan kos kenaikan gaji semua kakitangan dan penjawat awam dianggarkan bernilai RM1.5 bilion. Jadi kepada penjawat awam, janganlah asyik mengeluh dengan kos sara yang tinggi tetapi fikirkan juga berapa banyak kerajaan telah berkorban untuk anda. Berilah semula dan balas jasa kepada negara tercinta ini dengan output dan hasil yang membanggakan negara!

Penambahbaikan Elaun Kakitangan Awam 

Nasib kakitangan awam akan lebih terbela berikutan keputusan kerajaan mengkaji semula 87 elaun termasuk elaun bantuan sara hidup (COLA) serentak dengan penambahbaikan 22 skim perkhidmatan awam. Penambahbaikan itu dijangka siap sebelum hujung tahun ini dan diumumkan sama ada pada akhir November atau awal Disember 2013. Wah!! Dapat durian runtuh!!

Syor skim perumahan khas

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat cadangan kepada kerajaan mewujudkan skim perumahan khas kakitangan awam, terutama generasi muda.

Ramai penjawat awam yang mahu memiliki rumah di bandar besar tapi tidak kesampaian kerana kenaikan mendadak harga rumah. JPA akan melihat sama ada skim yang disyorkan ini boleh digabungkan dengan skim perumahan PR1MA.

Terima kasih PM!

2013/05/26

Permohonan Ke Program Diploma Vokasional Malaysia Di Institut Latihan Perindustrian

Permohonan Ke Program Diploma Vokasioinal Malaysia di ILP terpilih di seluruh Malaysia telahpun dibuka mulai sekarang. Tarikh permohonan tamat adalah pada 29 Mei 2013.

Syarat Permohonan Ke Institut Latihan Perindustrian 2013


1. Terbuka kepada murid tingkatan 4 sekolah menengah harian.
2. Telah menduduki PMR tahun 2012.
3. Pencapaian minimum C dalam mata pelajaran:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik 
  • Kemahiran Hidup
4. Sihat tubuh badan.

Kursus dan senarai ILP yang ditawarkan:

Sila klik gambar untuk imej lebih jelas
Sila layari pautan berikut untuk urusan mendaftar:


Alamat surat menyurat:
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
03-88845154

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 MEI 2013

2013/05/25

Sinopsis Drama Korea You Are The Best!

Bagi peminat drama kekeluargaan, jangan ketinggalan menyaksikan Drama Korea You Are The Best! di saluran KBS 391. Setakat entri ini ditulis, drama tersebut telah bersiaran sehingga episode ke 17. Untuk info, drama korea ini mengandungi sebanyak 50 episode.

Sinopsis Drama Korea You Are The Best!

Kim Jung-ae (Go Doo-shim) membesarkan Lee Soon-shin (IU) dengan kasih sayang seperti anak sendiri sejak dari dia menemui Soon-Shin di depan pintu rumahnya bertahun dahulu. Tetapi setelah kematian suaminya, dia mendapati bahawa ibu kandung Soon-shin adalah seorang artis terkenal bernama Song Mi-ryung (Lee Mi-sook). Oleh kerana Mi-ryung memperhatikan Soon-shin daripada jauh ketika gadis itu membesar, Soon-shin menjadi keliru dan mengalami konflik dalaman antara ibu kandung dan ibu tirinya. Akhirnya, ketiga-tiga wanita tersebut bergabung dan menjadi keluarga sebenar dalam proses melalui kesukaran dan kejayaan.



Di permulaan cerita ditunjukkan bagaimana Lee Soon Shin melalui kesukaran hidup selepas kematian ayahnya. Soon Shin dan ibunya berjuang mencari kebahagiaan masing-masing. Sementara itu, kisah cintanya berkembang bersama-sama jatuh bangunnya Soon-Shin dalam melalui kehidupan yang mencabar.

Sementara itu, Shin Joon-Ho (Jo Jung-Suk) adalah CEO syarikat pengurusan artis. Beliau seorang yang 'over confident', berlagak dan agak dingin.. Apabila bertemu dengan Lee Soon-Shin, dia baru mengenali maksud kejayaan sebenar dan lama-kelamaan turut berubah.

Sumber **KBS World

Maklumat You Are The Best!

Tajuk: Choigoda Leesoonshin
Tajuk Lain: You're the Best Lee Soon Shin / You Are The Best!
Genre: Family, komedi romantik
Episodes: 50
Saluran penyiaran: KBS2
Waktu Siaran: Sabtu & Ahad, 06:55 petang (Waktu Malaysia)


Dibintangi oleh:
IU , Jo Jung-suk, Yoo In-na , Son Tae-young, Go Joo-won, Go Doo-shim, Lee Mi-sook

Disebalik PRU 13 | Ada Perjanjian Rahsia Yang Gagal?

