Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2014/12/31

Senarai Aynorablogs Bloglist 2015 Di Sidebar

Senarai Aynorablogs Bloglist 2015 Di Sidebar - Bismillah, Hai...hai...Selamat datang 2015. Apakah azam baru anda? Mestikah bombastik senarai azam tahun 2015 anda? Saya masih terfikir-fikir untuk masukkan apa dalam senarai azam tahun baru, atau adakah perlu fokus pada satu azam sahaja? Nanti saya fikirkan...hihi


 Senarai Aynorablogs Bloglist 2015 Di Sidebar 


Sebagai permulaan tahun 2015, saya telah menyenaraikan peserta bloglist 2015 aynorablogs.com yang telah saya war-warkan sebelum ini, di sidebar blog ini. Tak ada yang terkecuali. Semuanya saya suka dan sayang, jadi saya masukkan semua sekali. Itu pun memang janji saya, kan? 

Bagi anda yang masih berminat untuk berada di sidebar aynorablogs.com sepanjang tahun 2015, dipersilakan dengan tangan terbuka! Linknya...boleh klik pada pautan di bawah;







Tiada tarikh tamat tempoh segmen ini tau...

Selamat tahun baru 2015!!

Himpunan Kata-kata Hikmah Dan Motivasi Tentang Kehidupan

Himpunan Kata-kata Hikmah Dan Motivasi Tentang Kehidupan ini saya kumpulkan dari bacaan di media sosial dan amat menarik untuk direnungkan. Ada sebahagiannya bercerita tentang cinta dan kehidupan, tentang perlunya ilmu untuk terus hidup di dunia yang mencabar dan sebagainya.




Himpunan Kata-kata Hikmah Dan Motivasi Tentang Kehidupan


1. “Setiap pengalaman yang tidak dinilai baik oleh dirinya sendiri ataupun orang lain akan tinggal menjadi sesobek kertas dari buku hidup yang tidak punya makna. Padahal setiap pengalaman tak lain daripada asas kehidupan.” ― Pramoedya Ananta Toer, Nyanyi Sunyi Seorang Bisu 2

2. “Hidup itu bukan perjuangan tapi perjalanan. Melangkahlah kemana pun kau mahu tapi ingat cepat atau lambat kita semua akan bertemu ditempat yang sama.” ― #IjalQuote

3. “Orang yang benar-benar berani adalah yang mencintai hidup dan mendambakannya sebagai harta kekayaan yang sekali hilang takkan dapat ditemukan kembali.” ― Eiji Yoshikawa, Musashi

4. “Pohon masalah selalu menyembunyikan buah yang manis. Kadang kita harus menunggu buah itu matang dan jatuh agar dapat merasakan betapa manisnya ia.” ― firman nofeki

5. “Kita tak ada harta yang banyak, kita hanya ada ilmu yang boleh dicurahkan oleh kita kepada seseorang itu dan beliau megamalkannya , maka selagi beliau mengamalkan ilmu kebaikan kita itu maka kita akan mendapat pahala sehingga kita mati.”― RoshidiTang

6. “Hidup itu bukan hanya membuat pilihan, bukan setiap saat harus memilih saja. Tetapi bagaimana kau terus bertahan dengan pilihanmu itu.” ― Risnalinda

7. “Hati yang utuh adalah hati yang pernah patah.” ― Mitch Albom, Have a Little Faith: a True Story\

8. “Dan hati yang selalu mampu dikuasai pemiliknya, adalah hati orang yang sukses.” ― Ahmad Fuadi, Negeri 5 Menara




9. “Letakan hati, simpan, lantas terbang tinggi.” ― Ivan Vanalsa

10. “Hidup sungguh sangat sederhana. Yang hebat-hebat hanya tafsirannya. (Rumah Kaca, h. 46)”
Pramoedya Ananta Toer

11. “Hidup memang bukan mudah dan kerana payahnyalah kehidupan itu, aku dan engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia.” ― Faisal Tehrani, Cinta Hari-Hari Rusuhan

12. “Manusia ingin percaya bahwa mereka hidup dan bertindak berdasarkan kemahuan mereka sendiri, namun pada kenyataannya mereka hanya dipaksa oleh keadaan.” ― Eiji Yoshikawa

13. “Memang baik menjadi orang hebat, tetapi lebih hebat menjadi orang baik.” ― Manusia Biasa

14. “Nikmati duniamu dan bersyukurlah atas apa yang terjadi padamu. Tuhan selalu punya rencana indah diluar inginmu. Dan Tuhan selalu punya cara terbaik untuk membahagiakanmu.” ― gmwr 

Kata saya pula,
"Hidup dan cinta selalu sering bertelingkah. Mana yang patut didahulukan? Apakah kau hidup untuk cinta? Jika iya, cinta kepada siapakah patut kau dahulukan? Kerana...tanpa cintaNya kita tidak hadir ke dunia, kerana kasihNya kita diberikan hidup. Justeru cintai DIA yang memberikan mu hidup dan hiduplah dengan sejahtera dan penuh redha untuk DIA jua. Cinta kan terus hidup dalam hati-hati manusia yang bersyukur atas nikmat-nikmatNya!"  

Wallahua'lam. Sebarkan bahagia.

2014/12/30

Kisah Salman al Farisi Yang Ditolak Pinangannya

Bagaimanakah perasaan anda jika pinangan anda ditolak? Sebaliknya pihak pengantin perempuan sukakan sahabat baik anda sendiri? Tentulah rasa kecewa, terkilan, malu dan macam-macam lagi rasa negatif muncul dari dalam diri. Betul, kan? Itulah lumrahnya manusia. Amarah adalah kawan syaitan, sebab itu kita kena kawal rasa kecewa dan marah dengan beristighfar dan berwuduk. Insyaa Allah...Allah akan berikan jalannya...




Bercerita tentang pinangan yang ditolak, ada kisah yang menarik tentang sahabat Rasulullah bernama Salman al Farisi. Salman al-Farisi telah mengenali seorang wanita Muslimah solehah daripada kaum Ansar dan berhajat memperisterikannya. Sahsiah wanita itu begitu memikat hatinya. Bagaimanapun, jauh di lubuk hatinya timbul rasa sangsi sama ada beliau layak untuk meminang wanita berkenaan atau sebaliknya. Hal ini memandangkan beliau bukanlah penduduk asal Madinah. Beliau sedar hakikat itu. Namun, gelojak hatinya begitu ingin menikahi wanita Ansar berkenaan, lalu beliau berfikir cara menunaikan hasrat itu.


Sahabat Baik Sebagai Pengantara


Timbul di benak fikirannya yang beliau memerlukan orang lain sebagai jurubicara yang mempunyai latar belakang dan tahu adat tradisi penduduk Madinah. Akhirnya Salman memilih sahabat karibnya, Abu Darda sebagai pengantara. Abu Darda adalah sahabat Ansar dipersaudarakan dengannya. Salman tanpa segan silu kemudian meluahkan hasrat terpendam kepada sahabatnya itu dan ia disambut gembira.

Kata Abu Darda: “Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah.” Mereka berdua berpelukan kerana gembira dengan berita itu. Selepas itu, segala persiapan dilakukan dan mereka berdua berangkat ke rumah gadis yang ingin dipinang Salman. Tiba di rumah gadis berkenaan, berkatalah Abu Darda selaku jurubicara Salman: “Saya Abu Darda dan ini adalah saudaraku, Salman al-Farisi yang berasal dari Parsi. Allah memuliakannya dengan Islam dan beliau juga memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. “Beliau memiliki kedudukan utama di sisi Rasulullah SAW sehingga baginda menganggapnya sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. “Saya datang untuk mewakili saudaraku ini melamar anak gadis tuan bagi dipersuntingkannya.” Begitulah teratur dan beradabnya Abu Darda mengatur tutur bicara.


Kisah Salman al Farisi Yang Ditolak Pinangannya


Kemudian si ayah gadis itu pula membalas bicara: “Kami sangat berbesar hati menerima anak berdua, sahabat Rasulullah SAW yang mulia. “Kami juga berasa begitu bertuah jika bermenantukan seorang sahabat Rasulullah SAW yang utama. “Namun, jawapannya saya serahkan sepenuhnya kepada anak gadis kami.” Selepas mereka berbincang di sebalik tirai, si ibu gadis itu mengatakan keputusan anaknya. Kata ibu gadis itu: “Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang, tetapi kerana anak berdua yang datang, maka dengan mengharapkan reda Allah saya menjawab bahawa anak gadis kami menolak pinangan Salman. “Namun, jika yang melamar anak gadis kami ialah Abu Darda anak gadis kami tidak menolaknya.” 

Dalam situasi beginilah kita akan dapat satu gambaran budi sahsiah terpuji yang cukup luhur pada diri Salman. Meskipun dia sangat terkejut dengan jawapan berterus terang itu, sikap berlapang dada nyata begitu tinggi dimiliki sahabat Rasulullah SAW ini.

Kata Salman: “Allahuakbar. Semua mahar dan nafkah yang kusediakan ini akan aku serahkan kepada Abu Darda, malah aku sendiri yang akan menjadi saksi pernikahan kalian berdua nanti.” 

