Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2013/12/31

Bloglist Tak Gempak 2014

Bloglist Tak Gempak 2014 - Penghujung tahun 2013 ni saya  berkesempatan join beberapa segmen bloglist untuk tahun 2014. Dan yang terbaru dari blog Paly. Kalau nak join klik di alamat ini: http://www.paly.my/2013/12/bloglist-tak-gempak-2014.html?m=1



 

Syarat2 simple je :

1. Buat entri baru, curi gambar atas dan backlink ke blog ni.
2. Publish dan letak link segmen kat komen bawah ni. (Ayat copy paste dari blog paly)

Jom kawan-kawan blogger Join sama-sama. Mudah-mudahan jadi win-win situation. Insya Allah...


Petua Awet Muda Secara Semulajadi Untuk Wanita

Petua Awet Muda Secara Semulajadi Untuk Wanita - Sudah agak lama juga saya tak kongsikan tentang petua dalam blog ini. Oleh itu, kali ini saya akan kongsikan satu petua mudah untuk diamalkan oleh para wanita agar selalu awet muda, berseri-seri dan yang pentingnya tanpa modal. Hih? Boleh caya ke?

Petua Awet Muda Secara Semulajadi Untuk Wanita 


Petua ini dikongsikan oleh Dr Fatima El Zahrah dan yang utama haruslah istiqamah dalam melakukannya. Amalkan cara-cara berikut untuk lebih awet muda, cantik berseri dan kelihatan tenang.

1. Ambil segelas air
2. Baca Surah al-Fatihah ~ 1 kali
3. Baca ayat Kursi ~ 1 kali 
4. Baca Surah al-Waqiah ayat 35 - 38 sebanyak 7 kali, seperti di bawah:-





5. Kemudian, tiupkan ke dalam air dan minum air tersebut. Niat dalam hati untuk penjagaan diri secara semulajadi dan untuk kebahagiaan seluruh keluarga dan rumahtangga.

6. Amalan di atas hendaklah dilakukan selepas solat Isyak.

Semoga perkongsian Petua Awet Muda Secara Semulajadi Untuk Wanita di atas yang mudah dan tanpa modal boleh dijadikan amalan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Insya Allah...


2013/12/26

Azam Dan Harapan Tahun 2014 | Aynorablogs

Azam Dan Harapan Tahun 2014 | Aynorablogs - Selamat datang tahun 2014. Mari hadirkan bahagia kepada penduduk muka bumi ini. Jom berdamai demi keamanan sejagat. Semoga kita hidup dalam keceriaan dan saling berkasih sayang. Dan, semoga hidup kita semua mencapai azam dan harapan tahun 2014 yang di cita-citakan. InsyaAllah...




Setiap orang mempunyai harapan dan impian masa depan mereka sendiri. Secara peribadinya, saya juga menanam impian yang menggunung untuk tahun 2014. Tetapi biarlah azam dan harapan peribadi saya itu saya simpan dan genggam ia dalam hati sahaja. Biarkan ia jadi motivasi diri sendiri untuk tempoh setahun lagi.

Tetapi saya akan kongsikan apakah azam dan harapan blog cinta hati saya ini buat bacaan bersama. Sekiranya saya tergelincir dari azam dan harapan yang disenaraikan ini, silalah beri tunjuk ajar dan komen yang membina.

Azam dan harapan tahun 2014 aynorablogs:-

1. Menerbitkan artikel setiap hari
2. Mengukuhkan niche blog ke arah tagline yg dimiliki - Mata Hati Wanita
3. Lebih aktif menjalinkan persahabatan alam maya sesama blogger
4. Menjayakan segmen dan GA sendiri - sebelum ni tak pernah buat
5. Meningkatkan Alexa Page Rank
6. Menggandakan usaha mempelajari teknik SEO
7. Mengecilkan saiz ranking Alexa samada pada peringkat global ataupun local
8. Menjana pendapatan secara aktif melalui blog ini.

Semoga azam dan harapan yang disenaraikan dapat dicapai dengan usaha yang gigih tanpa jemu disertai sokongan kuat dari sahabat blogger yang lain.

Kejayaan takkan dapat dicapai secara bersendirian. Oleh itu saya mengharapkan sokongan daripada pembaca semua dan sahabat blogger yang lain. Saya berusaha untuk istiqamah kepada tagline baru blog ini iaitu -MATA HATI WANITA.

2013/12/24

Segmen | Pencarian Bloglist 4 Bulan By Khaty R'Bain

Segmen | Pencarian Bloglist 4 Bulan By Khaty R'Bain - Saya harus memulakan semula, mengorak langkah...memperkenalkan kembali blog saya yang sejak bulan November hari tu mengalami 'kerosakan' yang teruk. Kini blog saya menggunakan nama aynorablogs.com dan masih menggunakan niche blog yang sama. 

Jadi, sambil berblogwalking, saya pun join segmen jugak. Jom join segmen by Khaty R'bain ini. Sambil meningkatkan trafik ke blog. Hih... 

http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-4-bulan-by.html
 
SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN | Alhamdulillah.Disember tiba lagi.tibalah masanya kathy untuk melancarkan Segmen Pencarian Bloglist 4 Bulan. Kali ini seramai 25 orang blogger akan di pilih menghiasi Kathy Bloglist  dalam Kategori 4 bulan (Januari-April 2014).


Jika penyertaan melebihi 25 orang,maka kathy akan membuat pilihan,sebaliknya jika kurang atau cukup2 25 orang,kesemuanya akan di bloglist. Seperti biasa ada syarat2nya untuk melayakkan diri join segmen ini.ada juga hadiah misteri menanti 2 peserta yang bertuah. :)


SYARAT PENYERTAAN:

1. seorang blogger dan aktif berblog.


2. beri tajuk segmen "PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN".


3. follow blog  Coretan Hati  dan  Diari Resipi.


4. add G+  Kathy R'bain.


5. like pages facebook :-




6. sesiapa yang berjaya menjadi rakan bloglist kathy,di minta agar dapat masukkan link blog kathy dalam bloglist korang juga.


 7. segmen bermula 23.12.13-30.12.2013 jam 12 tengahmalam.