Disebalik PRU 13 | Ada Perjanjian Rahsia Yang Gagal? | JAKARTA, Indonesia - Seorang bekas Naib Presiden Indonesia yang mempunyai pengalaman menjadi orang tengah menangani perjanjian damai telah menuduh pemimpin pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) gagal mematuhi perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum Malaysia pada 5 Mei lalu.



Jusuf Kalla mendedahkan perjanjian pra-pilihan raya tersebut dalam satu temu bual dengan The Wall Street Journal, ketika kempen bantahan awam sedang dilakukan oleh DSAI yang mendakwa Barisan Nasional melakukan penipuan undi secara meluas. Pada Pilihan raya umum 5 Mei yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional kembali meneruskan pemerintahan setelah berjaya dalam PRU ke 13 iaitu yang paling sengit dalam sejarah.

Jusuf Kalla berkata lagi bahawa kedua-dua calon tersebut yang dikira sebagai kawan lama beliau dalam politik, telah membuat perjanjian bertulis pada bulan April 2013 bagi mengelakkan serangan peribadi antra satu sama lain semasa berkempen dan seterusnya menerima apa sahaja keputusan yang bakal diumumkan. Menurut Jusuf Kalla, perjanjian itu dicadangkan oleh Anwar sendiri.

Seterusnya, Anwar Ibrahim mengakui beliau telah membuat perjanjian dengan Najib Razak, dengan Jusuf Kalla sebagai pengantara, tetapi berkata perjanjian itu terbatal kerana Barisan Nasional sendiri tidak menjalankan kempen tersebut dengan telus.

Bacaan selanjutnya sila klik pautan berikut:

http://online.wsj.com/article/SB10001424127887323336104578503170302457636.html

Sekadar mengikuti dan membaca perkembangan berita di atas. Benarkah wujud perjanjian rahsia tersebut? Atau ia sekadar satu propaganda daripada akhbar asing bagi mengeruhkan lagi keadaan? Masa bakal menentukan...aynora.nur

Semakan Kelayakan Pembiayaan Kenderaan Kakitangan Awam

Semakan Kelayakan Pembiayaan Kenderaan Kakitangan Awam | Kakitangan kerajaan yang memenuhi syarat dan kelayakan boleh memohon pembiayaan kenderaan dengan majikan masing-masing untuk kegunaan yang dibolehkan. Sebelum itu, mari kita lihat syarat-syarat khas memohon pinjaman kenderaan kerajaan:

Siapakah yang boleh memohon pinjaman kenderaan kerajaan persekutuan?

  • Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap
  • Pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak

Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.


Syarat-syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan kerajaan


  1. Membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai.
  2. Memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna.
  3. Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok.
  4. Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan.
  5. Pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta.
  6. Mempunyai lesen memandu yang sah. 


Untuk membuat semakan, kakitangan terlibat boleh mengisi maklumat pada borang berikut untuk mendapatkan kelayakan yang sepatutnya.

Suspek Hina Sultan Terengganu di FB Di Tahan

Suspek Hina Sultan Terengganu di FB Di Tahan | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya mengesan suspek yang menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di laman Facebooknya.



Dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan telah ditahan untuk disoalsiasat.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.

“Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial,” kata Pengerusi SKMM, Dato” Mohamed Sharil Tarmizi. - Bernama
Selalu beringat-ingat sebelum kena. Berhati-hati apabila menggunakan laman sosial tanpa batasan! Jika sudah tertangkap, segala gerak geri sudah terbatas! ~ aynora.nur

Sinopsis Drama Korea The Queen Of Office

Sinopsis Drama Korea The Queen Of Office | Seorang pekerja kontrak yang luar biasa bernama Miss Kim (Kim Hye Soo) merasakan tempat kerjanya banyak kekurangan dan mempunyai seorang bos yang sedikit pengecut. Beliau juga seorang yang penuh misteri kerana rakan-rakannya tidak tahu latar belakang beliau. Namun begitu Miss Kim menjadi tumpuan kerana beliau seorang yang berkarisma dan lucu. Sementara itu, Jang Kyu JIK (Oh Ji Ho) seorang pekerja tetap dalam pengurusan atasan. Beliau baru menghabiskan MBAnya di Amerika Syarikat sebelum pulang ke Korea. Mereka berdua sentiasa berbalah tentang segala-galanya.

Dapatkah kedua-duanya berkerjasama demi memajukan syarikat yang mereka naungi sekarang?


Sinopsis Drama Korea The Queen Office Episode 1


Untuk memulihkan syarikat mereka, Y-Jang Coporation mengupah Jang Kyu-JIK, yang baru sahaja selesai kursus MBA beliau di Amerika Syarikat. Kyu-JIK akan bekerja sebagai ketua pasukan daripada bahagian jualan pemasaran. Ketika menaiki kapal terbang ke Korea, Jang Kyu-JIK duduk di kelas perniagaan dan tertanya-tanya tentang persembahan di dalam kelas pertama tersebut. Beliau duduk di tempat duduk kosong di kabin kelas pertama dan mula mengunyah makanan yang terhidang. Pada masa itu, seorang wanita berpakaian hippie berdiri di hadapannya dan memberitahu bahawa Jang sedang duduk di tempat duduknya. Ketika Kyu-JIK bangun dari tempat duduknya, tiba-tiba dia tercekik dengan makanan yang dimakannya. Wanita yang berpakaian pelik itu berjaya menyelamatkan nyawa Kyu-JIK dengan menggunakan kuasa secara tiba-tiba. Bersyukur kerana bantuan wanita tersebut, Kyu-JIK berterimakasih dan sempat mendapat tahu bahawa nama wanita tersebut adalah "Miss Kim".

Dapatkan Jang Kyu-JIK mengenali siapa sebenarnya 'Miss Kim' yang membantunya ketika di dalam kapalterbang tersebut? Untuk kisah selanjutnya, boleh layari website dramacrazy.net.

Maklumat Drama The Queen of Office

Tajuk: The Queen of Office
Tajuk Lain : God of the Workplace / Office God
Genre: Komedi Romantik
Episode: 16
Saluran Siaran : KBS2
Tempoh siaran: 1 April 2013 hingga 21 May 2013
Waktu tayangan: Isnin & Selasa 21:55 (09:55 mlm)

The Queen of Office Dibintangi oleh:
Kim Hye Soo sebagai Miss Kim / Kim Jum Sun
Oh Ji Ho sebagai Jang Kyu Jik
Jung Yoo Mi sebagai Jung Joo Ri
Lee Hee Joon sebagai Moo Jung Han
Jeon Hye Bin sebagai Geum Bit Na

Pembunuh Datuk Sosilawati Di Hukum Gantung Sampai Mati

Pembunuh Datuk Sosilawati Di Hukum Gantung Sampai Mati ! | Setelah hampir tiga tahun menunggu, menanti dan mengikuti berita serta perbicaraan pembunuhan kejam terhadap Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakannya yang lain, akhirnya keputusan perbicaraan kes pembunuhan juta
wan kosmetik tersebut telahpun dijatuhkan.

Keratan akhbar


Tertuduh, peguam, N.Pathmanabhan dan tiga bekas pekerja ladang dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin.

Mereka disabitkan dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan bermula pada 4 Julai 2011.

Pihak pendakwaan katanya, berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui keraguan munasabah.

Gambar Pesalah Yang Ke Tali Gantung
TIGA tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, R Matan (kiri), T Thilaiyalagan (dua kiri) dan bekas peguam N Pathmanabhan (kanan) diiringi anggota polis selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pathmanabhan, T.Thilaiyagan, R. Matan, dan R. Khatavarayan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh Sosilawati, pegawai bank, Noorhisham Mohamad, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin,

Kesalahan dilakukan di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

2013/05/22

Resepi Mi Siput Masak Lemak Telur

Resepi Mi Siput Masak Lemak Telur | Mengimbau memori. Tengahari tadi saya ada membeli sebungkus mi siput dengan harga RM4.80. Di dalamnya ada lebih kurang 20 keping mi siput. Semasa di sekolah rendah dahulu, kami adik beradik rajin membeli mi siput goreng dan disira dengan sambal tumis ataupun sambal kicap.  Bila terpandangkan mi siput tadi, terus beli. Agak2 apa saya nak buat dengan mi siput ini ya?

Saya dah rancang dalam kepala, mahu mencuba menyediakan resepi mi siput masak lemak dengan telur. Nostalgia betul! Masakan ini biasanya disediakan oleh orang Jawa di Johor. Paling best, semasa bersahur ibunda tercinta menyediakan hidangan ini, memang membuka selera.


Resepi Mi Siput Masak Lemak Telur


Bahan-bahannya:
  • 5 keping Mi Siput (di rendam dengan air biar lembut)
  • 10 biji cili api 
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 ulas bawang merah sederhana besar dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 kotak santan
  • 3 biji telur ayam 


Cara membuatnya:

  1. Tumiskan semua bahan yang telah dikisar seperti cili padi, kunyit, bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya.
  2. Masukkan serai dan daun kunyit.
  3. Kemudian, masukkan mi siput yang telah di rendam tadi hingga bercampur dengan bahan-bahan tumisan.
  4. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
  5. Pecahkan telur ayam dan biarkan beberapa ketika hingga telur masak.
  6. Tambahkan garam ikut cita rasa masing-masing 
  7. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba. 