Demikian sekelumit kisah yang terjadi dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW. Dalam keadaan yang begitu genting yang pada sesetengah pihak pasti akan mencetuskan impak negatif, tetapi pada mereka menerima sesuatu takdir Allah menjadi sikap peribadi. Begitulah selayaknya kita bertindak matang dan tenang apabila menghadapi penolakan cinta daripada seseorang.


Reda Terima Takdir Dengan Hati Terbuka


Pengajaran di sebalik kisah itu ialah kita seharusnya bersikap reda dan bersedia menerima apa-apa saja takdir dalam kehidupan ini dengan hati yang tabah. Ini kerana setiap perkara yang berlaku ke atas diri kita ada hikmah yang terselit bersamanya. 

Jangan cepat bertindak terburu-buru, mengikut nafsu dan emosi kerana akibatnya juga buruk. Hasan al-Basri ada satu nasihat kepada kita apabila dirundung rasa kecewa dalam hidup.


Kata Hasan al-Basri: 

“Janganlah kamu membenci musibah yang menimpa, mungkin ada keuntungan di sebalik perkara yang kamu benci, mungkin ada kerugian di sebalik perkara yang kamu cintai.” 

Malah, Allah ada berfirman yang bermaksud: “...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 216) 

Semoga perkongsian kisah Salmam al Farisi yang dikecewakan malahan menerima takdir dengan tabah di atas menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada kita untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Allahu Akbar!

Tips Beli Kasut Bagi Orang Lelaki

Tips Beli Kasut Bagi Orang Lelaki - Saya percaya ramai orang lelaki di luar sana yang tidak cerewet sangat bila membeli kasut. Asalkan cantik, selesa dan murah sudah cukup bagus bagi mereka. Bagi orang lelaki yang mementingkan kualiti, mereka akan menumpu kepada jenama yang telah terbiasa sahaja.

Ramai lelaki tidak tahu sebelum membeli kasut ada perkara yang harus anda perhatikan. Selain reka bentuk dan jenama yang sudah anda berkenan, berikut adalah aspek yang perlu anda fikirkan sebelum membeli kasut.

Selepas mencuba kasut cuba berdiri tegak, kemudian berjalan di sekitar kedai. Pastikan anda berjalan di atas permukaan yang keras bukan di atas karpet.

Tips Beli Kasut Bagi Orang Lelaki


a) Beli kasut waktu siang atau petang kerana ketika ini kaki anda sudah mengembang atau berada pada saiznya yang sebenar.

b) Selepas mencuba kasut cuba berdiri tegak, kemudian berjalan di sekitar kedai. Pastikan anda berjalan di atas permukaan yang keras bukan di atas karpet.

c) Cuba sekali dengan stoking agar kasut yang anda beli tidak ketat.

d) Jangan terburu-buru. Pilihlah dengan tenang dan sesuai dengan penampilan anda.

e) Selalu terjadi anda berkenan dengan reka bentuk tetapi saiz ketat. Jangan ambil dan fikir kaki akan biasa dengan saiz dipilih. Ini kerana akan timbul masalah lain seperti sakit dan melecet.

Semoga bermanfaat kepada orang lelaki yang sedang mencari-cari kasut dan tidak mengetahui cara-caranya.. 

Bahaya salah guna ubat cerah kulit

Ramai wanita mahu kelihatan cantik tetapi suka ambil jalan mudah dan sambil lewa sahaja dalam mengetahui kesan sampingan setiap bahan kosmetik yang digunakan. Mari kita ubah sikap dan ambil tahu setiap kesan dan gejala yang akan dihadapi jika mengambil ubat kecantikan tanpa info yang tepat dan lengkap.  




Tambahan pula ramai wanita di Malaysia mengidamkan kulit cerah. Tidak hairan produk kosmetik untuk tujuan itu semakin meningkat permintaannya. Fenomena ini semakin berleluasa apabila ramai pengguna, terutama wanita, berani mengambil ubat secara oral atau suntikan untuk mencerahkan kulit selain produk kosmetik.

Antara ubat yang semakin berleluasa dijual secara tidak sah di media sosial dan blog adalah asid Tranexamic. Penjualan ubat ini bertujuan mencerahkan kulit dengan mengambilnya secara oral atau suntikan.

Ubat ini juga dijual secara kombinasi dengan suntikan vitamin C bagi memberi kesan lebih ketara kepada penggunanya. Namun, adakah indikasi sebenar ubat asid Tranexamic untuk memutihkan kulit? Setiap ubat yang didaftar dengan Kementerian Kesihatan adalah dengan indikasi tertentu bersama bukti kajian klinikal. Ubat asid Tranexamic didaftarkan untuk mengawal pendarahan daripada terus berlaku. Ubat ini akan memastikan proses pembekuan darah terus utuh dan pendarahan dapat dielak atau dihentikan.

Oleh itu, ubat ini kerap digunakan doktor dalam situasi pesakit wanita mengalami pendarahan haid tidak berhenti atau pesakit mengalami pendarahan hidung yang berterusan.

Ubat ini juga digunakan untuk mengawal pendarahan ketika dan selepas pembedahan prostat, pendarahan organ yang abnormal seperti di paru-paru dan buah pinggang serta rawatan mengubati gejala seperti eritema, bengkak dan gatal kulit teruk.

Bahaya salah guna ubat cerah kulit

Semua ubat mempunyai kesan sampingan, begitu juga ubat asid Tranexamic. Doktor perlu menimbangkan manfaat dan risiko ubat ini sebelum diberi kepada pesakit.

Antara kesan sampingan umum ubat asid Tranexamic adalah pening kepala, sakit sendi, sakit dan kekejangan otot, saluran hidung tersumbat, sakit perut dan badan lesu.

Kesan sampingan serius dan memerlukan rawatan segera pula adalah kesan alergi (ruam, gatal kulit, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir atau lidah), sakit kaki, bengkak dan sakit seluruh badan, sakit dada, dada berasa ketat dan sukar bernafas, keliru, batuk berdarah, kurang atau susah membuang air kecil, gangguan penglihatan warna dan kabur, rasa kebas pada lengan atau kaki, sawan, pening teruk, pendek pernafasan, muntah dan kelesuan luar biasa.

Ubat asid Tranexamic tidak boleh digunakan jika pesakit mempunyai sejarah alergi terhadap ubat ini, mengalami penyakit tromboembolik, gangguan penglihatan warna, wanita mengalami masalah pendarahan haid tidak teratur, individu mengalami pendarahan otak, darah dalam air kencing atau pendarahan akibat masalah buah pinggang, ibu mengandung dan menyusukan anak serta individu menggunakan ubat kontraseptif estorgen dan progesterone.

Individu mempunyai masalah pembekuan darah atau situasi yang meningkatkan risiko pembekuan darah juga tidak boleh menggunakan ubat ini. Sebagai contoh, pesakit yang ada masalah injap jantung atau degupan jantung.

Ubat asid Tranexamic membantu memberhentikan pendarahan, justeru penggunaannya tanpa pemantauan doktor sangat berbahaya kerana dikhuatiri berlaku tromboembolisme, yang mana gumpalan darah berlaku dalam salur darah dan hanyut bersama aliran darah.

Seterusnya gumpalan darah ini boleh tersumbat pada salur darah penting di otak dan jantung yang menyebabkan berlaku strok dan serangan jantung.

Ubat asid Tranexamic juga menyebabkan pening kepala dan akan bertambah teruk jika diambil bersama alkohol atau ubat lain. Ubat ini juga tidak disyorkan bagi remaja berumur bawah 18 tahun kerana status keselamatan dan keberkesanan ubat ini tidak dapat ditentukan.

Penyalahgunaan ubat ini dilakukan oleh individu tidak bertauliah atau ada ilmu dalam bidang perubatan dan kesihatan. Mereka yang menjual ubat asid Tranexamic biasanya mencadangkan dos penggunaan harian yang tidak betul, malah ada yang mencadangkan ubat ini dibuka daripada kapsulnya dan dicampurkan dalam minuman jus buah atau air untuk disapukan pada muka.

Tindakan seperti ini tidak disyorkan oleh pengilang, malah tiada bukti klinikal menunjukkan tindakan seperti itu lebih berkesan dan boleh mencerahkan kulit.

Rakyat Malaysia harus menjadi pengguna lebih bijak. Jangan mudah percaya dan terpedaya dengan promosi jualan di Internet berkaitan ubat asid Tranexamic untuk mencerahkan kulit.

Sehingga kini tiada data saintifik bahawa ubat ini berkesan untuk mencerahkan kulit. Malah, tidak berbaloi jika dilihat harga jualan ubat ini yang mencecah enam kali ganda harga cadangan jualan runcit oleh pengeluar.

Pengguna dinasihat mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dulu sebelum menggunakan produk asid Tranexamic. Jangan terlalu ghairah ingin memiliki kulit lebih cerah sehingga memperjudikan nyawa akibat serangan jantung atau strok kesan penggunaan ubat ini.

