Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2014/01/30

Resepi Udang Goreng Kentang

Udang menjadi antara makanan kegemaran kami sekeluarga. Oleh kerana kesuntukan masa, saya pun menyediakan juadah yang simple untuk keluarga. Memang agak mudah. Hanya dengan campak-campak je...lauk saya sudah boleh dimakan. Hehe...


Resepi udang goreng kentang


Resepi Udang Goreng Kentang

Bahan-bahan:

Bahan A:

3 biji kentang - dipotong dadu
10 ekor udang bersaiz besar - bersihkan
1 biji cili benggala - potong memanjang
1 biji timun jepun - potong kepada beberapa bahagian dan buang empulurnya
Minyak zaitun untuk menggoreng

Bahan B:

3 sudu cili sos
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam dan gula

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng kentang hingga cukup lembut. Ketepikan.

2.Goreng pula udang yang telah dibersihkan tadi.

3. Campur semua bahan A dan kacau rata

4. Masukkan pula bahan B ke dalam kuali yang berisi bahan A tadi dan kacau hingga sebati.

5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi udang goreng kentang ni yea...

Drama Korea & Sinopsis Ugly Alert

Drama Korea & Sinopsis Ugly Alert | Drama korea Your Lady sudah hampir tamat. Tentu anda semua sudah tidak sabar untuk menonton episod akhir drama tersebut. Drama Your Lady akan digantikan dengan Ugly Alert yang mulai ditayangkan di saluran Astro HD 393 pada 18 Februari 2014.




Drama Korea & Sinopsis Ugly Alert 

Ugly Alert’ mengisahkan tentang seorang lelaki sebatang kara yang baik hati bernama Gong Joon Soo (Im Joo Hwan), yang berkorban untuk membesarkan adik tirinya selepas kematian ahli keluarga mereka. Sepanjang bersama-sama menempuh suka dan cabaran hidup akhirnya mereka belajar menghargai antara satu sama lain dan dalam masa yang sama merawat luka dan dendam yang lama.

Iaitu secara umunya tentang manusia, dari latar belakang berbeza, menjadi sebuah keluarga pada akhirnya. Mereka kadangkala memandang rendah antara satu sama lain dan ada menyimpan dendam. Tapi lama-kelamaan mereka dapat memahami antara satu sama lain. Seorang lelaki, biasanya yang melalui segala pengorbanan ini kerana ia merupakan ketua keluarga.

Menurut Hancinema tentang Ugly Alert, A human drama in which a silly and worthless man changes the people around him. It also delivers the meaning of 'family' even though they are not blood related and how everyone within that frame understand and heal each other although sometimes they can be jealous and ignore each other.


Lagi Ringkasan Ugly Alert



Gong Joon Soo (Im Joo Hwan) adalah seorang lelaki dengan kehidupan yang agak sukar dan pernah pada awalnya merasa bosan untuk hidup. Dia dipersalahkan dan dituduh membunuh adiknya dan dipenjarakan beberapa tahun. Di penjara dia belajar menjahit dan berniaga. Selepas dibebaskan, dengan kepandaian menjahit dia mendapat pekerjaan di syarikat fesyen dan bekerja untuk Na Do Hee (Kang So Ra), iaitu anak pemilik kedai fesyen yang dibangunkan oleh datuknya. Sementara itu, ayah Gong Joon Soo berkahwin dengan Jin Joo (ibu Kang Byul). Kedua-duanya belajar untuk memahami antara satu sama lain walaupun tiada pertalian darah.

Sebenarnya drama Ugly Alert ini sudah ditayangkan di Korea sejak pertengahan tahun 2013 lagi. Jadi ada sesetengah peminat mengatakan Ugly Alert sebuah drama yang bagus, dengan pelakon yang hebat dan plot cerita yang menarik. Setiap episodnya mesti ditonton. Memang perjalanan drama ini agak perlahan tetapi tidak membosankan. Memang drama yang agak sedih tetapi terselit kisah lucu. Drama ini membawa kita kepada saat-saat penuh emosi tetapi meninggalkan kesan mendalam pada para penonton.

Drama ini juga tidak terlalu stereotaip walaupun pada mulanya peminat menonton drama korea ini kerana Kang Sora dan Im Joo Hwan semata-mata. Tetapi jalan ceritanya tidak membosankan. Banyak isu-isu yang dibawakan tetapi diselesaikan dalam setiap episod. Sebuah drama hebat, pastinya!





Starring: Im Joo Hwan, Kang Sora, Choi Tae Joon (The King Of Dramas), Kang Byul (Rooftop Prince)

Tarikh tayangan mulai 18/2/2014 setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10:10mlm.

Info Ugly Alert

Tajuk lain: Ugly Warning/ Fool Watch/ Watch Out for Fools
Genre: Romance, Melodrama
Ditulis oleh: Jung Ji-woo
Pengarah: Shin Yoon-seob
Pelakon: Im Joo-hwan, Kang Sora, Choi Tae-joon, Kang Byul
Jumlah episode: 133


Selamat menonton...


Updates!!

2014/01/28

Tarikh-tarikh Penting UPU 2014-2015

Tarikh-tarikh Penting UPU 2014-2015 | Bagi adik-adik yang sedang menanti keputusan SPM/STPM/STAM dan peperiksaan lain yang setaraf dengannya, pasti sedang berdebar-debar sekarang ni kan? Dalam fikiran masing-masing merancang hala tuju yang ingin diikuti apabila keputusan telah keluar nanti. Betul kan?




Untuk memudahkan adik-adik semua, saya kongsikan tarikh-tarikh penting Unit Pusat Universiti (UPU) bagi sesi 2014-2015 dalam memberikan panduan dan rancangan awal kepada pelajar untuk sentiasa siap sedia dengan tarikh-tarikh penting yang berkaitan.

Tarikh-tarikh Penting UPU 2014-2015 






Semoga ringkasan tarikh-tarikh penting berkenaan urusan permohonan kemasukan ke IPTA / Politeknik & ILKA bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM, SKM & Diploma/Setaraf yang perlu di catat-ingatkan di atas memberi manfaat kepada pelajar dan ibu bapa juga.

Selamat berjaya.

Centre Total Pageviews Widget Pada Blog

Centre Total Pageviews Widget Pada Blog - Sebelum ini saya tak kisahpun jika widget di blog nampak tak centre. Bagi saya yang penting adalah kandungan/content sesebuah blog. Namun, setelah saya baca dan ada sedikit ilmu tentang kekemasan sesebuah blog juga jadi faktor bagi pengunjung datang berulang kali, saya pun mula belajar dan baca tutorial yang boleh bantu blog nampak kemas.

Antaranya cara nak centre total pageviews widget pada blog. Jom ikut langkah-langkah berikut. Semoga berjaya...



Centre Total Pageviews Widget Pada Blog

1. Cari >>DASHBOARD >> TEMPLATE >> EDIT HTML >> Cari EDIT Template,

2. Kemudian cari kod seperti di bawah dengan menggunakan CTRL F (lebih mudah):


<b:widget id='Stats1' locked='false' title='' type='Stats'>
<b:includable id='main'>

<center>

<b:if cond='data:title'><h2 class='post-title'><data:
title/></h2></b:if>
<div class='widget-content'>
<!-- Content is going to be visible when data will be fetched from server. -->
<div expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_content&quot;' style='display: none;'>
<!-- Counter and image will be injected later via AJAX call. -->
<b:if cond='data:showSparkline'>
<img alt='Sparkline' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_sparkline&quot;' height='30' width='75'/>
</b:if>
<b:if cond='data:showGraphicalCounter'>
<span class='counter-wrapper graph-counter-wrapper' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_totalCount&quot;'/>
<b:else/>
<span expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_totalCount&quot;' style='color:#fff;'/>
</b:if>
<b:include name='quickedit'/>
</div>
</div>

</center>

</b:includable>
</b:widget>


3. Sudah siap PREVIEW TEMPLATE.

4. Jika okey, tekan SAVE. Selamat mencuba.

2014/01/26

Pemilihan Warna Solekan Untuk Kulit Cerah

Pemilihan warna solekan untuk kulit cerah - Memiliki kulit cerah memang menjadi idaman setiap wanita. Ada orang berpendapat bahawa wanita berkulit cerah senang mencari baju untuk disuai padan dengan solekan dan juga gaya. Dan, ada sesetengahnya pula berpendapat wanita berkulit cerah tidak perlukan solekan berlebihan untuk tampil ceria dan menawan.