Berdoa Dengan Al Asmaul Husna | Ar Rahim

Berdoa dengan al asmaul husnaa- Ar-Rahim | Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Ar Rahiim


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:



2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Ya Rahiim - dibaca 100 kali setiap hari

Ertinya: Maha Penyayang


Dialah yang Maha Penyayang kepada hambaNya yang beriman. Dialah yang memberi rahmat yang besar yang tak dapat dinilai dengan harta benda dan kenikmatan apapun di dunia. Rahmat inilah yang khusus diberikan Allah kepada hambanya yang beriman kelak diakhirat.

Seandainya kita dapat terus menerus membaca Ya Rahiim sebanyak 100 kali setiap hari, insyaAllah kita dapat mempunyai daya tarik yang besar sekali sehingga orang sekeliling kita merasa cinta dan kasih sayang kepada kita.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:




4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.



Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli


2013/12/23

1st Give Away By Pingje.Org

1st Give Away By Pingje.Org - Bila dah hampir penghujung tahun ni, tergerak pula nak join satu Give Away yang dikendalikan oleh Pingje.Org. Lagipun Give Away ini nampak mudah. Tetapi kena buat kerja sikit la, apa lagi...kena follow dan like semua sponsor yang terlibat menjayakan segmen tersebut.

Untuk anda yang berminat join juga, boleh klik pada pautan Pingje.Org ini.



Tarikh tutup 1st Give Away By Pingje.Org adalah pada 23 januari 2014. Maknanya Give Away ini akan berlangsung selama sebulan.

Pemenang akan dipilih melalui random.org jadi tiada pilih kasih atau berat sebelah!.
Pada akhir entri, letak aje link blog ini: http://ohpingblog.com/

Jom join!

2013/12/22

Airmata Berharga Seorang Wanita

Airmata Berharga Seorang Wanita - Wanita bukanlah insan yang lemah sebaliknya wanita sering menangis dan tersentuh kerana mereka dikurniakan dengan sifat-sifat yang lembut dan sensitif sesuai dengan fitrahnya sejak asal kejadian lagi. Tipulah jika anda sebagai seorang wanita tidak pernah menangis seumur hidup anda. Menangislah jika sebuah tangisan itu boleh membasuh luka dan tekanan yang sedang ditanggung.

Jangan malu untuk menangis.  Sebaik-baiknya menangislah di hadapan TuhanMu ketika kamu bersujud  kepadaNya.




Airmata Berharga Seorang Wanita


1. Kehilangan Insan Yang disayangi


Wanita menangis ketika kehilangan orang yang mereka sayangi seperti ibubapa, suami, anak-anak dan sebagainya. Tangisan wanita ketika ini amat mahal harganya dan tulus ikhlas kerana kehilangan tempat mencurah kasih dan sayang dan tempat bermanja. Janganlah dihalang tangisan wanita swwaktu kehilangan ini kerana ia boleh mengakibatkan tekanan di dalam hati mereka. Kesannya amat teruk jika jiwa wanita telah tertekan. Mereka boleh jadi diam beberapa ketika tanpa berkata-kata atau ada sesetengahnya langsung tidak boleh bangun kerana trauma yang dahsyat iaitu tidak dapat menerima kenyataan sebuah kehilangan tersebut.

Oleh itu berikan ruang bagi wanita menangis dan pujuklah mereka dengan cara yang elok. Ajaklah mereka beristighfar dan mengadu kepada Allah. Mudah-mudahan hati yang lembut ini mudah sembuh.


2. Kesakitan suami dan anak-anak


Wanita akan menangis ketika melihat suami atau anak-anaknya sakit atau demam yang teruk. Wanita tidak akan menyorokkan kesedihan mereka. Jiwa wanita amat transparent. Anda akan mudah melihat tangisan mereka ini terutamanya jika anak kecil mereka di tahan di hospital akibat penyakit kronik. Ketika ini airmata wanita amat berharga. Airmata wanita lambang kasih sayang sejati seorang ibu atau seorang isteri.


3. Melihat orang susah


Airmata wanita juga akan menitis ketika melihat kesusahan orang lain. Contohnya jika ada rakan-rakan menceritakan kesusahan mereka ataupun menonton rancangan televisyen mengenai bencana yang menimpa sesebuah keluarga. Dalam kes sebegini ramai wanita yang tidak tahu kadangkala diri mereka tertipu oleh lakonan orang sekeliling mereka. Ada irang yang berlakon hidup susah untuk hidup senang. Jadi wahai wanita, simpan airmata berhargamu demi mengelakkan dirimu berasa terlalu lemah dan mudah dibohongi.


4. Dikhianati oleh orang tersayang


Yang ini memang airmata wanita mudah mengalir. Airmata yang berharga ini amat mudah mengalir apabila kepercayaan yang diberikan dikhianati oleh orang yang dia sayangi. Contohnya suami curang, kawan baik memfitbah dan membawa cerita buruk tentangnya dan apabila adik beradik menjauhinya.

Airmata wanita bukanlah murah harganya. Namun jika orang yang mereka sayangi telah menyakitkan hatinya, airmata wanita mudah mengalir kerana sedih dan terkilan. Jadi, wahai suami-suami di luar sana, jangan khianati kepercayaan yang telah isteri kamu berikan. Sepatutnya kamu berbangga kerana masih ada wanita yang menangis kerana kamu. Wanita menangis kerana mereka tidak mahu kamu terlanjur melakukan kesilapan yang boleh membuat kamu menyesal seumur hidup.


5. Dituduh dan difitnah


Airmata wanita yang berharga akan mengalir kerana difitnah dan dituduh sesuatu yang mereka tidak lakukan. Fitnah amat bahaya dan boleh merosakkan sesuatu bangsa. Walau setinggi mana kedudukan seorang wanita, ia boleh jatuh tersungkur oleh sebuah fitnah dan dendam.

Jadi sebagai wanita yang berkedudukan, anda harus berhati-hati dalam mengeluarkan kata dan pendapat. Ini kerana ketika kita berjaya ada sahaja orang yang debgki dan bersedia untuk menikammu dari belakang. Berhati-hati wahai wanita.