Ubat ini hanya sesuai digunakan oleh pesakit yang mendapat rawatan doktor untuk masalah pendarahan, bukan pecerahan kulit.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) di talian 1 800-88-6722.

Semoga apa yang telah saya kongsikan di atas dapat dijadikan info yang membawa manfaat kepada kita semua. 

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19419#sthash.tezBJSzp.dpuf (mymetro)

2014/12/29

Fakta Pesawat QZ 8501 AirAsia Yang Hilang Pada 28 Disember 2014

Fakta Pesawat QZ 8501 AirAsia Yang Hilang - Fakta yang diambil dari berbagai sumber media elektronik untuk rujukan bersama. Bersama-sama kita mendoakan yang terbaik buat pesawat AirAsia dan kakitangan serta penumpang yang terlibat dengan insiden 'kehilangan' ini.

Sebagai orang Islam, bacalah kalimah Innalillahi wainnailaihirojiun...jika kita diuji, bacalah ayat tersebut. Tuhan bersama-sama kita, Insyaa Allah. 


Fakta Pesawat QZ 8501 AirAsia Yang Hilang


Jenis pesawat: Airbus A320
Pendaftaran: PK - AXC
Laluan: Surabaya-Singapura
No Penerbangan: QZ 8501
Jadual Penerbangan: 5.20 pagi - Berlepas (waktu tempatan), 8.30 pagi - Ketibaan (waktu tempatan)

Komposisi Kru:

Kapten: Iriyanto
Pegawai Penerbangan: Remi Emmanuel Plesel
4 Atendan:
1) Wanti Setiawati
2) Khairunisa Haidar Fauzi
3) Oscar Desano
4) Wismoyo Ari Prambudi
Jurutera: Saiful Rakhmad

Komposisi penumpang : 138 dewasa
                                      : 16 kanak-kanak
                                      : 1 bayi 





Fakta Menarik Tentang Pesawat AirAsia Yang Hilang 28 Disember 2014


Pesawat AirAsia dengan flight number QZ8501 hilang di tengah penerbangan Surabaya-Singapura. Pesawat berjenis Airbus A320-200 menggunakan teknologi canggih.

Menurut info daripada Airfleets.net, 29 Disember 2014, pesawat Airbus jenis 320-216 memiliki MSN (Manufacturer Serial Number) 3648, didaftar sebagai PK-AXC. Pesawat ini telah terbang buat pertama kali pada 25 September 2008.

Pesawat yang hilang itu pertama kali tiba di Indonesia pada 16 Oktober 2008 dari pusat pengilangan Airbus di Toulouse, Perancis.

Pesawat yang digerakkan oleh mesin CFM 56-5B itu telah melakukan penerbangan sebanyak 23.000 jam dalam 13.600 penerbangan.

Setelah 6,3 tahun beroperasi, ini kali pertama pesawat Airbus jenis A320 itu mengalami 'insiden'.

Pesawat itu dibeli untuk memberikan khidmat penerbangan Indonesia AirAsia untuk wilayah domestik dan antarabangsa. Pesawat Aibus itu diberi nama gelaran Wagon Air sebagai nama udaranya.

Harga sebuah pesawat Airbus A320 Januari 2014 lalu sekitar US$ 93,9 juta. Pesawat ini memiliki kecepatan maksima 903 km/jam. Berat kosong pesawat sekitar 42,220 kg dengan dimensi panjang 37,57m, lebar 34,09m, dan tinggi 11,76m. Kapasiti maksima pesawat adalah 180 penumpang.


Respons Tony Fernandes Melalui Twitter


KUALA LUMPUR 28 Dis. - “Inilah mimpi paling ngeri saya. Tetapi tiada apa yang terhenti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitternya, pukul 7.06 minit malam ini.

Kenyataannya itu merujuk insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara (ATC) pukul 6.17 pagi waktu Indonesia ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Dalam tweet yang sama, beliau berkata: “Saya amat tersentuh dengan sokongan ramai terutama daripada syarikat penerbangan lain.”

Tiga minit kemudian, Fernandes menghantar satu lagi tweet, kali ini khusus untuk semua staf AirAsia berbunyi:

“Kepada semua staf AsiaAsia saya, tabahkan hati teruskan melakukan yang terbaik. Berdoalah bersungguh-sungguh. Teruskan melakukan yang terbaik untuk tetamu-tetamu kita. Sampai jumpa lagi.”

Ini diikuti satu lagi tweet beliau juga ditujukan kepada staf AirAsia, dua minit selepas itu:

“Saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (AirAsia) anda akan berada di sana ketika waktu yang sukar ini. Kita akan menempuh keadaan dahsyat ini bersama-sama, dan saya akan cuba menemui seberapa ramai daripada kalian.” - UTUSAN ONLINE

Istikharah Cinta TV3 Sinopsis Penuh Yang Mendebarkan

Istikharah Cinta TV3 Sinopsis Penuh Yang Mendebarkan - Ramai yang tertanya-tanya tentang sinopsis Drama Istikharah Cinta yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang. Kini saya kongsikan sinopsis Istikharah Cinta lakonan Zul Ariffin, sebuah kisah biasa dalam kehidupan manusia yang berbeza-beza warnanya. Cuma olahan cerita yang agak berbeza yang mungkin membezakan setiap drama yang dipaparkan. Sinopsis Istikharah cinta ini saya ambil daripada Berita Minggu. 

Baca entri berkaitan juga...Drama Istikharah Cinta Lakonan Zul Ariffin Slot Akasia TV3





Istikharah Cinta TV3 Sinopsis Penuh


Mahligai perkahwinaan yang dibina berdasarkan cinta akhirnya musnah jua hanya selepas setahun usia perkahwinan mereka. Beranggapan bahawa jodoh mereka tidak panjang, Airil tabah dan redha meneruskan hidup walaupun berat untuk dia menerimanya. Lain pula dengan Aiza yang menyalahkan Airil sebagai punca dirinya keguguran.

Airil yang tidak menyangka akan bertemu dengan Dina, perkenalan yang terjadi di sebuah restoran itu telah membawa satu perubahan besar dalam hidup mereka berdua.

Semuanya kerana mereka terpaksa berkongsi meja. Pertemuan yang bermula dengan kebetulan akan merubah takdir mereka bersama. Pertemuan mereka kali kedua di Langkawi tatkala Dina mengakhiri hubungannya dengan Hanafis. Berkongsi kisah suka dan duka merapatkan lagi hubungan Airil dan Dina.

Hanafis terpaksa memutuskan hubungannya dengan Dina kerana dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya. Jauh di sudut hati Hanafis tidak dapat melupakan Dina. Kisah cinta itu bakal membawa lebih cinta tiga segi apabila Juliza, rakan sekerja Airil dalam diam menaruh perasaan kepada Airil.

Dalam masa yang sama, bekas isteri Airil, Aiza sudah berkahwin dan memulakan hidup baru bersama suaminya, Dr Rizal. Keputusannya untuk memulakan kehidupan baru dan bahagia bersama suami barunya ternyata meleset. Aiza sering sahaja membeza-bezakan antara Airil dan juga Dr Rizal lantas rumahtangga Aiza mula bergolak. Aiza mula sedar bekas suaminya ternyata lebih baik dan berhasrat mencari Airil kembali.

Hubungan Airil dan Dina semakin akrab dan bermulalah kisah cinta mereka. Airil berhasrat memperisterikan Dina, namun Airil tidak pernah berterus terang dengan statusnya sebagai seorang duda. Apakah yang akan terjadi apabila Dina mengetahui perkara yang sebenar? Adakah dia mudah menerima hakikat tersebut?

Hanafis yang masih menyimpan perasaan terhadap Dina juga ingin memenangi hati Dina kembali. Airil pula mulai rimas dengan Aiza yang mula mencari dan menganggunya kerana kini dia hanya mencintai Dina.

Cukupkah kasih sayang dan cinta mereka untuk saling mempercayai kesetiaan mereka masing-masing?

Drama terbitan Orangetree Production ini membariskan pelakon hebat Zul Ariffin sebagai Airil dan Faye Kusairi sebagai Dina pastinya akan memberi impak yang tersendiri menerusi drama ini. Selain itu ia turut dibarisi oleh pelakon pembantu seperti Nonny Nadhirah sebagai Aiza, Syazwan Zulkifli sebagai Hanafis, Nizen Ayob (Dr. Rizal), Lia Natasya (Allisya), Falisha Crossley (Juliza), Azizul Ammar (Taufiq), Dato Eizlan Yusof (Dato Aziz) dan Zarina Zainuddin (Datin Amnah)      

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada Drama Istikharah Cinta di TV3. Ambil yang baik daripadanya.

2014/12/24

Sepetang Di Temani Hujan, Kopi Dan Buku

Dengarkan, bacalah sebuah luahan seorang pencari ini, yang masih tercari-cari. Seorang penyunting kata-kata yang separuh belahan jiwanya, ada cinta yang tertinggal. Cinta untuk menulis. Dalam hati ada hujan, ada rasa kopi dan buku di jiwa.




