Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2015/01/31

Kenapa Nak Jadi Doktor?

Sewaktu kecil kita selalu diberikan pilihan dengan berbagai jenis cita-cita apabila besar nanti. Paling popular adalah cita-cita untuk menjadi cikgu. Lepas tu, askar. Yang ketiga nak jadi polis atau nurse untuk wanita.

Pada zaman sekarang pilihan cita-cita semakin berkembang dan ramai yang menyertai kursus engineering, lawyer, doktor dan banyak lagi kerjaya professional yang bergaji lumayan. So, pilihan kerjaya masakini oleh golongan muda adalah bersandarkan kepada nilai wang semata-mata dan mungkin sedikit minat.

Jadi, alang-alang anda telah memilih kerjaya berdasarkan pendapatan yang besar, saya galakkan anda pilihlah kerja sebagai doktor. Sebab apa?

Kenapa Nak Jadi Doktor?


Kerjaya sebagai doktor sangat mulia. Kerana mulianya seorang doktor dan jururawat mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan segala-galanya untuk merawat pesakit. Walaupun pesakit tu mereka tak kenal pun, tetapi masih berusaha sedaya upaya untuk bantu pesakit tersebut. Ya Allah, besar ganjaran yang akan mereka terima di akhirat kelak. InsyaAllah. Niatkan bekerja kerana Allah Taala. Kerja sebagai satu ibadah.

Doktorlah kerja yang paling untung di dunia sebab sepanjang waktu kerjanya merawat orang sakit. Dia sebenarnya berada dalam kebun syurga dan dalam sehari ada 140,000 Malaikat mendoakannya. Bayangkan! Untung dan lumayannya. Jadilah orang yang paling beruntung ya. Beruntung di dua dunia.

Jadilah doktor Muslim yang cemerlang dan berjiwa al Quran ya!



Doktor Selalu Dikelilingi Orang Sakit


Sebagai seorang doktor, beliau akan selalu menjenguk pesakitnya, kebiasaannya sekali pagi dan sekali petang. 

Jadi, seorang doktor sering mendapat pahala menjenguk orang sakit.  Selain mendapat pahala sunnah kerana menziarahi orang yang sakit itu, di dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu keafdhalan melawat atau menziarahi orang sakit, iaitu: kita didoakan kesejahteraan oleh para malaikat, pagi atau petang. Oleh kerana malaikat itu orang yang terhampir pada Allah (a.w) dan mereka makhluk yang tidak melakukan dosa dan sentiasa taatkan Allah (s.w.t) sudah pastilah doa malaikat itu mustajab:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjengoknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah (swt) terhadapnya. Maka jika pada paginya (melawat pesakit), mendoakan 70,000 malaikat sampai ke petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit), mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu subuh.’ [Hadith ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita melawat si sakit waktu pagi (atau petang), maka seramai 70,000 malaikat rahmat mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada kita. Mereka sentiasa mendoakan kita sampai petang (atau waktu Subuh) jika kita menziarahi si sakit waktu pagi (atau waktu petang). 

Subhanallah!!

Sebarkan ilmu, sebarkan bahagia. 

2015/01/30

Mengapa Memilih Tempat Untuk Berdoa?

Ada sesetengah orang yang mengeluh apabila doanya lambat dimakbulkan. Ada juga yang berputus asa untuk berdoa kerana tidak mendapat apa yang diinginkan. Naauzubillah...janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah! Jika kita pergi ke Madinah, ramai yang berebut-rebut untuk berdoa di Taman Raudhah. Kerana apa? Kerana ada orang mengatakan bahawa berdoa di Taman Raudhah, cepat makbul doanya. Jadi saya ada baca satu tulisan daripada Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim tentang hal ini, iaitu jika inginkan doa mustajab.


Cari Masa Sesuai Doa Mustajab

Berdoa Tidak Perlukan Tempat Yang Khusus


Pernah tak dengar satu hadis Qudsi, riwayat Muslim dan Bukhari yang berbunyi,

“Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?”

Kata Professor Dr. Muhd Kamil lagi, janji Allah ini tidak merujuk khusus pada tempat, tetapi masa. Pukul berapa? Pukul 2 pagi, 3 pagi, 4 pagi. Tuan-tuan tak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan doa yang mustajab. Ia berada pada diri kita, dan berada di mana-mana sahaja. Adakah kita menggunakan peluang ini sepenuhnya?

Kedua: Pernah dengar tak hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa mereka yang berpuasa, doanya sangat mustajab? Puasa juga tidak mensyaratkan tempat. Adakah kita sudah menggunakan peluang ini? Puasa sunat boleh dilakukan setiap Isnin, dan Khamis, atau selang sehari seperti puasa Nabi Daud, dan juga juga puasa pada hari-hari putih iaitu 13, 14, dan 15 haribulan hijrah.

Ketiga: Puan-puan dan tuan-tuan pernah dengar tak bahawa doa ibubapa sangat mustajab? Status ibubapa tak bergantung pada masa, atau tempat. Oleh itu sentiasalah berdoa untuk anak-anak kita.

Kita telah sebut tentang doa yang mustajab, sekarang saya nak sentuh tentang taman syurga pula. Taman syurga juga ada bersama kita kerana Nabi SAW berkata barangsiapa yang menghadiri majlis ilmu, maka dia berada di taman syurga. 

Untuk buat majlis ilmu, kita tidak boleh lokek atau berkira. Tidak mengapalah apabila kita perlu mengeluarkan sedikit belanja kerana yakin ada ganjaran yang lebih tinggi di sisi Allah SWT. Setelah kita tahu, cubalah kita usahakan untuk mengamalkannya.

Sumber bacaan daripada,
Kuliah Maghrib Bersama Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Gambaran Syurga Allah Daripada Al Quran

Tidak ada kenikmatan dan kehebatan di dunia yang dapat menandingi kehebatan di syurga. Syurga adalah tempat yang kekal di akhirat yang tiada kekurangannya. Syurga disediakan Allah bagi mereka yang mentaati perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. 

Syurga (Jannah), adalah tempat kemuliaan yang abadi, tempat yang penuh dengan kenikmatan yang sempurna, yang tak ada kekurangannya sama sekali. Berbagai kenikmatan telah Allah SWT dipersiapkan di sana. Dalam hadits qudsi, Allah SWT berfirman:

“Aku telah persiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh kenikmatan yang tak pernah dilihat mata, tak pernah terdengar oleh telinga, dan tak pernah terdetik di hati manusia.” 

Kemudian Rasulullah SAW berkata,

“Tak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka. (as-Sajdah: 17)’.” (HR. al-Bukhari no. 3244)




Gambaran Syurga Allah Daripada Al Quran


Dalam surah An-Majm ayat 13-15 Allah berfirman: "Sesungguhnya ia (Muhammad) telah melihat Jibril sekali lagi, iaitu di Sidratul Muntaha, dan di dekatnya ada syurga tempat kembali."

Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.

Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:
"Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."

Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman:
"Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya." (Al-Insan: 13)

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).

Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

Sungai-Sungai di Syurga


Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:
"Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?" (sudah tentu tidak sama!).

Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan terdapat juga mata-mata air yang mengalir.

Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:

= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.

Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.

Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:
"Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu."

Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.

Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus." (Al-Kausar: 1-2-3).

Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim).

Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."

Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kausar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.

Syurga itu Bertingkat-Tingkat


Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).

Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Adapun cara melihat Allah bukanlah seperti halnya kita melihat dengan mata biasa seperti yang lazim berlaku, tetapi caranya ialah dengan penglihatan mata yang telah ditentukan Allah buat para penduduk syurga.

Segala yang ada di syurga itu indah-indah belaka jauh lebih indah dari apa yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi yang terindah di syurga ialah pandangan terhadap Allah, tidak sesuatu kenikmatan lain yang dapat melebihi keistimewaannya.

Cuba kita bayangkan di dunia ini sahaja, kalaulah kita diberikan kesempatan bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang pemimpin negara, tentu kita akan sangat gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah yang menciptakan dunia ini.

Firman Allah dalam surah Al-Qiyamah ayat 22-23 yang bermaksud:
"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat"

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya."

Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut :

= Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya.
= Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).

Taman-Taman Di Syurga


Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya.

Ada dua bentuk taman di syurga: (1) Dua taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Dua taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).

Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.

At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang rendang, besar, tinggi dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula.

Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.

Pintu-Pintu Syurga


Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:
"Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka."

Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana itu kalau seorang semasa hidupnya benar-benar melaksanakan segala hal yang disebut tadi, maka ia akan dipanggil untuk masuk melalui ke semua pintu-pintu tersebut.

Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan Ar-Rayyan. Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.

Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).

Dalam buku "Ahli Syurga dan kenikmatannya" diterangkan, selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu yang diberi nama :

= Pintu para rasul dan nabi
= Pintu zakat
= Pintu haji
= Pintu syahadat dan selawat
= Pintu syuhada
= Pintu salihin
= Pintu siddiqin
= Pintu ilmu dan iman
= Pintu rahmat
= Pintu taubat

Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda:
"Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah."

Jelaslah pada kita betapa luasnya pintu-pintu yang terdapat di dalam syurga.

Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga


Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.

Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."

Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?"

Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir).

Bagi penghuni syurga ini, disediakan bilik-bilik sebagaimana yang dijanjikan Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 20:

"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janjinya."

Kemudian di dalam firmanNya Surah Muhammad ayat 6 yang bermaksud:

"Dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenankanNya kepada mereka."

Selain menerangkan keadaan bilik-bilik di syurga, ayat di atas juga menerangkan bahawa setiap orang yang masuk ke syurga itu mengetahui tempat mereka masing-masing tanpa perlu ditunjuk seolah-olah (bilik rumah dan istana-istana itu) sudah lama dikenalinya.

Kemudian dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman:

"Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana."

Ayat ini mengisyaratkan bahawa di dalam syurga terdapat istana tetapi tidak dijelaskan bagaimana bentuk rupa istana tersebut, sama ada bertingkat-tingkat menjulang tinggi atau sebaliknya. Di samping bilik dan istana dan pula rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenan membangunkan baginya rumah di syurga. (Riwayat Muslim).

Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga


Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.

Bayangkanlah kalau kita berada di tengah-tengah kebun bunga yang seperti itu ditambah pula dengan pohon-pohon yang mengeluarkan bermacam-macam jenis buah-buahan, tentu kita akan asyik dan enggan pergi atau meninggalkan tempat tersebut.

Di syurga, Allah memberikan kepada penghuni-penghuninya lebih dari itu sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (Al-Waqiah: 27-33).

Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (Ar-Rahman: 48).

Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima. (Ar-Rahman: 68)

Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (Al-Insan: 14).

Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata:

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.

Sedangkan pohon-pohon kurma pula diciptakan Allah s.w.t. dalam bentuk yang sangat luar biasa sebagaimana Abdullah bin Al-Mubarak, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakaim meriwayatkan perkataan Ibnu Abbas r.a.:

"Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih."

Semoga bermanfaat. Sebarkan ilmu, sebarkan bahagia.
 

Sumber;

Pendedahan Eksklusif | Akhirnya MH370 Diisytiharkan Kemalangan

Setelah hampir 10 bulan berlalu, akhirnya kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa MH370 diisytiharkan kemalangan dan semua mangsa dan anak kapal bersemadi di dalam Lautan Hindi, iaitu satu kawasan yang terpencil dan hampir mustahil untuk semua mangsa untuk terselamat.

Berdasarkan data yang sama, pihak berkenaan membuat kesimpulan bahawa pesawat telah kehabisan bahan api di kawasan tertentu di selatan Lautan Hindi, dan bahawa pesawat kini bersemadi di dasar laut berhampiran kawasan yang ditakrifkan.

Ini adalah kawasan terpencil, jauh dari mana-mana tempat pendaratan yang mungkin. Ia juga kawasan dengan keadaan laut bergelora dengan kedalaman yang diketahui melebihi 6,000 meter.





Teks Penuh Ketua Pengarah DCA Tentang Insiden MH370


Di bawah ini saya lampirkan teks Penuh daripada Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam sebagai bacaan lanjut dan sepenuhnya.

Teks penuh Ketua Pengarah DCA


KUALA LUMPUR - Berikut teks penuh pengumuman Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia berhubung MH370 yang hilang pada 8 Mac semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing:

Pengumuman tentang MH370 oleh ketua pengarah, jabatan penerbangan awam Malaysia

Pengenalan

Selamat petang tuan-tuan dan puan-puan, warga media sekalian.

Nama saya Azharuddin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan saya berada di sini hari ini atas kedudukan saya sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Teknikal Peringkat Tinggi (HLTTF) MH370.

Seperti yang anda semua sedia maklum, HLTTF ditubuhkan untuk menyelaras hal teknikal berkaitan MH370.

Latar Belakang

Pada 8 Mac 2014 jam 0122 Waktu Malaysia (1722 UTC 7 Mac 2014), sebuah pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing 777-2H6ER, nombor pendaftaran 9M-MRO dengan isyarat panggil MH370, terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara selepas titik arah IGARI ketika dalam transisi ruang udara antara Malaysia dan Vietnam sewaktu dalam penerbangan ke Beijing.

Pesawat ini membawa 227 penumpang, 2 kru penerbangan dan 10 kru kabin.

