Lifestyle, Resepi, Keluarga Dan Informasi Terbaik

Terima 3D Gold Stemcell Serum & Treatment Cream Dari My Beauty Herbs

Ada tak blogger di luar sana yang sertai Giveaway 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs anjuran blogger Mia Liana? Dah dapat produk untuk di review? Nak buat testimoni tentang keberkesanan produk 3D Gold Stemcell Serum tersebut. Inilah first time saya dapat peluang buat testimoni. Produk mahal pulak tu...mestilah kena buat betul-betul dah lihat hasilnya. Betul tak?
Menurut info dari blog Mia Liana, 5 hingga 7 Oktober 2016 adalah proses penghantaran produk kepada blogger yang berjaya.
Penghantaran 1 unit 3D Gold Stemcell Serum dan 1 unit Treatment Cream kepada 40 orang blogger. Blogger dikehendaki untuk terus segera menggunakan produk apabila telah diterima bagi mendapatkan kesan penggunaan yang maksimum.


Terima 3D Gold Stemcell Serum & Treatment Cream Dari My Beauty Herbs


Baiklah.

Saya dah terima set 3D Gold Stemcell Serum dengan Treatment Cream yang dihantar oleh pihak My Beauty Herbs. Insyaa Allah, akan mulakan memakainya. Kulit saya sedikit kering dan ada pigmentasi. Nak test dalam masa 3 minggu, apa jadi dengan kulit wajah saya. Haha...

Terima 3D Gold Stemcell Serum & Treatment Cream Dari My Beauty Herbs

Set 3D Gold Stemcell Serum dan 1 unit Treatment Cream telah selamat sampai ke tangan saya dan dah bukak pun...tunggu nak dicuba je..


Inilah wajah saya, jangan kecam ok... ;)


Macam mana nak buat ek? Don't worry...dalam tempoh 3 minggu, iaitu anggaran masa dari 10 hingga 31 Oktober 2016, tempoh di mana blogger menggunakan 1 unit 3D Gold Stemcell Serum dan 1 unit Treatment Cream secara konsisten setiap hari. Kemudian buat entri review dengan kreatif dan menarik berdasarkan pengalaman dan testimoni sendiri. Gambar hendaklah diambil sebelum dan selepas menggunakan produk.

Terima 3D Gold Stemcell Serum & Treatment Cream Dari My Beauty Herbs
Gambar wajah sebelum penggunaan produk 3D Gold Stemcell Serum,
wajah kusam dan pigmentasi. 
Yeayyy!! Dah boleh mulakan projek ya kekawan...kita jumpa lagi selepas 3 minggu ya..

Untuk maklumat lanjut tentang produk, boleh layari website/ blog: http://mybeautyherbs.blogspot.my/

Selamat mencuba. Bismillah...

Post a Comment

0 Comments

close