Hujan


Hai..selamat datang hujan. Hujan dan wanita adalah seirama. Iya ke? Air mata dengan hujan pula bagaimana? Ohh! Itu ibarat isi dan kuku...kata lelaki itu yang bersapa di Kafe Taman Rahsia (?). Banyak kisah berlaku dan ada cerita yang terimbas bila turunnya hujan. Satu waktu dahulu, pada ketika darah muda remaja. Ada airmata yang turun bila hujan berderai di bumi indah ini. Cerita itu perit, tak usah dikenang-kenang. Betul kan?

“Aku tidak ingin seperti hujan, yang kamu cinta tetapi selalu membiarkanmu sakit, aku memilih untuk tidak kamu cintai, aku memilih untuk tidak menjadi hujan.” ― Muhammad Akhyar, Cinta di Ujung Jari




Mengintai hujan turun dari balik kamar, sejuknya hingga ke relung hati. Buat jiwa yang resah, rasakanlah rintik-rintik hujan itu. Rasakan ketenangannya...dan ALLAH maha mendengar doa-doa di kala hujan menyimbah bumi.

“engkaulah arakan awan-awan yang menjatuhkan hujan kesejukan, akulah yang senantiasa menyimpan rintiknya, mengalirkannya kedalam anak-anak sungai jiwa yang tenang” ― firman nofeki


Kopi


Mulanya saya tidak minum kopi. Sebab apakah? Warnanya hitam? Atau lecehnya untuk mengadun kopi. Entahlah. Namun seorang teman memaksa saya menjadi bijak. Kopi untuk otak. Lagi katanya kopi untuk stabilkan emosi. Hmm...emosi saya berkecamuk kah? Teman itu hanya tersenyum. Kerana terkena panahan autanya, saya terjebak dengan kopi. Itu cerita ketika musim MBA melayari masa. Masa yang penuh dengan emosi dan kopi! Benarkah kopi buat kita bijak? Dan, saya pun tamat MBA dengan 'grade' yang awesome...kerana kopikah?


Buku


Saya cinta buku. Sungguh! Dengan buku saya boleh pergi ke mana-mana, menjelajah dunia yang tak kenal rupa. Buku mengajar saya untuk pandai menulis seperti ini. Buku adalah teman tidur yang tak bernyawa tetapi memberikan noktah dalam banyak pertanyaan!

“Buku yang kubaca
selalu memberi sayap-sayap baru.
Membawaku terbang ke taman-taman pengetahuan paling menawan,
melintasi waktu dan peristiwa,
berbagi cerita cinta, menyapa semua tokoh yang ingin kujumpai, sambil bermain di lengkung pelangi.”
― Abdurahman Faiz, Aku Ini Puisi Cinta


Sepetang Di Temani Hujan, Kopi Dan Buku


Ada BUMI CINTA di tangan. Genggam erat dengan kukuhnya pengajaran di halaman demi halaman novel cakra cinta sang pawana Habiburrahman El Shirazy. Kafe Taman Rahsia (?) ini menyunting rasa hiba. Yang datang secara tiba-tiba. Bukannya ada hati yang diusik. Kalau ada pun, hati yang terusik, mungkin? Ha! Pernahkah anda rasa apa yang saya rasa? Saat dan ketika ini.

Tusukan aroma kopi moccha menerawang setiap ruang. Mampukah langkah kaki kukuh melawan arus sosial yang tak terbendung. Kerisauan bermaharaja lela. Ada pada setiap mata yang bersapa sapa. Dia faham. Mereka faham. Maksud renungan yang dilepaskan dengan keluhan.




Percikan air hujan membasahi pipi nan mulus. Argh! Ngelamun ini sudah panjang. Buku tebal sarat nasihat dan coretan cinta yang membangun jiwa, saya usap dengan perlahan. Begitulah pedih ngilu luluh hati, terkenang...mengenang...dosa-dosa silam. Saya tadahkan tangan pada hujan yang semakin lebat. Sengaja membiarkan rembesan hujan itu melimpahi ruang telapak tangan. Anggapkan saja inilah permohonan DOA yang tak terlafaz, pada Tuhan yang penyayang. Hapuskan dosa-dosaku bersama rintik-rintik hujan itu, ya TUHAN.

Moga TUHAN ampunkan, basuh dosa derita silam bersama titisan hujan yang ikut mengintai secawan kopi moccha itu.

Dan dari cerita tentang kopi, buku dan hujan tadi, saya bertemu DIA dan sidia!



Petua Merawat Luka Selepas Bersalin

Wanita berkahwin yang normal pasti pernah melalui pengalaman bersalin. Tak kisahlah jika bersalin secara normal ataupun pembedahan. Bagi yang mengalami luka ketika bersalin, berikut saya kongsikan petua dan cara-cara merawat luka bersalin. Panduan ini juga berguna bagi semua wanita untuk menambahkan pengetahuan.




Petua Merawat Luka Selepas Bersalin


Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Sumber

2014/12/23

Cuti Umum Negeri Selangor 2015

Hai! masih cerita tentang cuti. Saya share kan pulak Cuti Umum Negeri Selangor 2015. Ada tak pembaca blog ini yang tinggal atau bekerja di negeri Selangor? Ala...negeri yang kaya tu...

Check cuti umum di negeri Selangor bagi tahun 2015 dan boleh lah rancang cuti-cuti anda.


Cuti Umum Negeri Selangor 2015 






Cuti Sekolah


Mula Cuti


Jumlah hari
bercuti
Cuti pertengahan penggal pertama14-March-2015 hingga
22-March-2015
9 hari
Cuti pertengahan pertengahan tahun30-May-2015 hingga
14-June-2015
16 hari
Cuti pertengahan penggal kedua19-September-2015 hingga
27-September-2015
9 hari
Cuti pertengahan akhir tahun21-November-2015 hingga
31-December-2015
41 hari


Jumlah cuti kelepasan umum bagi tahun 2015 adalah sebanyak 15 hari.
Jumlah cuti kelepasan negeri bagi tahun 2015 adalah sebanyak 4 hari.

#Semoga bermanfaat buat anda semua. Rancang waktu cuti anda dengan sebaik-baiknya!

Diri Di Belenggu Dendam

Luahan dari seseorang yang keliru, kerana sering membenci seseorang walaupun kawan yang dibenci dan didendami itu nampak baik dan disayangi oleh semua orang. Kisah luahan ini menarik untuk dikongsikan dan sebab itu saya kongsikan di medium yang lebih luas ini. Mungkin luahan ini dapat dijadikan sandaran dan panduan buat kita semua.  


Diri Di Belenggu Dendam


Luahan insan keliru...

Saya mempunyai masalah yang mengganggu fikiran. Saya membenci seseorang sedangkan dia kelihatan sangat soleh di mata orang lain. Saya tidak pasti dengan perasaan saya sendiri seperti ada dendam yang terpendam dalam hati terhadapnya. Mungkin kerana dulu saya pernah tertekan dengan perlakuannya terhadap saya.

"Saya selalu merasakan yang dia memandang rendah pada saya dalam pelajaran mahupun dalam hal agama. Kadangkala apabila dia menegur kesalahan saya, caranya seperti menghukum bukan mendidik."

Semua terasa sempit apabila bersamanya. Minat saya pula amat berbeza dengan minatnya. Dia sering memperlekehkan minat saya. Ini membuatkan saya selalu memendam perasaan, apatah lagi pada waktu itu saya tiada sahabat lain untuk bergantung. Jadi, perbuatannya sangat memberi kesan terhadap saya.

Sekarang, saya hidup dengan melarikan diri daripadanya. Ini disebabkan jika mendengar suara atau melihat dirinya, saya boleh marah tanpa sebab. Walaupun tahu dia terkenal dengan sifat baiknya, setiap apa yang dilakukannya semua nampak buruk di mata saya.

Walaupun dia berusaha untuk berbaik-baik, saya tetap sukar untuk menerimanya. Saya sendiri tidak selesa dengan perasaan ini. Saya rasa bersalah terhadapnya tetapi tidak tahu bagaimana mahu melupakan perasaan benci itu terhadapnya.

KELIRU,
Pulau Pinang


Jawapan yang diberikan oleh Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon amat menarik dan membina, jom baca...

Perasaan negatif yang berada dalam lubuk hati manusia itu adalah satu bisikan daripada syaitan kerana syaitan tidak suka manusia mendengar nasihat dan berkelakuan baik. Apa yang dilakukan kawan adik untuk menasihati adalah suatu yang baik. Cuma adik tidak selesa apabila merasakan ia adalah satu herdikan.

Pada pandangan Dr, niat kawan adik itu baik, mungkin cara untuk menyampaikan mesej kebaikan itu tidak kena cara dan gayanya menyebabkan adik seperti dipandang rendah.

Melarikan diri bukan cara terbaik kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Adik perlu berhadapan dengannya untuk menyelesaikan perkara itu. Adik terbelenggu oleh perasaan sendiri.

Dr sarankan supaya adik dapat berhadapan dengan kawan adik dan jalinkan kembali persahabatan. Manusia itu tidak sempurna, jadi adik sempurnakan apa yang kurang pada kawan itu dengan berterus terang kepadanya mengenai apa yang adik rasai.

Kadang-kadang diri kita juga ada melakukan kesilapan. Adik perlu kuat, jangan malu dan tonjolkan minat dan jangan pedulikan apa yang diperkatakan orang lain. Personaliti dan minat manusia juga berbeza. Justeru, tiada salahnya mempunyai minat yang berbeza. Apa yang penting ialah menghormati perbezaan minat yang wujud dan meningkatkan jalinan hubungan berdasarkan perbezaan ini.

Pada akhir nasihatnya, Dr Sapora ada menitipkan mutiara kata yang ringkas tetapi indah untuk direnungkan,

Untuk menjadi orang berjaya, kita perlu menempuh duri yang tajam kerana setiap duri itu akan menjadi nikmat selepas kejayaan diraih.

sumber; mymetro 

Semoga setiap kisah luahan yang saya paparkan dapat membuka minda kita untuk saling hormat menghormati dengan sesiapa sahaja. Sebarkan bahagia!!

2014/12/22

Cara Daftar Haji Untuk Ahli KWSP

Cara Daftar Haji Untuk Ahli KWSP - Tahukah anda jika anda seorang pemegang akaun dan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), secara automatik anda berhak mendaftar untuk pergi haji tanpa perlu keluar modal sesen pun! Bagaimana caranya? Mudah saja, dengan syarat anda ada baki simpanan minimum dalam akaun 1 sebanyak RM1,300 sahaja. Sebenarnya kemudahan ini telah berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012 lagi. Cuma ramai yang tak tahu, kan?




Untuk makluman, Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP. Jadi, tiada urusan keluar atau masuk duit. Duit kita masih kat dalam akaun KWSP itu lagi...

Syarat-syarat Kelayakan


Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji


Cara Daftar Haji Untuk Ahli KWSP

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.

Kaedah Pelaksanaan

Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan cara-cara berikut:

1) Hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam
2) Bawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. 
3) Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa Lembaga Tabung Haji.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi nombor di bawah:

1) Tabung Haji Contact Centre
Tel: 03 – 6207 1919
Laman Web: www.tabunghaji.gov.my

2) Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000

Soalan-soalan lazim berkaitan cara daftar haji untuk ahli KWSP:

PENDAFTARAN HAJI AHLI KWSP


Soalan dan Jawapan

1. Apa yang dimaksudkan dengan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?

Ia adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

2. Adakah melalui kemudahan ini ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka?

Tidak. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka kerana kemudahan ini
bukanlah satu jenis pengeluaran. Kemudahan ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi
mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bukan bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu
sendiri. Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka
simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.

3. Siapa yang layak menyertai kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap
ii. Beragama Islam
iii. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
iv. Belum mencapai umur 55 tahun
v. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

4. Bagaimana untuk memohon Pendaftaran Haji Ahli KWSP?

Ahli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP.

Nota: Ahli perlu membuka akaun simpanan di Tabung Haji (jika belum)

5. Di mana ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP?

Ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP daripada:

i. Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran
ii. Kios KWSP
iii. Laman web myEPF – pengguna i-Akaun
iv. Penyata Tahunan Ahli KWSP yang dikirim melalui mel

6. Bolehkah ahli membuat pendaftaran haji di bawah kemudahan ini bagi pasangan (suami isteri) atau ibu bapa atau anak-anak ahli?

Tidak. Kemudahan ini hanya bagi pendaftaran individu ahli sahaja.

7. Bila kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa?

Kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.

8. Bolehkah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dibatalkan?

Boleh. Terpulang kepada ahli KWSP.

9. Bolehkah ahli yang berumur 55 tahun ke atas menggunakan kemudahan ini?

Tidak boleh, hanya ahli yang berumur di bawah 55 tahun layak menggunakan kemudahan ini.

10. Mengapa ahli yang berumur 55 tahun ke atas tidak layak menggunakan kemudahan ini?

Pada umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan KWSP pada bila-bila masa. Oleh itu, mereka bolehlah membuat pendaftaran sendiri dengan Tabung Haji.

11. Adakah Pendaftaran Haji Ahli KWSP ini membolehkan ahli mengerjakan ibadah haji lebih cepat berbanding prosedur sebelum ini?

Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

12. Bolehkah ahli yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini?

Boleh. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini.


Semoga bermanfaat. Tolong kongsi dan sebarkan agar lebih ramai yang tahu tentang kemudahan ini.

Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2015

Perkataan yang paling disukai oleh semua orang yang normal tentulah cuti. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan cuti. Mungkin boleh menyusun aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan, boleh juga mengambil peluang menyelesaikan masalah yang tertunggak sekian lama.

So, saya kongsikan cuti umum negeri johor tahun 2015 sebagai rujukan dan panduan buat semua.


Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2015 




Cuti Sekolah
Mula CutiJumlah hari
bercuti
Cuti pertengahan penggal pertama14-March-2015 hingga
22-March-2015
9 hari
Cuti pertengahan pertengahan tahun30-May-2015 hingga
14-June-2015
16 hari
Cuti pertengahan penggal kedua19-September-2015 hingga
27-September-2015
9 hari
Cuti pertengahan akhir tahun21-November-2015 hingga
31-December-2015
41 hari

Jumlah cuti kelepasan umum bagi tahun 2015 adalah sebanyak 15 hari.
Jumlah cuti kelepasan negeri bagi tahun 2015 adalah sebanyak 4 hari.

2014/12/20

Keistimewaan Si Kidal Yang Kita Tidak Tahu

Adakah anda tergolong dalam kumpulan individu yang lebih gemar menggunakan tangan kiri untuk melakukan rutin seharian? Jika ya, jelaslah anda tergolong antara kelompok individu kidal.

Banyak keistimewaan si kidal yang kita tidak tahu yang mungkin akan ada ketahui bila membaca hingga akhir artikel ini. Menulis menggunakan tangan kiri mungkin dilihat aneh kerana lain daripada yang lain. Dalam artikel sumber mymetro ini mendedahkan kelebihan 'si kidal' yang mungkin dalam kalangan mereka sendiri tidak tahu ada keistimewaan tersembunyi di sebaliknya.

Kidal, atau bahasa saintifiknya 'sinistrality' bermaksud seseorang individu yang lebih suka menggunakan tangan kiri daripada tangan kanan. Melakukan rutin harian terutamanya menulis menggunakan tangan kiri menjelaskan perlakuan itu berbeza daripada biasa.

Saya pun sebenarnya ada kelebihan menggunakan tangan kiri dalam perkara tertentu seperti menaip, memegang mouse, mengira menggunakan kalkulator, menulis cepat ketika mengambil pesanan daripada telefon dan perkara kecil-kecil yang lainnya. Namun saya bukanlah dilahirkan kidal. Oleh kerana saya 40% menggunakan anggota tubuh saya secara kidal, maka secara tak langsung otak saya digunakan secara seimbang, kanan dan kiri. Saya minat finance tetapi juga boleh menulis karya puitis dan novel, walaupun sekadar main-main! Hihi...


Keistimewaan Si Kidal Yang Kita Tidak Tahu 


10 PERATUS PENDUDUK DUNIA KIDAL

Menurut kenyataan National Geographic berkaitan isu ini menjelaskan jumlah individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan ini dikatakan 10 peratus daripada penduduk dunia. Ia bermaksud 10 peratus daripada 6.7 billion populasi di dunia hari ini.

Dilaporkan, individu kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk menjadi genius. Menurut statistik, lebih 20 peratus dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia dilaporkan kidal. Selain itu, turut dilaporkan empat dari lima pereka bentuk komputer Mac adalah kidal. Bukan itu saja, hari meraikan golongan ini turut diwujudkan pada 13 Ogos setiap tahun yang diberi nama 'Left Handers Days'.

LEBIH CEPAT EMOSI

Kajian dari Universiti Abertay Scotland menjelaskan orang kidal cenderung lebih bersetuju dengan penyataan seperti, "Saya khuatir membuat kesalahan" ataupun "Kritikan anda membuatkan saya sakit hati". Penyelidik, Dr Lynn Wright yang menjalani kajian itu di Dundee, Scotland percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

"Orang kidal lebih cepat bimbang berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan iaitu lebih cepat bergerak. Bagi individu istimewa ini, otak kanan mereka lebih dominan dan bahagian inilah yang mengendalikan aspek negatif dam emosi,"katanya.

KEHEBATAN SI KIDAL

Mungkin bagi individu kidal, anda pernah tertanya kenapa kebanyakan orang tidak kidal? Atau kenapa wujudnya kidal? Menurut pakar psikologi dan saintis percaya bahawa individu kidal cenderung mewarisi perilaku ini daripada salah silah keluarga ataupun genetik.

Pada 2007, kumpulan saintis di United Kingdom menemui gen berkaitan kidal. Bagaimanapun, isu ini terlalu kompleks hinggakan penyelidik menjelaskan mereka mempunyai kesimpulan kukuh mengenainya.

Jangan rasa diri berbeza, tahukah anda terdapat beberapa tokoh terkenal juga bersifat kidal? Antaranya tokoh keagamaan, Mahatma Ghandi, saintis terkenal Albert Einstein, ahli falsafah Aristotle dan presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Malah, The Left Handers Club, sebuah organisasi orang-orang kidal tidak pernah menganggap bahawa kidal itu adalah sebuah kelainan, tapi sebaliknya menganggap kidal adalah satu keunikan.

APA KATA SI KIDAL?

Pelajar jurusan linguistik di Universiti Kebangsaaan Malaysia, Nur Fatihah Amran, 23 berkata sebagai golongan minoriti, dia terpaksa berhadapan dengan beberapa kesukaran menjalani rutin harian yang mungkin orang biasa tidak pernah terfikir.

"Mungkin hal seharian nampak biasa bagi orang normal, tapi bagi individu kidal seperti saya ada kesulitan kena hadapi. Contohnya apabila nak menggunakan kamera. Memang mencabar kerana dicipta untuk individu normal dengan secara fungsi butang juga disusun di sebelah kanan, jadi kena biasakan supaya lama kelamaan tak kekok lagi,"katanya.

Fatihah mengakui genetik itu diperoleh daripada ibunya yang juga seorang kidal. Baginya, ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana bukan hanya dia seorang saja di dalam keluarga yang memiliki perilaku itu.

"Awalnya saya tak pernah terfikir ada cabarannya. Tapi, makin saya membesar buatkan saya sedar banyak perkara saya kena tangani dengan kedua-dua belah tangan. Sekarang, saya boleh menulis dengan tangan kiri dan kanan, menaip, melukis dan sebagainya. Kalau dulu rasa malu dengan kawan, sekarang rasa bangga kerana saya boleh buat kerja lebih cepat daripada orang lain," katanya.

Penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Jep,24, berkata dia tidak pernah merasakan kidal satu cabaran malah sentiasa menganggap dirinya istimewa.

"Kalau dulu masa zaman sekolah mungkin saya diejek kerana lain daripada kawan-kawan tapi bila dah besar, dah boleh lakukan kerja dengan kedua-dua belah tangan, rasa diri istimewa. Malah ada yang mintak saya ajar untuk tulis dengan tangan kiri. Memang lucu," katanya.

SI KIDAL MENGGUNAKAN OTAK KANAN SECARA DOMINAN 

Penceramah keibubapaan, Profesor Dr. Rozieta Shaary berkata, perlakuan kidal berlaku apabila seseorang individu itu menggunakan otak kanan secara dominan.

"Otak manusia mempunyai dua bahagian iaitu bahagian kanan dan kiri yang mempunyai fungsi tertentu dalam mengawal pergerakan tubuh badan.

"Otak sebelah kanan akan mengawal bahagian badan sebelah kiri dan begitulah sebaliknya," katanya.

Beliau yang juga pengasas pertubuhan Family and Love Guru itu memberitahu, kidal terjadi apabila otak kanan yang dominan mengawal bahagian badan sebelah kiri yang menyebabkan seseorang individu itu cenderung menggunakan bahagian badan sebelah kiri terutamanya tangan dan kaki kiri dalam perbuatan mereka.

Menurutnya lagi, kidal bukanlah satu masalah ataupun penyakit kerana ia adalah sifat semulajadi yang berlaku disebabkan penguasaan dominan otak sebelah kanan.

"Kidal tidak ada kaitan dengan masalah kesihatan dan sebab itu ia tidak boleh dianggap sebagai penyakit.

"Individu kidal mempunyai jiwa yang lebih cenderung ke arah seni, muzik, dan perkara kreatif," ujarnya.

Selain faktor penguasaan otak kanan yang lebih dominan, kidal juga didapati boleh berlaku disebabkan faktor genetik.

Rozieta berkata, kajian mendapati kebarangkalian berlakunya kidal adalah disebabkan faktor genetik apabila ibu, bapa atau ahli keluarga lain turut kidal.

"Sebagai contoh, jika ibu atau bapa itu kidal, maka kemungkinan besar salah seorang anak mereka yang lahir nanti akan menjadi kidal.

"Begitu juga jika ibu atau bapa tidak kidal, tetapi ahli keluarga seperti nenek, datuk atau moyang mereka kidal, jadi kidal itu mungkin akan turun kepada salah seorang generasi baru," katanya.

Dalam pada itu, faktor persekitaran juga menjadi penyumbang kepada seseorang kanak-kanak itu menjadi kidal.

Katanya, kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran dikelilingi oleh orang dewasa kidal juga mungkin akan cenderung untuk meniru perlakuan itu dan menggunakan tangan kiri untuk, menulis, mengambil barang, atau melakukan sesuatu pekerjaan.

Ditanya mengenai sikap sesetengah ibu bapa yang menggunakan pendekatan paksaan untuk mengubah perilaku anak kecil yang kidal, beliau berkata, tindakan seperti itu tidak wajar.

Jelasnya, ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang kidal sepatutnya menerima perilaku tersebut sebagai satu keistimewaan.

"Memaksa anak kecil menulis, dan memegang barang menggunakan tangan kanan bukanlah jalan terbaik kerana kanak-kanak kidal juga adalah normal seperti kanak-kanak lain.

"Dalam Islam sendiri tidak ada diskriminasi terhadap individu yang kidal.

"Bagaimanapun, dalam perkara tertentu seperti adab makan, sebagai orang Islam ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik anak kidal untuk makan menggunakan tangan kanan kerana ia adalah Sunnah," katanya.

Tambahnya, semua individu kidal yang beragama Islam mampu makan menggunakan tangan kanan hasil didikan ibu bapa dan guru di sekolah.

Apa yang pasti kidal bukanlah penyakit sebaliknya satu anugerah kepada mereka yang terpilih sahaja.

Bahkan dunia turut mengiktiraf kidal apabila 13 Ogos setiap tahun dipilih sebagai Hari Kidal Sedunia.

Sumber:
1. Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/
20130926/ke_01/Kidal-itu-istimewa#ixzz3MPEQrwvY
2. Harian Metro

9 Sebab Berat Badan Tidak Mahu Turun Bila Berdiet

9 Sebab Berat Badan Tidak Mahu Turun Bila Berdiet - Hah! Frust sangat kan bila berdiet bersungguh-sungguh tetapi berat badan masih ditakuk lama. Bila stress kita pun mengambil makanan berlebihan dan akhirnya diet entah ke mana sebaliknya berat badan makin bertambah!

Masalah utama kita adalah ketika melakukan program diet tersebut kita gagal mengawal ‘lapar mata’. Keadaan inilah yang menyebabkan berat badan anda statik pada jarum penimbang. Walau bagaimanapun, bukan hanya ‘lapar mata’ tetapi ada lagi masalah lain yang menyebabkan berat badan tidak turun. Ketahui 9 sebab berikut punca berat badan tak mahu turun bila berdiet:




9 Sebab Berat Badan Tidak Mahu Turun Bila Berdiet


DIET DENGAN JENIS DARAH

Diet mengikut jenis darah masih belum diuji secara klinikal. Ini kerana tidak semua yang mengamalnya berjaya dalam menurunkan berat badan. Anda perlu tahu, seseorang itu mempunyai keunikan masing-masing dan tidak semua diet sesuai untuk semua orang. Paling penting, lakukan diet yang seimbang dan ambillah zat gizi yang diperlukan oleh badan.

TIDAK PERNAH KENYANG

Jika anda makan dan tidak pernah kenyang, cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan. Ambillah makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur. Jangan lupa, pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda merasa kenyang semasa makan.

PERCAYA BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH 

Terlalu yakin bahawa berat badan boleh turun dengan buah atau jus buah sahaja? Sebenarnya, diet dengan jus buah tidak digalakkan terutamanya untuk jangka masa panjang. Lebih baik anda mengambil potongan buah berbanding jus.

Selain itu, buah juga hanya mengandungi karbohidrat, beberapa vitamin dan mineral. Sedangkan badan anda memerlukan zat gizi lain. Kekurangan satu zat gizi dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Cukuplah dengan mengamalkan diet jus buah selama 1-2 hari sahaja.

GAGAL KAWAL ‘LAPAR MATA’

Anda mempunyai hobi ‘suka makan’ dan tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Biasanya, ‘lapar mata’ adalah orang yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak. Walaupun snek diperlukan tetapi pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya. Pastikan jadual makan sehari anda adalah 3 kali hidangan makan dengan 2 kali snek.

INGIN BERAT BADAN STABIL DENGAN CARA SINGKAT

Untuk menjaga berat badan agar tetap stabil, anda perlu berteraskan kepada diet dan senaman. Bahkan seseorang yang sudah mempunyai berat ideal tetapi dengan cara yang singkat – menyedut lemak (tidak melakukan diet dan senaman), boleh menyebabkan berat badan akan bertambah di kemudian hari. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan kekal langsing dengan diet segera.

BADAN TERASA BERAT MALAS LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Pastikan anda mengetahui berat ideal anda. Jika anda tergolong dalam berat badan ideal tetapi badan terasa ‘berat’, anda sebenarnya kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan regangan otot atau senaman ringan secara teratur pasti badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari. Jadi perhatikan berat badan anda dengan ketinggian. Jika berat badan anda tidak ideal, anda perlu lakukan sesuatu.

SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK

Tidak salah mengunyah snek tetapi pilihlah snek yang sihat. Contohnya, gantikan kacang goreng dengan kacang rebus dan gantikan minuman berkalori dengan dengan air putih. Pastikan juga hidangan snek dalam sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.

TIADA MASA UNTUK BERSENAM

Apabila anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh memperbanyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, turun naik tangga dan elakkan daripada menggunakan lif di pejabat. Selain itu, apabila menonton televisyen, jangan sesekali menggunakan alat kawalan untuk menukar rancangan lain. Sebaliknya, cubalah berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menggantikan rancangan lain.

SASARAN YANG TIDAK LOGIK

Kadang kala, sasaran yang anda letakkan dalam berdiet juga tidak logik. Ingin menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan itu sangatlah mustahil. Jika anda berjaya melakukannya, anda pasti mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh. Ini berbahaya kerana kita perlu kurus secara sihat dan selamat. Pastikan sasaran anda adalah logik dan realistik.

Nah! Dah tahu sebab-sebab badan tak mahu turun ketika berdiet? Jadi, elakkan daripada mencipta masalah yang disebut di atas. Adakala kita bercita-cita untuk turunkan berat badan tetapi nafsu makan sukar dikawal. Betul tak? Kesimpulannya adalah displin tentang makanan, senaman dan diet. Biar semuanya seimbang dan berjalan secara natural.

Semoga anda mampu menurunkan berat badan!! 

2014/12/18

Rahsia Kelebihan Dan Manfaat Surah Al Waqiah

Al Quran diturunkan kepada kita untuk panduan hidup dan sebagai kalam Allah yang dikirimkan kepada kita. Segala nasihat, tunjuk ajar dan pengajaran semuanya telah Allah pesankan dalam al Quran. Beruntunglah mereka yang mendalami dan membacanya dengan sepenuh hati. Semoga kita berada dalam golongan orang-orang yang beruntung tersebut, insyaa Allah.





Surah Al Waqiah, Video Dan Terjemahannya




Terdapat satu surah dalam al Quran yang dinamakan Surah al Waqiah. Surah al-Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam al-Quran yang mengandungi 96 ayat. Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari kiamat, syurga dan neraka. Juga diceritakan tentang keberuntungan orang-orang yang masuk syurga dan juga kecelakaan bagi orang-orang yang masuk neraka. Dan, tentu anda semua juga seperti saya yang pernah mengetahui bahawa surah al Waqiah adalah surah yang boleh membuka pintu rezeki. 

"Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

Namun begitu, Allah tidak membezakan atau melebihkan sesetengah ayat al-Quran berbanding yang lain sepertimana di dalam surah al-Anam ayat 38 yang bermaksud "Tiadalah kami alpakan sesuatu pun dalam al-kitab dan pada Tuhanlah mereka semua dihimpunkan."

Dengan ini jelaslah bahawa sesiapa yang membaca al-Quran secara istiqamah dan sempurna tidak kira apa surah dan ayat sekalipun, insyaAllah, dia bakal menerima kebaikan di dunia dan akhirat.


Rahsia Kelebihan Dan Manfaat Surah Al Waqiah


Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya adalah sahih.


1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.

Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."


2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.

Namun amalan surah ini mestilah disertakan dengan usaha dan kerajinan dalam melakukan kerja. Tidak boleh berpeluk tubuh saja. Tidak ada doa yang akan termakbul dengan sendiri tanpa usaha. Doa dan usaha perlulah seimbang. Malah sesiapa yang berusaha serta mengamalkan pembacaan surah ini lalu disertakan juga amalan-amalan yang lain seperti solat sunat Duha, soleh sunat tahajud dan solat sunat hajat pasti akan memberi lebih keberkesanan lagi.

3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.

Ramai yang mengetahui bahawa amalan surah al-Waqiah ini akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. "(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.) Kekuatan surah al-Waqiah juga ada dijelaskan di dalam ayat 89 hingga 91. Ia menjelaskan bahawa sesiapa yang dekat kepada Allah, dia akan menemui kebaikan. Dan barang siapa yang mengingkari Allah, dia akan menemui kepedihan. Di dalam ayat 75 hingga 82 juga ada menyebut peringatan Allah bahawa semua yang berlaku adalah dalam ketetapanNya. Termasuklah rezeki. Manusia boleh berdoa dan berusaha tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah.

4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Tak kiralah samada dari segi kekayaan di dunia mahupun kesenangan di akhirat. Tetapi bagi mereka yang kufur dan menentang ajaran Allah, orang-orang ini akan dijauhkan nikmat-nikmat Allah dan rahmatNya. Pun begitu semuanya terserah bulat-bulat kepada Allah tentang siapa yang akan diberikan rahmat dan hidayatNya. Sepertimana disebutkan di dalam surah az Zumar ayat 52 yang membawa maksud " Tidakkah mereka mengetahui Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendakinya. Sesungguhnya itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman."

Sumber rujukan:

1. Sumber

2014/12/17

Memantau Isteri Bermain Facebook, Adakah Suami Berhak?

Adakah suami berhak memantau isterinya bermain Facebook? Adakah ia dikira menganggu privasi sang isteri? Banyak juga yang mempertikaikan hal tersebut. Adakala isteri yang suka bermain dengan Facebook secara tak sengaja mengabaikan tanggungjawab mereka kepada keluarga.




Memantau Isteri Bermain Facebook, Adakah Suami Berhak?

Jadi, daripada apa yang saya baca, wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh membawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka. 

Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadis di bawah ini.

Hayati Firman Allah SWT di bawah yang maksudnya :

“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Di antara yang dipesan oleh Rasululllah SAW ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda ;

“Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan). 

Oleh yang demikian, hendaklah wanita atau isteri merenung kembali perbuatannya. Jika suami melarang atau meminta kita mengurangkan aktiviti di media sosial, hendaklah kita menerima tegurannya dengan hati terbuka.

Renungan; Isteri yang solehah mampu mengubah padang pasir menjadi taman buahan yang indah.    

2014/12/16

Cara Menjaga Rambut Untuk Wanita Bertudung

Adakah anda seorang wanita yang bertudung? Jika ya, saya akan kongsikan tip penjagaan rambut wanita bertudung yang mudah disamping dapat menjaga kebersihan diri. Bertudung tak semestinya menjadikan kita nampak kolot dan tidak menarik. Penjagaan rambut yang betul membuatkan kita tampil segar dan ceria walaupun dengan bertudung.

Pakai tudung kebiasaannya sinonim dikaitkan dengan rambut mudah berbau memandangkan ia terperap di bawah tudung. Tidak terdedah kepada udara dan matahari menyebabkan rambut itu cepat busuk.


sumber google


Tapi itu semua hanya satu permasalahan kepada mereka yang langsung tidak menjaganya. Sebaliknya gadis dan golongan wanita yang bertudung kini sudah bijak menjaga rambut walaupun ia tersembunyi di bawah tudung yang dipakai.


Cara Menjaga Rambut Untuk Wanita Bertudung 


1. Antara cara penjagaan termasuk rambut haruslah dicuci secara teratur iaitu dicuci selang dua atau tiga hari sekali. Syampu yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan jenis rambut anda.

2. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut anda dikeringkan dulu sebelum anda memakai tudung. Pemakaian tudung ketika rambut masih dalam keadaan basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan juga ia boleh mengakibatkan sakit kepala.

3. Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapannya. Oleh itu rawat rambut anda dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar ia dapat mengekalkan keharuman rambut anda.

4. Pemilihan tudung daripada material kapas adalah sangat disarankan kerana ia mampu memberi pengaliran udara yang baik agar kulit kepala dapat bernafas dengan baik. Hendaklah juga sentiasa memastikan tudung sentiasa berada dalam keadaan bersih.

5. Elakkan memakai tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah kerana semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.

Selamat membaca tips yang dikongsikan. Jika bersesuaian, anda boleh amalkannya.

2014/12/15

Tip Pemakanan Sihat Untuk Si Kurus

Tip Pemakanan Sihat Untuk Si Kurus adalah satu lagi artikel yang menarik yang saya baca dari Mingguan Wanita. Ingat orang gemuk atau badan gempal aje yang kena jaga makan dan pemakanan mereka? Orang kurus pun kena jaga pemakanan jugak, terutamanya bagi yang terlalu kurus.

Adakah anda dalam kategori terlalu kurus? Dengan menggunakan kaedah BMI (Body Mass Index), BMI yang kurang daripada 19 untuk wanita dan 20 untuk lelaki boleh diklasifikasikan sebagai kurang berat badan atau terlalu kurus.


pisang dan nenas boleh menambahkan berat badan bagi si kurus


Jadi apa perkara yang boleh anda lakukan untuk menaikkan berat badan kepada berat yang lebih normal? Sebagai ‘pembakar tenaga’ (menghadapi kadar metabolism yang tinggi), pemakanan dan senaman adalah cara terbaik untuk anda memperoleh berat badan unggul. Selain itu lakukan perkara ini:


Tip Pemakanan Sihat Untuk Si Kurus


1. Tambahkan jumlah kalori tetapi elakkan makan secara berlebihan. Anda boleh makan dalam kuantiti yang sederhana, tetapi kerap. Pastikan setiap pemakanan anda diambil pada waktu yang sepatutnya.