6. Bila insan tersayang lupa hari istimewa


Hah! Yang ini memang selalu berlaku. Tak kira tua atau muda, seorang wanita akan bersedih jika orang tersayang tidak mengingati hari-hari istimewa mereka. Contohnya terlupa tarikh lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Airmata wanita yang berharga akan menitis kerana dia bimbang lama kelamaan dirinya pula yang akan dilupakan.

Wanita menangis kerana dia tidak mahu keseorangan ketika menyambut hari yang bermakna dalam hidupnya. Dan, wanita memang takut kesunyian. Jiwa wanita rapuh dan sensitif. Kasihilah wanita dengan ikhlas dan penuh hikmah. Sapulah airmata wanita agar dia boleh menitiskan airmatanya untuk perkara yang membahagiakannya sahaja.

Jangan biarkan wanita-wanita dalam hidupmu menangis kerana penderitaan yang kamu berikan. Kerana sekali airmata wanita tumpah, ada dendam dan marah yang telah berbekas. Ingatlah, wanita adalah insan yang pendendam.

Sekali mereka melangkah pergi, biarpun dia akan kembali belum tentu hatinya boleh melupakan kesakitan yang telah dirasai.

Berwaspada dengan airmata wanita yang amat berharga!




2013/12/21

Cara Menghadapi Boss Yang Garang Di Tempat Kerja

Cara menghadapi boss yang garang di tempat kerja - Bagi anda yang bekerja dan memiliki boss yang garang dan cerewet pasti sedikit sebanyak emosi anda juga terganggu. Bukan sahaja setakat emosi sebaliknya prestasi kerja pun ikut tidak menentu. Betul tak? Bukan anda seorang sahaja yang berkeadaan begitu. Saya pun pernah mengalami pengalaman bekerja dengan boss yang garang dan mementingkan kesempurnaan.

Sedangkan kita sekadar manusia biasa yang mencuba menjadi yang terbaik dalam bidang kerjaya yang kita ceburi. Jadi, mengapa kita harus berhadapan dengan boss yang garang begini? Apa yang perlu kita lakukan bagi mengatasi masalah sebegini?

Cara Menghadapi Boss Yang Garang Di Tempat Kerja 



1) Rileks dan tenangkan hati selalu


Apa sebab boss kita garang? Adakah kerana dia stress melebihi stress kita? Atau sememangnya boss anda itu garang dari azali lagi? Opss...apakah sikap garang seseorang itu boleh diwarisi dari ahli keluarganya? Ini yang selalu pekerja bimbangkan. Dapat boss yang garang macam harimau, suka menuduh dan membuatkan kita rasa bersalah.

Jangan tertekan jika anda dapat boss yang garang begitu. Rileks dan tenangkan hati selalu. Bersedia dengan doa yang boleh melembutkan hati boss yang garang macam itu. Apabila dimarahi, kita dengar dan kemudian berlalu apabila dia telah selesai. Biar boss yang bertambah stress manakala kita tenang sahaja. Lama kelamaan boss pun penat nak melenting tak tentu pasal.    

2) Sentiasa bersedia dengan kerenah boss


Bersedia dengan ilmu dan pengetahuan serta cuba memahami karekter boss kita. Ada banyak bahan bacaan yang boleh dibaca mengenai kerenah boss dan cara menanganinya. Contohnya jika boss sangat perfectionist, maka kita kena menjadi lebih sempurna daripadanya. Maksudnya sentiasa buat perkara atau kerja dengan betul pada pertama kalinya, tidak melakukan 'silly mistake', sentiasa ambil peluang belajar dan sentiasa belajar.

Lama kelamaan boss akan lebih respect kepada kita dan mungkin juga dalam diam mula mengagumi anda!

3) Melebihi jangkaan boss kita


Sebagai kakitangan bawahan kita tak semestinya menurut sahaja tanpa perlu mengambil langkah yang positif memperbaiki kelemahan diri sendiri. Pastikan kita menjadi seseorang yang sentiasa bersikap positif dan memiliki keyakinan yang tinggi apabila berhadapan dengan boss yang garang dan cerewet.

Apa yang boleh kita lakukan adalah sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan sentiasa memikirkan idea yang lebih baik pada setiap masa. Jika boss berikan kerja untuk satu hari, mungkin kita boleh siapkan dalam masa yang lebih singkat seperti setengah hari.

4) Kenalpasti sisi positif dan negatif boss kita


Boss pun manusia juga. Kita makan dan tidur dengan cara yang serupa. Jadi ambil usaha lebih sikit untuk mengenal pasti apakah kelemahan dan kelebihan boss kita itu. Jadikan kelemahannya sebagai kekuatan bagi kita manakala kelebihannya kita jadikan batu loncatan untuk belajar secara diam-diam tentang kesukaannya itu. Contohnya jika boss tidak suka kopi, jangan berikan dia air kopi. Begitulah sebaliknya.

Dengan cara demikian, kita boleh menyesuaikan diri dengan boss yang garang dan cerewet tersebut. Tidak ada yang mustahil jika hendak berjaya dan memikat hati boss agar memudahkan kita melaksanakan tugas yang diberikan.

Secara keseluruhannya, yang penting lakukannya setiap kerja dengan ikhlas. Untuk menghadapi boss yang garang atau cerewet perlu ada ilmu yang tinggi dan tekun melaksanakan tugas yang diberikan. Berbuat baik akan dibalas baik. Selamat bekerja dengan bos yang garang...


2013/12/20

Entri Paling Popular Aynorablogs Tahun 2013

Entri Paling Popular Aynorablogs Tahun 2013 - Tahun 2013 bakal berakhir tidak lama lagi. Pasti ada banyak kenangan pahit dan manis yang dirasai oleh kita semua. Dan bagi saya pula, kenangan terindah tentulah pencapaian pageview yang mencecah lebih dari 1 juta dalam tempoh lebih kurang setahun. Dan yang tak best tentulah bila domain kesayangan saya atas nama aynoranur.com terpaksa berkubur kerana tidak boleh diperbaharui. Akhirnya lahirlah aynorablogs.com dimana ia sinambubgan minat saya terhadap bidang penulisan.