Namun begitu, ada juga syarat dan tips yang boleh dijadikan panduan kepada wanita berkulit putih atau cerah untuk tampil mengikut keadaan dan majlis yang dihadiri.



Pemilihan warna solekan untuk kulit cerah


♥ Pilih rona terang untuk kelihatan moden dan ceria.

♥ Pastikan anda memilih rona pastel untuk kelihatan lembut, manis dan segar

♥ Bagi menampilkan imej elegan, penggunaan warna gelap boleh digunakan untuk solekan anda. Warna ini sesuai untuk digunakan untuk solekan wajah pada waktu malam.

♥ Penggunaan warna merah jambu dan hijau mampu memberikan kesan klasik.

Diharap dengan sedikit panduan pemilihan warna solekan untuk wanita berkulit cerah di atas dapat menambah pengetahuan dan sedikit idea untuk tampil kemas dan menawan.

Petua Tajamkan Mata Pengisar

Petua Tajamkan Mata Pengisar


Mata pengisar pastinya akan tumpul jika diasak dengan pelbagai jenis bahan kisaran. Namun jangan risau ya, ada cara untuk anda memastikan mata pengisar sentiasa tajam. Ambil sedikit garam dan kisarkan beberapa minit pada mata pengisar. Bilas dan kemudian lapkan.



Amalkan petua ini setiap bulan dan nikmati hasilnya untuk kerja-kerja di dapur anda jadi lebih lancar.

Selamat mencuba.

2014/01/25

Resepi Bubur Lambuk Ayam

Resepi Bubur Lambuk Ayam - Inilah resepi paling mudah yang saya nak kongsi hari ini. Resepi ini biasanya dibuat waktu awal muharam atau dalam bulan ramadan. Betul tak? Tetapi bagi saya, tak kira masa pun saya akan buat jika teringin nak makan. Lagipun bahan-bahannya amat mudah dan memerlukan masa yang singkat je.


Resepi Bubur Lambuk Ayam


Resepi Bubur Lambuk Ayam


Bahan-bahannya:

200gm beras (anggaran 1 cawan beras, jika nak lebih tambahkan sukatan)
4cm halia
600gm - ayam diracik halus
4 helai daun bawang
100ml minyak sapi
1 1/2 liter air
2 batang serai - diketuk
1 kotak santan
sehelai daun pandan
Daun bunga kantan sebagai perhiasan

Bahan tumis:

6 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang putih, halia dan bawng merah hingga berbau harum

2. Kemudian masukkan air bersama beras dan biarkan hingga nasi kembang. Masukkan sekali daun pandan yang disimpul.

3. Masukkan garam, santan dan juga ayam yang telah diracik halus. Biarkan hingga mendidih

4. Taburkan hirisan daun bawang dan hiaskan bersama hirisan daun kantan.

Sebenarnya resepi ni saya buat jika tekak terasa perit dan tak ada mood nak makan nasi berlauk. Kadangkala kita pun ada ketikanya jemu dengan hidangan berat yang sudah selalu dimakan. Sesekali makan bubur lambuk ayam pun boleh memecahkan selera.

Selamat mencuba!

Tanda-tanda Seseorang Menyukai Anda

Tanda-tanda Seseorang Menyukai Anda - Apa khabar adik-adik blogger sekalian? Semoga waktu rehat hujung minggu anda dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Sambil beristirehat, apa kata baca artikel santai berkaitan perasaan menyukai seseorang.

Jika kita sukakan seseorang apa yang perlu kita buat? Adakah kita perlu berterus terang? Atau pendam sahaja perasaan tersebut sehingga si dia tahu sendiri. Terpulanglah...yang penting berterus terang adalah lebih baik. Setuju tak?


Apakah makna empat kuntum bunga ros ini?


Macam mana pula kalau nak tahu seseorang itu sukakan kita? Jom baca dan teroka tanda-tanda seseorang itu menyukai anda.  


Tanda-tanda Seseorang Menyukai Anda

1. Orang itu akan berpeluh

Anda akan dapat melihat yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di sekitar dahi dan tangan mereka. Seperti dia sedang gemuruh walaupun pada waktu itu suhu persekitaran adalah sejuk. Tetapi jika dia baru sahaja lepas bersukan dan berpeluh, jangan pula anda ingat dia menyukai anda pula. Kita tengok juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya apabila dia berpeluh tandanya dia menyukai anda.

2. Senyum sorang-sorang

Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Setiap kali bila anda lalu dekat dengan dia je, anda akan perhatikan yang dia senyum sorang-sorang. Setiap kali anda lalu je, nampak dia tengah senyum. Padahal dia tengah buat kerja lain, tapi boleh pulak dia tersenyum sorang-sorang.

3. Sweet talker 

Bila dia bercakap dengan anda, dia akan cakap perkara yang baik-baik je. Anda pun rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang Melayu kata, orang macam ni adalah orang ‘mulut manis’. Daripada kempis sehingga jadi besar la punggung kita bila asyik kena puji je dengan dia.

4. Jantung berdegup kencang 

Jantung anda akan berdegup kencang apabila setiap kali berjumpa dengan dia. Bukannya sebab anda nervous, tetapi disebabkan dia menghantarkan satu aura yang membuatkan diri dalaman anda terasa getaran aura yang dia pancarkan.

5. Mudah berangan 

Dia mudah berangan bila bercakap dengan anda. Bila anda bercakap je dengan dia, tiba-tiba mata dia asyik tengok je wajah anda. Bila anda tanya, tak menyahut. Anda lambai-lambai depan mata dia pun, tak berkelip. Itu tandanya yang dia memang betul-betul menyukai anda sebab dia tengah berangan sesuatu tentang diri anda.

6. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. 

Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!

Namun begitu suka tidak semestinya cinta. Dan jika seseorang sukakan kita tentunya ada sebab, samada niat tersurat ataupun tersirat. Jadi berhati-hatilah jika ada orang yang mengakui menyukai anda tetapi diragui keikhlasannya. Jangan sampai terkena. Waspada sentiasa ya!

Secara kesimpulannya, tanda-tanda seseorang menyukai anda itu tak semestinya sama antara individu dan individu yang lain. Banyak kriteria yang membezakan hal ini. Contohnya faktor bulan kelahiran, persekitaran keluarga, juga latar belakang pendidikan dan banyak lagi. Paling tidak, ketahui tanda-tanda yang saya senaraikan di atas juga memadai dijadikan panduan. 

   

2014/01/24

Cuti Ganti Sekolah 2014

Cuti Ganti Sekolah 2014 - Cuti ganti sekolah yang saya kongsikan adalah yang terbaru dan terpakai untuk perayaan Tahun baru Cina yang bakal menjelang penghujung bulan Januari 2014 ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran bertarikh 31 Disember 2013, Cuti Ganti Sekolah 2014 adalah sebagai panduan dan persediaan pihak sekolah untuk merancang percutian di sekolah masing-masing.


Cuti Ganti Sekolah 2014  





1. CUTI GANTI TAHUN BARU CINA 2014




2. CUTI GANTI HARI RAYA AIDIL FITRI 2014


 

3. CUTI GANTI PERAYAAN DEPAVALI 2014



Namun begitu jika ada perubahan pada saat akhir, pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap cadangan cuti ganti sekolah 2014 yang dikongsikan di atas. 

Semoga cuti ganti sekolah 2014 di atas dapat sedikit sebanyak membantu kita merancang jadual cuti bersama keluarga tercinta.


Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014

Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014


Nak tambah trafik ke blog dengan cara mudah? Tak ada kos pun. Cuma ambil masa sikit untuk buat entry, masukkan banner penganjur dan kemudian komen kat koak komen. Senang bukan?



 


Dah selesai pun. Untuk yang berminat sila klik pada banner ya. Thank you. Tarikh tutup 23/2/2014!

Selamat bersegmen dan join Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014. 

p/s: Good luck & be good!