Gambar Sebelum & Selepas Daerah Moore Oklahoma Di Landa Puting Beliung

Gambar Sebelum & Selepas Oklahoma Di Landa Puting Beliung! | Jika kita sempat membaca kisah puting beliung paling dahsyat di Moore, Oklahoma AS semalam, tentu kita berasa syukur duduk di bumi Malaysia. Negara kita aman damai, mudah mencari nafkah, bebas bersuara dan banyak lagi kelebihannya.

Untuk renungan bersama, saya kongsikan gambar-gambar sebelum dan selepas puting beliung yang melanda daerah Moore, Oklahoma Amerika Syarikat.

1) Landskap penempatan penduduk Moore dari udara


2) Sebuah pusat pentadbiran di Moore, Oklahoma


3) Pandangan satelit daerah Moore


4) Salah sebuah shopping complex


5) Salah sebuah rumah penduduk yang musnah


6. Lagi sebuah rumah yang musnah


7. Salah sebuah pusat pentadbiran di Moore yang musnah


**Sumber

[Gambar & Berita] Puting Beliung Paling Dahsyat Dalam Abad Ini

Moore (Amerika Syarikat) - Sekurang-kurangnya 91 terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera selepas puting beliung selebar tiga kilometer, melanda pinggir bandar raya Oklahoma, semalam (21/5/2013).

Pusaran angin kencang itu itu juga memusnahkan kebanyakan rumah, menimbunkan kereta antara satu sama lain dan menyebabkan berpuluh-puluh pelajar terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Anggota pasukan penyelamat terus dihimpit masa untuk mengeluarkan mangsa yang terselamat di celah runtuhan rumah dan bangunan sekolah di kawasan bencana puting beliung di bandar raya berkenaan.

Pihak berkuasa bagaimanapun mula mengurangkan jumlah mangsa korban kepada 24 orang daripada 51 di peringkat awal puting beliung melanda, semalam. Bagaimanapun, angka itu mungkin akan meningkat lagi kerana operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.

Gabenor Oklahoma, Mary Fallin berkata pihak berkuasa setakat ini tidak mengetahui berapa ramai lagi mangsa yang masih hilang. Namun pihak berkuasa akan terus mencari mereka dan menambah kekuatan pasukan.


 

  
 

Puting beliung terkuat itu membawa angin dalam kelajuan sehingga 320 kilometer sejam, yang hampir melenyapkan bandar Moore di bahagian tengah negara itu yang dikenali sebagai Lembah Puting Beliung. - AP

Rahsia Lulus MUET Dengan Cemerlang

Rahsia Lulus MUET Dengan Cemerlang! | Anda menghadapi dilema untuk lulus dalam peperiksaan MUET? Bagaimanakah keputusan MUET anda yang baru keluar? Saya mempunyai anak saudara yang meminati bidang guaman tetapi keputusan MUETnya setakat lulus band 3, tidak melayakkannya menceburi kursus yang diminati. Ketika saya buat program degree dahulu saya lulus dengan band 5. Alhamdulillah...berkat menggunakan bahasa Inggeris ketika dalam bidang pekerjaan.



Tetapi kini anda semua jangan risau. Ada cara dan rahsia yang perlu anda terokai untuk lulus dalam peperiksaan MUET. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan e-book berikut :





Antara Isi Kandungan E-BOOK ini:
  • Gambaran bagaimana peperiksaan Speaking dijalankan
  • Kelemahan calon semasa peperiksaan Speaking
  • Contoh soalan-soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
  • Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
  • Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET
Bab 1 : Pengenalan
Bab 2 : Apa itu MUET?
Bab 3 : Speaking Paper (800/2)

  • Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Speaking Exam
  • Contoh Soalan Peperiksaan Speaking
  • Gambaran Bagaimana Task A Dijalankan
  • Gambaran Bagaimana Task B Dijalankan
  • Kelemahan Calon Semasa Peperiksaan Speaking
Bab 4 : Reading Paper (800/3)
  • Panduan Menjawab Soalan Reading
  • Cara Mencari Makna Perkataan Tanpa Guna Kamus
  • Contoh Soalan Reading
Bab 5 : Writing Paper (800/4)
  • Cara Menjawab Soalan Writing
  • Senarai Perkataan Untuk Membuat Analisa
  • Contoh Soalan & Jawapan Paper Writing
Bab 6 : Listening Paper (800/1)
  • Panduan Menjawab Ujian Listening
  • Tips Memperbaiki Kemahiran Mendengar
  • Tips Menjadi Pendengar Yang Baik
  • Contoh Soalan Listening
Bab 7 : Panduan Menghadapi Peperiksaan
  • Sebelum Peperiksaan
  • Semasa Peperiksaan
  • Selepas Peperiksaan
Bab 8 : Penutup

Bertindaklah sekarang! Jangan menyesal di kemudian. E book Panduan Muet yang saya kongsikan di atas amat berbaloi untuk dimiliki. Penyampaian yang mudah dan teratur. Insyaa Allah, kejayaan milik orang-orang yang berusaha!