Usaha Mencari


Misi mencari dan menyelamat melibatkan 160 aset yang terdiri daripada 65 pesawat dan 95 kapal serta pakar dari 25 negara. Eksesais yang belum pernah dilakukan ini melibatkan pesawat udara dan kapal dari negara berikut:

- Australia (4 pesawat, 2 kapal)
- Kemboja (4 pesawat)
- China (13 pesawat, 19 kapal)
- India (4 kapal)
- Indonesia (11 kapal)
- Jepun (4 pesawat)
- New Zealand (1 pesawat)
- Singapura (3 pesawat, 2 kapal)
- Korea Selatan (2 pesawat)
- Thailand (1 pesawat, 1 kapal)
- Emiriyah Arab Bersatu (2 pesawat)
- Amerika Syarikat (5 pesawat, 4 kapal)
- Vietnam (2 pesawat, 2 kapal)

Negara yang tidak dapat menghantar aset fizikal pula memberi sokongan dengan cara lain, yang tidak ternilai harganya. Banyak individu juga tampil untuk menghulurkan bantuan dengan cara yang mereka mampu.

Malaysia sungguh terhutang budi kepada semua negara dan individu atas semua bantuan dan sokongan yang diterimanya. Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kemurahan hati semua pihak yang memberi respons dengan mencurah-curah ketika kami melalui sejarah hitam dalam industri penerbangan.

Fasa mencari dan menyelamat dilaksanakan mulai 8 Mac 2014 hingga 28 April 2014, dengan kawasan pencarian meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan di selatan Lautan Hindi.

Susulan kepada pengumuman Kerajaan Australia pada 28 April 2014, fasa mencari dan menyelamat beralih kepada fasa mencari dan mendapatkan semula.

Pada 28 April 2014, usaha mencari yang diselaraskan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) melangkah ke fasa dasar laut dengan diketuai Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Malaysia dan China menghantar pakar serta aset masing-masing bagi membantu JACC dan ATSB dalam fasa ini.

Fasa pencarian ini turut melibatkan penggunaan Kenderaan Dasar Laut (AUV) dan peralatan ukur batimetri. Kerja Ukur Batimetri meliputi kawasan seluas kira-kira 208,000 kilometer persegi.

Kerja ukur batimetri ini memberi kepada kami maklumat penting tentang topografi dasar laut. Maklumat ini membantu kami dalam fasa semasa, yang melibatkan pencarian di dalam air.

Pencarian di dalam air masih dilakukan ketika ini dengan penglibatan empat kapal iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Fugro Supporter.

Setakat ini, pencarian meliputi kawasan seluas lebih 18,600 kilometer persegi (setakat 28 Januari 2015).

Perisytiharan

Kerajaan Malaysia, China dan Australia tidak mengehadkan perbelanjaan dan sumber untuk mencari MH370. Ini dilakukan dengan matlamat utama untuk mengesan pesawat berkenaan dan mencari jawapan. Ia dilakukan dengan harapan untuk memberi sedikit sebanyak kelegaan kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370, yang dengan penuh hormat kami merujuk kepada mereka sebagai "waris'. Kami telah berusaha mencari dan memburu setiap petunjuk berwibawa serta mengkaji semula semua data yang ada. Walaupun semua usaha ini dilakukan sejak 327 hari lepas (setakat 28 Jan 2015), malangnya usaha mencari ini belum berjaya menjumpai lokasi pesawat yang hilang itu.

Bab 1 Lampiran 13 Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa (yang sering dirujuk sebagai “Konvensyen Chicago”), bertajuk “Kemalangan Pesawat Udara dan Penyiasatan Kejadian" menyatakan bahawa definisi bagi istilah “kemalangan” termasuk “kehilangan pesawat”. Ia juga menyebut bahawa “sesebuah pesawat udara dianggap hilang apabila pencarian secara rasmi ditamatkan dan bangkainya tidak dijumpai". Lampiran 12 dalam Konvensyen Chicago bertajuk "Standard Antarabangsa dan Amalan Yang Disyorkan” bagi usaha mencari dan menyelamat seterusnya menyatakan bahawa istilah “mencari" merujuk kepada operasi untuk mengesan orang yang berada dalam keadaan kecemasan.

Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Lampiran 12 (perenggan 5.5.1) menyatakan bahawa operasi mencari dan menyelamat mestilah diteruskan selagi boleh, sehinggalah semua mereka yang terselamat dihantar ke suatu tempat selamat atau selagi terdapat peluang munasabah untuk menyelamatkan mangsa. Satu nota yang menyokong perenggan 5.5.2 pula menyatakan bahawa “Negara pejanji mungkin memerlukan input daripada pihak berkuasa berkenaan dari sesebuah negara dalam proses membuat keputusan, yang boleh menjurus kepada penamatan operasi SAR (mencari dan menyelamat)”.

Bagi mematuhi Standard ICAO dalam Lampiran 12 dan 13, maka pada 28 April 2014, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menasihati agar pencarian diubah daripada operasi mencari dan menyelamat kepada fasa mencari dan mendapatkan kembali.

Data yang ada menunjukkan bahawa selepas transponder berhenti daripada membuat pemancaran, tiada lagi komunikasi radio atau sistem pesawat secara normal (ACARS) dipancarkan atau diterima daripada pesawat berkenaan. Oleh itu, kami hanya bergantung pada satu-satunya data yang ada iaitu data Komunikasi Satelit (SATCOM)/Inmarsat dan Data Prestasi Pesawat.

Analisis yang dibuat terhadap data radar dan mesej isyarat sistem komunikasi satelit (SATCOM) menunjukkan bahawa pesawat berkenaan berada di zon mencari dan menyelamat Australia pada satu arka di selatan Lautan Hindi. Arka ini dianggap kawasan yang hampir dengan lokasi di mana bahan bakar pesawat berkenaan akan habis.

Berdasarkan hasil analisis yang dibuat terhadap semua bukti yang ada serta maklumat fakta yang telah saya sebut tadi, data ini menyokong rumusan bahawa MH370 mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi.

Berpandukan data sama, kami merumuskan bahawa pesawat itu kehabisan bahan bakar di satu kawasan tertentu di selatan Lautan Hindi dan pesawat ini berada di dasar laut berhampiran kawasan itu. Ia merupakan kawasan terpencil, jauh daripada sebarang tempat yang boleh dibuat pendaratan. Ia juga merupakan kawasan laut yang amat ganas, dengan kedalaman lebih 6,000 meter.

Selepas 327 hari (sehingga 28 Jan 2015) dan berdasarkan semua data yang ada serta keadaan yang disebutkan tadi, peluang untuk hidup di kawasan yang dinyatakan itu adalah amat mustahil.

