Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2013/11/30

Doa Memohon Akhlak Yang Baik

Doa Memohon Akhlak Yang Baik - Mungkin ada para pembaca yang inginkan akhlak yang baik seindah wajah kita yang Allah kurniakan. Oleh sebab itu, pada kali ini saya kongsikan doa ringkas yang selalu saya baca ketika meraup muka di cermin.

Kan orang kata cermin adalah mata terbaik yang boleh menilai diri kita sendiri. Betul tak?

Doa Memohon Akhlak Yang Baik





Maksudnya:-

Ya Allah...Engkau telah mencantikkan kejadianku, maka elokkan pula akhlakku.

(Riwayat Ahmad)

2013/11/27

Kisah Mimpi Seorang Gadis

Kisah Mimpi Seorang Gadis - Kisah pengajaran dan teladan kali ini saya akan kongsikan tentang mimpi seorang gadis yang berasa takut dengan mimpinya tentang ibunya yang sedang di azab di neraka. Beliau tidak tahu bagaimanakah mahu membantu ibunya itu.

Kisah Mimpi Seorang Gadis




Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

##Sumber

2013/11/24

Senarai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 28

Senarai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 28 - Teka-teki lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 28 akhirnya terjawab apabila 12 lagu telah dipilih selepas berakhirnya separuh akhir ketiga yang berakhir malam Jumaat lepas.




Sebelum ini, peringkat separuh akhir yang berlangsung selama tiga minggu memperlihatkan persaingan sengit 30 lagu dan dengan pengumuman 12 lagu ini, peminat boleh mula mencongak siapakah yang bakal menggondol anugerah terhebat untuk edisi kali ini.

Mungkin anda semua seperti saya sedang meneka dan mencongak siapakah yang bakal membawa pulang hadiah kemenangan pada malam itu nanti. Pada pendapat saya Hafiz mungkin berpeluang cerah sekali lagi untuk menggondol 3 tempat terbaik bagi lagunya Bahagiamu Deritaku. Selain Hafiz, lagu Sahabat juga berjaya mencuit hati saya termasuk lagu Takkan Terpisah.

Senarai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 28

Antara lagu yang layak adalah:-
  1. Penglipurlara nyanyian Hazama, 
  2. Takkan Terpisah (black), 
  3. Kalau aku Kaya (Altimet feat. Awi rafael), 
  4. Sahabat (Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul), 
  5. In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), 
  6. Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), 
  7. Hanya Aku (Hyper Act), 
  8. Aku Pelat (Salammusik), 
  9. Bahagiamu Deritaku (Hafiz), 
  10. Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), 
  11. Bosan (Stacy) dan 
  12. Kau Yang Terindah (Alyah).

AJL ke 28 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 26 Januari 2014. 

Sama-sama kita nantikan siapakah daripada Senarai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 28 tersebut yang akan membuat kejutan.

2013/11/23

Negeri Johor Cuti Mingguan Jumaat & Sabtu Mulai 2014

Negeri Johor Cuti Mingguan Jumaat & Sabtu Mulai 2014 - Jika diikutkan pada tahun 90-an dahulu pun negeri Johor menggunakan hari Jummat & Sabtu sebagai cuti hujung minggu mereka. Kini, nampaknya sejarah kembali berulang. Natijahnya, Sultan Johor percaya dengan ganti cuti hujung minggu pada hari Jumaat & Sabtu ia memudahkan urusan rakyatnya untuk melakukan urusan harian terutamanya menunaikan ibadat solat Jumaat.



Negeri Johor Cuti Mingguan Jumaat & Sabtu Mulai 2014


Petikan dari Kosmo!Online...  

MUAR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan pertukaran cuti mingguan bagi negeri ini kepada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari tahun depan.

Pengumuman tersebut diisytiharkan sempena Hari Keputeraannya yang ke-55 pada Majlis Pengurniaan Pingat di Dewan Jubli Intan, ada 23/11/2013 yang lepas.

Pada masa ini, negeri yang mengambil cuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah. - KOSMO!

Apakah pendapat anda? Ada pro & kontranya, betul tak?

2013/11/17

Resepi Ikan Parang Masak Singgang

Resepi Ikan Parang Masak Singgang - Salam hari Ahad buat semua wanita yang bergelar isteri dan ibu. Kerana...pada hari ini saya akan kongsikan lagi resepi istimewa bagi mereka yang dalam pantang. Iaitu lepas melahirkan anak.

Resepi Ikan Parang Masak Singgang





Bahan-bahannya:-

2 keping ikan parang.
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 cm halia muda
2 cm kunyit hidup
2 cawan air
Air asam jawa
Garam secukupnya

Cara membuatnya:-

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, dan halia muda hingfa lumat.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk bersama dua cawan air. Masukkan juga air asam jawa. Jika tiada asam jawa boleh juga gantikan dengan asam keping. Biarkan mendidih.
3. Setelah kuah mendidih masukkan pula ikan parang. Buarkan sehingga isi ikan masak.
4. Hidang bersama dengan nasi panas.

Bagi menambahkan penghasilan susu badan, makan bersama ulam pegaga. Seeloknya makan ulam pegaga bersama akarnya sekali.

2013/11/15

Domain aynoranur.com Telah Tidak Aktif

Domain aynoranur.com Telah Tidak Aktif - Mesti ada yang tertanya-tanya apa terjadi pada website http://www.aynoranur.com kan? Kalau anda tak percaya dengan apa yang saya nak cerita, saya lagi seperti patahnya sebelah sayap dan mood saya untuk kembali berblog dan memupuk minat menulis saya.

Puncanya munfkin silap saya juga. Akibat salah faham dan salah menyangka. Info Kad kredit telah saya kemaskinikan tetapi masih ada lagi email masuk meminta saya update info dan renew domain aynoranur.com. Oleh kerana sibuk dengan pelancaran rumah untuk Fasa terbaru dan juga pameran hartanah malaysia, saya jadi terlepas pandang. Akhirnya pada 10/11/2013 saya kehilangan domain kesayangan saya yang telah digunakan untuk dua tahun.

Domain aynoranur.com Telah Tidak Aktif


Okey fine, tiada rezeki saya. Itulah nada memujuk diri sendiri yang saya gunakan bila saya sendiri tak boleh nak 'live' kan blog saya.

Akhirnya saya beli domain baru dan jadilah blog saya ini merangkak semula menagih perhatian anda semua. Ada sesetengah setting yang belum dibetulkan dan ada yang masih tak boleh masuk blog saya. Sabar ek...

Nama alamat blog baru saya adalah: http://www.aynorablogs.com/


Print screen dari statistik harian blog aynorablogs.com


Prestasi Pageviews blog yang kosong (0) mulai dari 10/11/2013...haihh...


 

Saya pun tak mahu cerita lagi. Orang kata yang sudah tu sudahlah. Kita bina harapan baru untuk esok hari. Betul tak?

Hidup harus diteruskan dan blog juga harus diuruskan dengan sebaik-baiknya.

Sinopsis Drama Korea Your Lady

Sinopsis Drama Korea Your Lady - Sebuah lagi drama korea menarik akan di tayangkan di saluran Astro ONE HDsaluran 393 mulai 26 November 2013 bagi menggantikan drama korea The Birth of A Family yang akan tamat episodnya. Secara amnya, drama ini berkisar tentang Oh Yoo Jung yang terlibat dengan kemalangan. Disebabkan kemalangan itu dia hilang ingatan dan berkahwin dengan Na Jin Goo. Oh Yoo Jung sedikit demi sedikit mendapat balik memorinya dan lama kelamaan mengetahui kejadian sebenar perihal kemalangan yang menimpanya dan juga identiti sebenar beliau sebagai Lee Eun Soo.

Akan di tayangkan mulai 26 NOV 2013 SETIAP ISNIN - JUMAAT, 10.10PM di saluran ONE HD 393.




Sinopsis Drama Korea Your Lady

Eun-Soo (Lee Yu-Ri) adalah seorang anak yatim. Dia bekerja di Syarikat Manbok sebagai pelatih. Satu hari, Eun-Soo telah terserempak dengan Jung-Hoon (Park Yoon-Jae) di dalam bas dan kemudian di sebuah bar di mana Eun-Soo bekerja di waktu malam.

Pada keesokan harinya mereka bertemu sekali lagi di Syarikat Manbok. Jung-Hoon sebenarnya adalah anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, tetapi dia tidak memberitahu orang lain mengenai latar belakangnya. Mulai dari saat itu dia mula bekerja di Syarikat Manbok sebagai pekerja biasa. Eun-Soo pun secara perlahan-lahan mula mengenali Jung-Hoon dan masing-masing telah jatuh cinta.

Kemudian, Eun-Soo pada satu hari terlibat dalam satu kemalangan kereta. Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang bernama Jin-Koo (Lim Ho), tetapi telah hilang ingatan. Dia tidak boleh ingat nama sendiri. Eun-Soo kemudiannya mengandung. Eun-Soo kemudian memulakan hidup baru dengan menggunakan nama baru Oh Yoo-Jung dan telah berkahwin dengan Jin-Koo.

Enam tahun kemudian, Jin-Koo hilang. Oh Yoo-Jung cuba untuk mencari suaminya dan telah tidak sengaja pergi ke Syarikat Manbok, di mana disitulah Jin-Koo kali terakhir diketahui telah hilang. Dia kemudian mendengar suara lelaki memanggil beliau Eun-Soo.

Bagaimanapun, semua kejadian itu bukan sahaja melibatkan ahli keluarganya kerana Eun Soo juga telah menemui satu rahsia disebalik pengkhianatan dan penipuan di sekelilingnya.

Watak-watak dalam Your Lady:


Lee Eun Soo (Lee Yoo Ri) membesar di sebuah rumah anak yatim dan hanya memiliki rantai yang ditinggalkan oleh ibunya. Dia menjadi pelatih pemasaran di Manbok Food, dan jatuh cinta dengan Kang Jung Hoon (Park Yoon Jae), iaitu vice president syarikat tersebut. Malangnya, dia terlibat dengan kemalangan ketika mahu berkahwin dengan Jung Hoon. Setelah kemalangan, dia hidup dengan menggunakan nama Oh Yoo Jung dan bahagia bersama penyelamatnya, Na Jin Goo (Im Ho), dengan langsung tiada ingatan terhadap masa lalunya sehinggalah enam tahun kemudiannya.


Kang Jung Hoon (Park Yoon Jae) adalah presiden di Manbok Food dan anak pengerusi Manbok Group’s. Dia menjalin hubungan dengan Lee Eun Soo (Lee Yoo Ri), pelatih pemasaran di syarikatnya, tetapi ditentang oleh ayahnya. Satu hari, dia menerima berita buruk bahawa Eun Soo telah meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta. Bagaimanapun, 6 tahun kemudian, dia terlanggar seseorang yang serupa dengan Eun Soo dan mula menyiasat perkara tersebut.


Selepas Na Jin Goo (Im Ho) dibebaskan daripada penjara, dia terdesak untuk mendapatkan wang bagi pembedahan ibunya tetapi gagal mendapatkan pekerjaan. Dia bersetuju menerima tawaran kerja daripada Min Dong Yun (Lee Byung Wook) untuk membunuh Lee Eun Soo (Lee Yoo Ri). Bagaimanapun, sebaliknya terjadi apabila dia akhirnya menyelamatkan Eun Soo dan mengahwininya.


Min Se Yun (Park Young Rin) telah mencintai Kang Jung Hoon (Park Yoon Jae) sejak dari remaja lagi. Dia bersetuju menerima cadangan abang Kang Jung Hoon iaitu Min Dong Yun’s (Lee Byung Wook) untuk berkahwin dengan Jung Hoon, tetapi menyedari bahawa Jung Hoon sedang bercinta denganLee Eun Soo (Lee Yoo Ri). Dia menjadi sangat marah dan mahu Eun Soo mati. Bila berita kematian Eun Soo menjadi kenyataan, Se Yun mengambil peluang ini untuk berkahwin dengan Jung Hoon.

Info Your Lady




Drama: Your Lady
Pengarah: Jung Hyo
Penulis: Lee Do-Young
Penyiar: SBS
Episodes: 120


Dibintangi oleh: Lee Yoo Ri (My Daughter The Flower), Park Yoon Jae (The Great Doctor), Im Ho, Park Young Rin, Lee Byung Wook.

Selamat menonton drama menarik ini.

2013/11/06

Sinopsis Penuh Drama The Wedding Breaker Slot Akasia TV3

Sinopsis Penuh Drama The Wedding Breaker Slot Akasia TV3 - Slot Akasia TV3 kini menayangkan satu lagi drama adaptasi novel karya penulis berbakat iaitu Evelyn Rose. Tajuk novelnya The Wedding Breaker. Menurut rakan-rakan yang telah membacanya, novel ini best dan sangat bagus pengisiannya. Sama-sama kita tunggu tayangannya nanti.



Info drama The Wedding Breaker

Novel Asal : The Wedding Breaker
Tajuk Drama Tv3 : Ariana Ros (tajuk yang dicadangkan)
Pengarah: Raja Ahmad Alauddin
Pelakon utama: Nur Fathiah & Keith Foo
Tarikh Tayangan: Hujung tahun 2013

Sinopsis Penuh Drama The Wedding Breaker Slot Akasia TV3


The Wedding Breaker mengisahkan tentang Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal.
Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengu Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana.

Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan .

Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam.

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati.

Tengku Adam bersykur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.


Sinopsis belakang kulit novel:


“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.


“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

#sumber: Karya Seni


Untuk mengetahui lebih banyak perkembangan tentang penulis dan karyanya termasuklah The Wedding Breaker, sila kunjungi facebook beliau pada link berikut:

https://www.facebook.com/pages/The-Wedding-Breaker/406324619424645

Selamat menanti dan menonton salah satu lagi drama dalam slot Akasia TV3 yang bakal menjadi bualan ini.

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014 -Bagi adik-adik yang telah bertungkus lumus belajar dan selesai menduduki peperiksasn UPSR yang lepas, inilah masa yang dinanti. Waktu untuk cuba menempatkan diri adik-adik di sekolah yang dipilih. Dan, bagi yang berminat menyertai MRSM bagi tingkatan satu tahun 2014, bolehlah rujuk keratan iklan kat bawah ni.

Untuk makluman, permohonan ke MRSM tingkatan satu tahun 2014 hanya akan dibuka pada hari keputusan rasmi UPSR diumumkan iaitu mulai 14 November 2013.




Tarikh tutup permohonan online adalah pada 24 November 2013. Dan segala dokumen yang siap dicetak dan disahkan hendaklah sampai ke ibu  pejabat MARA KL pada atau sebelum 4 Disember 2013 nanti.

Selamat berjaya buat adik-adik kita ya...

2013/11/05

Sinopsis Drama Korea Marry Him If You Dare

Sinopsis Drama Korea  Marry Him If You Dare - "Marry Him If You Dare" mengisahkan tentang cinta dan kerjaya setiap orang yang bekerja di sebuah stesyen penyiaran.  Seorang wanita, yang bekerja sebagai penulis dalam stesyen penyiaran muncul kembali dalam masa yang tepat dan 'bertembung semula' dengan dirinya di masa lampau. Wanita itu memberikan kepadanya nasihat dan cara untuk menangani cabaran dan masalah dalam hidup,.


Trailer Drama Korea  Marry Him If You Dare



Sinopsis Drama korea Marry Him If You Dare


Kisah seorang wanita yang berusia 32 tahun. Pada usia sebegini mungkin agak lewat bagi sesetengah wanita untuk memulakan sesuatu yang baru atau ada kalanya sedikit awal untuk melepaskan sesuatu ataupun merasa putus asa. Namun, 'roh masa depan' datang dalam dirinya pada masa kini dan menasihatinya dalam urusan tentang kehidupan dan perkahwinan. Roh masa depannya mencuba untuk membawakan kehidupan yang lebih baik dan mendapatkan seorang suami yang sempurna untuknya.--KBS World




Mungkin ada yang keliru dengan drama korea ini kerana ia membawakan konsep seperti 'pengembaraan masa'. Drama ini sebenarnya cerita tentang wanita yang berusia 57 tahun bernama Na Mi Rae (Choi Myung Gil) daripada tahun 2038, seorang penulis di stesyen TV mengembara balik ke masakini untuk berjumpa dengan dirinya yang sedang berusia 32 tahun (Yoon Eun Hye) daripada tahun 2013 dengan matlamat untuk mencegah dia daripada berkahwin dengan Kim Shin (Lee Dong Gun). Akhirnya, ini semua menghantar dirinya dalam laluan hidup yang berbeza. Watak Na Mi Rae ni, digambarkan sebagai wanita bijak dan disenangi oleh semua orang,.

Lee Dong-gun sebagai Kim Shin. Beliau adalah seorang ketua rangkaian berita di stesyen tv tersebut. Dia seorang yang agak cerewet, tegas dan tergesa-gesa tetapi memiliki pendirian yang tinggi dan jujur serta mempunyai pandangan yang jauh.

Jung Yong-hwa sebagai Park Se-joo. Beliau adalah cucu CEO yang telah dilantik sebagai waris syarikat penyiaran tersebut. Park belajar perfileman di US dan menyamar sebagai jurukamera jalanan. Dia bercita-cita menubukan konglomerat media atas usahanya sendiri.

Han Chae-ah pula sebagai Seo Yoo-kyung, seorang wartawan dalam rancangan program tv pagi di stesyen tv tersebut. Seorang yang dilihat comel, bijak dan juga berani melakukan apa saja untuk berjaya.


Pelakon utama:-

Yoon Eun Hye sebagai Na Mi Rae (32)
Choi Myung Gail sebagai Na Mi Rae's masa depan(57)
Lee Dong Gun sebagai Kim Shin (35)
Jung Yong Hwa sebagai Park Se Joo (28)
Han Chae Ah sebagai Seo Yoo Kyung (28)

Info drama:-

Drama: Marry Him If You Dare (English title) / Future Choice (literal title)
Also known as Mirae's Choice, Future's Choice, The Future Choice, Choice of the Future
Genre Romance, Drama Time travel
Director: Kwon Gye-Hong
Writer: Hong Jin-Ah
Network: KBS2
Episodes: 16
Release Date: October 14 - December 3, 2013
Runtime: Mon & Tue 21:55
Language: Korean

PEMINAT Drama Korea  Marry Him If You Dare di Malaysia boleh menyaksikan drama ini di saluran KBS 391/392 mulai 4 November 2013, pukul 9.55 mlm.

Selamat Menonton..

Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan - Buah naga banyak khasiatnya. Jika dilihat pada warna isinya yang merah atau pun putih, memang nyata ia memiliki khasiat yang banyak. Antaranya untuk kesihatan, bagi ibu hamil, untuk kecantikan, memperkuatkan tulang dan gigi, mencegah diabetes melitus, merawat kesihatan jantung, mata, kulit meningkatkan nafsu makan dan lainnya.

Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan 



Khasiat untuk ibu hamil

Buah naga memiliki kandungan yang baik untuk ibu hamil, buah naga untuk ibu hamil cukup penting peranannya. Buah yang memiliki kulit yang berwarna merah, dnegan isi yang berwarna putih serta bintik bintik hitam pada isinya tersebut ternyata memiliki kandungan yang di perlukan  oleh tubuh seseorang, termasuk untuk seorang ibu hamil. Berikut ini adalah beberapa kandungan yang terdapat di dalam buah naga yang memiliki manfaat baik untuk kesihatan tubuh ibu hamil.