Oleh kerana saya dah banyak membebel, mari kita tengok entri dalam blog aynorablogs yang paling ngetop dan popular sepanjang tahun 2013 ini.

Entri Paling Popular Aynorablogs Tahun 2013

Jika diperhatikan pada gambar di bawah, kebanyakan entri yang saya tulis pada tahun 2013 telah menarik jumlah pembaca yang agak ramai. Saya pun kurang pasti apakah trend yang terjadi pada tahun 2013 ini tetapi kebanyakan pembaca aynorablogs mencari info tentang drama-drama korea yang sedang di tayangkan ataupun yang telah tamat tayangannya di televisyen tempatan.



Untuk rujukan ataupun sesiapa yang terlepas daripada membacanya, saya sertakan link kepada entri-entri yang paling popular ini sepanjang tahun 2013:

  1. Drama Korea & Sinopsis You're Still The One - (80,093 pageviews) diterbitkan 26 Feb 2013
  2. SAPS- Semakan Keputusan Peperiksaan - (23,712 pageviews) diterbitkan 4 April 2013
  3. Jadual Gaji Baru Kakitangan Awam - (12,414 pageviews) diterbitkan 4 April 2013
  4. Kenaikan Gaji Kakitangan Awam - (78,510 pageviews) diterbitkan 27 Mei 2013
  5. Keputusan Terkini PRU 13 Bagi Negeri Johor - (24,786 pageviews) diterbitkan 5 Mei 2013
  6. Drama Korea & Sinopsis Only Because Its You - (56,246 pageviews) diterbitkan 5 Jun 2013
  7. Sinopsis Drama Korea My Love Madame Butterfly - (16,469 pageviews) diterbitkan 11 Ogos 2013
  8. Sinopsis Penuh Drama Cinta Jannah (12,782 pageviews) diterbitkan 15 Ogos 2013
  9. Drama Korea & Sinopsis The Birth Of A Family - (18,595 pageviews) diterbitkan 30 Ogos 2013

Catatan di atas berdasarkan susunan bulan entri itu diterbitkan. Alhamdulillah...dalam perlahan-lahan mengendalikan blog, saya masih boleh menarik perhatian pembaca yang inginkan info terkini tentang pelbagai perkara.

Saya berharap agar anda yang saya kasihi semua masih sudi membaca, meninggalkan komen yang membina, menegur, menunjuk ajar yang mana jika saya tersilap dan semoga ikatan ukhwah antara kita berpanjangan.

Tolong ingatkan saya selalu...terima kasih.

Senarai Cuti Umum Bulan Januari 2014

Senarai Cuti Umum Bulan Januari 2014 - Kali ini saya akan kongsikan senarai semak cuti umum bagi bulan Januari 2014 untuk semua negeri dalam Malaysia. Tujuannya supaya memudahkan kita mengatur cuti ataupun membuat majlis kekeluargaan.

Senarai cuti umum bulan januari 2014 ini tertakluk kepada pindaan saat akhir oleh pentadbir atau pihak berkuasa negeri masing-masing.

Senarai Cuti Umum Bulan Januari 2014 


 


Semoga senarai cuti umum bulan januari 2014 memberikan manfaat dan kemudahan kepada semua pembaca blog ini.



2013/12/19

Khasiat Buah Belimbing Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Belimbing Untuk Kesihatan - Buah belimbing juga salah satu buah yang sering menjadi 'makanan' kami sekeluarga ketika kecil dahulu. Oleh kerana buah belimbing berbuah sepanjang tahun, jadi kami boleh mendapatkan buah tersebut pada bila-bila masa sahaja dan dalam jumlah yang banyak.

Namun ada pendapat mengatakan bahawa buah belimbing manis ini tidak sesuai untuk penghidap kencing manis dan buah pinggang. Jadi, jika anda menghidapi kedua-dua jenis penyakit ini, sila dapatkan nasihat doktor sebelum memakannya.    



Khasiat Buah Belimbing Untuk Kesihatan 

Samada dimakan seperti biasa atau dijadikan jus, belimbing manis memiliki banyak manfaat sebagai ubat tradisional atau ubat alternatif. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah belimbing berguna sebagai antioksidan yang berfungsi untuk memerangi radikal bebas dan mencegah penyebaran sel-sel kanser, meningkatkan daya tahan tubuh, dan mencegah sakit gigi. Pectin yang terdapat di dalam buah belimbing mampu mengikat kolesterol dan asam empedu dalam usus, kemudian membantu pengeluarannya sehingga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan melancarkan pencernaan. Tambahan pula, kandungan Kalium yang tinggi dan Natrium yang rendah sangat memungkinkan belimbing dijadikan sebagai ubat alternatif anti hypertension.

Selain itu, berikut juga khasiat tambahan buah belimbing yang boleh kita ikuti: 
  1. untuk mengatasi penyakit batuk pada kanak-kanak
  2. mengatasi gusi berdarah
  3. mengurangkan rasa gigi sakit berlubang
  4. mengatasi jerawat dan panau 
  5. membantu menurunkan tekanan darah tinggi
  6. melindungi tubuh daripada penyakit kencing manis
  7. kandungan serta pada buah belimbing dapat membantu proses pencernaan
  8. bagus untuk diet kerana kandungan pectin di dalam buah belimbing boleh membantu menghapuskan kolesterol dalam tubuh
Buah belimbing juga boleh dijadikan bahan tambahan di dalam hidangan salad buah-buah tempatan anda. Ia mudah dimakan, manis dan senang di dapati dalam negara kita. 

Jom makan untuk sihat dan ambil hidangan yang sihat agar kita boleh mengelakkan ditimpa pelbagai penyakit yang tidak diingini.    

2013/12/18

Kisah Kematian Wanita Yang Tidak Pernah Solat

Kisah Kematian Wanita Yang Tidak Pernah Solat |  Artikel ini saya ambil dari sini, dan telah saya sunting bahasa dan ejaannya agar memudahkan kita untuk membacanya. Kisah ini adalah kisah benar yang banyak memberikan pengajaran kepada kita terutamanya kepada golongan wanita yang sudi membacanya.

Semoga kita semua mendapat kebaikan daripada artikel dan kisah yang dipaparkan di bawah ini.