Oleh itu, dengan amat berat hati dan perasaan yang amat memilukan, maka bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami mengisytiharkan secara rasmi bahawa kajadian yang dialami Penerbangan MH370 Malaysia Airlines adalah satu kemalangan mengikut Standard Lampiran 12 dan 13 dalam Konvensyen Chicago dan bahawa kesemua 239 penumpang dan anak kapalnya dianggap hilang nyawa.

Waris

Kerajaan Malaysia sedar bahawa perisytiharan tentang kemalangan MH370 ini amat sukar untuk dipertimbang oleh keluarga dan orang tersayang 227 penumpang dan 12 anak kapal berkenaan, apatah lagi untuk menerimanya. Tiga belas negara telah kehilangan warganya dalam tragedi ini. Bagaimanapun, adalah amat penting bagi keluarga berkenaan untuk cuba meneruskan kehidupan biasa masing-masing atau dengan sedapat mungkin menjalani kehidupan seperti biasa, selepas kehilangan mengejut ini. Tanpa sebarang niat untuk mengetepikan perasaan keluarga terbabit, adalah diharapkan, perisytiharan ini akan membolehkan keluarga terbabit memperoleh bantuan yang mereka perlukan, terutama melalui proses pembayaran ganti rugi.

Kerajaan Malaysia juga memberi jaminan kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan bahawa usaha mencari MH370 tetap menjadi keutamaan. Kerajaan Malaysia komited untuk meneruskan segala usaha yang termampu untuk menyelesaikan masalah berhubung tragedi ini dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada Kerajaan China dan Australia.

Kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan memikul tanggungjawabnya berhubung hak yang sah dan kepentingan para waris seperti yang diperuntukkan oleh instrumen antarabangsa dan undang-undang domestik yang berkenaan, sambil memberi pertimbangan kepada amalan antarabangsa. Ini termasuk memenuhi proses pembayaran ganti rugi, sama ada ia dituntut melalui perundingan atau melalui undang-undang. Kami juga difahamkan bahawa Malaysia Airlines bersedia untuk meneruskan dengan serta merta proses pembayaran ganti rugi, sekiranya para waris bersedia menerima langkah itu.

Sejajar dengan komitmen kami untuk memaklumkan kepada para waris tentangperkembangan terbaru dan maklumat penting yang disahkan, satu seksyen khas telah diwujudkan dalam laman sesawang rasmi MH370, http://www.mh370.gov.my, khusus untuk para waris berkenaan. Ia termasuk maklumat tentang usaha mencari dan siasatan, proses pembayaran ganti rugi, jawapan terhadap pertanyaan waris dan pelbagai bentuk bantuan lain yang disediakan untuk para waris. Adalah diharapkan, portal khas ini akan menyediakan sistem sokongan berterusan kepada para waris.

Penyiasatan

"Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370”, yang dianggotai wakil bertauliah dari tujuh negara sedang menjalankan penyiasatan keselamatannya. Begitu juga, penyiasatan dari segi jenayah yang diketuai Polis Diraja Malaysia, kini diteruskan.

Kedua-dua penyiasatan ini bersifat terhad kerana ketiadaan bukti fizikal ketika ini, khususnya alat perakam penerbangan. Oleh itu, pada peringkat ini, tidak terdapat bukti untuk mengesahkan sebarang spekulasi tentang punca kemalangan itu. Satu kenyataan sementara yang mengandungi butiran tentang kemajuan penyiasatan keselamatan dijangka dikeluarkan pada atau dalam tempoh ulang tahun kemalangan itu.

Penutup

Sekali lagi, kami ingin merakamkan simpati mendalam kami kepada semua mereka yang terjejas oleh kemalangan dahsyat ini. Ia merupakan waktu yang amat mengecewakan bagi semua pihak yang berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari MH370. Kami tidak pernah goyah dalam komitmen kami untuk meneruskan usaha kami mencari MH370 dan memberi maklumat kepada semua orang, lebih-lebih lagi kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

Sesungguhnya, perisytiharan ini bukanlah bermakna suatu kesudahan. Kami akan terus bergerak ke hadapan dengan kerjasama dan bantuan kerajaan China dan Australia. MH370 serta penumpang dan anak kapalnya akan sentiasa dikenang dan dihormati.


Dato’ Azharuddin Abdul Rahman
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia

- Bernama

Kesimpulannya, kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan melaksanakan tanggungjawabnya berhubung dengan hak yang sah mengikut undang-undang dan kepentingan waris keluarga sebagaimana termaktub di bawah instrumen antarabangsa yang berkaitan dan undang-undang yang relevan, dengan pertimbangan sewajarnya kepada amalan antarabangsa.

Semoga ahli keluarga, waris dan rakan taulan dapat menerima berita ini dengan keadaan tenang dan percaya kepada qada Dan qadar Allah. Al Fatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam.


Sebarkan info, sebarkan Bahagia. 

2015/01/29

Maksud Sebenar Bacaan Dalam Solat

Bacaan dalam solat fardhu ataupun solat sunat dibaca di dalam bahasa Arab. Mungkin ada yang faham maksud yang dibaca dan mungkin juga ada antara kita yang kurang memahaminya. Untuk panduan diri sendiri dan juga sebagai perkongsian dengan kawan-kawan semua, saya kumpulkan maksud sebenar bacaan dalam solat, iaitu bacaan dalam rumi dan maksudnya dalam bahasa melayu.


Maksud Bacaan Dalam Solat


Semoga dengan itu, kita lebih khusyuk dalam ibadah kita dan menambah kekuatan iman kita, insyaa Allah. 

Mari kita fahamkan betul-betul maksud atau makna bacaan dalam solat.


Maksud Sebenar Bacaan Dalam Solat


1) Takbiratul-Ihram / Takbir:


ALLAHU AKBAR - Allah Maha Besar.


2) Doa Iftitah:



Doa Iftitah dalam rumi


Allahu akbar kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila.Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin.Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin.La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


3) Al-Fatihah:


Al-Fatihah dalam rumi:

Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn Ar-rahmâni r-rahîm Mâliki yawmi d-dîn Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în Ihdina s-sirâta l-mustaqîm Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan solat dalam rumi



4) Bacaan ketika rukuk:


SUBHANA RABBIYAL 'ADZIMI WABIHAMDIH. (3 KALI)

Maksudnya:

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


5) Bacaan ketika bangun dari rukuk:


SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH. 

Maksudnya:

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


6) Bacaan ketika iktidal:


(RABBANA LAKAL HAMDU.)

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.


7) Bacaan ketika sujud:


SUBHANA RABBIYAL A'LA WABIHAMDIH. (3 KALI)

Maksudnya:

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


8) Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:


RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNI WARFA'NI WARZUQNI WAHDINI WA'AFINI WA'FU 'ANNI.

Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


9) Bacaan ketika Tahiyat Awal:


Bacaan Tahiyat Awal dalam rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”

Maksudnya:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


10) Bacaan ketika Tahiyat Akhir:


Bacaan Tahiyat Akhir dalam rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad (#) kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”

Maksudnya:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


11) Doa Qunut:


Bacaan Doa Qunut dalam Rumi:

Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.

Maksudnya:

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


Semoga bermanafaat untuk semua. Sebarkan ilmu, sebarkan bahagia!

#sumber Ustaz Zainal Abidin
~ Whatsapp Group

2015/01/28

Mutiara Kata Daripada Hassan Al Basri

Hasan Al-Basri adalah salah seorang daripada Ulama’ terkemuka dari kalangan Tabi’in yang banyak berguru dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Beliau lahir di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642 Masihi, dan dijaga oleh isteri Rasulullah SAW yang bernama Ummu salamah ummahatul mukminin.

Beliau pernah dibawa oleh ummu salamah ke majlis para sahabat, dan Umar Al-khattab Radhiallahu anhu mendoakannya; “Ya Allah, jadikanlah Dia faham agama dan jadikan orang-orang mencintainya”.



Mutiara Kata Terhebat Daripada Hassan Al Basri


1) Kamu mempunyai giliran, jika anda tertinggal, giliran orang lain akan mengambil giliran anda.

2) Dunia adalah mimpi dan impian, akhirat adalah kenyataan, mati adalah perantaraan diantara keduanya, umat Islam adalah sebaik-baik pilihan.

3) Sesiapa menghisab dirinya dia akan berjaya.

4) Sesiapa lalai dia akan mengalami kerugian.

5) Sesiapa memandang kesan disebaliknya atau akibat, dia akan terselamat.

6) Sesiapa mengikut hawa nafsu, dia akan sesat.

7) Sesiapa dapat mencapai impiannya, dia akan menjadi kaya.

8) Sesiapa takut, dia akan selamat. Sesiapa mengambil pengajaran dia akan dapat melihat kebenaran.

9) Sesiapa dapat memahami, dia akan alim.

10) Sesiapa dapat memahami, dia akan beramal.

11) Jika kamu tergelincir, mulakan semula perjuangan kamu.

12) Jika kamu menyesal, buanglah perkara tersebut.

13) Jika kamu jahil, tanyalah.

14) Jika kamu marah, jagalah diri kamu.

15) Ketahuilah sebaik-baik amalan adalah amalan yang dibenci oleh nafsu.


Pesanan Hassan Al Basri


1 - "Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebahagian dari diri kalian pun ikut pergi."

2 - ‘Di antara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.’

3 - ‘Jangan pula kamu merasa tenteram dari bahaya dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak.’

4 - “Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

Semoga bermanfaat. Sebarkan ilmu, sebarkan bahagia.


Sebarkan Bahagia:

2015/01/24

Doa Buat Sahabat

Ada hadis yang menyebut tentang doa boleh menolak qadha (takdir). Adapun hadis yang menyebutkan tentang doa menolak Qadha’ tersebut adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam al-Jami’e, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Tidak menolak qadha’ melainkan doa dan tidak menambah pada umur melainkan kebaikan.”






Dan apabila menyentuh tentang doa, salah satu doa yang mujarab adalah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain tanpa pengetahuan sahabat yang didoakan tersebut. Subhanallah...besarnya kuasa doa.

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga." - sumber

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak." 

Sepeti biasa sebelum berdoa kita kena buat adab-adab berikut, antaranya:

1) Mengambil wuduk sebelum berdoa
2) Menghadap Qiblat
3) Memulakan dengan salawat kepada Nabi dan para sahabat
4) Mengangkat kedua-dua tangan sambil berdoa
5) Berdoa dengan suara yang lembut
6) Berdoa dengan penuh yakin

 

Doa Buat Sahabat


Bismillahirrahmaanirraahiim...
Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik, padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..
bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati hambaMu yang lain... 

AAMIIN...AAMIIN...AAMIIN...YA RABBAL A'LAMIIN... 


Sumber: FB
Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali

Beli Baju Muslimah Online Di Sweet Muslimah

Beli Baju Muslimah Online Di Sweet Muslimah - Sweet Muslimah ditubuhkan bagi membantu muslimah Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan dan trendy mengikut citarasa masa kini. Produk-produk yg di bawakan adalah yang berkualiti dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti. Produk-produk yang di sediakan adalah lebih memfokuskan konsep santai, selesa, cantik dan tidak menjolok mata. Semua produk adalah menepati piawaian kualiti yang ditetapkan oleh syarikat. Hanya produk terbaik dipasaran akan dikongsikan kepada muslimah di Malaysia.

Sweet Muslimah menyediakan Baju/Tshirt/Busana/Jubah kepada seluruh muslimah di Malaysia dan mengalakkan berbelanja secara online yang nyata menjimatkan.

Di Sweet Muslimah, anda juga boleh membuat pesanan penghantaran baucer hadiah untuk sesuatu acara seperti harijadi, pemberian tanda kasih sayang, ulangtahun dan sebagainya. Baucer hadiah tersebut akan dikirimkan kepada si penerima setelah anda membayar baucer tersebut.

Nak tempah baucer hadiah anda sekarang? Sila klik pada pautan berikut:



1) Sebenarnya di Sweet Muslimah anda boleh juga memborong tudung yang pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan. Amat sesuai untuk mereka yang sedang mencari tudung labuh dari jenis kain chiffon.




 Sila klik pada pautan berikut untuk memilih tudung kesukaan anda!



2) Jangan lupa pula padankan tudung anda dengan baju muslimah yang menarik, selesa, labuh serta cantik.






Untuk membeli online baju muslimah di atas, boleh terus klik pada pautan di bawah. Senang, kan?


Masih tak puas hati? Dont't worry ya kawan-kawan. Layari aje website SweetMuslimah.Com untuk mendapatkan pilihan pelbagai jubah, baju muslimah, tudung dan banyak lagi secara online aje. Tak payah cost transport pun...hihi

Selamat membeli belah secara online di Sweet Muslimah.Com!!



2015/01/23

Doa Untuk Pergi Temuduga Kerja

Doa untuk temuduga ini diperolehi dari Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah menerusi rancangan 'Bersama Dato'' di siaran Astro Oasis 106. Namun begitu, setelah segala usaha dilakukan kita harus bertenang dan tidak mengharap mesti dapat kerja. Jika itu rezeki kamu, maka kamu akan peroleh kerja itu. Yang penting usaha kita untuk buat yang terbaik ketika di temuduga.


Doa Untuk Pergi Temuduga Kerja


Ada doa dan langkah-langkah yang boleh diamalkan untuk pergi temuduga kerja. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan dengan penuh keyakinan.