Kandungan yang terdapat di dalam buah naga:


a) Buah naga kaya akan kandungan vitamin C
b) Karbohidrat folates
c) Karoten
d) Kalium
e) Zat besi
f) Posatium
g) Vitamin B1
h) Serat yang di perlukan oleh tubuh dan beberapa kandungan lainnya.
Buah naga untuk ibu hamil sangat baik kerana memiliki kandungan serat yang cukup, sehingga dapat megatasi masalah sembelit yang terjadi pada ibu hamil tersebut. Selain itu juga tidak kalah pentingnya kandungan karbohidra folates, dimana kandungan tersebut tentunya dapat menjaga kesihatan janin dan menghindari janin mengalami kecacatan seperti cacat system saraf otak.

Khasiat untuk kecantikan


Buah naga kaya akan vitamin C yang dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang dibutuhkan tubuh. Buah naga ampuh menurunkan kolesterol karena kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit terlihat halus dan bercahaya secara alami dari dalam.

Khasiat untuk memperkuat tulang & gigi

Mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium. Keduanya memiliki peran dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.

Mencegah diabetis

Bagi penderita diabetes jenis 2, buah ini paling baik digunakan  untuk mengawal gula darah agar tetap seimbang.

Merawat kesihatan jantung dan mata

Bukan hanya Vitamin A yang diperlukan untuk menjaga mata agar tetap sihat. Karoten, juga bermanfaat atas kesihatan mata yang kita miliki. Didalam Buah Naga terdapat kandungan karoten yang sangat baik untuk mata bila kita memakannya.

Selain olahraga teratur pengambilan makanan sihat juga diperlukan untuk menjaga kesihatan jantung. Jika anda ingin tahu,  Buah Naga sesuai untuk jadi salah satu menu makanan sihat. Kandungan Vitamin C, B1, B2, dan B3 didalam Buah yang dipanggil Dragon Fruit ini sangat baik untuk kesehatan jantung anda.

Meningkatkan nafsu makan

Kandungan vitamin B12 membuat buah ini menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk ikonsumsi. Vitamin B12 banyak terdapat pada dagingdan ikan, serta tumbuhan laut. Vitamin ini sangat jarang ditemukan dalam buah atapun sayuran. Dan berikut ini kami pilihkan berbagai jenis makanan yang mengandung sumber vitamin B12 atau Kobalamin.

Mencegah kanser

Buah naga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan lainnya.


Diharap dengan perkongsian tentang khasiat buah naga untuk kesihatan di atas dapat memberikan kita variasi ilmu tentang buah-buahan yang terdapat di dalam dunia ini.
Sebarkan Bahagia:

2013/11/04

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam

Resepi Tenggiri Masak Asam - Sekali lagi saya kongsikan resepi untuk wanita yang sedang dalam pantang. Ingat ya, jaga pemakanan anda untuk kebaikan jangka panjang.



Resepi Tenggiri Masak Asam


Bahan-bahannya:-

250 ml air
2 ketul ikan tenggiri
3 - 4 inci halia - dimayang
3 biji bawang merah
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Cara membuatnya:-

1. Tumis bawang merah dan halia hingga naik bau
2. Masukkan ikan tenggiri, serbuk lada hitam dan tambahkan garam
3. Masukkan air asam jawa. Kacau senua bahan. Biarkan hingga mendidih
4. Angkat dan hidang bersama nasi putih panas

Selamat mencuba resepi ikan tenggiri masak asam ni ya, resepi khas untuk wanita yang dalam pantang,.

Resepi Ikan Kukus Istimewa

Resepi Ikan Kukus Istimewa - Menjaga pemakanan selepas bersalin amatlah penting terutamanya jika kita menyusukan badan. Selain itu wanita yang selepas bersalin juga digalakkan untuk mengambil makanan yang boleh menghangatkan tubuh selain meningkatkan kekuatan sistem dalam badan.