Kisah Kematian Wanita Yang Tidak Pernah Solat 




Temanku berkata kepadaku, “Ketika perang teluk berlangsung, aku sedang berada di Mesir dan sebelum perang meletus, aku sudah terbiasa menguburkan mayat di Kuwait yang aku ketahui dari masyarakat setempat. Salah seorang keluargaku menghubungiku meminta agar menguburkan ibu mereka yang meninggal. Aku pergi ke perkuburan dan aku menunggu di tempat memandikan mayat.

Di sana aku melihat empat wanita berhijab bergegas meninggalkan tempat memandikan mayat tersebut. Aku tidak menanyakan sebab mereka keluar dari tempat itu kerana memang bukan urusanku. Beberapa minit kemudian wanita yang memandikan mayat keluar dan memintaku agar menolongnya memandikan mayat tersebut.

Aku katakan kepadanya, "Ini tidak boleh, kerana tidak halal bagi seorang lelaki melihat aurat wanita."

Tetapi ia mengemukakan alasannya bahwa jenazah wanita yang satu ini sangat besar.

Kemudian wanita itu kembali masuk dan memandikan mayat tersebut. Setelah selesai dikafankan, ia memanggil kami agar mayat tersebut diusung. Kerana jenazah ini terlalu berat, kami berjumlah sebelas orang masuk ke dalam untuk mengangkatnya. Setelah sampai di lubang kuburan (kebiasaan penduduk Mesir membuat pekuburan seperti ruangan lalu dengan menggunakan tangga, mereka menurunkan mayat ke ruangan tersebut dan meletakkannya di dalamnya dengan tidak ditimbun).

Kami buka lubang masuknya dan kami turunkan dari usungan kami. Namun tiba-tiba jenazahnya terlepas dan terjatuh ke dalam dan tidak sempat kami tangkap kembali hingga aku mendengar dari gemeretak tulangnya yang patah ketika jenazah itu jatuh. Aku melihat ke dalam ternyata kain kafannya sedikit terbuka sehingga terlihat auratnya. Aku segera melompat ke jenazah dan menutup aurat tersebut.

Lalu dengan susah payah aku menyeretnya ke arah kiblat dan aku buka kafan di bahagian mukanya. Aku melihat pemandangan yang aneh. Matanya terbelalak dan berwarna hitam. Aku menjadi takut dan segera memanjat ke atas dengan tidak menoleh ke belakang lagi.

Setelah sampai di apartmen, aku menghubungi salah seorang anak perempuan jenazah. Ia bersumpah agar aku menceritakan apa yang terjadi saat memasukkan jenazah ke dalam lubang kubur. Aku berusaha untuk mengelak, namun ia terus mendesakku hingga akhirnya terpaksa harus memberitahunya.

Ia berkata, “Ya Syeikh (panggilan yang sering diucapkan kepada seorang ustadz), ketika anda melihat kami bergegas keluar disebabkan kami melihat wajah ibu kami menghitam, kerana ibu kami tidak pernah sekalipun melaksanakan solat dan meninggal dalam keadaan berdandan.”

Kisah nyata ini menegaskan bahawa Allah SWT menghendaki agar sebahagian hambaNya melihat bekas Su’ul khatimah (pengakhiran yang buruk) hamba-Nya yang durhaka agar menjadi pelajaran bagi yang masih hidup. Sesungguhnya yang demikian itu merupakan pelajaran bagi orang-orang yang berakal.

(Disalin dari: Siri Kisah Teladan karya Muhammad bin Shalih al-Qahthani, Juz 2 seperti yang ditulisnya dari Kisah-Kisah Nyata karya Abdul Hamid Jasim al-Bilaly, Darul Haq)

Semoga Kisah Kematian Wanita Yang Tidak Pernah Solat di atas memberikan kita sebuah peringatan yang jelas. Allah Maha Besar... 

Wordless Wednesday | Takdirnya

Wordless Wednesday | Takdirnya 

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


 



2013/12/17

Berdoa Dengan Al Asmaul Husnaa | Ar Rahman

Berdoa Dengan Al Asmaul Husnaa - Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Ar Rahmaan


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:




2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Ar Rahmaan...dibaca 500 kali

Ertinya: Maha Pengasih

Dialah yang Maha Pengasih kepada Seluruh makhluk dengan memberi rahmat kepada seluruh umat, baik yang beriman mahupun yang masih kafir. Semuanya tak terkecuali diberinya rezeki, kesihatan, kenikmatan-kenikmatan yang semuanya itu bersifat sementara untuk kelangsungan hidup di dunia.

Apabila kita baca Ya Rahman..., sehabis solat lima waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita menjadi terang, tenang dan hilang lah sifat-sifat lupa dan gugup dengan izin Allah.


3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:




4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.



Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli



2013/12/15

Berdoa Dengan Al Asmaul Husnaa | Allah

Berdoa Dengan Al Asmaul Husnaa - Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Allah


1) Baca kalimah di bawah ini terlebih dahulu:




2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


"Ya Allah..." - dibaca 500 kali setiap malam


Nama ini adalah ismudz zat yang menpunyai erti dari seluruh pengertian yang terkandung dalam seluruh nama-nama Allah. Iaitu Tuhan yang tiada wajib disembah melainkan Dia. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dan segala benda yang ada di dalamnya. Dialah yang wajib dipuji yang benar-benar berkuasa di atas segalanya.

Lafaz 'Allah' apabila dibaca dengan mengucapkan Ya Allah sebanyak 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi pada waktu malam telah larut setelah mengerjakan solat sunat dua rakaat (solat hajat atau solat tahajjud), maka akan berpengaruh besar untuk mendorong kejayaan dalam semua yang dihajatkan. Maknanya, beroleh kejayaan dalam segala bidang yang dilakukan.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:




4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.



Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli



2013/12/13

Sinopsis Drama Korea One Sweet Word

Sinopsis Drama Korea One Sweet Word - Sinopsis drama korea kali ini mengisahkan tentang kehidupan alam rumahtangga pasangan suami isteri yang dilanda dugaan dan cabaran untuk mempertahankan perkahwinan tersebut. Drama korea One Sweet Word akan ditayangkan di saluran Astro 393 ONE HD.