Pepatah ada mengatakan, kalau tak pecahkan ruyung, bagaimana nak dapatkan sagunya? Jadi, kalau inginkan kejayaan hari ini demi masa depan anda sendiri, dapatkan e-book ini yang memang berguna untuk kita lulus MUET.~ aynora.nur  

2013/05/21

10 Khasiat Buah Rambutan

10 Khasiat Buah Rambutan | Rambutan (nama botani: Nephelium Lappaceum L.) adalah sejenis pokok buah saka. Rambutan berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. Ia kini banyak ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika dan Afrika.

Rambutan terdapat 3 jenis iaitu rambutan kawin, rambutan gula batu dan rambutan budak sekolah(?).

Putik Rambutan

Pokok rambutan boleh ditanam melalui biji benih ataupun melalui cantuman. Biji benih rambutan adalah jenis rekalsitran. Biji benih rambutan boleh disemai di dalam kotak semaian dan hendaklah dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 20 x 25 cm apabila mencapai ketinggian lebih kurang 30 cm. Biji benih juga boleh disemai terus ke dalam polibeg. Rambutan juga biasanya dibiak dengan cara cantuman. Cantuman mata tunas sebaik-baiknya dilakukan apabila saiz pokok penanti sebesar batang pensil dan telah mengeluarkan daun baru.

Hampir semua bahagian dari tanaman rambutan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Mulai dari kulit buah yang boleh digunakan mengatasi radang usus dan demam, kulit kayunya boleh mengatasi ruam dalam mulut, daun rambutan untuk mengatasi cirit birit dan menghitamkan rambut, akar pohon rambutan untuk mengatasi demam dan biji rambutan boleh digunakan untuk mengatasi penyakit kencing manis (diabetes melitus).


10 Khasiat Buah Rambutan


1. Untuk mengubati demam 
Untuk mengubati demam, cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan sebanyak 15g. Tambahkan tiga gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 minit. Setelah sejuk, tapis airnya dan minum tiga kali sehari.

2. Untuk mengubati radang usus
Untuk mengubati radang usus, cuci kulit buah rambutan anggaran 10 biji, potong-potong ikut kesukaan. Tambahkan tiga gelas air bersih, kemudian rebus sampai airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis dan minum anggaran dua kali sehari.

3. Biji rambutan untuk mengubati kencing manis
Untuk mengubati kencing manis, sangai (goreng tanpa minyak) 5 biji rambutan, lalu giling sampai menjadi serbuk. Campurkan dengan satu cawan air panas. Setelah sejuk, minum airnya sekaligus. Lakukan 1–2 kali sehari.

4. Daun rambutan untuk menghitamkan rambut
Untuk menghitamkan rambut beruban, cuci daun rambutan secukupnya lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air sambil dicampur rata sampai menjadi adunan seperti bubur. Perah dan tapis dengan kain bersih. Gunakan air yang terkumpul untuk membasuh rambut. Lakukan setiap hari sampai berhasil.

5. Kulit kayu rambutan untuk mengubati ruam dalam mulut (mata ikan)
Untuk mengubatinya cuci kulit kayu rambutan lebih kurang tiga ruas jari, lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tinggal satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi airnya masih suam.

6. Sebagai sumber Diet
Setiap 100 gram rambutan mengandung 84 kalori. Jika kita mengikuti program diet 2.000 kalori, rambutan telah menyumbangkan 4.2 peratus kalori harian yang kita perlukan. Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza-beza mengikut berat badan, gaya hidup, jenis jantina dan usia.

7. Mengandungi keperluan nutrien harian kita 
Rambutan dikenali sebagai buah yang sangat rendah lemak. Sebagian besar kalori yang dimiliki oleh rambutan berasal dari karbohidrat. Institute of Medicine mencadangkan 130 gram rambutan untuk kegunaan harian kita.