Resepi Ikan Kukus Istimewa 


Resepi Ikan Kukus Istimewa


Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan bawal putih
  • 2 cm halia muda - dihiris nipis dan dipotong memanjang
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 1 cawan air asam jawa
  • Lada hitam Secukupnya - tumbuk halus
  • Garam secukup rasa


* Selain ikan bawal, Boleh juga menggunakan ikan lain asalkan daripada jenis yang tidak gatal seperti ikan tenggiri atau ikan merah


Cara mmembuatnya:-

1. Cuci bersih ikan dan masukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk mengukus
2. Masukkan pula bawang putih, halia, kunyit hidup, air asam jawa, lada hitam dan garam secukupnya.
3. Kukus hingga isi ikan benar-benar masak
4. Angkat dan hidang

Okey siap, mudah kan?

Hidangan di atas sesuai untuk wanita atau ibu2 yang dalam berpantang. 

2013/11/03

Kemudahan Perkhidmatan Simpanan SSPN-I

Kemudahan Perkhidmatan Simpanan SSPN-I | Penambahan deposit SSPN-I boleh dibuat melalui mybayar dan terminal One Pay daripada website www.ptptn.gov.my,




atau

Kaunter perkhidmatan PTPTN di seluruh negara

atau

kemudahan simpanan melalui potongan gaji SSPN - i

atau

Penambahan deposit SSPN-i boleh dibuat menggunakan telefon bimbit bagi pendeposit yang mempunyai akaun simpanan dengan Maybank dan CIMB Bank. Pengguna perlu mendaftar di ATM CIMB atau Maybank2Uterlebih dahulu dan kemudiannya boleh membuat TRANSAKSI menerusi telefon bimbit.

Penambahan deposit SSPN-i boleh dibuat melalui terminal One Pay di 400 outlet yang berkaitan di seluruh negara. Untuk makluman, transaksi yang dibuat selepas pukul 6.00 petang dikira sebagai penambahan deposit hari berikutnya.

atau 

Kemudahan menyimpan di 6 ejen bank yang mempunyai lebih 1,500 cawangan ejen seluruh Malaysia dengan kemudahan seperti jadual di bawah;-


Agensi/ Agen SSPN-iSALURAN DEPOSIT SSPN-i
Kaunter Perbankan Internet*e-SSPN-i (laman web PTPTNDebit TerusArahan TetapPhone BankingATM / Mesin Deposit Tunai
  CIMBClicks
Maybank2u.com

* e-SSPN-i turut menyediakan kemudahan simpanan kepada pelanggan Hong Leong Bank dan Public Bank.
Segala maklumat tambahan berkaitan dengan kemudahan perkhidmatan simpanan SSPN-i boleh terus lawati website PTPTN ATAU PAUTAN BERIKUT:

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan


Selamat menabung...

Cara Semakan, Pengeluaran & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i

Semakan, Pengeluaran & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i - Sebagai sambungan kepada artikel saya sebelum ini berkaitan dengan kemudahan perkhidmatan akaun simpanan SSPN-I, kali ini saya kongsikan info tentang cara semakan, pengeluaran dan penutupan akaun SSPN-I seperti di bawah.



20131102_093924-1 

Cara-cara Semak Akaun SSPN-i

  1. Hubungi hotline di 03-20804455
  2. Kaunter Maybank dan Bank Islam Malaysia  Berhad
  3. Sementara semakan baki akaun boleh dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: PTPTN SSPN-i<JARAK>NO AKAUN SSPN-i dan hantar ke 33199., CONTOH; PTPTN SSPN-i 016004100360652
  4. Penyata akaun SSPN-i melalui e-SSPN-i di laman sesawang PTPTN
  5. Penyata pelepasan taksiran cukai melalui e-cukai di laman sesawang PTPTN 

NOTA: Penyata akaun SSPN-i dihantar sekali setahun kepada pendeposit

Pengeluaran Simpanan 


Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa dengan perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM20.00 kecuali bagi penutupan akaun.

Penutupan Akaun SSPN-i 

Penamatan potongan gaji (jika berkaitan) perlu dibuat terlebih dahulu sebelum permohonan penutupan akaun SSPN-i dilakukan dengan melengkapkan Borang Kebenaran / Penamatan Potongan Gaji SSPN-i.  