1) Baca Surah al-Fatihah
2) Baca ayat Kursi
3) Baca ayat seribu dinar
4) Amalkan zikir Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir

Doa-doa atau amalan berikut hendaklah dibaca ketika hendak memasuki bilik temuduga. Jangan panik, bertenang dan tawakkal.


1) Bacaan surah al Fatihah dan Maksudnya


Maksudnya; 


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula  jalan) mereka yang sesat.



2) Baca ayat Kursi


Dalam lisan....


ALLAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI. MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI IDZNIHI. YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN 'ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM.


Maksudnya;

Allah tiada tuhan selain dia yang maha kekal lagi terus menerus mengurus makhluknya.tiada mengantuk dan tidak tidur kepunyaannya apa yang di langit dan di bumi.siapakah yang dapat memberi syafa'at disisi Allah tanpa izinnya? Allah menetahui apa-apa yang ada di belakang mereka dan didepan mereka,dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang di kehendakinya.kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,dan Allah lagi maha tinggi dan maha besar.(QS : Al-Baqarah : 255) 


3) Baca ayat seribu dinar 




Maksudnya;

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaaq: 2 -3) 


4) Amalkan zikir Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir


Ya Aziz maksudnya Dialah yang Maha Gagah Perkasa.
Ya Jabbar maksudnya Dialah Yang Maha Pemaksa, yang sanggup memaksa makhluknya menurut kehendakNya.
Ya Mutakabbir maksudnya Dialah yang berhak mempunyai keagungan dan kesombongan.

Baca zikir-zikir al asmaul husna (nama-nama Allah) tersebut sementara menunggu nama anda dipanggil untuk ditemuduga.

Dengan mengamalkan doa dan zikir-zikir yang disarankan, Insya Allah, jika pekerjaan itu rezeki kamu, kamu pasti dapat. Jika bukan rezeki kamu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu...


Koleksi Aneka Resepi Ikan Yang Lazat

Advertisement

Ada masalah nak cari idea untuk resepi masakan berasaskan ikan? Jangan risau. Kerana saya ada Koleksi Aneka Resepi Ikan Siakap Yang Lazat di bawah ini yang saya ambil daripada blog-blog masakan yang terkenal. Dan gerenti lazat. Sebabnya...saya teliti bahan-bahan masakannya hampir sama dengan apa yang saya pernah guna sebelum ini...

Saya sebenarnya boleh juga memasak tetapi main campak-campak aje, itu yang 'gagal' dalam menyediakan satu resepi yang lengkap. Akhirnya buat kompilasi aje, senang nak rujuk dalam blog sendiri. Kan? Bagi yang nak cari idea memasak ikan, cuba cari dari koleksi resepi berasaskan ikan yang saya kongsikan ini.

 

1) Ikan Siakap Kukus Halia


Resepi pertama yang saya nak kongsi dan korang pun boleh buat semudah beberapa minit aje adalah Resepi Ikan Siakap Kukus Halia. Ikan siakap adalah antara ikan kegemaran saya dan keluarga. Tekstur isinya yang lembut amat sesuai untuk masakan stim/kukus. Lagipun ikan siakap sesuai untuk wanita yang sedang dalam tempoh berpantang. Sekarang pun dah mudah nak dapatkan ikan siakap. Resepi Ikan Siakap Kukus Halia ini saya ambil daripada blog masakan Sinar Kehidupanku kelolaan Ms Yatie. 





Bahan-Bahan

1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci halia – di hiris halus
3 biji bawang merah – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
10 biji cili padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 batang lobak merah – di hiris memanjang
2-5 cendawan shitake – di hiris halus
1 biji air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air

Cara penyediaaannya

1) Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2) Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3) Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4) Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.


2. Resepi Asam Pedas Ikan Merah 


Ha! Yang kedua lagi best, asam pedas ikan merah. Resepi ringkas tetapi gerenti sedap ini saya ambil dan cedok dari blog Amie's Little Kitchen. Asam pedas adalah masakan terkenal orang Johor dan ada banyak cara dan versi memasaknya. Namun yang membuatkan sesuatu rasa asam pedas itu naik dan rasa asli adalah kerana serai dan asam jawanya! Tak caya? Cuba buat tanpa dua benda ni, memang jadi lain..hihi





Bahan-bahan:

5 keping ikan merah
10 biji kacang bendi - potong bahagian tampuk dan ekor
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga kantan - belah 4
2 keping asam gelugur
2 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan


Bahan tumbuk / kisar:

30 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm halia
5cm kunyit hidup
sedikit belacan


Cara:

1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, bunga kantan, asam gelugur dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan merah dan biarkan masak selama 5-7 minit - jangan masak terlalu lama sebab isi ikan merah lembut
4. Masukkan kacang bendi dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.


3) Resepi Ikan Cencaru Masak Lemak Cili Padi 


Resepi yang ketiga yang nak dikongsikan dalam koleksi aneka resepi ikan adalah Resepi ikan cencaru masak lemak cili padi. Resepi ini pun saya selalu buat tetapi kali ini saya ambil dari dapur resepi anak bapak yang kelihatan unik sedikit. Apa yang unik? Santannya datang daripada kelapa yang diparut bersama-sama bahan-bahan sampingan lain. Agak berlainan kerana biasanya kita ambil santan kelapa sahaja, tetapi resepi anak bapak guna sekali dengan kelapa parut tersebut. 

Jika nak lebih kaw...masukkan sepotong atau dua potong nenas, ikut suka. Ada masam-masam manis rasa nenas tersebut. Cuba lah! - yang ini saya tambah..hihi




Bahan-bahan:

3 ekor ikan caru disiat kulit (bakar separuh masak dan buang kulit)
1/2 biji kelapa (santan)
Setangkai serai (dititik)
2-3 daun limau purut
Garam secukup rasa


- Kisar semua bahan2 bawah ni -

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
2 biji buah keras
15-20 tangkai cili padi
2-3 keping daun limau purut
Kelapa parut - dalam segenggam atau lebih (ikut citarasa)


Cara-cara:

1) Panaskan periuk & tumis semua bahan-bahan kisar. Masukkan serai, daun limau dan tumis sampai naik minyak serta bau.

2) Masukkan santan & ikan biar sampai mendidih dan masak.. sedia untuk dihidang.

~ Kalau diperhatikan, antara bahan kisaran yang digunakan ialah kelapa parut dan dikisar bersama (bukan kelapa kerisik ataupun kelapa goreng) ada kelainan sedikit dengan resepi ni.. kuahnya pun likat dan pekat. selamat mencuba ;)


4) Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis  


Ikan bawal boleh tahan juga mahalnya. Terutamanya ikan bawal putih. Namun itu semua bukan jadi persoalan jika kita tahu memasaknya dan menghasilkan rasa yang lazat. Resepi ikan bawal masak masam manis di bawah ini saya ambil daripada blogger masakan terkenal iaitu En Mat Gebu!






