Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Senaman Mudah Untuk Kurus Dan Kempiskan Perut

Bila cerita pasal makanan atau resepi semua orang suka. Siapa yang tak suka makan, betul tak? Namun kali ini saya akan kongsikan satu tips yang mudah untuk bersenam bagi orang yang berbadan gempal atau gemuk. Secara tak langsung, ia boleh kempiskan perut... hihi..

Setelah penat 'makan', apa kata kita bersenam pulak. Ia untuk kesihatan jugak.

Memang orang kata senaman bukan keutamaan dalam proses diet, yang penting adalah menjaga pola pemakanan kita dan melebihkan makanan berserat dan sayur-sayuran mencukupi. Namun begitu, bila kita dapat melakukan senaman, ia umpama satu bonus untuk kita mendapat kurus yang ideal dan badan yang sihat. 

Tips Senaman Mudah Untuk Kurus Dan Kempiskan Perut


Lompat Bintang

Buat senaman lompat bintang memang mudah. Buat perlahan-lahan pun tak mengapa. Masa sekolah dulu inilah senaman pertama yang cikgu ajar dalam pendidikan jasmani. Masih ingat tak? Dan, jika mengantuk pun kita boleh buat senaman lompat bintang.

Contoh senaman lompat bintang..



Kajian menunjukkan bahawa senaman lompat bintang membakar 100 kalori untuk setiap 10 minit lompatan yang dibuat dengan laju apabila dilakukan oleh seseorang yang memiliki berat sebanyak 165-paun, iaitu bersamaan 74 kilogram. Jika dilakukan dalam tambahan 10 minit lompat bintang, tiga kali seminggu, seseorang boleh kehilangan satu paun tambahan setiap 11 atau 12 hari tanpa mengubah diet orang itu. Ini bermakna makan macam biasa tetapi boleh turun berat badan.

Senaman 'Sit up'

Senaman 'Sit-Ups' atau bangun duduk membantu mengempiskan perut. Amalan ini tidak akan dapat dilihat dalam masa yang singkat, tetapi perlu diamalkan secara konsisten. Senaman ini agak mudah juga, jadi orang gemuk yang nak kurus mesti boleh buat! Kalau tak boleh buat sorang-sorang...minta tolong teman anda pegang hujung kaki anda.

Sentiasa pastikan meletakkan tangan di bahagian telinga berbanding dibelakang tengkuk bagi mengelakkan sakit /lenguh di leher dan belakang tubuh.

Senaman sentuh ibu jari kaki

Sekiranya anda bosan dengan rutin 'sit-ups', cuba teknik senaman ini.

Baring lurus di lantai, angkat tangan menghala ke ceiling, sambil itu juga angkat kaki anda supaya tangan dapat menyentuh ibu jari kaki (pastikan kedua tangan dan kaki dalam keadaan lurus) - biarkan dalam posisi ini untuk beberapa ketika dan jatuhkan tangan dan kaki ke kedudukan asal, ulang semula - lakukan 15-20 kali sehari.

Selamat menjaga kesihatan kita...hidup untuk sihat dan ceria.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum.

    beberapa waktu dulu ayie mmg rajin bersenam..pumping sampai beratus kali..masa tu mmg terasa cergas tapi tak istiqamah skrg baru nk mula bersenam semula..haha

    Senaman sentuh ibu jari kaki tu mmg ada ayie buat tapi dlm keadaan duduk..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close