Dokumen yang perlu disertakan:-

  • Borang pengeluaran/ Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan
  • Salinan Mykad / Kad Tentera / Kad Polis Pendeposit
  • Salinan kad SSPN -i
  • Salinan Sijil Kematian (sekiranya berlaku kematian kepada penerima manfaat - jika berkaitan

Semoga perkongsian maklumat di atas dapat membantu para pelajar dan ibu bapa Yang mencari maklumat tentang perkara tersebut. Namun begitu, untuk info yang lebih jelas, anda perlu hubungi pihak PTPTN agar tidak tersalah maklumat.

2013/11/02

Keistimewaan SSPN-I & Syarat Simpanan Wajib

Keistimewaan SSPN - I | Skim Simpanan Pendidikan Nasional adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.




Keistimewaan SSPN-I


1) Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
2) Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM6,000 setahun
3) Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas
4) Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak
5) Simpanan mudah dan dijamin oleh kerajaan
6) Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan


Syarat Simpanan wajib


Mulai 1 Januari 2012, pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mempunyai akaun SSPN - I dengan simpanan minimum *RM20.00. Pembukaan akaun SSPN - I melalui kaunter Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad adalah digalakkan untuk proses yang lebih mudah dan cepat.

* Simpanan minimum tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

##Cara-Cara Membuka Akaun SSPN-i Di Cawangan Bank Terpilih

2013/11/01

Kisah Pekerjaan Yang Mulia

Kisah Pekerjaan Yang Mulia - Apapun pekerjaan yang kita lakukan yang utama ia haruslah kerja yang halal dan diberkati Allah. Tidak mengira apa pun kerja tersebut, ia tetap dipandang tinggi asalkan memenuhi syariat dan lunas-lunas kehidupan.

Di bawah ini saya kongsikan satu kisah pekerjaan yang mulia pada zaman Rasulullah S.A.W. sebagai iktibar untuk kita semua.
 

Kisah Pekerjaan Yang Mulia




Pada zaman Rasulullah ada seorang wanita kulit hitam yang bernama Ummu Mahjan. Dia selalu melapangkan masa untuk kerja membersihkan masjid.

Ummu Mahjan kemudiannya meninggal dunia dan dikebumikan. Selang beberapa hari, apabila Rasulullah lalu di kuburnya, barulah dikhabarkan bahawa kubur tersebut ialah kubur Ummu Mahjan. Rasulullah menegur para sahabat yang tidak memaklumkan kepadanya tentang kematian Ummu Mahjan. Lalu Rasulullah berdiri dan solat jenazah di atas kuburnya. 

Sesudah itu Rasulullah menyeru Ummu Mahjan dari atas kuburnya. Sabdanya "Assalaamu'alaikum, ya Ummu Mahjan! Pekerjaan apakah yang paling bernilai dalam amalanmu?"

Rasulullah diam sejenak. Kemudian baginda bersabda, "Dia menjawab bahawa pekerjaan membersihkan masjid adalah pekerjaan yang paling bernilai di sisi Allah. Allah berkenan mendirikan rumah untuknya di syurga dan dia kini beristirehat di dalamnya."

Teladan: Sesungguhnya perkerjaan membersih, mengemas, mengurus dan mengimarah masjid adalah suatu pekerjaan mulia dan mempunyai jaminan ganjaran yang tinggi di sisi Allah. Janganlah biarkan jaminan Allah ini direbut oleh pegawai dan jawatankuasa masjid sahaja. Sepatutnya kelapangan masa yang ada patutlah diguna untuk kerja di atas sebagai bekalan untuk kita kembali kepada Allah. Daripada bersenam kerana nak mengelurkan peluh, nak sihat dan nak panjangkan umur, bukankah lebih baik datang membersihkan masjid, berpeluh pun boleh, sihat pun boleh, jaminan ganjaran di sisi Allah pun dapat.

Subhanallah...pekerjaan yang mulia itu pun walaupun sekadar tukang bersih begitu dipandang tinggi.