8. Sumber Vitamin
Setiap 100 gram buah rambutan mengandung sekitar 40 persen dari keperluan harian vitamin C yang diperlukan oleh tubuh kita. Selain itu, isi rambutan juga mengandungi sekitar 1 peratus niacin atau juga dikenali sebagai vitamin B3.

9. Mengandungi Mineral
Rambutan sangat kaya dengan zat besi, yang diperlukan untuk mengawal kadar oksigen dalam tubuh. Zat besi membantu mencegah kelelahan dan pening kepala yang disebabkan oleh anemia. Selain itu, isi buah rambutan juga memenuhi 4.3 peratus keperluan fosfor harian pada tubuh. Fosfor membantu kesihatan buah pinggang, serta diperlukan untuk pertumbuhan, pemeliharaan, dan perbaikan semua jaringan dan sel.

10. Ubat herba
Selain manfaat gizi, rambutan juga memiliki kegunaan herba, seperti membunuh parasit usus dan mengurangkan gejala cirit birit. Bahkan, sebahagian orang juga menggunakannya sebagai ubat demam.



Awas!! Kulit kayu biji rambutan yang terlekat pada isi buahnya itu tidak boleh dimakan kerana boleh menyebabkan batuk. Disebabkan itulah, menjadi tugas pembeli untuk memilih kualiti buah rambutan terbaik iaitu isinya lekang dan tidak terlekat pada kulit kayu biji rambutan. Antara rambutan popular ketika ini adalah jenis anak sekolah kerana buah itu mudah dikopek bahagian isi dengan bijinya. ~ aynora.nur


2013/05/20

Cara Mudah Untuk Fokus Di Dalam Kelas

Cara Mudah Untuk Fokus Di Dalam Kelas | Apakah anda menghadapi masalah yang sama seperti saya iaitu sukar untuk fokus terhadap sesuatu perkara terutamanya ketika di dalam kelas ataupun ketika menghadiri seminar. Fokus atau tumpuan penuh amat penting kepada kita terutamanya jika kita masih dalam proses menuntut ilmu. Saya mempunyai masalah begini terhadap 'hero kecil' saya. Hero kecil saya seorang yang playful hinggakan saya naik pening memikirkan jalan penyelesaiannya.

Satu hari saya berbincang dengan si abang yang telah bersekolah menengah dan meminta pendapatnya tentang sikap si adik. Dengan selamba si abang menjawab, adiknya pandai dan bijak cuma kelemahan si adik adalah tidak FOKUS!

Mari kita lihat apakah yang boleh dilakukan untuk lebih fokus ketika di dalam kelas.

Cara Mudah Untuk Fokus Di Dalam Kelas 

  1. Mulakan dengan doa belajar
  2. Bayangkan kelas sebagai sebuah taman permainan dimana anda seronok berada di dalamnya.
  3. Jangan asyik memandang jam
  4. Jika berasa mengantuk, minum air masak dan sesekali cuci muka di tandas. Tetapi awas! Jangan tertidur di tandas pula!
  5. Duduk tegak dan jangan kira berapa lama lagi kelas akan tamat.
  6. Bersedia untuk ujian atau kuiz yang akan diberikan oleh guru.
  7. Ingatlah bahawa kerja rumah juga penting. Jangan suka menangguh kerja rumah. 
  8. Abaikan gadjet seperti MP3, telefon dan sebagainya. 
  9. Ketika masih di dalam kelas, terus ulangkaji apa yang baru dipelajar. Uji otak kita samada faham atau tidak dengan perkara yang diajar. 
  10. Buat catatan ringkas untuk rujukan sendiri. 
  11. Sentiasa segarkan fikiran untuk subjek yang seterusnya. 
  12. Jika tak berjaya untuk fokus juga, minta guru kelas tukarkan tempat duduk anda. Mungkin anda memerlukan kerusi di tepi tingkap. 
Sebagai rujukan tambahan, berikut adalah benda yang boleh dan tidak boleh dibuat ketika di dalam kelas ataupun seminar:-

Do
Cartoon with check mark
  • prepare yourself mentally and physically
  • sit near the front of the room
  • take notes effectively
  • keep a tidy workspace

Don't
Cartoon with x mark 

  • slouch in your chair
  • allow negativity to creep in
  • surround yourself with distractions
  • berate yourself  



Sebenarnya agak sukar untuk FOKUS beberapa jam ketika di dalam kelas atau pun seminar. Hanya kebijaksanaan sendiri mampu mengawal peratusan fokus yang dicapai. Mungkin cara di atas boleh digunapakai oleh anak-anak kita demi mendapatkan ilmu yang diberikan. 