Resepi Sambal Udang Petai Segar

Resepi Sambal Udang Petai Segar - Petai banyak khasiatnya. Memang rasanya agak pelik bagi yang kurang gemarkan ulaman ini tetapi tahukah anda bahawa petai amat bagus bagimereka yang ingin merawat buah pinggang. Selain petai, udang yang saya ambil sebagai menu utama dalam masakan sambal di bawah ni mengandungi protein yang tinggi dan sesuai untuk memperbanyakkan darah dalam tubuh.

Namun bagi penghidap gout ataupun kanser, lebih baik elakkan dari memakan udang. Okey...




Resepi Sambal Udang Petai Segar


Bahan-bahan:

1/2 kg udang segar
4 papan petai - dibuang kulitnya
15 tangkai cili kering - dikisar
5 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang besar - dihiris
Garan secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga wangi
3. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak
4. Selepas itu masukkan udang, petai dan bawang besar
5. Masukkan garam secukupnya dan kacau rata hingga masak
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Hah! Mudah sangat kan? Sesiapa pun boleh cuba menu atau resipi sambal udang masak petai segar kat atas ni. Saya memang tak pakar memasak, sebab itu saya suka kongsikan resepi yang mudah sahaja untuk anda semua. Orang kata buat ikut kemampuan...hihi

Selamat memasak.

2014/01/23

Mimpi Hanya Mainan Tidur?

Mimpi Hanya Mainan Tidur? - Semalam ada seorang teman bercerita tentang mimpi yang dialaminya. Dalam mimpi tersebut suaminya telah curang  dengan seorang wanita dan hubungan mereka amat rapat. Hinggakan ahli keluarga pun sudah mengenali wanita itu. Padahal hubungan dengan suaminya di alam realiti baik-baik sahaja. Jadi, bagaimana nak tahu samada mimpi itu benar atau sebaliknya? Risau juga kawan saya tu...hihi

Mimpi yang benar ialah yang dialami manusia ketika keadaan psikologinya seimbang dan keadaan cuaca sedang seperti tenang ditandai oleh bergoyangnya pepohonan hingga berjatuhannya dedaunan. Keadaan yang nyaman. Mimpi yang benar tidak didahului dengan adanya fikiran dan keinginan akan sesuatu yang kemudian muncul dalam mimpi. Kebenaran mimpi juga tidak ternodai oleh peristiwa junub dan haid.

Adapun mimpi yang batil ialah yang ditimbulkan oleh bisikan nafsu, keinginan, dan hasrat. Mimpi demikian tidak dapat ditakrifkan atau diterima kebenarannya..


 


Mimpi Hanya Mainan Tidur? 

Tanda-tanda mimpi yang benar:

  • Jelas gambaran. Tidak hanya bayangan lemah.
  • Jalan cerita pendek
  • Memberi kesan pada jiwa hingga masih ada berbaki kesannya selepas terjaga
  • Bertentangan dengan kebiasaan.
  • Tidak ada hubungan dengan emosi dan fizikal orang yang bermimpi.
  • Bukan mimpi hantu yang menakutkan atau mimpi yang amat sedih.

Jenis-jenis mimpi ada tiga macam:

  1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.
  2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, yaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
  3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalumenjelma ketika tidurnya.

Jadi dengan sedikit penerangan di atas,  dapatlah kita fahami sedikit sebanyak apa itu mimpi yang benar? Memang ramai yang berkata mimpi hanya mainan tidur tetapi setelah mengetahui ciri-ciri mimpi yang benar, kita boleh buat tafsiran sendiri mengikut akal yang logik dan waras.


2014/01/22

Tutorial Buat Border Melengkung Pada Sidebar Title

Tutorial Buat Border Melengkung Pada Sidebar Title - Baru-baru ini saya terfikir untuk membuat sedikit perubahan pada template blog. Tetapi bukanlah nak rombak keseluruhan, sekadar untuk nampak fresh dari sebelumnya.

Jadi, saya rasakan saya ingin ubah sidebar title saya dari bentuk empat segi kepada melengkung. Agak nampak cute sikit kut? Ah ha...

  

Tutorial Buat Border Melengkung Pada Sidebar Title


1. Pergi ke Template > Edit Html > Proceed

2. Tekan Ctrl F serentak , dan cari kod ini :


.sidebar h2 {
atau
h2 {



3. Kemudian, paste kod berikut ni di bawah kod yang kita cari tadi


.sidebar h2 {text-align:center;
background-color: #FEBFBF;
border-radius: 15px 15px 15px 15px;
border-top: 3px solid #FEBFBF ;
border-left: 3px solid #FEBFBF ;
border-right: 3px solid #FEBFBF ;
background-color:#000000;line-height:1.5em;font-family:Century Gothic;color:#ff0055;text-align:center;border-bottom:0px solid #fc318a;margin-bottom:2px;padding-left:2px;
}


4. Yang tertera di atas adalah bentuk dalam template saya. Jika nak kod warna yang lain, boleh dapatkan DI SINI


5. Preview Template. Tengok menjadi tak sidebar tu?

6. SAVE !

7. So, jadi lain tak rupa blog korang? Perubahan sikit untuk tahun baru 2014! 

2014/01/19

7 Cara Mudah Untuk Kurus

7 Cara mudah untuk kurus - Senang ke kalau nak kuruskan badan? Ada sesetengah orang mudah kurus dan mudah pula gemuk. Ada sesetengahnya pula cepat gemuk dan susah nak kuruskan badan. Macam mana nih?

Lagipun jika badan kurus mudah untuk kita melakukan kerja-kerja rumah dan faktor kesihatan juga patut diambil kira untuk kehidupan yang lebih bermakna. Betul tak?



Cara Mudah Untuk Kurus


7 Cara Mudah Untuk Kurus


Berat badan boleh diturunkan dengan meningkatkan metabolisme badan:

1. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

2. Dapatkan tidur yang cukup iaitu antara enam hingga lapan jam sehari

3. Makan dengan kerap iaitu makan empat hingga enam kali sehari dalam kadar yang sedikit

4. Jangan berlapar kerana lapar akan mengurangkan metabolisne badan sekaligus melambatkan pembakaran kalori

5. Minum teh hijau iaitu sejenis teh yang mengandungi sejenis antioksidan yang dipanggil catechins. Malah mengikut kajian dapat membantu dalam mengurangkan berat badan

6. Minum kopi juga dipercayai dapat menurunkan berat badan. Secawan kopi (anggaran 150 mg kafein) sudah dapat membantu meningkatkan metabolisme badan. Kafein yang berlebihan dikhuatiri menganggu waktu tidur kita

7. Makan sumber protein seperti ikan, telur, daging dan hasil protein tumbuhan seperti kekacang dan soya akan meningkatkan metabolisme badan beberapa jam selepas mengambil makanaan tersebut.

Diharap dengan perkongsian di atas, kita boleh mengikutinya dengan lebih berdisplin agar impian untuk hidup kurus dan sihat dapat terlaksana.  Kurus untuk sihat. Selamat mencuba hingga berjaya...

2014/01/17

Resepi Sambal Belacan Ala Jawa

Resepi Sambal Belacan Ala Jawa - Ada tak sesiapa orang Jawa kat sini atau yang sedang baca blog ini? Hrmm...malu nak mengaku kut. Saya orang Jawa Johor..haha

Jadi sekarang ini saya akan kongsikan resepi untuk orang-orang jawa khasnya dan secara amnya resepi berikut adalah untuk orabg-orang kita yang gemar makan sambal belacan.





Sedikit info tentang belacan

Belacan dibuat daripada udang kara yang kemudian diproses dengan memampatkannya menggunakan bahan-bahan lain yang membolehkannya tahan lama dan tidak berbau busuk. Belacan boleh tahan lama jika disimpan di dalam peti ais. Antara negeri pengeluar belacan utama kat Malaysia adalah Melaka, Kelantan dan Pahang. Korang rasa, belacan dari negeri mana paling sedap?

Resepi Sambal Belacan Ala Jawa


Bahan-bahan:

10 biji cili padi
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2cm belacan
2 sudu makan jus limau
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:

1. Untuk belacan, goreng dengan minyak sedikit hingga naik baunya yang wangi, angkat dan tos

2. Kemudian, satukan cili padi, cili merah, bawang putih, bawang merah dan belacan dan kisar hingga sebati.

3. Campurkan jus limau, gula dan garam secukup rasa. Hidangkan bersama ulam-ulam.


Selamat mencuba resepi mudah orang jawa nih ek...kalau makan tak ada sambal belacan macam tak kaw je kan? Sambal belacan ala jawa memang best!! Cubalah....


2014/01/15

Drama Korea & Sinopsis Prime Minister & I

Drama Korea & Sinopsis Prime Minister & I - Drama Korea ini agak menarik juga dan memaparkan kisah seorang perdana menteri yang telah kehilangan isiterinya dalam membesarkan tiga orang anak-anaknya yang sedang meningkat remaja.

Bagi peminat Yoona dari Girls Generation ini pastinya tidak melepaskan peluang menonton lakonan hebat Yoona yang sebelum ini terkenal dengan kelincahannya di pentas nyanyian.






Drama Korea & Sinopsis Prime Minister & I


Perdana Menteri Kwon Yool (Lee Beom-Soo) sangat berdedikasi dalam kerjanya tetapi dalam masa yang sama bertungkus lumus membesarkan tiga orang anaknya yang sedang meningkat remaja. Isterinya telah meninggal dunia. PM Kwon sentiasa tegas dan menyimpan memori bersama isterinya hinggakan dia mengalami masalah untuk tidur.

Nam Da-Jung (Yoona) pula adalah seorang wartawan yang agak agresif dan rajin serta bercita-cita tinggi tetapi selalu terlepas berita-berita penting untuk syarikatnya. Namun begitu kehadiran Da-Jung dalam kehidupan PM Kwon Yool dan tiga anaknya umpama hadiah hari Krismas paling bernilai untuk mereka.

Pelbagai Insiden yang berlaku antara PM Kwon Yool dengan Da-Jung menyebabkan timbul perasaan suka kepada Da-Jung. Dalam masa yang sama Da-Jung terpaksa membuat rancangan untuk mengahwini PM demi menyelamatkan ayahnya yang sudah tidak lama untuk hidup.

Apakah rancangannya itu berjaya melembutkan hati PM Kwon yang agak dingin? Mampukah Da-Jung mengambil hati anak-anak PM Kwon? Dapatkan semua jawapan dari drama korea Prime Minister & I di saluran Astro 392/391 (KBS).

Info Drama Korea Prime Minister And I 

Drama: Prime Minister & I
Pengarah: Lee So-Yeon
Penulis: Kim Eun-Hee, Yoon Eun-Kyung
Network: KBS2
Episodes: 17
Tarikh tayangan: December 9, 2013 - February 4, 2014
Masa: Isnin & Selasa 09:55mlm


Selamat menonton drama korea ini yang agak lain daripada kebiasaan.

Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2014

Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2014

Ibubapa/penjaga dijangka boleh mula menyemak samada anak mereka berjaya atau tidak masuk ke MRSM selepas 14 Januari 2014 di www.mara.gov.my.



Tarikh pendaftaran masuk adalah pada 3 Februari 2014.


Semakan boleh dibuat melalui perkhidmatan mySMS : mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888


****

Updates:

Untuk yang sudah dapat SMS terima masuk ke MRSM, bolehlah terus masuk ke website mara.gov.my dan ikuti arahan yang diberikan untuk cetak borang-borang berikut:

  • Surat Tawaran 
  • Buku Panduan Pelajar Baru 
  • Borang Pendaftaran 

Untuk rujukan, saya sertakan link yang boleh dibaca untuk keperluan pelajar MRSM:


(Maaf, direct link ke website untuk setiap item di atas tidak dapat dimasukkan atas sebab-sebab teknikal. Harap maklum.)



2014/01/14

Resepi Bubur Jagung

Resepi Bubur Jagung - Salam maulidur rasul dan selamat bercuti kepada mereka yang sedang bercuti. Jika anda kena kerja hari ni, anggaplah ia amalan dan jasa anda pada diri sendiri dan keluarga. Buat dengan ikhlas. Hehe...

Oleh kerana saya pun bercuti, saya nak kongsikan satu resepi mudah yang semua orang boleh buat. Dijamin murah dan senang dimakan...haha...semua orang pun suka.

Resepi Bubur Jagung





Bahan-bahan:

♡ 1 tin isi jagung
♡ 300 ml santan pekat
♡ 200 ml santan cair
♡ 100 ml Air
♡ 2 helai daun pandan - disimpul
♡ Gula scukup rasa

Cara memasak:

1. Di dalan sebuah periuk, masukkan santan cair bersama isi jagung, daun pandan, air dan secubit garam

2. Reneh sebentar pada api sederhana hingga mendidih

3. Kemudian masukkan santan pekat dan gaul sebati

4. Selepas mendidih tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan.


Nota:

Jika anda nak guna jagung segar pun boleh, sagat jagung dari batangnya dan rendam sebentar dengan air untuk melembutkannya. Jagung segar lebih manis dan rangup. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.

Okey teman-teman...selamat mencuba resepi bubur jagung nih ya...

2014/01/13

Waktu Sesuai Memotong Kuku

Waktu Sesuai Memotong Kuku - Ketika kecil dahulu pernah tak korang selalu kena ikat dahulu untuk di potong kaki korang? Susah betul nak potong kuku kita ketika kecil. Jika tersilap sikit, dan asyik bergerak aje, kuku yang dipotong terpendek hingga terkena kulit di hujung jari. Kadang kadang hingga berdarah pun ada...



Masalahnya kenapa kita malas sangat nak potong kuku? Kuku juga melambangkan kebersihan diri seseorang yang boleh menyebabkan orang sekeliling memandang dengan pandangan semacam. Tengok pun geli...anda sanggup?

Waktu Sesuai Memotong Kuku


1. Seminggu sekali sebaik-baiknya hari Jumaat


Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Jumaat, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu‘anhuma berkata yang maksudnya :

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.”
(Hadis riwayat Ahmad)

2. Bila dalam keadaan bersih maksudnya wanita yang tidak dalam tempoh haid


Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub (tidak suci).

3. Memotong kuku jika kuku sudah kelihatan panjang


Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”
(Hadis riwayat Muslim)


Oleh itu marilah kita amalkan menjaga kebersihan diri agar hidup kita lebih sihat dan terhindar daripada penyakit yang berjangkit. Menjaga kebersihan diri haruslah juga dijadikan amalan daripada kita kecil lagi dan saya berharap waktu sesuai memotong kuku di atas boleh dijadikan panduan. Dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seorang dalam keadaan ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sahnya wudhu atau mandi junub, jika air tidak sampai atau terhalang sampai ke kuku.

Selamat menjaga kebersihan diri...

2014/01/12

Petanda Anda Mangsa Jenayah Siber

Petanda Anda Mangsa Jenayah Siber - Apakah itu jenayah siber? Secara umumnya jenayah siber adalah gangguan yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali melalui saluran siber seperti internet dengan menggunakan ayat-ayat manis dan pujuk rayu sehingga kita terpengaruh dengannya.

Mengikut satu kajian bahawa kebanyakan mangsa yang terpedaya adalah wanita yang kesunyian dan seterusnya melanjutkan perkenalan mereka ke hubungan di telefon.


Petanda Anda Mangsa Jenayah Siber


Mari kita lihat senarai di bawah samada kita pernah menjadi mangsa serangan jenayah siber ni...

Petanda Anda Mangsa Jenayah Siber


1. Apabila menerima e-mel yang melibatkan wang seperti wang pendahuluan untuk barangan yang dipesan, atau kerja yang dipohon dan sebagainya

2. Apabial ia melibatkan seseorang yang tidak dikenali atau tidak pernah berjumpa

3. Apabila orang yang baru dikenali itu menjanjikan sesuatu yang terlalu menarik tetapi agak sukar untuk dipercayai sebab ia 'macam tak masuk akal'.

4. Apabila kita mendapat mesej mengatakan kita memenangi sesuatu pertandingan, sedangkan kita tidak pernah menyertai pertandingan tersebut.

5. Apabila ia melibatkan perkara bukan kebiasaan. Contohnya, dengan tiba-tiba sesebuah bank menghantar e-mel meminta 'klik' pada pautan untuk mengemas kini kata laluan perbankan internet.


Cuba teliti senarai di atas. Ada tak tanda yang anda pernah menjadi mangsa jenayah siber? Kalau ya jawapannya, anda pun sama seperti saya. Kalau dalam sebulan terdapat lebih kurang empat e-mel yang cuba memerangkap kita untuk menerima tawaran jutaan ringgit dari mereka yang licik tersebut.

Bagi saya mudah sahaja, delete atau padam e-mel tersebut tanpa perlu dibaca langsung. Dengan cara tersebut paling tidak kita dapat menghindari diri dari menjadi mangsa jenayah siber.


Cara Hadapi Dugaan Lambat Hamil

Cara Hadapi Dugaan Lambat Hamil - Setiap wanita yang telah berkahwin mengimpikan sebuah rumahtangga yang sempurna yang dikurniakan dengan cahaya mata sebagai penambah seri. Namun begitu kita kena percaya rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan. Hanya Dia Maha Mengetahui rahsia di sebalik sesuatu kejadian.

Anggaplah kelewatan dikurniakan zuriat sebagai masa terbaik untuk kita memperbaiki diri dan bersedia mental dan fizikal apabila masanya tiba nanti. Ada juga rakan-rakan saya yang menunggu sehingga 8 tahun untuk mendapat zuriat. Jika begitu sudah ditakdirkan perjalanan hidup kita, hadapi dengan reda.


Cara Hadapi Dugaan Lambat Hamil

Cara Hadapi Dugaan Lambat Hamil



★ Usah stress dengan pandangan negatif orang sekeliling
★ Jangan sesekali menyalahkan pasangan
★ Dapatkan rawatan kehamilan dengan pakar
★ Jika mengalami masalah kesihatan, jangan malu bertemu doktor
★ Berhati-hati mencuba rawatan alternatif kerana bimbang memudaratkan badan
★ Minta sokongan keluarga dan teman-teman
★ Dekatkan diri dengan Tuhan dan banyakkan berdoa
★ Anda dan pasangan juga boleh pertimbangkan untuk mengambil anak angkat
★ Beri ruang kepada diri dan pasangan, tenang serta nikmati hidup berumahtangga
★ Jangan mudah berputus asa sebaliknya terus berusaha memiliki cahaya mata.

Oleh yang demikian saya nasihatkan pasangan yang lambat hamil usahlah dilayan sangat dengan cakap-cakap orang sekeliling anda. Semoga cara hadapi dugaan lambat hamil yang dikongsikan dapat sedikit sebanyak membantu anda menangani emosi yang agak tidak menentu.

2014/01/10

Wanita Muslimah | Bidadari Di Dunia

Wanita Muslimah | Bidadari Di Dunia - Semua wanita di dalam dunia secara logiknya mahu menjadi wanita yang baik. Siapa yang tidak mahu disayangi oleh ahli keluarga, sahabat serta rakan taulan. Mahu menjadi baik memang agak mudah tetapi mampukah kita menyahut cabaran menjadi wanita muslimah. Wanita muslimah dipanggil bidadari di dunia, yang mana hadirnya dengan pakej yang lengkap yang mampu menawan insan bernama lelaki. Lelaki yang soleh...insya Allah.




Wanita Muslimah | Bidadari Di Dunia


Bagimanakah kita mahu mencapai taraf seperti bidadari di dunia? Apakah antara ciri-ciri wanita muslimah ini? Mari kita hayati dan renungkan antara kriteria yang boleh dipertimbangkan untuk kebaikan bersama.

Wahai bidadari di dunia, jom kita sama-sama renungkan!

1. Kecantikan Dalaman


Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewatakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.


2. Keanak-anakan


Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.


3. Cantik


NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.


4. Berakhlak Mulia


“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.

Ciri-ciri wanita yang solehah

  • Taat kepada Allah.
  • Berbuat baik kepada ibu bapa.
  • Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.
  • Menutup dan menjaga aurat.
  • Tidak berhias apabila keluar rumah.
  • Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.
  • Berbuat baik dengan jiran tetangga.
  • Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.


5. Berpegang pada agama


“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”


6. Dari keturunan yang baik-baik


Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.


7. Bijaksana


Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.

Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.


8. Tidak mempamerkan keseksian


“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet


Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.


10. Memahami lelaki


Wanita yang dalam lembut ada tegasnya, tetapi tidak digunakan ketegasan itu untuk mencari pasal dan menuduh yang bukan-bukan. Senang kata wanita yang memahami lelaki.

Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.


11. Tidak terlampau cemburu


“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


12. Sejuk mata memandang


Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa senyum dan menutup aurat. Ramah dan mesra serta menundukkan pandangan.


13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi


Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.


14. Canggih


Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna


Suatu hari, Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

Maksudnya yang sama-sama kedudukan ilmu dan pendidikannya dan yang lebih baik sama darjatnya.


16. Pemaaf


Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.


17. Seimbang


Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri dan pengurusan masa.


18. Berkeyakinan diri

Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan akal fikiran yang terbuka. Tidak dipengaruhi dengan dendam dan marah. Ia umpama tulang belakang suami atau lelaki yang dalam keadaan tertekan, yang memerlukan pendamping yang boleh dijadikan teman meluahkan tekanan yang dihadapi.


19. Mempunyai ‘body language’ yang baik


(Diulangi, body language ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran..:p)


#Facebook
Nota:
Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~ (DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)

Hafiz Juara Pencetus Ummah Musim Pertama

Hafiz Juara Pencetus Ummah Musim Pertama - Dalam PENCETUS UMMAH akhir malam tadi menyaksikan PU Hafiz menjadi juara mengalahkan tiga peserta yang lain.




Saya sendiri turut sama menyaksikan siaran langsug Pencetus Ummah akhir yang disiarkan di saluran Astro Oasis. Dari pengamatan saya, PU Hafiz memang layak menjadi juara kerana kefasihannya, bacaan ayat al Quran yang merdu dan jelas, di samping tahap keyakinan yang tinggi serta ketepatan jawapan yang diberikan secara spontan.

Selain daripada itu, PU Hafiz juga memiliki ciri-ciri seorang PU yang dicari-cari iaitu bahasa yang lembut, gaya penyampaian dengan nada memujuk, penerangan yang padat dan jelas serta tahap keyakinan yang tinggi sebagaimana digariskan oleh Dato Hj Aznil Nawawi.

Dalam rancangan Pencetus Ummah akhir malam tadi, tempat kedua dimenangi oleh PU Sahul, dan ketiga menjadi milik PU Yeop manakala tempat ke empat dimenangi oleh PU Rahmat.

Biodata Pencetus Ummah Hafiz 





Nama Penuh: MUHAMMAD HAFIZ B. MOHD HANEEFA
Umur : 32 tahun - Klang , Selangor
Status : Berkahwin
Pendidikan : Master UIAM (Quran Sunnah)
Pekerjaan : Pensyarah qiraati dan Naib presiden Akademik di Kolej Hafiz, Klang.
Profile :Gemar bersukan, berenang dan seni pertahankan diri.
Inspirasi : Ibu & Ayah
Perwatakan : Mudah mesra dengan orang, suka timba pengalaman baru.

#Sumber

Secara jujurnya sepanjang 2 jam siaran langsung Pencetus Ummah itu, saya amat terharu mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dato Dr Ridzuan Tee bin Abdullah tentang ibu. Maka,  berjasalah kepada ibu bapa anda selagi mereka masih hidup. Kerana apabila mereka telah tiada, kita telah terpisah dunia. Hanya amalan anak-anak yang soleh yang masih menghubungkan kita dengannya. Insya Allah.


2014/01/09

Oki Setiana Dewi | Inspirasi Wanita Muslimah

Oki Setiana Dewi | Inspirasi Wanita Muslimah - Tahniah kepada Oki Setiana Dewi yang bakal bernikah dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Rio.


 


Oki Setiana Dewi dalam proses mengenali (ta'aruf) dengan calon suaminya dan akan bernikah pada 14 Januari 2014 nanti. Calon suami Oki diketahui bernama Rio, seorang ahli perniagaan berasal dari Bukit Tinggi.

Menurut Oki calon suaminya bukanlah seorang artis.

"Saya berharap, ketika dia menikahi saya akan membawa saya pada Allah. Ketika saya menikah dengan dia, kami bisa bermanfaat buat orang lain," harapnya.

Latar belakang Oki Setiana Dewi

Oki Setiana Dewi (lahir di Batam, Kepulauan Riau, 13 Januari 1989; umur 25 tahun pada tahun 2014) adalah seorang pelakon Indonesia yang memegang watak Anna dalam film Ketika Cinta Bertasbih. Oki lahir dari pasangan berdarah Jawa-Palembang, Suliyanto dan Yunifah Lismawati. Sejak usia 16 tahun, Oki telah merantau ke Jawa dan menetap di Depok. Bekas pelajar SMA Negeri 1 Depok ini kemudian kuliah di Universiti Indonesia. Oki sempat bermain di beberapa FTV sebelum akhirnya memutuskan untuk berjilbab pada tahun 2005. Kariernya di dunia seni lakon sempat terhenti, sebelum akhirnya memegang karakter utama perempuan dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih.




Ingatlah:

Ketika cinta datang menyapa, kita harus sentiasa tegas, maka tidak ada celah untuk syaitan menjebak dalam cinta, dan orang lelakipun akan berfikir panjang untuk mendekati. Jika sekiranya ia belum siap untuk segera berkahwin maka ia akan berundur dengan sendirinya. Oleh kerana itu jangan dahulukan cinta dalam masa ta'aruf (kenal mengenali) sebelum pada waktunya, kerana jika cinta telah berbicara maka manusia akan menjadi lemah dalam menerima kebenaran dan ia akan mudah terseret dalam kemaksiatan. 


Segmen : Bloglist 2014 by Kiera Rashid

Segmen : Bloglist 2014 by Kiera Rashid - Join segmen ni banyak faedahnya. Lebih-lebih lagi pada awal tahun macam ni. Ramai blogger yang nak update bloglist mereka. Jadi apa lagi, jom join Bloglist 2014 by Kiera Rashid nih...


Segmen : Bloglist 2014 by Kiera Rashid






Syarat sangat mudah. Jom! TARIKH TUTUP SEGMEN : 21 JANUARI 2014.

2014/01/08

Tarikh-Tarikh Penting Kalendar Islam Tahun 2014 Di Malaysia

Tarikh-Tarikh Penting Kalendar Islam Tahun 2014 Di Malaysia  - Untuk rujukan bersama-sama agar kita dapat mengambil sama pentingnya antara tarikh-tarikh dalam kalendar masihi dan juga kalendar tahun Hijrah.

Oh ya, jangan lupa pada minggu depan iaitu 12 Rabiulawal 1435H bersamaan dengan 14 Januari 2014 adalah tarikh bersejarah bagi seluruh umat islam di dunia iaitu kelahiran Nabi Muhamad S.A.W. yang biasanya kita kenali juga Maulidur Rasul.


Tarikh-Tarikh Penting Kalendar Islam Tahun 2014 Di Malaysia 




Sejarah Ringkas Kelahiran Rasulullah


Adapun saat kelahiran rasulullah itu menurut yang masyhur, menjelang terbit fajar, pada waktu saat doa dimakbulkan Allah. Dilahirkannya Nabi Muhammad saw pada bulan Rabi’ul Awal, musimnya bunga berkembang adalah merupakan isyarat bahwa ajaran yang dibawanya akan berkembang di seluruh dunia.

Mengenai salasilah keturunan Nabi Muhammad saw adalah sebagai berikut : Muhammad bin Abdullah (lahir 545 M) bin Abdul Muthalib (497 M) bin Hasyim (464 M) bin Abdul Manaf (430 M) bin Qushai (400 M) bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihir bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan dan seterusnya berselisih pendapat ahli sejarah sampai anak Syits dan Adam.

Ayah Nabi Muhammad saw, Abdullah meninggal dalam perjalanan pulang. Sehabis berniaga dari Syam lalu ia singgah di Madinah, kemudian jatuh sakit dan tiada lama meninggal dunia dan dimakamkan di situ. Pada saat itu Nabi saw masih di dalam kandungan.

Sejak dalam kandungan telah nampak tanda-tanda kebesaran Nabi Muhammad saw, tatkala Nur Muhammad masuk ke dalam rahim ibundanya, Aminah. Allah memerintahkan kepada Malaikat membuka pintu surga Firdaus dan memberitahukannyaa kepada semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah yang tadinya kering menjadi subur, pohon-pohon kayu berdaun rimbun dan berbuah lebat, angin berhembus sepoi-sepoi bahasa, binatang-binatang di darat dan di laut ramai gembira memperbincangkannya.

Subhanallah...


Untuk bacaan lanjut, sila layari website ini.

SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014

Segmen Bloglist MyCherita #1 2014 - Jom join segmen lagi, nasib-nasib dapat trafik baru dan pembaca baru. Thank you...
Syarat-syarat lain sila baca ya...


SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014
Buat pertama kali nya Mycherita melancarkan Segment Bloglist MyCherita #1 2014.Untuk segmen ini seramai 10 orang blogger akan di pilih menghiasi bloglist MyCherita  dalam  masa 3 bulan (Januari-Febuari-Mac 2014).

Oleh yang demikian berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog  MyCherita ( wajib )

2. Add G+  MyCherita ( wajib )

3. Like Facebook Fanpage MyCherita ( Wajib )

4. Buat satu post entri dan beri tajuk segmen "SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014 ".

5 . Follow Twitter MyCherita ( jika ada )



Mudah kan..???

 Mari sama-sama join segmen ini agar traffic backlink kita akan berterusan mengalir bagi memantapkan kan lagi saham blog kita semua.. ;-)


Sila klik banner diatas untuk menyertai

Segmen bermula 06 Januari 2014 Sehingga 15 Januari 2014

Diharap segmen ini mendapat sambutan dari rakan-rakan semua.

Terima kasih.

#Copypaste from blog owner

2014/01/07

CPUV Dari Nuffnang | Ready4Work & RHB NOW Gadget Frenzy

CPUV Dari Nuffnang | Ready4Work & RHB NOW Gadget Frenzy - Permulaan tahun 2014 yang agak memberangsangkan. Ada CPUV dari nuffnang yang masih ongoing untuk blog ini. Alhamdulillah...



CPUV Nuffnang Ready4Work

Yang ini adalah berkenaan dengan website info pekerjaan. Untuk penerangan lanjut boleh layari website berikut:

http://www.ready4work.my/ ~ Education for Employment


CPUV Nuffnang RHB NOW Gadget Frenzy



Kempen yang ini adalah untuk para pemegang akaun RHB dan mereka yang membayar bil menggunakan sistem online mereka layak menyertainya. Dan syarat-syarat yang lain adalah seperti berikut:
1. The Campaign will commence at 00:00:01 on 26 December 2013 Malaysia Standard Time
(“MST”) and end at 11:59:59 on 19 March 2014 MST (“Campaign Period”).
2. This Campaign is open to RHB Now Internet & Mobile users of RHB Bank/RHB Islamic/EASY
by RHB with Savings and/or Current Account registered with RHB Internet Banking EXCEPT
the following:
i. a Wadiah Savings account holder
ii. a sole proprietor who holds a current account with a business trade name
iii. staff of RHB Banking Group and their immediate family members


Thank you Nuffnang for being so generous to me, an ordinary blogger from normal blog...hihi. kalau you alls ternampak iklan-iklan menarik seperti di atas di dalam blog ini, silalah klik untuk info lanjut.

Makanan Untuk Kecerdasan Minda

Makanan Untuk Kecerdasan Minda - Tahukah anda bahawa minda atau otak kita memerlukan makanan juga setiap hari seperti kita yang selalu lapar? Otak perlukan terapi untuk berehat dan bertenang sebelum digunakan semula untuk bekerja sehari suntuk. Kasihan, kan?

Jadi, kita digalakkan untuk mencari alternatif bagi memberikan makanan untuk minda kita. Mari kita ketahui apakah makanan yang sesuai untuk kecerdasan minda kita.

Makanan Untuk Kecerdasan Minda


MADU




Madu adalah makanan yang menjadi amalan zaman Rasullullah s.a.w. Madu merupakan makanan yang berkhasiat sehingga al-Quran mengiktiraf madu sebagai Shifa, iaitu penyembuh penyakit. Malah madu turut digelar Raja Ubat kerana kemujarabannya menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu membantu meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental seseorang. Madu juga berkesan merawat penyakit mental kerana mampu menghindari kepenatan pada otak yang melakukan banyak kerja.

SUSU SEGAR

Terkenal dengan kalsium yang dibekalkan kepada tulang selain berguna untuk kesihatan otak, menguatkan ingatan, dan memberikan tenaga fizikal dan mental. Susu mengandungi tiga elemen semulajadi yang penting iaitu air, keju dan lemak yang sungguh lengkap untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu jugalah penawar untuk menghindari dan menyelesaikan masalah lupa yang berkesan dan membaiki penglihatan. Susu yang terbaik adalah susu kambing, biri-bri dan lembu segar untuk ketajaman fikiran. Susu paling berkhasiat pula ialah susu tepung.

KISMIS




Sesuai diberikan kepada kanak-kanak. Kismis memberikan zat besi untuk pertambahan darah sebagai memastikan bekalan oksigen dapat disalurkan ke otak dengan mencukupi. Memakan kismis dapat membantu masalah mengantuk, pelupa, lembap dan lemah dalam berfikir.

So, mulakan daripada sekarang untuk memberikan makanan kecerdasan kepada minda kita agar segala sifat yang negatif seperti pelupa, mengantuk, lembap berfikir dan lain-lain penyakit otak dapat dipulihkan. Insya Allah...kita belum terlambat untuk menjadi cergas dan cerdik terutamanya dalam menangani cabaran dunia yang begitu global sekarang ini.


Mom Blogger Top Referral Contest

Mom Blogger Top Referral Contest - Kan saya ada kata bahawa tahun 2014 adalah tahun untuk saya lebih serius berblog. Sebenarnya banyak benda yang ada dalam fikiran saya yang inin saya share dengan pembaca blog ini. Antaranya kemahiran saya dalam memberikan motivasi dan berkongsi pengalaman dalam dunia perancangan kewangan. InsyaAllah, akan saya usahakan.

TETAPI buat masa ini saya nak lepaskan gian join sebanyak mungkin segmen,giveaway dan sebagainya sebagai usaha menjana trafik dan backlink, jika ada la...hihi

Saya menyertai segmen oleh mom blogger ini demi mengasah pengetahuan saya yang sedikit dalam dunia blog.  Segmen Mom Blogger Top Referral Contest ini ada menyediakan hadiah wang tunai untuk para pemenangnya. Okeh kerana saya tak ramai follower jadi agak sukar untuk jadi top referral la kan? Saya buat review aje lah...hehe


Mom Blogger Top Referral Contest 




Blog mom blogger ini boleh saya katakan sebagai blog ibu atau wanita yang telah memiliki anak. Saya dapati pengisian blog mom blogger ini padat dengan panduan keibubapaan dan sangat sesuai dibaca oleh ibu bapa untuk menambah info. Contohnya artikel ini.

Selain daripada itu, bisnes online dari rumah juga ada dikongsikan oleh mom blogger ini bagi sesiapa yang berminat menceburi bidang perniagaan yang sedang hot sekarang ini. Business online dari rumah memang patut diceburi oleh semua surirumah iaitu wanita yang tiada kerjaya tetap. Yang ada kerjaya pun boleh buat business online dari rumah ini, sama seperti saya...

Lagi satu mom blogger pun ada menulis panduan mengenai jana pendapatan dengan blogging. Tak caya cubalah godek-godek dan explore blog mom as blogger ni. Orang kata cukup serba serbinya samada kisah yang manis, masam, pahit dan masin semuanya ada. 

Ada kebolehan mereview macam saya ni ataupun tulis ayat-ayat manis, jomlah sertainya. Yang penting bukan hadiahnya tetapi dapat promo sikit-sikit blog kita pada orang diluar sana, amatlah bagus sekali.

Jom join! Ini daya penariknya!!

~ RM50 untuk Top Referral no.1
~ RM30 untuk Top Referral no.2
~ RM20 tambahan untuk ENTRI REVIEW terbaik

“Mom Blogger Top Referral Contest dianjurkan oleh ummihanie.com dengan kerjasama AnnisaBiz“.

2014/01/06

Drama Korea & Sinopsis My Love From The Star

Drama Korea & Sinopsis My Love From The Star - Drama korea terbaru yang bakal menggantikan 'The Inheritors' ini bertajuk My Love From The Star. Drama ini sudah mula ditayangkan di korea dan bakal ditayangkan di saluran ONE HD 393 mulai 15/1/2014.

Drama ini mengandungi elemen-elemen yang anda inginkan seperti romantik, komedi, komedi, sains fiksyen, dan misteri yang membuatkan drama korea ini begitu menarik untuk ditonton. Lain daripada yang lain. Pelakon-pelakonnya membawakan setiap watak dengan sangat berkesan dan tiada yang kelihatan kekok. Senang cerita, plot cerita yang bagus dengan pelakon yang berkaliber.



Drama Korea & Sinopsis My Love From The Star


Do Min Joon (Kim Soo Hyun) adalah makhuk asing yang mendarat di bumi ketika era pemerintahan Joseon. Dia memiliki susuk tubuh yang sempurna dan kebolehan fizikal yang luar biasa berbanding manusia biasa. Kerana Min Joon hidup di bumi untuk selama 400 tahun, dia menjadi prejudis terhadap manusia. Walaupun ketika dia bertemu dengan artis diva bernama Chun Song Yi (Gianna Jun) dalam dunia moden Seoul dan jatuh cinta kepada artis itu, dia masih tidak percaya mengenainya.

Dibintangi oleh: Kim Soo Hyun, Gianna Jun, Park Hae Jin, Yoo In Na (Secret Garden), Shin Sung Rok dan lain-lain. 

Info Drama Korea My Love From The Star


Drama: My Love From The Star (English title) / You Who Came From the Stars (tajuk lain)
Pengarah: Jang Tae-Yoo
Penulis: Park Ji-Eun
Rangakain penyiar: SBS
Episode: 20


Semoga Drama Korea & Sinopsis My Love From The Star di atas dapat mengubati rindu anda semua kepada drama-drama yang bertemakan sains fiksyen dan misteri.

Selamat menonton.

2014/01/05

6 Jenis Isteri Perosak Rumahtangga

6 Jenis Isteri Perosak Rumahtangga- Apa khabar wahai wanita yang bergelar isteri di luar sana? Saya berharap anda semua masih lagi tabah dan sabar menjalankan tugas seorang isteri, ibu dan hamba Allah yang berusaha melaksanakan amanah-amanahnya. InsyaAllah.

Saya ambil kesempatan kali ini untuk berkongsi sedikit info tentang ciri-ciri isteri perosak rumahtangga. Saya berharap kita bukanlah dalam golongan isteri yang sedemikian rupa.

6 Jenis Isteri Perosak Rumahtangga 



1. Sukar membuat keputusan


Dalam kes ini si isteri tidak berusaha untuk membantu suami menyelesaikan hal remeh temeh seperti anak-anak berkelahi, membeli barang dapur pun tidak pandai, jika diajak berbincang sering mengelak dengan menyerahkan semua perkara kepada suami. Hal ini boleh menyebabkan semangat dan motivasi suami merundum kerana kurang mendapat kerjasama daripda isteri yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat jika diperlukan.

Kepada para isteri, jadilah isteri yang menyejukkan hati suami dan sentiasa menyokong usahanya tidak mengira kecil atau pun besar sesuatu yang diimpikan suami kita itu.

2. Suka berleter dan bersungut


Apa sahaja yang dilakukan oleh suami tidak kena dimatanya. Ada sahaja yang tidak betul dan sering menceritakan perkara yang tidak baik sahaja tentang suaminya. Kadangkala leteran itu berpanjangan hingga 1 atau 2 jam. Jika begini sikap anda lebih baik berubah sekarang.

Wanita yang suka berleter tak tentu pasal memang menjadi perosak dalam institusi rumahtangga yang dibina. Sang suami sukakan persekitaran yang tenang dan damai di rumah kerana telah cukup tekanan yang diterima di tempat kerjanya.


3. Gila kuasa


Isteri jenis ini dipanggil diktator. Segalanya hal rumahtangga, membuat keputusan yang penting tentang suami dan anak-anaknya hanya dia yang ada hak membuat keputusan. Segalanya di bawah kawalan sang iateri seperti wang gaji suami, duit perbelanjaan dan kadang-kadang bertindak sebagai penyiasat persendirian yang ingin tahu apa yang dilakukan oleh suaminya di luar rumah hingga sang suami jadi tidak ada masa untuk diri sendiri.

Sikap isteri sebegini memang menjadi perosak rumahtangga kerana orang lelaki pun ada ego masing-masing. Jika isteri berterusan gila kuasa macam ini, suami dan anak-anak akan berasa rendah diri dan lemah untuk melakukan segala-galanya. Untuk membuat keputusan yang kecil pun mereka tidak berani!

4. Suka menyibuk


Jangan jadi seorang isteri yang suka menyibuk. Maksudnya, apabila suami anda mempunyai projek yang sedang dilaksanakan di pejabatnya, biarlah dia menyelesaikannya dengan cara sendiri. Tidak perlu mengampu bos suami untuk mempercepatkan kenaikan pangkat suami ataupun memberikan projek yang bernilai tinggi.

Orang lelaki tidak suka wanita atau isteri mencampuri urusan kerja yang tiada kena mengena dengan sang isteri. Lain halnya jika suami meminta pendapat kita, barulah kita berikan pandangan dan buah fikiran yang diperlukan.

5. Tidak pandai berjimat


Wanita yang tidak pandai berjimat juga tidak disukai suami. Sementelah suami hanya berpendapatan sederhana, jadi memang patut dia berjimat cermat. Apatah lagi jika hanya suami seorang yang bekerja.

Jangan mudah terpengaruh dengan promosi di laman sesawang atau terikut-ikut gaya kawan wanita anda. Berbelanja mengikut kemampuan. Mungkin sekali sekala jika suami mendapat bonus, bolehlah minta dia membelikan pakaian yang kita mahukan.

6. Tabiat suka bersosial


Jika isteri suka bersosial ia menyebabkan sang suami tidak terurus. Jika telah penat bersosial mana sempat untuk menyiapkan kelengkpan suami kita untuk ke tempat kerja. Akhirnya imej suami juga yang terjejas di mata rakan-rakannya. Bila sudah bersosial tentu sedikit sebanyak kita akan membanding-bandingkan kemewahan suami rakan yang lain dengan suami kita.

Itu sebabnya isteri yang suka bersosial boleh menyebabkan rumahtangga porak peranda. Isteri merasakan dia telah tersilap memilih pasangan sedangkan perkara seperti ini boleh dielakkan jika isteri tahu menjaga diri dan bertindak mengikut akal fikiran yang waras.

Diharapkan dengan perkongsian 6 jenis isteri perosak rumahtangga di atas dapat dijadikan iktibar kepada kita semua terutamanya wanita atau isteri yang tidak bekerja. Institusi rumahtangga bukanlah dikendalikan seorang diri semata-mata tetapi bahkan ia memerlukan komitmen dan kerjasama yang erat antara dua orang yang dipanggil suami dan isteri.


Selamat berbahagia...

2014/01/03

Pesanan Penuh Hikmah Dari Salahudin Al-Ayubi

Pesanan Penuh Hikmah Dari Salahudin Al Ayubi - Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat datang tahun 2014 yang barakah. Semoga permulaan langkah kita sentiasa dalam pengawasan Allah s.w.t. Dan semoga sepanjang tahun ini ada kejayaan yang mengiringi langkah kita semua.




Menurut sumber wikipedia,  nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193). Salahuddin al-Ayyubi adalah nama dalam bahasa Turki. Nama-nama lain adalah Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurdi, Silhedînê Eyûbî, Bahasa Parsi.  Mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

Pesanan Penuh Hikmah Dari Salahudin Al Ayubi 


1. Saya meminta kekuatan dan Allah beri saya kesulitan untuk membuat saya kuat
2. Saya bertanya tentang kebijaksanaan dan Allah beri saya masalah untuk diselesaikan
3. Saya meminta kemakmuran dan Allah beri saya fakulti/jabatan dan tenaga untuk saya bekerja
4. Saya meminta keberanian dan Allah beri saya bahaya untuk diatasi
5. Saya meminta cinta dan Allah beri saya orang-orang bermasalah untuk dibantu
6. Saya meminta nikmat dan Allah beri saya peluang
7. Saya tidak minta apa-apa untuk diri saya tetapi saya menerima semua yang saya perlukan

Pesanan yang ditinggalkan oleh Salahudin Al-Ayubi di atas mengandungi maksud yang tersirat dan amat mendalam untuk kita jadikan panduan hidup bagi mengharungi dugaan yang penuh mencabar pada tahun 2014 ini.

Semoga sedikit perkongsian di atas boleh memberikan kita sumber inspirasi untuk lebih kuat dan mencapai impian hidup.

2014/01/02

Petua Hilangkan Jeragat Di Wajah

Petua Hilangkan Jeragat Di Wajah - Bagi kita yang menghadapi masalah jeragat yang degil di wajah, apa kata korang mencuba cara yang saya kongsikan di bawah. Jangan risau ya pembaca semua, caranya amat mudah dan sangat murah.

Petua Hilangkan Jeragat Di Wajah



 


Bila muncul bintik-bintik hitam di wajah, tentu kita berasa tak selesa dan wajah kelihatan hodoh. Untuk menghilangkannya mudah saja. Ambil sebiji betik muda, sedikit beras,  kunyit hidup dan kulit kayu manis.

Rendamkan kesemua bahan-bahan ini selama seminggu. Kemudian ditumbuk menjadi bedak sejuk. Sapukan ke seluruh wajah setiap kali selepas mandi. Insya Allah anda akan merasai perubahannya dan jeragat di wajah pun akan hilang.

Selamat mencuba.



Tip Solekan Untuk Kulit Gelap

Tip Solekan Untuk Kulit Gelap - Wanita memang tidak dapat lari daripada alat solek dan kecantikan. Tetapi saya bukanlah mahu berkongsi cara bersolek yang terperinci kerana saya sendiri memang tak pandai bab-bab tersebut. Namun apa yang saya nak kongsikan di bawah ini masih ada menyentuh bab kecantikan wanita iaitu tip solekan untuk kulit gelap.



Tip Solekan Untuk Kulit Gelap


1. Pilihan warna-warna lembut seperti merah jambu, dan oren gelap adalah warna tepat untuk solekan bahagian pipi.

2. Untuk siang hari gunakan pemerah pipi berwarna merah jambu. Untuk malam hari pakai warna gangsa atau warna plum.

3. Jangan terlalu banyak bereksperimen dengan pilihan warna terutama untuk solekan bahagian mata. Sebaliknya pilih warna-warna tanah yang lebih natural seperti cokelat atau merah bata. Warna warna terang atau putih harus dihindari terutamanya untuk pembayang mata.

4. Bagi teknik solekan mata, pilih coklat terang untuk kelopak atas dan coklat gelap untuk bahagian lipatan kelopak mata. Sapu sedikit ke dalam dan ke luar. Teknik tersebut juga boleh memberikan kesan dalam pada mata.

5. Untuk bahagian bibir, pilih gincu/lipstik warna natural seperti coklat, merah tua, anggur, dan sebagainya. Untuk yang lebih berani boleh juga gabungkan dua warna yang disebutkan tadi.

6. Jangan sapu lipstik secara berlebihan. Pastikan lipstik tersebut sesuai debgan kulit anda. Pilih warna agak gelap untuk waktu malam agar lebih romantis dan elegan.

7. Sesuaikan  lipstik dengan pilihan warna pembayang mata bagi mendapatkan kesan lebih sempurna.

Namun begitu pernahkah anda dengar bahawa wanita yang cantik adalah wanita yang cantik di hati. Iaitu...

yang kelihatan kuat dengan berdoa,
Yang dewasanya dengan masalah
yang maju dengan usaha keras
yang tidak pernah hancur dengan putus asa
yang sentiasa bersemangat dengan harapan dan impian.

Jom wanita wanita cantik di luar sana, ikhlaskan hati untuk menjadi cantik zahir dan batin. InsyaAllah...