BAHAN-BAHANNYA:

2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA:

1) Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
2) Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. 3) Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap.
4) Masuk sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
5) Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6) Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
7) Siap untuk dihidangkan.


5) Resepi Ikan Keli Goreng Berlada 


Seterusnya koleksi aneka resepi ikan saya kongsikan resepi yang amat mudah! Sesiapa pun boleh mencubanya terutamanya bagi newbie...iaitu resepi ikan keli goreng berlada. Jika anda tak makan ikan keli, tukarlah kepada ikan selar kuning atau ikan kembung pun boleh. Hihi...

Resepi ikan keli goreng berlada yang lazat ni saya ambil daripada website Karangkraf. Mungkin resepinya nampak mudah, kalau rasa nak tambah bawang putih dan bawang merah pun boleh. Tak ada masalah pun...






Bahan-bahannya:

1 ekor ikan keli       } dibersihkan lalu digaul dengan serbuk kunyit dan garam
20 tangkai cili padi } dikisar
Garam
Gula
Minyak

Cara membuatnya:

1) Panaskan minyak dan goreng ikan keli yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2) Tumis cili api kisar sehingga naik bau. Masukkan garam dan gula. Ikut cita rasa dan kacau sehingga masak sepenuhnya.
3) Setelah itu, siramkan bahan tumis tadi ke atas ikan keli goreng.


Selamat mencuba! Kalau suka boleh salin dan sebarkan...
Sebarkan Bahagia:

Termakan Sebiji Epal | Kisah Cinta Islami

Kisah cinta islami. Kisah cinta yang membangun jiwa. Saya suka membaca kisah-kisah sebegini, yang dengan membacanya kita ikut mendapat ilmu cinta dan kasih sayang yang diberkati, melalui jalan-jalan yang sesuai dengan syariat dan selalu membuatkan kita bermuhasabah diri. Subhanallah.

Kisah cinta indah islami yang akan saya kongsikan adalah bagaimana seorang pemuda yang telah melakukan kesilapan, cuba menggapai redha Allah dengan melalui liku-liku ujian bagi menebus kesilapannya itu. Semoga kisah Termakan Sebiji Epal | Kisah Cinta Islami membawa satu inspirasi kepada kita untuk diceritakan kepada anak-anak dan sahabat-sahabat kita. Insyaa Allah.





Termakan Sebiji Epal


Alkisah ada seorang pemuda yang ingin pergi menuntut ilmu. Di tengah perjalanan dia haus dan singgah sebentar di sungai yang airnya jernih. Dia terus mengambil air dan meminumnya. Tidak berapa lama kemudian dia melihat ada sebiji epal yang dibawa arus sungai, dia pun mengambilnya dan segera memakannya. Setelah memakan segigit epal itu dia segera berkata, "Astagfirullah."

Dia merasa bersalah kerana telah memakan epal milik orang lain tanpa meminta izin terlebih dahulu. "Epal ini pasti ada pemiliknya, cepat sekali aku memakannya tanpa meminta izin. Aku harus menemui pemiliknya dan menebus epal ini."

Akhirnya dia menangguhkan perjalanannya menuntut ilmu dan pergi menemui si pemilik epal dengan menyusuri pesisiran sungai untuk sampai ke rumah pemilik epal. Tidak lama kemudian dia sudah sampai ke rumah pemilik epal. Dia melihat kebun epal yang epalnya tumbuh dengan lebat.

"Assalamualaikum...."

"Waalaikumsalam wr.wb.". Jawab seorang lelaki tua dari dalam rumahnya.

Pemuda itu dipersilakan duduk dan dia pun terus mengatakan segala tujuannya tanpa ada yang ditambah atau dikurangi. Bahawa dia telah termakan epal yang dihanyutkan oleh arus sungai.

"Berapa harus kutebus harga epal ini agar kau redha epal ini aku makan pak cik?" tanya pemuda itu.

Lalu pak cik itu menjawab. "Tak usah kau bayar epal itu, tapi kau harus bekerja di kebunku selama 3 tahun tanpa dibayar upah. Apakah kau mahu?"

Pemuda itu berfikir sejenak, kerana untuk tergigit sebiji epal dia harus membayar dengan bekerja di rumah pak cik itu selama tiga tahun dan itupun tanpa gaji, tapi hanya itu satu-satunya pilihan yang harus diambilnya agar pak cik itu redha epalnya dia makan."Baiklah pak cik, saya mahu."


Menerima Ujian Demi Sebiji Epal 


Akhirnya, pemuda itu bekerja di kebun sang pemilik epal tanpa dibayar. Hari berganti hari, minggu, bulan dan tahun pun berlalu. Tak terasa sudah tiga tahun dia bekerja dikebun itu. Dan, tibalah hari terakhir dia ingin mengucapkan selamat tinggal kepada pemilik kebun.

"Pak tua, sekarang waktu aku bekerja di tempatmu sudah berakhir. Apakah sekarang kau redha kalau epalmu sudah aku makan?"

Pak cik itu diam sejenak. "Belum."

Pemuda itu tersentak. "Kenapa pak cik, bukankah aku sudah bekerja selama tiga tahun di kebunmu."

"Ya, tapi aku tetap tidak redha jika kau belum melakukan satu permintaanku lagi."

"Apa itu pak cik?"

"Kau harus mengahwini anakku, apakah kau mahu?"

"Ya, aku mahu." jawab pemuda itu.

Pak cik itu menambah, "Tapi, anakku buta, tuli, bisu dan lumpuh. Apakah kau mahu?"

Pemuda itu berfikir sejenak, bagaimana mahu dibuatnya? ...dia akan menikahi gadis yang tidak pernah dikenalnya dan gadis itu cacat, dia buta, tuli dan lumpuh. Bagaimana dia mampu berkomunikasi nanti? Tapi dia pun teringat kembali dengan insiden tergigit epal yang telah dilakukannya. Dan dia pun bersetuju untuk berkahwin dengan anak pemilik kebun epal itu untuk mencari redha atas epal yang sudah dimakannya.

"Baiklah pak cik, aku mahu."


Menggapai Redha Allah


Dengan segera pernikahan pun dilaksanakan. Setelah ijab kabul sang pemuda itupun masuk kamar pengantin. Dia mengucapkan salam dan betapa terkejutnya dia ketika dia mendengar salamnya dibalas dari dalam biliknya itu. Segera dia berlari mencari sang pak cik pemilik kebun epal yang sudah menjadi mertuanya.

"Ayah...siapakah wanita yang ada di dalam bilik pengantinku? Kenapa aku tidak menemukan isteriku?"

