Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ciri-Ciri Dan Personaliti Orang Lahir Bulan November

Ciri-Ciri Dan Personaliti Orang Lahir Bulan November - Bulan November datang lagi. Selamat Hari Lahir November babies!! Bulan yang kedua akhir daripada 12 bulan yang ada dalam kalendar sekular atau Masihi. Kalau ada 12 orang adik beradik, diandaikan anak ke 11 ini kategori tanah la...sejuk sikit kut..hihi (mungkin juga saya tersilap, maafkan saya).

Ciri-ciri dan personaliti orang yang lahir dalam bulan November ni.. secara amnya dari pengalaman sendiri, mereka adalah golongan yang sayangkan keluarga, tenang, penyabar, bertanggungjawab dan setia. Jika anda ada rakan atau adik beradik ahli keluarga yang lahir dalam bulan November, cuba perbatikan personaliti mereka. Betul tak?

Selamat hari lahir sahabat November, semoga Allah melimpahi rahmat, kesihatan, rezeki dan keselamatan dari dunia hingga akhirat. Hiduplah dengan baik dan dalam kebaikan...❤❤❤" 


Bulan November bulan yang kurang popular. Mengapa agaknya? Adakah tidak ada orang yang popular dalam bulan November? Siapakah orang-orang popular yang dilahirkan dalam bulan November? Cuba teka?

Baiklah, saya senaraikan orang-orang popular yang lahir dalam bulan November. Antaranya Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas PM yang kelima dan Sultan Johor sekarang iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Ciri-Ciri Dan Personaliti Orang Lahir Bulan November


Kumpulan ciri-ciri dan personaliti kelahiran bulan November yang disenaraikan di bawah adalah kajian daripada Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah yang telah dilakukannya selama bertahun-tahun. Namun jika ada kajian personaliti bagi bulan November yang kurang tepat, ia adalah kelemahan kita sebagai manusia biasa. Ok? Yang sempurna hanya milik Allah.

  • Banyak idea dalam sesuatu perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran ke hadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk di rumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

1. Ciri-Ciri dan personaliti wanita yang lahir bulan November


Antara ciri-ciri wanita yang dilahirkan dalam bulan November adalah berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, biasanya bagus jadi Interior Designer. Tambahan lagi mereka memiliki pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Mereka juga dikatakan golongan yang cermat dan teliti. So, sesuai juga kerja sebagai seorang doktor.

Manakala ciri-ciri yang kurang bagus untuk wanita yang dilahirkan dalam bulan November adalah tidak pasti dengan hubungan kasih sayang yang sedang dijalinkan, kurang menghargai pujian. Boleh dikatakan mereka agak kurang romantik. Dikatakan juga wanita kelahiran bulan November agak sukar mengawal emosi sendiri.

2.Ciri-Ciri dan personaliti lelaki yang lahir bulan November


Antara ciri-ciri positif orang lelaki yang dilahirkan dalam bulan November adalah tabah dan kuat dalam menghadapi segala cubaan, pandai mengerjakan sesuatu amanah yang diberikan, dan pandai mengambil hati orang lain serta kasih mendalam terhadap pasangannya dan romantik. Best kan kalau dapat pasangan dalam bulan November....

Manakala ciri-ciri yang agak kurang bagus adalah agak pemalas dan suka menunda pekerjaan, terlalu banyak berfikir, agak pendendam dan tidak mudah memberi maaf pada orang yang bersalah. Jadi lelaki yang lahir dalam bulan November boleh dikategorikan sebagai seorang yang keras hati. Iya ke? Adakala fikiran mereka suka berubah-ubah...


Mengikut bacaan dan kajian saya, orang yang lahir dalam bulan November sesuai berkawan dan mencari pasangan yang dilahirkan dari kumpulan bulan Mei - Ogos. Mengapa agaknya? Ini adalah disebabkan ciri-ciri personaliti yang dilahirkan dalam kumpulan tersebut dilihat lebih tenang, lembut, matang, berkarisma dan juga mencari kesempurnaan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa pasangan yang bergandingan antara gabungan bulan kelahiran yang saya sebutkan di atas tadi bakal menjalani kehidupan yang sederhana, tenang dan sempurna. Tetapi itu semua berlaku dengan izin Allah jua.

Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan dan sahabat anda. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.

Jom sebarkan bahagia...

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Assalamualaikum.

    memang betul la aynora bulan november rasa kurang popular je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      Agaknya kan? Yang popular ramai lahir dalam bulan Feb, Jun, July & August..hihi

      Delete
    2. ye kot aynora. ayie pun lahir dlm salah satu bulan yg aynora sebut tu. :)

      Delete
  2. saya november baby :) crush saya mac :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close