We learn wisdom from failure much more than from success - Smile! ~ aynora.nur

2013/05/17

Toyota Syarikat Terbesar di Asia

Toyota Syarikat Terbesar di Asia | Toyota berjaya memintas syarikat Korea Selatan, Samsung Electronics untuk menjadi syarikat terbesar dari segi nilai pasaran selepas saham pengilang automobil Jepun itu bertambah sekali ganda tahun lalu.




Baru-baru ini pasaran permodalan Toyota berada pada 21.89 trilion yen (RM642 billion) menewaskan pengeluar gergasi tablet komputer dan telefon pintar Galaxy dengan nilai 20.26 trilion yen (RM594 billion).

Toyota yang juga pengilang kereta terbesar dunia, menyaksikan sahamnya melonjak ekoran keputusan kewangan yang semakin baik dengan pembuat Corolla & Camry itu mengumumkan keuntungan bersihnya setahun penuh melebihi tiga kali ganda.

Hermm...ramai rakyat Malaysia kini bertukar kepada Galaxy yang juga keluaran Samsung menjadikan syarikat elektronik itu berjaya bersaing dengan Apple dari Amerika Syarikat. Dalam keluarga saya pun semuanya menggunakan produk Samsung kecuali saya seorang...hihi. - aynora.nur   

Tema Hari Guru 2013 | Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

As-salam,

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun. Hari Guru adalah sambutan keraian khas buat guru-guru di negara kita yang telah banyak berjasa kepada anak-anak bangsa tercinta sejak berzaman dahulu. Semasa bersekolah dahulu, sambutan Hari Guru begitu istimewa apabila kami menyediakan makanan istimewa buat guru tersayang seperti menyediakan nasi beriani, mengadakan acara santai dan paling best menghadiahkan sesuatu barang yang bernilai kepada guru yang paling kita suka. Dapat hadiahkan sepasang kain pun dah amat berbangga. Apakah perasaan seseorang guru menerima pemberian kecil daripada anak muridnya? Hanya seorang guru dapat menjawab persoalan ini...



Pada tahun 2013 ini tema Hari Guru membawa tajuk, Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda. Agak pelik juga bunyinya. Apakah maksud tema tersebut? Adakah maknanya setiap guru bawa hal masing-masing, 'kau hal kau, aku hal aku?' Apakah rahsia disebalik 1Aspirasi 1Agenda ini?

Sebenarnya tema Hari Guru 2013 1Aspirasi 1Agenda ada berkait rapat dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Jika ditinjau dari PPPM ini, intipatinya adalah 5 aspirasi sistem iaitu melalui akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

Di samping itu ada 6 ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. (Sila rujuk pada gambarajah di bawah).



Antara lain intipati PPPM 2013 - 2025 adalah anjakan transformasi melalui 3 gelombang yang disasarkan oleh kementerian untuk 13 tahun nanti.

PPPM juga menyenaraikan 11 anjakan utama untuk transformasi sitstem pendidikan secara menyeluruh di negara kita:

  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  2. Memastikan seriap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
  5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah
  8. Mentransformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
  9. Berkerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
  11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung    

Tema Hari Guru | Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 

Maksud 1Aspirasi

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1Aspirasi juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

Maksud 1Agenda

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Daripada penjelasan di atas, kementerian berharap warga guru lebih sedar akan tanggungjawab yang tergalas ke atas bahu mereka terhadap PPPM yang telah di gariskan untuk tempoh 13 tahun mendatang. Dengan pengenalan tema Hari Guru, Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda diharap guru-guru mendapat gambaran jelas tentang hala tuju dan harapan negara terhadap mereka.

1Aspirasi, 1Agenda untuk semua warga guru! Tahniah. Teruskan kecemerlangan anda!    

2013/05/15

100 Senarai Nama Yang Tidak Elok Maksudnya


100 Senarai Nama Yang Tidak Elok | Sebagai manusia kita suka jika orang memanggil kita dengan nama-nama yang indah dan sedap didengar. Lebih-lebih lagi jika ia memiliki maksud yang baik. Orang kata, panggilan yang berulang kali merupakan satu doa. Semoga nama yang baik berserta maksud yang indah menjadi satu motivasi kepada diri kita, in sha Allah.


100 Senarai Nama Yang Tidak Elok Maksudnya



BIL. NAMA MAKSUDNYA
A
1. Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
2. Afinah Yang lemah otak
3. Asifah Yang menyesal, yang merasa dukacita
4. Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat, 
yang menyalahgunakan nikmat
5. Amah Hamba perempuan
B
6. Baghiah Yang zalim
7. Balidah Yang bodoh
8. Bakiah Yang menangis
9. Baqarah Lembu betina
10. Batilah Yang palsu, tidak benar
C
Tiada -
D
11. Dahriyah Yang mempercayai wujudnya 
alam ini tanpa pencipta iaitu alam ini
terjadi secara semulajadi
12. Darakah Kedudukan yang paling rendah
13. Daniyah Yang lemah dan hina
14. Dimnah Hasad dengki yang berbuku di hati 
15. Dami'ah Yang mengalir airmatanya
E
Tiada  -
F
16. Fasidah Yang rosak, yang jahat
17. Fasiqah Yang jahat, yang melanggar hukum
agama
18. Fajirah Yang jahat, yang melakukan maksiat, 
yang berzina
19. Fatinah Yang membuat fitnah
20. Faji'ah Kecelakaan, musibah
G
21. Ghafilah Yang lalai, yang leka
22. Ghailah Kecelakaan, kejahatan, bencana
23. GhasibahPerampas, perompak
24. Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
25. Ghawiah Yang sesat, yang ikut hawa nafsu
H
26. Habitah Yang rosak amalannya, sia-sia
27. Haqidah Yang dengki
28. Hasidah Yang hasad
29. Hazinah Yang sedih
30. Huzn Kesedihan
I
Tiada -
J
31. Jariah Hamba perempuan
32. Jafiah Yang tidak suka berkawan
33. Jahidah Yang mendustakan, yang kafir, 
yang engkar
34. Jasusah Pengintip rahsia
35. Jamrah Bara api
K
36. Khabithah Yang jahat, yang keji
37. Khali'ah Yang tidak segan silu, yang
mengikut hawa nafsu
38. Khati'ah Yang bersalah, yang berdosa
39. Khasirah Yang rugi
40. Khamrah Arak
41. Kaibah Yang sedih
42. Kafirah Yang kafir, yang engkar
43. Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
44. Kasidah Yang tidak laris
45. Kazibah Pendusta
L
46. Lahab Api
47. Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
48. La'imah Yang jahat
49. Lainah Yang dikutuk
50. Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
M
51. Maridah Yang menderhaka
52. Majinah Yang bergurau senda tanpa 
perasaan malu
53. Majusiah Agama menyembah api atau matahari
54. Munafiqah Yang munafik
55. Musibah Celaka, bencana, kemalangan 
N
56. Nariah Api
57. Nasyizah Yang menderhaka dan melawan
suami
58. Najisah Yang najis dan kotor
59. Nabizah Yang dicampak atau dibuang
60. Nadimah Yang menyesal
Q
61. Qabihah Yang buruk, hodoh
62. Qanitah Yang berputus asa
63. Qatilah Pembunuh
64. Qasitah Yang melampau batas & 
menyeleweng dari kebenaran
65. Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
66. Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
67. Razi'ah Kecelakaan, musibah
68. Razilah Yang keji dan hina
69. Rabah Arak
70. Radi'ah Yang buruk, yang tidak baik
S
71. Sakitah Yang jatuh, yang hina,
yang jahat
72. Safilah Yang rendah dan hina
73. Sahiah Yang lupa
74. Sakirah Pemabuk
75. Safihah Yang bodoh
76. Syaridah Yang diusir, yang merempat
77. Syaqiyah Yang menderita sengsara
78. Syarrulbariyah Sejahat-jahat makhluk
79. Syani'ah Yang buruk
80. Syarisah Yang buruk akhlak
81. Syatimah Maki hamun
T
82. Talifah Yang rosak, yang binasa
83. Taribah Yang miskin
84. Tarikah Perempuan yang ditinggalkan 
di rumah bapanya dan masih belum
berkahwin, andartu
85. Talihah Yang bukan soleh (baik)
Y
86. Yaisah Yang berputus asa
87. Yabisah Yang kering, yang sedikit 
kebaikannya
W 
88. Waqihah Yang kurang sopan dan malu
89. Wasikhah Yang kotor
90. Wasyiah Yang mengumpat, yang melaga-lagakan
orang
91. Wahinah Yang lemah
92. Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
93. Wailah Bencana, keburukan
94. Waqi'ah Pertempuran dalam perang, 
umpatan
95. Wasyimah Permusuhan, kejahatan
Z
96. Zalilah Yang hina
97. Zalimah Yang zalim
98. Zaniah Penzina
99. Zabilah Yang layu
100. Zahiqah Yang batil, Yang binasa, yang
ditewaskan

**Susunan Mukhtar bin Abdul Aziz Syihabuddin

Senarai 100 nama yang kurang elok maksudnya di atas hanyalah sebagai panduan sahaja. Pernah juga terdengar orang bergurau, apa ada pada nama. Tetapi sebagai muslim, tentu kita tahu bahawa nama kita yang akan disebut di hari kemudian nanti. 

Fikir-fikirkanlah...untuk renungan bersama! ~ aynora.nur