Mampukah mereka menghadapi cabaran yang mendatang tersebut?

Sinopsis Drama Korea One Sweet Word




Drama Korea One Sweet Word ini boleh diumpamakan seperti 'Desperate Housewives' versi Korea. One Sweet Word mengisahkan konflik dalam rumahtangga dan kehidupan serta kisah percintaan dua buah pasangan yang telah berkahwin. Song Mi Kyung (Kim Ji Su) adalah seorang isteri yang setia dengan perkahwinan yang direstui yang menjadikan mereka pasangan yang dicemburui. 

Namun, suatu hari, Song Mi Kyung mendapati suaminya, Yoo Jae Hak (Ji Jin Hee), telah curang dan merancang untuk menggunakan cara yang lebih lembut untuk memberikan pengajaran kepada pasangan yang menipu tersebut.

Adakah usahanya itu berjaya?

Akan mula ditayangkan pada 30 Disember 2013, Setiap hari Isnin & Selasa,8.55pm.


Info drama korea One Sweet Word:

Pengarah: Choi Young-Hun(b)
Genre: TV, Drama, Romantik
Penyiar: SBS

Episode: 20
Dibintangi oleh: Ji Jin Hee (The Great Seer), Kim Ji Su, Han Hye Jin, Lee Sang Woo.

Selamat menonton drama keluarga dan romantik ini yang pastinya memberikan banyak pengajaran kepada kita semua. 

2013/12/11

Penyertaan Contest SEO Eridy

Penyertaan Contest SEO Eridy | Saya masih ada peluang walaupun peluang itu sudah jadi peserta terakhir mungkin yang menyertai contest SEO Eridy ini. Tidak mengapa jadi yang terakhir daripada tidak berani memulakan langkah langsung, kan? Saya cuba memujuk diri agar terus gigih walaupun keadaan blog yang agak tunggang terbalik kebelakangan ini.




Contest SEO Eridy akan ditutup mulai jam 12.00 tengah malam (11/12/2013) ini. Ini yang saya terbaca dari blog Eridy.com sebentar tadi.

Penyertaan Contest SEO Eridy


Apakah istimewanya contest SEO Eridy ini? Saya berharap untuk menjadi antara orang yang dapat menyertainya kerana contest SEO Eridy ini nampak simple dan unik. Jadi tentu anda semua kenal atatu buat-buat kenal dengan si Eridy ini sebab hadiahnya yang menarik ataupun ikhlas untuk turut serta? Tanya hati biar minda yang menjawabnya.

Ambil dari About Me di blog Eridy.Com:

Nama: Eridy
Umur : 24 tahun
Hobi : Stalking kisah – kisah orang dalam Google(dalam ayat skema, melayari Internet)
Minat : Pelaburan , Programming debug n error
Kerjaya : IT Technician
Cita – cita : IT Engineer (buat masa nie, belum sedia lagi nak pening kepala pegang kerja nie)
Religion : Christian (Anglican)
Citizen : Sabah , Malaysia .

Saya amat berharap untuk dapat sedikit duit poket daripada contest SEO Eridy ini. Sebabnya...dengan duit kemenangan itu nanti bolehlah saya pasang domain yang lain untuk menjadi rakan kepada blog saya yang ini. Semoga harapan ini bakal menjadi kenyataan.

Tetapi korang pelik tak? Atau buat-buat tak tahu pasal ini. Kenapa blog Eridy.com sangat simple dan macam sedih je? Sekadar pandangan....

Okey la, Semoga entri ini boleh diterima sebagai satu tanda penyertaan dari saya untuk contest SEO Eridy ini.


2013/12/09

3 Cara/Petua Merebus Telur Paling Mudah

3 Cara/Petua Merebus Telur Paling Mudah - Saya memang rajin merebus telur kerana anak bujang kecil saya sangat sukakan telur rebus. Kadangkala saya menghadapi masalah merebus telur kerana adakalanya telur yang direbus kurang masak dan tidak cantik hasilnya, seperti kulit melekat. Jika terlebih masak, kuning telur berasa agak hambar pula.

Apakah anda juga ada masalah seperti saya?

3 Cara/Petua Merebus Telur Paling Mudah 





1) Merebus telur dalam jumlah yang besar seperti di hari perkahwinan, kadang-kadang menyebabkan telur banyak yang retak atau pecah. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, masukkan dua genggam garam bersama telur semasa merebus. Maka telur akan masak dengan elok.

2) Masukkan sedikit cuka ke dalam air rebusan telur yang sedang mendidih. Boleh juga masukkan limau nipis yg telah dipotong nipis. Biarkan kesemua telur rebusan masak. Hasilnya telur tidak akan pecah sebaliknya lebih putih dan bersih.

3) Masukkan telur dalam bekas merebus. Kemudian masukkan air paip. Paras air mestilah lebih kurang 1" dari paras telur. Kalau air terlalu banyak, telur itu akan berlaga-laga semasa mendidih. Kemudian masukkan beberapa biji beras. Ini adalah salah satu cara nak tahu kalau telur rebus itu sudah masak atau belum berpandukan pada beras itu yang sudah jadi nasi. Jika nasi itu tidak terlalu kembang, maknanya telur rebus itu akan lembut aje isinya. Jika nasi itu nampak terlalu kembang, itu tanda telur rebus itu sudah terlalu masak dan isinya akan terlalu pejal.

Jadi semoga 3 cara atau petua merebus telur paling mudah di atas dapat memberikan anda idea untuk merebus telur agar hasilnya tidak mengecewakan. 

2013/12/07

Sinopsis Drama Korea Incarnation of Money

Sinopsis Drama Korea Incarnation of Money - Sebuah lagi drama korea yang mengenengahkan genre aksi dan komedi yang kadang-kadang mencuit hati dan ada sesetengah bahagian cerita dalam Incarnation of Money ini yang serius. Sekarang sudah ditayangkan di saluran ONE 393.

Waktu siaran: Isnin - Khamis, 7:40 mlm. 



Sinopsis Drama Incarnation of Money


Wang adalah benda yang paling merbahaya! Lee Cha Don membesar di sebuah rumah anak-anak yatim dan telah berjaya menjadi pendakwa iaitu salah satunya kerjaya yang disegani di Korea. Tetapi, sebaliknya, ia juga boleh menjadi satu kerjaya yang paling banyak korupsi, dengan banyak peluang mengeggarkan dunia perjudian dan memiliki duit poket yang lebih dengan cara yang salah.


Dengan tidak mempunyai ingatan tentang masa lampau, nasib Cha Don dengan tidak disangka terikat dengan Bok Jae In, iaitu anak perempuan Ah Long yang menanggung perbelanjaan kehidupan dan pendidikannya tetapi mengharapkan balasan daripada pelaburannya itu.

Dan juga kisah seorang pendakwa senior bernama Ji Se Kwang, yang bertanggungjawab terhadap kehidupan tragis Cha Don, berlagak sebagai pendakwa yang jujur sedangkan beliau menyembunyikan kisah silamnya yang kejam. Incarnation of Money, juga menggunakan tajuk "Money Incarnation,” “Money Demons,” and “The Embodiment of Money,” adalah sebuah drama korea yang diarahkan oleh Yu In Sik.

Info Drama Incarnation of Money:-


Genre: Korean Drama, Thriller & Suspens, Drama, jenayah & misteri
Pelakon: Hwang Jung Eum, Oh Yoon Ah, Choi Yeo Jin, Kang Ji Hwan
Jumlah Episod: 24 


Selamat menonton tayangannya dan saya percaya drama korea Incarnation of Money ini juga bakal menjadi drama korea kegemaran anda yang sukakan sebuah drama yang pantas serta komedi selamba.   

2013/12/06

Mutiara Kata Tentang Kiasan Hidup Di Dunia

Mutiara Kata Tentang Kiasan Hidup Di Dunia - Dunia hanyalah persinggahan sementara kerana kehidupan di dunia ini tidaklah kekal. Hanya Akhirat jua alam abadi yang kekal buat selama-lamanya. Maka sebab itulah selagi kita masih bergelar manusia yang berjalan di muka bumi ini, janganlah sombong dan mengaku diri kita sempurna.

Mari kita hayati kata-kata mutiara tentang kiasan hidup di dunia ini sebagai rujukan dan panduan kehidupan yang lebih diberkati dan dirahmati. Insya Allah...



Mutiara Kata Tentang Kiasan Hidup Di Dunia

1) Kata-kata Luqman Al Hakim dalam al Quran ketika beliau menasihatkan anaknya:


"Hai anakku, sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam dan manusia telah banyak karam di dalamnya. Oleh sebab itu jadikanlah kapalmu di dunia ini berbakti kepada Allah, muatannya imannya dan layarnya tawakkal kepada Allah, mudah-mudahan engkau selamat."

2) Mutiara Dari surah al Hadid, ayat 20,


"Ketahuilah bahwasanya hidup di dunia ini adalah hidup berpoya-poya dan bersukaria, hias-hias bermegah-megahan dengan banyak harta dan anak, ibarat hujan yang menggembirakan orang-orang Kafir kerana melihat kesuburan tanam-tanaman yang menghijau, tetapi kemudian sesudah itu menjadi kering kekuning-kuningan lalu gugur dan musnah. Padahal di akhirat nanti ada azab yang pedih dan ada pula keampunan dari Allah dengan keredhaannya. Sebenarnya kehidupan di dunia ini hanya kesenangan yang palsu belaka."

3) Sabda Rasulullah s.a.w pula:


"Adalah kamu di muka bumi ini seperti tamu dan jadikanlah masjid seperti rumahmu, nescaya hatimu akan menjadi lunak dan perbanyakkanlah berfikir dan menangis dan janganlah kamu berselisih dengan menurutkan nafsumu dan kamu membuat bangunan yang indah-indah, sedangkan itu belum tentu akan kamu diami dan menghimpun apa yang kamu tidak akan memakannya dan bercita-cita apa yang tidak akan kamu peroleh."

4) Berkata pula Imam Ghazali,


"Ketahuilah bahawasanya dunia ini adalah tempat singgah untuk sementara waktu, bukan tempat tinggal yang sebenar, sedangkan manusia di dalamnya selaku musafir yang sedang berkelana. Awal pertama manusia singgah dalam perut ibunya, dan yang terakhir manusia singgah di liang kubur."


Inilah kompilasi mutiara kata yang membahaskan tentang kiasan hidup di dunia. Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang adalah kerana kelemahan diri kita sendiri.

Sebarkan Bahagia:

2013/12/05

Kerjaya dan Sifat Istiqamah

Kerjaya dan sifat istiqamah - Apa itu istiqamah? Mengapakah sebagai seorang muslim yang meyakini Tuhan yang satu wajib memiliki sifat terpuji tersebut. Dalam artikel ini saya akan mengupas kaitan antara kerjaya dan kaitannya dengan sifat istiqamah ini yang saya cukup yakin dapat membantu menaikkan taraf hidup seseorang untuk maju selangkah ke hadapan dan menjadi hamba yang semakin baik setiap hari. Insya Allah...

Apa itu istiqamah?


Maksud istiqamah yang saya baca dari buku yang bertajuk 'Bimbingan Iman, Akhlak & Amal Soleh oleh H.Luqman Hakim' adalah berdiri teguh pada jalan yang benar dan lurus tanpa sedikitpun berubah sikap dan pendirian dalam apa keadaan sekalipun. Ia merupakan satu-satunya ciri orang-orang yang beriman terhadap Allah S.W.T.

Jadi, apa kaitannya dengan kerjaya seseorang? Jika diimbas maksud istiqamah secara mendalam tentu anda semua setuju dengan saya bahawa jatuh bangun dan berjayanya seseorang itu di dalam kerjaya yang diceburi mestilah disertai dengan sifat istiqamah yang saya sebutkan di atas. Lantas, buang segala sifat yang lemah dan cepat berputus asa. Tanamkan sifat yang terpuji di atas sambil jangan berhenti belajar. Ingatlah wahai sahabat, sesiapa yang tabah berjuang menegakkan hak dan kebenaran, mereka itulah yang menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Firman Allah S.W.T




Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Allah Tuhan kami, kemudian mereka berpendirian teguh (istiqamah), maka Malaikat-Malaikat akan turun kepada mereka (berkata): Jangan kamu takut dan jangan berduka cita, dan terimalah berita gembira memperoleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Kami menjadi pelindung kamu dalam kehidupan di dunia ini dan di hari akhirat. Di sana kamu memperoleh semua apa yang menjadi keinginan jiwamu (hatimu), dan di sana kamu memperoleh semua apa yang kamu minta. Sebagai hidangan dari Tuhan yang Pengampun dan Penyayang." (Surah Fussyilat: Ayat 30-32).


 


Maksudnya:

"Dan barangsiapa berpegang dengan Allah, maka sesungguhnya akan dipimpin dia ke jalan yang lurus." (Surah al-Imran: Ayat 101).

Sifat istiqamah ini sungguh indah dan sesiapa yang memiliki sifat ini amat dikasihi oleh Allah. Tambahan pula sifat istiqamah ini dengan sendirinya melahirkan sifat-sifat akhlak lain yang amat terpuji dan boleh memberikan motivasi terhadap kerjaya seperti menyukai kebenaran, sabar, amanah dan sebagainya.

Justeru itu, untuk maju dalam kerjaya kita haruslah memiliki sifat istiqamah ini sehingga apa yang kita impikan boleh dicapai asalkan ianya selaras dengan syariat islam.

Sebarkan Bahagia:

Resepi Acar Buah | Acar Tahun

Resepi Acar Buah | Acar Tahun -Sekarang telah bermulanya cuti sekolah bagi anak-anak kita. Jadi, menjadi kebiasaan bagi keluarga yang membuat kenduri kahwin pada musim cuti persekolahan. Ibu mertua saya telah mendapat tempahan membuat acar tahun untuk kenduri kahwin abangnya. Jadi sambil membantu ibu mertua menyediakan bahan untuk 1,500 orang, saya pun ambil sedikit resepi acar tahun yang sedang dibuatnya itu.

Resepi Acar Buah | Acar Tahun




Bahan-bahan membuat acar buah atau acar tahun:-


Bahan-bahan kisar :
  • 4 inci halia
  • 6 biji bawang putih
  • 10 biji bawang kecil
  • 5 sudu udang kering
  • 2 cawan lada kisar
  • garam
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air asam jawa
  • minyak untuk menumis

Bahan potong :

  • 250 g bawang kecil (kerat 2)
  • 250 g bawang putih (kerat 2)
  • 100 g jeruk ceri merah
  • 100g jeruk ceri kuning
  • 100g jeruk asam dipotong
  • 100g buah prun (dipotong 6)
  • 100 g asam merah (nak letak lebih pun boleh)
  • 100 g jeruk sengkuang (dipotong dadu)
  • 100 g kismis
  • 100 g lobak putih/masin
  • 100 g buah kana
  • 20 biji cili padi (digoreng) 

Cara-cara Membuatnya:

1. panaskan minyak, goreng dulu bawang putih dan bawang kecil yang dipotong..bila dah kekuningan,
angkat dan toskan.
2. Tumis bahan kisar hingga garing
3. masukkan gula, garam
4. masukkan semua jeruk yang telah di potong dan gaul rata
5. masukkan air asam, biarkan mendidih
6. Tambahkan perisa, jika suka boleh tambah gula melaka...
7. Kacau sampai sebati dan boleh angkat bila terbit minyak.


Nota:

Resepi Acar Buah di atas ini adalah anggaran untuk dua balang kecil acar buah. 


2013/12/03

Cara Solat Sunat Taubat

Cara Solat Sunat Taubat - Solat sunat taubat yang afdal ditunaikan pada waktu tengah malam dan sebelum mengerjakan solat sunat taubat 2 rakaat, hendaklah membaca al Quran surah al-Imran juzuk empat ayat 189 hingga akhir surah al-Imran.

Cara Solat Sunat Taubat



Lafaz niatnya:





Surah yang dibaca selepas al-Fatihah.


1) Dalam rakaat pertama membaca surah al-Kafirun 11 kali
2) Dalam rakaat kedua membaca surah al-Ikhlas 11 kali

Bacaan selepas salam:




Doa solat Sunat Taubat :



Maksudnya: 

"Kami bertaubat kepada Allah (3 kali). Dan kami kembali kepada Allah. Dan kami menyesal apa yang telah Kami lakukannya. Dan kami berazam bahawa kami tidak akan kembali berbuat dosa selamanya. Dan kami terlepas dari tiap-tiap agama yang menyalahi agama islam. Dan kami bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah Dengan sebenarnya melainkan Allah yang Esa tidak sekutu bagiNya. Dan kami bersaksi bahawa sesunguhnya penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah. Kami telah reda dengan Allah sebagai Tuhan, dan islam sebagai agama, dan saidina Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Wahai Tuhanku, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami sayidina Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya, dan kurniakan kepadanya kesejahteraan yang sempurna, dan jadilah penyayang dan pengasih terhadap kami dan orang Muslim. 

Wasallalahu 'ala Sayidina Muhamaddin Wa'ala alihi wasahbihi Wasal-lam."


2013/12/01

Petua Segarkan Daging Dengan Timun

Petua Segarkan Daging Dengan Timun - Sudah agak lama saya tidak kongsikan petua kat blog ini. Mungkin sebab saya berasa 'down' dengan keadaan blog yang sekejap-sekejap tak boleh di buka. Tetapi demi minat dan rasa tanggungjawab yang masih menebal, maka saya usahakan juga untuk memuat naik entri yang berfaedah untuk perkongsian bersama.

Petua Segarkan Daging Dengan Timun





Daging yang disimpan agak lama tentulah kurang sedap untuk dimakan, tetapi jangan pula dibuang. Cara untuk mengatasinya amat mudah dan murah. Anda hanya perlu menyediakan beberapa biji buah timun.

Parutkan timun dan ramas pada daging yang hendak dimasak. Biarkan sekejap dan bersihkan. Daging yang pada mulanya tidak segar dan berbau, menjadi lebih segar.

Okey, selamat mencuba ya petua segarkan daging dengan timun kat atas tu. Mudah dan murah je kan?