2. Pilihlah makanan yang padat dengan khasiat , berbanding makanan yang tinggi khasiat. Antara makanan yang disyorkan ialah susu dan putih telur.

3. Biasakan bersenam. Anda akan mempunyai lebih tenaga dan darah berjalan dengan lancar. Anda juga mesti cukup tidur.

4. Untuk menambahkan sedikit berat badan, anda perlu mengambil makanan yang kaya kalori yang datang daripada tambahan karbohidrat dan bukannya lemak (30% kalori atau kurang). Seimbangkan dengan senaman dan latihan kekuatan.

5. Makan secara kerap dan tambahkan saiz hidangan apabila anda mampu melakukannya.

6. Campurkan serbuk coklat atau susu segera bersama segelas susu. Bagi buah-buahan pula, pilihlah yang kaya kalori seperti pisang dan nanas. Elakkan buah-buahan yang kaya dengan air seperti tembikai dan anggur.

Selamat menjaga kesihatan anda, dan hidup dalam bahagia & ceria.


2014/12/13

Semoga Sembuh Seperti Sediakala, Tunku Abdul Jalil!

Semoga Sembuh Seperti Sediakala, Tunku Abdul Jalil!


Terkini!!! {5 Disember 2015} ; Al Fatihah Buat Tunku Abdul Jalil....
Luahan Hati TMJ - Inilah Malam Paling Sukar, adikku




Sebagai rakyat dari selatan tanahair yang menghormati institusi beraja dan kasihkan sultannya, saya ikut bersimpati dengan keadaan kesihatan Tunku Laksmana Johor yang dikatakan sedan diuji dengan penyakit kanser.

Berita terkini yang baru dikeluarkan hari ini bertarikh 13/12/2014 oleh Berita Harian online, saya kongsikan buat makluman semua. Doakanlah kesejahteraan beliau.

Tunku Laksamana Johor, Tunku Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang selamat menjalani pembedahan, semalam kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Guangzhou, China.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor tidak kira bangsa dan kepercayaan agama yang sentiasa mendoakan kesihatan anakanda Baginda itu.

"Baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat dan akan pulang ke negeri Johor sedikit masa lagi.

"Justeru, sebagai Menteri Besar, saya menyeru kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Tunku Abdul Jalil kembali sihat seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Jemaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Tunku Abdul Jalil kini sedang berehat dan dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat bagi mendapatkan rawatan susulan di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Serindit, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, sebentar tadi.

Petua Tradisional Untuk Cantik Dan Berseri

Petua Tradisional Untuk Cantik Dan Berseri yang dikongsikan adalah hasil kompilasi dari sumber internet, Facebook, Group Whatsapp dan bacaan daripada majalah-majalah kesihatan yang ada di Malaysia. Semoga petua tradisional yang dikongsikan dapat dimanfaatkan untuk kecantikan dan kesihatan.




Petua Tradisional Untuk Cantik Dan Berseri


Petua Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Petua Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Petua Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Petua Menghilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Petua Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Petua Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Badan Ringan Dan Bertenaga 

Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Petua Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Petua Merawat Kulit Berkedut

Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Petua Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Menghilangkan Parut 

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Petua Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut 

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Petua Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Petua Rambut Sihat

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yang masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Petua Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Petua Menghilangkan Ketuat

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Petua Mengempiskan Perut

1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit 

Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Petua Mengekalkan Kecantikan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Petua Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan.

Petua Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Petua Menaikkan Seri Muka

Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Petua Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Petua Mengurangkan Air Pada Faraj

Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Apa yang dikongsikan di atas adalah kompilasi petua tradisional untuk cantik dan berseri yang diamalkan oleh orang-orang tua sejak turun temurun. Mungkin ada petua yang memerlukan masa lama untuk berhasil tetapi yang penting dari kesemuanya adalah jaga kecantikan dengan ikhlas kerana Allah, untuk hidup lebih sihat dan mudah beribadah kepadaNya.

Sebarkan bahagia untuk hidup lebih dirahmati.

Apa Yang Dimaksudkan Fitnah Kubur?

Meninggal Dunia Hari Jumaat Terhindar Dari Fitnah Kubur? - Alhamdulillah. Hari ini terima berita kematian seorang kawan lama yang menderita kanser rahim. Mengapa alhamdulillah? Kerana telah berbulan dia menderita Sakit dan jika mati itu lebih baik baginya, maka redhakanlah. Maafkanlah segala kesilapan rakan kita dan halalkan segala hutang, jika ada. Lagi satu, beliau meninggal pada hari Jumaat yang barakah.





Insyaa Allah...sesiapa orang islam yang meninggal dunia pada hari jumaat, ia meninggal sebagai khusnul khotimah (pengakhiran yang baik).

Tambahan pula barangsiapa orang islam yang meninggal dunia pada hari jumaat, ia terhindar dari fitnah kubur.


Apa yang dimaksudkan dengan fitnah kubur?


Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, Aisyah r.a, bahawa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selalu berdoa :
Doa Hindari Fitnah Kubur

Maksudnya;

"Ya Allah, aku berlindung dengan kekuasaanMu dari azab neraka dan fitnah neraka dan dari fitnah kubur dan azab kubur". (Sahih Bukhari 6014)


Al-Hafidz Ibnu Hajar r.h menyebut maksud fitnah kubur ialah soalan dua malaikat di dalam kubur.

Mubarakfuri r.h menyebut, fitnah kubur ialah kesulitan apabila menjawab soalan dua malaikat di dalam kubur. (Rujuk, تحفة الاحوذي , 9/328 )

"Mintalah keampunan daripada Allah untuk si mati dan mintalah ketetapan (kebenaran di dalam menjawab), kerana dia sekarang sedang disoal". (HR. Abu Daud)

Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.

Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Para ulama bersepakat tentang kebenaran azab dan nikmat yang ada di alam kubur (barzakh) . Nikmat tersebut merupakan nikmat yang hakiki, begitu pula azabnya, bukan sekadar bayangan atau perasaan .

Fitnah (pertanyaan) kubur itu berlaku terhadap roh dan jasad manusia baik orang mukmin maupun kafir. Dalam sebuah hadis sahih disebutkan Rasulullah SAW selalu berlindung kepada Allah SWT dari seksa kubur.

Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)".

(Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)

Rasulullah SAW menyebutkan sebagian dari pelaku maksiat yang akan mendapatkan azab kubur, diantaranya mereka adalah :

1. Suka mengadu domba, fitnah dan mengumpat.

2. Suka berbuat ghulul (pengkhianatan dalam baitul mal, zakat, atau ghanimah.)

3. Suka berbohong.

4. Membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan dan
yang dilarang dalam al-Quran

5. Melakukan zina

6. Memakan riba

7. Belum membayar hutang setelah mati (orang yang berhutang akan tertahan
tidak masuk syurga kerana hutangnya)

8. Tidak bersuci setelah buang air kecil (solatnya tidak sah)

9. Meninggalkan solat 5 waktu


Wallahua'lam.

2014/12/12

Hati Menyukai Tunangan Orang

Hati Menyukai Tunangan Orang - Saya ada terbaca satu luahan daripada seorang lelaki bujang yang menyukai tunangan orang. Senang kata, dia suka hak orang lain. Jom baca luahan/soalannya yang diajukan kepada seorang ustaz.

"Saya masih bujang dan menyukai seorang wanita yang juga tunangan orang kerana kebaikannya sebagai teman kerja namun masih mengekalkan batasnya.



Saya berhasrat menjadikannya pasangan yang halal tetapi saya tahu pendiriannya yang serius dalam komitmen hubungan dengan tunangnya.

Adakah saya berdosa jika sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dipertemukan jodoh dengan wanita itu?"

EDDIE
Ipoh, Perak


Berikut adalah jawapan daripada Ustaz Haslin Baharin artau juga dikenali sebagai ustaz Bollywood.

Perasan menyukai seseorang adalah perkara di luar kawalan oleh itu tidaklah berdosa, namun apabila dizahir dengan perkataan atau tindakan, ia adalah haram dan berdosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 

"Orang mukmin itu adalah saudara bagi mukmin yang lain. Tidak dihalalkan bagi seorang mukmin untuk membeli barang yang sudah dibeli saudaranya dan janganlah seorang mukmin meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika pinangan itu sudah ditinggalkan." (HR Muslim)

Sebenarnya anda tidak perlu memikirkannya kerana segala-galanya menjadi ketentuan Allah. Anda disaran berusaha berlandaskan segala yang disyariatkan oleh Allah. Adalah lebih baik anda berdoa supaya dijodohkan dengan wanita yang lebih baik daripadanya.

Berikan ruang untuk anda menerima sebarang takdir Ilahi. Semoga anda tidak kecewa.

Semoga artikel dan perkongsian luahan berserta jawapan tentang menyukai tunangan orang itu dapat memberikan pemahaman yang jelas bagi kita semua. 

Sebarkan bahagia, semoga bermanfaat.