Pak cik itu tersenyum dan menjawab. "Masuklah nak, itu bilikmu dan yang di dalam sana adalah isterimu."

Pemuda itu kelihatan bingung. "Tapi ayah, bukankah isteriku itu buta, tuli tapi kenapa dia boleh mendengar salamku?"

"Bukankah dia bisu tetapi kenapa dia boleh menjawab salamku?"

Pak cik itu tersenyum lagi dan menjelaskan. "Ya, memang dia buta, buta dari segala hal yang dilarang Allah. Dia tuli, tuli dari hal-hal yang tidak patut didengarnya dan dilarang Allah. Dia memang bisu, bisu dari hal yang sia-sia dan dilarang Allah, dan dia lumpuh, kerana tidak berjalan ke tempat-tempat yang maksiat."

Pemuda itu hanya terdiam dan mengucap luhur: "Subhanallah....."

Dan merekapun hidup berbahagia dengan cinta dari Allah.

Kata saya,
"Teruskan menggapai redha Allah. Tiap-tiap niat yang baik telahpun diberikan pahala oleh Allah sebelum kita sempat melaksanakannya. Jika berniat mencari redha Allah, lakukan dengan istiqamah dan bermuhasabah. Jalannya penuh liku, di situ kita perlu mujahadah! Allahu Akbar."

2015/01/21

Cara-Cara Memujuk Si Dia Yang Merajuk

Dalam perhubungan istimewa samada sebagai pasangan suami isteri, persahabatan, persaudaraan dan sebagainya tentu kita pernah tersentuh, berkecil hati dan terguris perasaan hingga membuatkan kita merajuk. Orang yang kuat merajuk biasanya wanita kerana mereka halus perasaannya. Hihi...TETAPI jangan dilupa, orang LELAKI pun kuat merajuk. Haha!!




Ok. Sebelum ini pun saya ada buat artikel berkaitan dengan sifat merajuk. Boleh baca di pautan berikut:

** Merajuk Pada Yang Sayang
** Tanda-tanda Orang Lelaki Merajuk


Cara-Cara Memujuk Si Dia Yang Merajuk


Sebenarnya kerja memujuk orang merajuk bukanlah kerja mudah. Lihat saja kerenah anak-anak kecil yang merajuk apabila gagal mendapat sesuatu yang diminta. Begitu juga dengan orang dewasa. Ada cara psikologi yang boleh digunakan untuk memujuk si dia yang merajuk.


1. Biarkan si dia ambil masa untuk bertenang


Apabila seseorang merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya. Jadi, biarkan si dia ambil masa untuk bertenang. Dengan cara ini mungkin si dia merasa terpujuk kerana kita memahaminya.


2. Berikan si dia sokongan yang diperlukan


Ketika seseorang merajuk, dia sebenarnya memerlukan sokongan moral dari anda atau pasangannya. So, tunjukkan segala usaha yang positif yang boleh memujuk rajuknya.

Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.


3. Berhenti mengusik si dia dengan pertanyaan yang sensitif


Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya. Jangan 'provoke' dengan perbuatan yang menambah lukanya!




4. Motivasi diri anda untuk bahagia agar si dia merasa gembira


Akhir sekali, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda.

Contohnya membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit, memancing ataupun membeli belah. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Bila anda gembira secara tak langsung si dia akan ikut berasa bahagia. Itulah aura positif yang anda sebarkan kepada pasangan atau teman anda itu.

Kepada pasangan atau teman-teman yang sedang merajuk, lebih elok elakkan daripada merajuk dalam tempoh yang lama kerana ia mengundang prasangka. Syaitan pula suka pada orang yang bersangka-sangka dan was-was. Semoga kita semua di elakkan daripada menjadi kawan syaitan. Wallahua'lam..

Sebarkan bahagia. Semoga bermanfaat.

Sebarkan Bahagia:

2015/01/20

Himpunan Mutiara Kata Dan Motivasi Tentang Cinta

Ada sesetengah orang berkata kita harus pernah patah hati dan rasa kecewa untuk mencipta puisi yang bagus. Benarkah? Dan, jika begitu...bermakna patah hati atau putus cinta menjadikan seseorang itu kreatif. Hihi...itu pun saya tak tahu. Sebabnya...saya pernah dikecewakan berkali-kali tetapi masih gagal mencipta puisi yang bagus.

Oleh kerana kurang kreatifnya saya, maka saya hanya meminjam kata-kata indah penuh motivasi daripada mereka yang bijaksana untuk menghasilkan Himpunan Mutiara Kata Dan Motivasi Tentang Cinta dan boleh dijadikan sumber inspirasi kepada kita semua.



 



Himpunan Mutiara Kata Dan Motivasi Tentang Cinta  


1. Mencintaimu adalah bahagia dan sedih; bahagia kerana memilikimu dalam kalbu; sedih kerana kita sering berpisah” ― W.S. Rendra 

2. “Cinta adalah bahaya yang lekas jadi pudar” ― Chairil Anwar

3. Jika seorang lelaki mencintai seorang wanita. Dia akan mengakui keberadaan wanita itu, memenuhi keperluannya dan melindunginya. Jika dia sungguh-sungguh mencintainya, pengakuan tertingginya adalah "ini isteri saya!” ― Steve Harvey, 

4. “Kita perlu jatuh cinta atau patah hati untuk dapat membuat puisi yang bagus.” ― Helvy Tiana Rosa 




5. “Cinta yang tidak dipersatukan Allah di dunia mungkin disimpankan-Nya untuk dipersatukan di akhirat nanti.” ― Mahardhika Zifana, Misteri Puncak Ararat 

6. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun, kadangkala ia muncul sebagai ujian daripadaNya. Agar kita mengurus, mengawal dan memelihara amanah tersebut dengan sebaiknya. - Anonymous 

7. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. - Hamka

8. Cinta sejati adalah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan. - Pahrol Mohamad Juoi,Tentang Cinta

9. Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. - Hamka 

10. Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya. - Pahrol Mohamad Juoi,Tentang Cinta 

Cinta. Sumber bahagia. Sebarkan bahagia. Semua orang berhak untuk bahagia. Saya berharap himpunan mutiara kata dan motivasi tentang cinta yang positif di atas dapat dijadikan panduan kepada kita untuk membina bahagia.

Kata saya;
Cinta bukan lakonan. Ia lahir dari hati insan yang berhati suci. Sepatutnya cinta dan manusia seiringan membawa kehidupan lebih bererti dan indah. Biarlah cinta berbicara bila hati telah terpaut. Cinta dimeteri dengan kasih sayang, menjadi diri sendiri dan berdiri di atas tali Allah. MencintaiMu...harus menjadi aku!


Sebarkan Bahagia: